Ahad, 30 Mac 2014

NAK AUTA PUN AGAK2LAH...BILA PERKHABARAN BERITA DIBUAT BUKAN KERANA ALLAH.....INILAH JADINYA

Sunday, 30 March 2014

KONONNYA MEREKA YANG MATI BERKAFAN ITU 529 PENYOKONG PRESIDEN MORSI DIHUKUM GANTUNG ADALAH TIDAK BENAR .. ITU GAMBAR PENDUDUK SYRIA MATI DISERANG DENGAN SENJATA KIMIA PADA OGOS TAHUN LALU.



Sejak minggu lalu, puluhan laman web dan blog menyebarkan beberapa gambar dan fakta palsu mengenai 529 penyokong presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penyokong pemimpin itu termasuk Mursyidul Am  Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie namun hukuman terbabit masih belum dilaksanakan.

Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London Abdullah el-Haddad menerusi wawancara dengan BBC berkata, hukuman terbabit hanya satu 'gertakan' atau mesej ancaman bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tentera Mesir kebal dan negara itu kini dalam tempoh melaksanakan pemerintahan diktator.

“Hukuman ini mungkin satu ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat,” katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau turut mengetengahkan trend ‘Mesir Baharu’ iaitu pemerintahan diktator yang mungkin diamalkan selepas Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dilantik menjadi Presiden.

Bagaimanapun, penyebaran gambar dan maklumat palsu terbabit mencetuskan situasi cemas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Gambar jenazah siap dikafan dan foto seorang lelaki berbaju biru tersenyum ketika digantung dikhalayak ramai yang disebarkan sejak Rabu lalu adalah bukanlah gambaran sebenar hukuman gantung terhadap 529 penyokong Mursi.

Ia adalah gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia pada Ogos tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".

Bagi penulis Shahbudin Husin, memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.

“Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi,” tulis beliau di dalam blognya semalam.

Bagaimanapun, katanya haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu.

Tambahnya, sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

“Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

“Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?” soal beliau.

Menurut Shahbudin lagi, ada pula yang berkata, Musa tidak mungkin berkata sesuatu yang beliau tidak pasti kerana dakwaannya bahawa Mahathir berada di dalam negara jika didapati tidak benar, akan membunuh reputasinya sendiri.

Justeru, tanya Shahbudin lagi, betulkah Mahathir tidak ingat di mana beliau berada ketika itu.

“Jika benar beliau berada di China ketika peritiwa Memali yang menggemparkan negara itu, logikkah beliau sudah lupa mengenainya?

“Jika benar Mahathir berada di dalam negara pula, benarkah juga beliau sudah lupa tentangnya?” tanya beliau.

Beliau menambah, sementara kebenaran yang sebenarnya diharap akan diketahui tidak lama lagi, rakyat mula berteka-teki - siapakah yang sebenarnya berbohong antara dua Tun ini. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
KOMEDI adalah salah satu tema besar, jika tidak yang paling utama, dalam karya Seniman Agung P Ramlee. Daripada Bujang Lapok (1957) sehinggalah filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi (1972), ramai dalam kalangan kita masih boleh ketawa pada adegan lucu yang sama, meskipun sudah berulang-kali menontonnya.

Walaupun tidak kurang bilangan filem komedi Melayu sekarang yang cuba menyalin kembali lawak-lawak P Ramlee, namun saya pasti kita semua bersetuju bahawa P Ramlee itu tiada galang gantinya.

Malam ini, sempena Festival P Ramlee Pulau Pinang 2014, Penang Institute bangga untuk menganjurkan sebuah lagi Forum Nusantara, yang kali ini bertajuk “Satira Dalam Filem Melayu.” Bagi mewacanakan unsur komedi dalam filem-filem tempatan dan P Ramlee secara khusus, kami telah mendatangkan sebagai panelis tokoh-tokoh seni tempatan seperti Hassan Mutalib, seorang pensyarah filem di UiTM serta pengasas animasi di Malaysia. Turut serta adalah Disman yang merupakan pengarah teater absurd di Kuala Lumpur, serta Abu Mamu Raja Lawak, iaitu seorang bintang yang tidak asing lagi di Pulau Pinang. Pengerusi forum pada malam ini pula ialah Dr Mahyuddin Ahmad daripada USM.

Kawan-kawan sekalian,

Saya bukanlah orang yang arif untuk membincangkan soal filem tetapi sebagaimana kalian semua, saya adalah peminat filem P Ramlee.

Saya melihat sesuatu yang menarik dalam karya Seniman Agung kita, termasuk filem komedi beliau, adalah kritikan sosial yang tersirat dalam jalan ceritanya. Lihat sahaja kisah dalam Bujang Lapok (1957) yang berlatarbelakangkan zaman selepas perang, dengan suasana mendesak dan perit namun penuh dengan harapan.

Filem tersebut menggambarkan bagaimana terhimpitnya kehidupan selepas perang sehingga ramai yang licik mengambil kesempatan. Dalam satu adegan, watak Ramli telah ditipu setelah meminjamkan RM10 kepada seorang wanita bernama Nani yang kononnya mahu pulang ke rumah untuk mengambil kad pengenalannya yang tertinggal. Dalam adegan lain, tabiat berjudi seorang bapa hampir mendorong anaknya, Sapiah, untuk membunuh diri. Dalam satu lagi adegan, Ramli sekali lagi kena tipu dengan seorang wanita dan “adik-adiknya” seramai 11 orang sehinggakan Ramlee kehilangan baju dan seluar akibat tidak mampu membayar tauke restoran. Jangan marah.

Namun, P Ramlee tidak pernah menghukum watak-watak yang penuh muslihat ini, malah beliau menzahirkan perasaan simpati terhadap mereka. Barangkali, beliau sedar bahawa orang miskin hanya berbuat jahat apabila kehidupan kian terdesak.

Sebaliknya, P Ramlee tidak begitu baik hati dengan watak yang mewakili golongan kaya dan berkuasa, khususnya apabila mereka menindas si miskin. Sebagai contoh, sementara bapa Sapiah yang giat berjudi itu akhirnya insaf dan meminta maaf dengan anaknya, lintah darat lakonan Shariff Dol yang tergamak mahu memperkosa Sapiah atas ketidakmampuan bapanya untuk membayar hutang judi pula dipukul teruk.

Pun begitu, jangan pula kita lekas terjun kepada kesimpulan bahawa P Ramlee itu seorang yang anti-kelas atasan atau bermusuh dengan orang kaya. Dalam filem yang sama,Bujang Lapok, Ramli akhirnya “kena ekor” apabila menikahi Cik Normah, iaitu seorang tuan rumah yang kaya. Malah, watak Cik Normah dibayangkan sebagai wanita yang terhormat sehingga menjadi perantara bagi membaiki hubungan antara keluarga Zaiton dan Sudin.

Demikianlah, P Ramlee membentangkan kepada kita berkenaan kehidupan selepas perang di saat baru Merdeka – penuh derita tetapi tetap sarat dengan belas kasihan dan harapan. Tambah menarik, kisah mengenai kesusahan hidup diangkat melalui filem komedi yang bersahaja sehingga kita ikut tertawa melupakan sengsara.
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 14 April bagi keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
  
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan.

Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang dinamakan sebagai defendan, tidak hadir di mahkamah hari ini, beliau diwakili peguamnya, Asmuni Awi (gambar) manakala plaintif hadir di mahkamah.

Asmuni berkata dalam sesi pendengaran itu peguam plaintif, Vasudevan mendakwa wujud elemen baharu yang ditimbulkan pihaknya, justeru memohon penangguhan bagi memfailkan afidavit jawapan.

"Kes hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan oleh pihak defendan. Kami telah failkan hujahan bagaimanapun peguam plaintif meminta penangguhan bagi membolehkan mereka memfailkan afidavit jawapan sebagai tambahan kepada afidavit yang telah mereka failkan dulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lepas.
  
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama

Itulah serba sedikit pandangan saya sebagai peminat filem P Ramlee. Sudah tentu, panelis kita pada malam ini akan memberi pengulasan yang lebih mendalam serta perspektif yang lebih menarik untuk diwacanakan bersama. Semoga perbincangan malam ini akan menyumbang kepada usaha untuk membina semula tradisi keintelektualan dan pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat kita.

Sekian, terima kasih dan selamat berforum.

Rencana di atas adalah teks ucapan Zairil selaku Ahli Parlimen Bukit Bendera pada Forum Nusantara ke-8 di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang sempena Festival P Ramlee 2014.
GEORGE TOWN: Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat keputusan pada mesyuarat mingguan 2 April ini sama ada untuk mengikuti langkah Kerajaan Negeri Perak untuk mengenakan catuan air di Taiping.

“Saya terkejut mendengar bahawa kerajaan negeri Perak akan melaksanakan catuan air buat kali pertamanya di pekan paling ‘basah’ di Semenanjung Malaysia, iaitu Taiping, pada minggu depan,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Catuan air di situ dijangka akan memberi kesan kepada 28,000 daripada 85,000 pemegang akaun air di sana untuk dua minggu bermula 3 April.

Menurutnya, Exco Kerajaan Negeri untuk Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata bahawa mereka terpaksa membuat catuan air untuk kali pertama di Perak akibat bekalan air yang kian berkurangan ekoran musim kemarau yang berlanjutan.

Ini, kata beliau menunjukkan bahawa Malaysia berhadapan dengan kemarau yang paling teruk dalam 15 tahun.

“Sebelum ini saya telah mengumumkan bahawa tidak akan berlaku catuan air di bulan Mac walaupun kami melalui musim kemarau,” ujarnya yang juga Pengerusi Perbadanan Perbekalan Air Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Namun begitu, jelasnya kajian semula bagi bulan April akan dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat Exco akan datang untuk mempertimbangkan bekalan air sedia ada dan rizab air untuk menentukan sama ada catuan air diperlukan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kerajaan negeri ingin menyatakan kekecewaan kerana penggunaan air makin meningkat walaupun banyak program pendidikan diadakan serta pelaksanaan surcaj pemuliharaan air sebagai penalti kepada mereka yang membazir air.

Tahun lepas, katanya penggunaan air di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, iaitu 295 liter padu seorang sehari sementara untuk dua bulan pertama tahun ini sehingga 1 Mac 2014, angka penggunaan air sudah meningkat 5.4% kepada 311.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru agar pengguna air Pulau Pinang memulihara dan tidak membazir air kerana penggunaan air kita sekarang hampir 50% lebih tinggi daripada purata kebangsaan, iaitu 215 liter padu seorang sehari.

“Sumber dan rizab air kita boleh dilanjutkan sebanyak 50% sekiranya kita memulihara air dan menggunakan jumlah yang sama dengan purata kebangsaan,” ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR: Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika.
  
Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui.
  
"RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata kenyataan itu.
  
P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.
  
Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.
  
Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3 dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. - Bernama

Tiada ulasan: