Posted on Monday, March 31 @ 19:51:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Ingat tak lagi seramai 4000 orang pekerja WTC terselamat dalam serangan 9/11 kerana tidak datang bekerja pada hari tersebut. Nampaknya macam ada kebetulan juga apabila terdapat penumpang Israel terselamat dari nahas MH370. Lapuran freemalaysiantoday(1) juga mempersoalkan pesawat tersebut dapat memuatkan seramai 300 orang penumpang, tetapi siapakah dalam senarai menunggu yang tidak mengambil penerbangan tersebut.
Kebetulannya
peristiwa 9/11 berlaku pada hari sambutan selichos(2) dan yang
menyebabkan ramai pekerja yahudi lewat datang bekerja kerana terlebih
dahulu melakukan acara sambutan tersebut. Kerana kelewatan itulah yang
menyelamatkan semua pekerja yahudi tersebut.
Seperti
diilapurkan oleh timesofisrael(3) penumpang tersebut terselamat kerana
ejen pelancungannya di Israel enggan mengambil tempahan kerana hari
tersebut jatuh pada hari Sabbath. Mengikut kepercayaan yahudi orthodox
membantu perjalanan seseorang pada hari sambutan tersebut ditegah dan
dikira bersubahat mencemari hari sambutan tersebut.
Berikut
ialah petikan email antara salah seorang penumpang yang dikenali
sebagai Andy dengan ejen pelancungan Israel tersebut antara 13 dan 14
Januari lalu:
Andy: One amendment, I need the KUL-PEK flight a day later. I need the extra day in Kuala. once that is set you can lock in.
Travel Agent: I wish I can give you a day later, but you know I just don’t like flying Jews on Shabbat. I can take that leg out if you want and you book yourself.
Andy decides to book the flight himself but later changes his mind:
Andy: I reconsidered, you are right I should be more observant, I’ll manage without that day in Kuala. Since I’ll have an extra night in PEK Any recommendations for a good Friday night dinner in Beijing?
Agent: Ok, glad to hear. Try this: http://www.chabadbeijing.com/
Then, on March 8, Andy writes:
Holy God,
You sure heard what happened to MH370
I cannot stop thinking about this.
This is a true miracle for the books. You are a true life saver…
I cannot think anymore! We’ll talk later this week. Don’t know how to thank you enough
Portal berita timesofisrael mendapatkan pengesahan dari Daniel Eleff dari syarikat Dan's Deal, dan mendapat maklum balas seperti berikut:
“At this time the travel agent and the passenger are opting to remain anonymous. There has been a fair amount of negative feedback and they are choosing to wait until the fate of the flight in known to determine if they’ll go public.
“I have personally verified the story and can vouch for its authenticity. The emails I posted with time stamps are unaltered except to remove identifiable information.”
On 01/13/14 Andy emailed his travel agent his desired itinerary:
The travel agent, an Orthodox Jew, proposed the following business class itinerary, slightly altering the Kuala Lumpur-Beijing flight from Saturday to Friday.
Andy loved the price, but again requested the Saturday morning flight from Kuala Lumpur to Beijing:
The travel agent responded that he would not be able to book travel for him over the Sabbath, but that he was free to book that flight by himself:
Andy agreed with that and planned to book the flight by himself:
And the travel agent noted that if he changed his mind to just let him know:
Shortly afterward Andy did just that:
And the travel agent recommended a place to get a nice kosher meal and booked him the originally proposed itinerary, flying from Kuala Lumpur to Beijing on Friday early morning instead of Saturday.
Fast forward to 2 days ago. The travel agent is in Israel and reads this email once Shabbos is over. The email was sent after shabbos, at 7:15pm Beijing time/1:15pm Israel time:
And the travel agent wrote back, equally in shock at the realization of Shabbos saving his client’s life:
petunjukzaman
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ismanusa
Posted on Monday, March 31 @ 19:51:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Selawat Nabi, bukan puja Nabi
Posted on Monday, March 31 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Saya
ucapkan tahniah atas inisiatif menganjurkan Selawat Perdana Putrajaya,
Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul, dengan tema Kesatuan, Perpaduan dan
Persaudaraan, yang sedang menjelajah seluruh negara masa kini, yang
dijayakan hampir seratus peratus oleh pendakwah seberang.
Saya tidak pasti sama ada ia telah menjadi ‘fenomena’ ataupun tidak,
di kalangan anak muda, seperti rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis.
Saya juga tidak mahu termasuk dalam golongan ‘membidaahkan’ program
yang sebegitu baik ini, dalam mendidik hati-hati manusia.
Sejujurnya, program ini amat baik untuk sebagai ‘hiburan’ altenatif
kepada masyarakat. Tetapi, agak stereotaip. Jika tidak diberikan
penambahbaikan, sekali itulah sahaja. Ia sukar untuk menarik perhatian
buat kali kedua, kerana semuanya sama, termasuk tazkirah yang
disampaikan sebelum ini,
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah;
Pertama, penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah SWT.
Pada hemat saya, perkara ini patut diperbaiki. Majlis ini sepatutnya
membawa kita mengingati Allah, kemudian baharulah utusanNya, Rasulullah
SAW, seperti mana temanya, Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul. Dalam
kata lain, utamakan Allah dalam segala hal.
Kita memang diminta dan dituntut berselawat ke atas Rasulullah. Sabda
Rasulullah SAW, barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya
Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Ini tidak termasuk
mendapatkan syafaat Baginda di akhirat nanti.
Cuma, persoalannya, Selawat Perdana terlalu ‘over’ menonjolkan
Rasulullah SAW. ‘Lagu-lagu’ Cinta Rasul yang disampaikan seperti
Qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada
tahap ‘pemujaan’ terhadap Nabi.
Adakah Rasulullah mahukan kita memuja Baginda? Sudah tentu tidak.
Nasib baiklah Baginda tidak meninggal gambar atau foto Baginda. Jika
tidak, saya bimbang, kita akan menyembah Baginda seperti agama lain.
Memang tidak dapat dinafikan, kita memang dituntut mencontohi Nabi
dalam apa jua keadaan dan cara hidup Baginda, tetapi janganlah terlalu
berlebih-lebihan sehinggakan mengidolkan Baginda.
Kita perlu ingat, perkara yang utama dalam Islam adalah akidah. Sebab
itu rukun Islam dan rukun iman disusun sedemikian rupa. Rukun iman
misalnya, pertama Percaya kepada Allah, diikuti dengan mengimani yang
lainnya termasuk kepada para Rasul.
Begitu juga dengan rukun Islam, pertama mengucap dua kalimah syahadah,
diikuti kedua adalah solat. Kalimah Syahadah adalah paling utama.
Solat bukan penanda seseorang itu telah beramal dengan Islam, jika
akidah tidak betul. Misalnya, soal mentauhidkan Allah SWT, Tauhid
Uluhiyyah dan Rububiyyah.
Bersolatlah dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak
betul, semuanya menjadi sia-sia. Sebab itu, akidah perlu dimantapkan
sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah SWT, sebelum kenalkan
kepada PesuruhNya iaitu Baginda, Rasulullah SAW.
Kedua, nawaitu menganjurkan program ini hendaklah betul. Jika benar
malam perpaduan atas nama Islam, lakukanlah, tanpa ada agenda politik
tersirat dan tersurat.
Saya difahamkan semua pemimpin pembangkang mahu hadir dalam Selawat
Perdana Perdana. Tetapi PRK Kajang telah menguburkan segala-galanya.
Kita lebih sibukkan PRK. Tak apalah, mungkin kita boleh buat kedua
kalinya.
Apapun, pengalaman yang dilalui pada malam tersebut, selaku
‘pendakwah-pendakwah Astro Oasis, Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku,
begitu pahit sekali.
Jadual kami telah disusun oleh pihak Astro Oasis bermula jam 7.00
hingga jam 9.00 malam. Malangnya semua tidak menjadi. Seolah-olah ada
tangan-tangan yang tidak mahu kami menonjol.
Pihak penganjur seolah-olah sengaja melambat-lambat jadual kami.
Pentas, lampu dan sistem pembesar suara (sound system) tidak bersedia.
Program kami hanya bermula selepas jam 8.00 malam, itupun dalam keadaan
begitu kelam kabut.
Selepas azan Isyak, pihak kami tidak dibenarkan meneruskan program
seperti yang dijadualkan. Kesihan pendakwah yang datang dari jauh tidak
dapat memberikan persembahan.
Pihak yang mendakwa dirinya penganjur mahu mengambilalih.
Persoalannya, siapakah ‘penganjurnya’? Apa tujuan mengadakan program
ini. Ikhlas kerana Allah atau apa?
Sejujurnya, apabila kami dijemput oleh oleh pihak Astro, dengan niat
yang murni untuk menghimpunkan semua pemimpin umat Islam tanpa mengira
fahaman politik. Kami menjadi begitu teruja dan bersemangat sekali.
Atas nama Islam, kami menerima jemputan tersebut. Kami lakukan kerana Allah.
Tidak ada keinginan langsung mahu bersaing dengan stesen tv yang mahu
berhijrah. Kami sudah ada ‘trade mark’ sendiri. Tidak perlulah terasa
terancam dengan kehadiran kami di situ.
Kepada stesen TV yang mahu berhijrah, buatlah kerja kerana Allah,
bukan kerana yang lain. Hodoh sangat melihat stesen TV mahu menonjolkan
diri, siapakah yang lebih Islamik, sedangkan pengisiannya hanya biasa
sahaja.
Apapun sekalung tahniah daripada saya kerana telah menjayakan majlis
ini. Walaupun targetnya setengah juta tidak kesampaian, dapat limapuluh
ribupun kira jadilah.
Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
http://ridhuantee.blogspot.com/
Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
http://ridhuantee.blogspot.com/
Korea Utara, Selatan berbalas bedilan
Posted on Monday, March 31 @ 13:51:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SEOUL: Dua negara Korea berbalas bedilan di sempadan laut yang dipertikaikan selepas Seoul menyatakan tentera Pyongyang membedil di perairan Korea Selatan.
“Beberapa peluru artileri yang ditembak Korea Utara jatuh di kawasan kami dan pihak kami membalas bedilan itu," kata seorang jurucakap Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tiada petunjuk sama ada kedua-dua pihak membedil ke sasaran khusus.
Latihan menembak oleh Korea Utara bermula pada jam 12.15 tengah hari (11.15 waktu Malaysia) dan Korea Selatan mula membalasnya dalam masa 30 minit.
Sempadan Laut Kuning adalah wilayah amat sensitif dan menjadi medan pertempuran berdarah sebelum ini.
Pada November 2010, Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan dan menyebabkan empat penduduk terbunuh. - AFP

Negara perlu aset teknologi tinggi.. Ada peluang UMNO kebas duit rakyat lagi!
Posted on Monday, March 31 @ 12:33:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, berkata sejak kejadian kehilangan MH370 negara menjadi bertambah matang dalam menghadapi situasi ini dan keperluan terhadap aset berteknologi tinggi adalah penting.
“Pelancaran satelit penderiaan jauh RazakSAT-2 pada 2016 dilihat dapat membantu negara merakam imej khususnya untuk tujuan perancangan pembangunan tetapi dapat juga digunakan bagi menghadapi insiden seperti kehilangan pesawat dan bencana.
Manakala Datu Hishammuddin pula berkata "Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar."
Kita tahu RazakSAT telah dilancarkan di Pulau Omelek, Kwajalein di Republik Kepulauan Marshall pada tahun 2006 dengan kos 134 juta.
RazakSAT seberat 180 kilogram telah melalui dua fasa pembinaan iaitu model kejuruteraan dan model kelayakan mampu menghasilkan imej pankromatik dengan resolusi 2.5 meter dan imej panca spektra lima meter.
Kedua-dua ciri ini antara lain akan digunakan untuk melakukan pemetaan prasarana, memantau laluan perkapalan, melakukan pemetaan geologi dan memantau ekosistem marin.
RazakSAT akan ditempatkan 600 kilometer (km) atau 700 km dari bumi dalam kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO).
Satelit itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang bentuk penerokaan hutan secara berleluasa menerusi penghantaran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT-1.
Selain berupaya memantau sebarang aktiviti alam sekitar lain termasuk cuaca dan iklim, RazakSAT juga boleh mengesan objek setinggi 2.5 meter iaitu bersaiz sebuah bas atau lori di bumi.
Tapi malang keupayaan RazakSAT yang dibanggakan itu tidak mempunyai apa-apa fungsi dalam pencarian MH370.
Sama juga dengan kapal selam Scorpene sebelum beli dikatakan boleh membuat Search & Rescue Subs tetapi bila nak guna kata hanya untuk Search & Destroy subs.
Akhbar-akhbar pengampu akan memuji dan melambungkan keupayaan aset yang dibeli oleh kerajaan dengan kos yang tinggi sedangkan aset berkenaan adalah "sampah" daripada negara barat. Kerana penyelewengan dan rasuah negara menghabiskan duit untuk sampah ini!!
Scorpene juga tidak berfungsi dalam keadaan genting pencarian MH370. Hanya kita tahu skandal demi skandal pasal pembelian ini.
Akhbar Suara Keadilan telah mendedahkan dua bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah sebelum itu dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.
Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.
Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Saya melihat dalam keadaan negara memerlukan pakar dan aset tinggi demi keselamatan dan kesejahteraan ada kesempatan daripada puak UMNO yang rakus dan zalim untuk mengkhianati kepercayaan rakyat demi untuk memuaskan nafsu haloba mereka.
Negara tidak akan aman selagi ada pemimpin yang menerajui negara bukan untuk rakyat tetapi untuk tembolak mereka dan orang-orang yang berkepentingan bersama mereka (kroni)!!!
Tempayan Retak
http://tempayanretak.blogspot.com

MH 370.. Orang lain sedih berduka.. Hishammuddin seorang aje bergembira!
Posted on Monday, March 31 @ 11:25:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
South China Morning Post (SCMP) yang berpangkalan di Hong Kong menulis Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menerima kritikan dalam mengendalikan krisis MH370 daripada media luar mendapat sokongan yang baik daripada rakyat Malaysia
Katanya lagi cara Hishammuddin mengendalikan kes ini lebih baik daripada peristiwa Lahad Datu dan akhbar itu mampu mengedalikan tugas dan mengambil alih tugas perdana menteri.
Perkara ini di sokong oleh Oh Ei Sun, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009 kata akhbar SCMP berkenaan.
Hishammuddin juga dikatakan tidak terlibat dengan rasuah (ya ke?) dan politik wang serta tidak banyak masalah dalam umno.
Kata akhbar itu lagi yang membuat tinjauan rambang kepada masyarakat sekitar termasuk pemandu teksi mengiyakan apa yang diutarakan dan masyarakat bawahan pun melihat Hishammuddin mampu mengendalikan krisis ini.
Adakah Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri, serta meneruskan legasi keluarga Razak dalam pemerintahan negara dalam usaha menyingkirkan Datuk Seri Muhyiddin Mat Yasim??
Cara media menyajikan berita ini sebenarnya adalah pertanda akan berlaku perang besar dalam UMNO selepas ini!!
TEMPAYAN RETAK

10 langkah selamat beli dalam talian
Posted on Monday, March 31 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ada pelbagai jenis penipuan, lazimnya tidak disedari pemilik akaun
Pembelian dalam talian bukan lagi perkara baru dalam kalangan pengguna tempatan. Berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, jualan secara dalam talian juga dilihat banyak memudahkan rutin pembelian.
Dibuka 24 jam seminggu, ruangan laman web yang membekalkan pelbagai keperluan diri, termasuk pakaian, makanan hingga ke alat komunikasi turut membolehkan pelanggannya melakukan pembelian dengan pelbagai tawaran menarik seperti potongan harga, penghantaran pantas dan sebagainya.
Bukan itu saja, kaedah pembayaran secara dalam talian juga kian pelbagai dan mudah. Oleh itu, membeli belah secara dalam talian menjadi satu fenomena pantas berkembang pada masa kini untuk pengguna.
Bagaimanapun, keasyikan menggunakan kemudahan ditawarkan dunia teknologi itu, terdapat juga beberapa perkara perlu diambil berat kerana kecanggihan turut ada risiko tersendiri.
Ada risiko
Pengasas bersama laman web bandingan harga, PricePanda Christian Schiller berpendapat, pembelian secara dalam talian turut mempunyai risiko sendiri apabila pelanggan cenderung membuat bayaran menggunakan kaedah ansuran kad kredit secara meluas.
Bagaimanapun, jelasnya keselamatan dan hak peribadi pelanggan melakukan pembelian dalam talian masih dapat mengelak dari penipuan kad kredit, seandainya pengguna sendiri bijak melakukan pembelian secara selamat.
“Terdapat pelbagai jenis penipuan bagi penggunaan dalam talian dan kaedah digunakan, lazimnya tidak disedari pemilik akaun kad kredit. Pengguna yang kerap melakukan pembelian cara seumpama itu perlulah mengetahui beberapa syarat dan peraturan mudah supaya terselamat dari masalah penipuan, malah pengodam sentiasa mencari mangsa,” katanya.
INFO: Langkah keselamatan berurusan dalam talian
1. Lakukan pembelian pada laman web yang diyakini wujud dan terkenal dalam kalangan pengguna lain.
2. Periksa tahap keselamatan laman web dilayari, sebelum anda melakukan sebarang pembelian. Jika ragu, anda boleh kunjungi laman web seperti PricePandan untuk pastikan laman web dikunjungi itu wujud.
3. Jangan mudah memberikan maklumat peribadi terutama, membabitkan akaun bank dan sebagainya.
4. Selalu semak penyata baki bank anda. Jika terdapat sebarang keraguan hubungi pihak bank dalam tempoh 48 jam untuk laporkan masalah itu.
5. Kemas kini alat komunikasi.
6. Gunakan gabungan kata laluan yang kuat seperti kombinasi angka, huruf dan simbol.
7. Elakkan pembelian dalam talian menggunakan komputer awam atau hotspot.
8. Periksa tawaran yang disediakan laman web dilayari.
9. Sentiasa pastikan anda kemas kini sesi penggunaan laman web dan jangan sesekali simpan data pembayaran dalam komputer anda.
10. Berhati-hati memilih kaedah pembayaran. Penggunaan kad debit amat tidak digalakkan untuk pembelian dalam talian berbanding kad kredit yang mempunyai sistem keselamatan tersendiri.

Apa dosa musibah MH370?
Posted on Monday, March 31 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jika musibah kehilangan pesawat penumpang itu kepunyaan mana-mana negara bukan Islam, maka hak merekalah untuk berkata-apa tentangnya.
Apabila musibah itu menimpa pesawat kita sebagai kepunyaan sebuah negara Islam, maka kita kena percaya bahawa ia adalah balasan dosa kita oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Apabila kita kata dosa kita, maka ia mungkin dosa oleh individu, oleh syarikat, oleh masyarakat dan oleh pemimpin kerajaan dan kerajaan. Kita tidak tahu siapa tetapi ia adalah balasan dari dosa antara kita.
Oleh sebab musibah itu adalah terhadap penerbangan MAS kepunyaan negara Islam, maka dosa yang pertama kita terpaksa tumpukan kepada MAS, walaupun ia mungkin bukan justeru MAS.
Dosa paling besar MAS sama seperti dosa syarikat penerbangan kepunyaan negara bukan Islam ialah menjamu arak percuma kepada penumpangnya.
Arak adalah barang yang besar laknatnya. Dosa itu bukan sekadar kaki botol, tetapi yang mengeluar, mengilang, mengedar dan pelayan yang menghidangnya pun sama panggu dengan peminumnya.
Sejak MAS ditubuhkan sudah berapa banyak tempayan arak yang sudah dihidangkan dan ramai mana pula orang yang mendapat dosa daripada jamuan percuma itu?
Siapa yang menanggung dosa itu? Yang pertama kerajaan yang membenarkannya dan pemimpin kerajaan yang secara kolektif meluluskannya. Kemudian MAS sendiri termasuk lembaga pengarahnya dan kaki tangannya. Kemudian rakyat yang menyokong kerajaan yang berdosa itu. Dan kemudian kepada seluruh rakyat yang tahu hal itu iaitu kita, apa yang masing-masing buat terhadap amalan laknat itu?
Jika ia dilakukan oleh syarikat kepunyaan negara bukan Islam, ia adalah perbuatan yang menambah gelapkan hati mereka yang sememangnya sudah gelap. Mereka memang puak Allah kira musuh-Nya. Amalan mereka itu menyebabkan bertambah payah terbuka hatinya kepada iman.
Sebagai syarikat kepunyaan negara dan masyarakat Islam, kita tahu dosanya dan balasannya di dunia dan di akhirat.
Kaki tangan penerbangan yang terlibat dalam musibah tidak terlibat membuat dasar, tetapi mereka makan gaji di syarikat yang mengamalkan laknat. Sekalian penumpang mungkin tiada kena mengena.
Mereka ada jenis orang. Pertama orang yang soleh. Apabila musibah itu menimpa mereka ia adalah ujian. Ujian itu memberi pahala jika ia lulus. Ada ujian yang memberi syahid. Wallah waklam. Kedua orang yang tiada kena mengena tetapi ada dosa lain. Jadi musibah untuk mereka disekalikan dengan musibah MH370 itu.
Bagi mangsa, ada ganjaran dan balasan yang sepadan buat masing-masing, tetapi musibah itu adalah ingatan kepada orang yang hidup sama ada membetulkan kesalahan atau terus tidak mendapat pengajaran.
Bagi MAS, pengarahnya, kerajaan dan menteri sebesar mana pun dosa mereka musibah itu adalah kecil kerana ia belum membinasakan sistem MAS itu pada keseluruhannya, belum meruntuhkan kerajaan, menteri-menteri masih menjadi menteri.
Pesawat milik negara Islam tiada tong arak di dalamnya, memulakan doa sebelum berlepas, ada petunjuk kiblat di langit mana pun berada. Kita kata Iran itu Syiah tetapi pramugarinya menutup aurat.
Maka jadikanlah musibah itu peluang bertaubat dan mengisi MAS dengan adab dan akhlak Islam, biar kaki tangan Islamnya menegakkan solat, membayar zakat dan tidak meninggalkan puasa.
SUBKY LATIF
HARAKAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan