Jumaat, 21 Mac 2014

TAK MALU KE KEPADA ALLAH KERANA MENOLAK HUKUMNYA.....SERTA TAK MAHU MELAKSANA HUKUM ALLAH....KATA JAGA AGAMA ISLAM....ITU SEMUA TEMBERANG KOD

PUTRAJAYA: Hansard Parlimen Malaysia bertarikh 18 Mac mengenai jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) di Dewan Rakyat berhubung kes rogol bawah umur diedarkan kepada media hari ini.
  
Hansard itu diedarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan timbalan menteri itu, Wan Hamzah Wan Paie berikutan jawapan Wan Junaidi itu didakwa telah disalah tafsir beberapa pihak.
  
Selain Hansard bertarikh 18 Mac, turut diedarkan pada sidang akhbar itu adalah Hansard 19 Mac mengenai kenyataan anggota Parlimen Kuching dari DAP, Chong Chieng Jen mendakwa jawapan Wan Junaidi itu telah menyakitkan perasaan kaum lain.
  
Berikut petikan Hansard jawapan Wan Junaidi:
  
"Statistik mangsa jenayah rogol yang melibatkan remaja 15 tahun ke bawah bagi 2012 adalah sebanyak 1,550. Mangsa terdiri daripada 1,243 Melayu (80 peratus), sebanyak 73 Cina (lima peratus), 45 India (tiga peratus), dan 189 lagi lain lain bangsa iaitu 12 peratus.
  
"Bagi tahun 2013, seramai 1,424 mangsa rogol dilaporkan iaitu 1,147 Melayu, 62 Cina, 32 India dan 183 lain-lain bangsa.
  
"Ini bukan bermakna orang Melayu kebanyakannya secara nisbah melakukan kes rogol secara sedemikian. Sebenarnya oleh kerana orang Melayu sensitif sangat kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka laporan mesti dibuat pihak-pihak ini.
  
"Pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya maka nisbahnya dapat diterima, perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain. Maka nisbahnya lebih di bawah dan turun sedikit daripada angka yang ada di balai polis."
  
Wan Hamzah berkata Wan Junaidi kini terikat dengan peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (12) iaitu ahli yang berhormat yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak boleh membuat sebarang kenyataan sehingga Yang Dipertua Dewan membuat keputusan, dijangka Selasa ini. - Bernama

 

 







KUALA LUMPUR: Lawatan Menteri Besar Terengganu ke Antartika, 17 Mac lalu mengundang lebih banyak persoalan apabila jawapan bertulis yang diberikan kerajaan terhadap soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar) tidak memberi sebarang rasional terhadap kewajaran projek itu.
Menurut Sim, tujuan, kos dan individu yang menyertai rombongan ke Antartika amat diragui apatah lagi ia membabitkan wang pembayar cukai.
"Mengikut jawapan kerajaan, tujuan delegasi ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama antara Program Penyelidikan Antartika Malaysia (MARP), Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dengan Institut Penyelidikan Antartika Chile (INACH).
"Mengikut laman web MARP, sejak 1999, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan RM13.7 juta dalam program MARP yang melibatkan lebih kurang 39 penyelidik,"ujarnya.
Beliau mempersoalkan kaitan sebuah negara beriklim khatulistiwa khususnya Malaysia dengan kajian perubahan iklim di Antartika.
"Apa rasionalnya kita mengkaji 'kabatic winds' untuk menyejukan salji (kabatic winds to cool the surface of continental snow surface)? Malaysia tidak ada salji," katanya.
Menurut Sim, pihaknya tidak mempersoalkan sebarang penyelidikan saintifik namun penjelasan perlu diberikan terhadap guna pakai hasil penyelidikan Antartika untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim di Malaysia.
"Yang saya pasti untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim, kerajaan haruslah kurangkan pengeluaran dan penggunaan minyak (fossil fuel) di Terengganu dan kurangkan penebangan hutan secara berleluasa di Terengganu," ujarnya sinis.
Sim turut mempersoalkan kos lawatan Menteri Besar Terengganu ke Antartika berjumlah RM846,328.26 dengan purata belanja RM105,791 seorang.
Menurutnya, dalam keadaan hutang negara yang tinggi dan pemotongan subsidi yang mendadak, lawatan yang menelan belanja tinggi ini amat dikesalkan.
Komposisi delegasi lawatan itu turut mencuri perhatian Sim apabila sebahagian besarnya ialah ahli politik, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ketua Setiausaha (KSU), duta besar dan bukannya penyelidik.
"Hanya Prof Dato Dr. Azizan Abu Samah sahaja yang terlibat dalam National Antartica Research Center. Maka kita nak tanya adakah ini satu lawatan sambil melancong atau lawatan penyelidikan?
"Kalau kita serius dengan penyelidikan, bukankah lebih baik duit hampir RM1 juta ini diberikan kepada MARP dan para penyelidik? MARP hanya dapat RM2 juta dalam penyelidikan sejak Julai 2012," ujar beliau.
Ahli Parlimen PKR itu juga mempersoalkan kapasiti Datuk Seri Ahmad Said untuk mengetuai delegasi tersebut dan bukannya Menteri Sains, Tenaga dan Teknologi Hijau.
"Dia (Ahmad Said) tiada sebarang urusan untuk ke sana," ujarnya.
Beliau turut melahirkan kekhuatiran terhadap cadangan kerajaan untuk menubuh stesen penyelidikan Antartika Malaysia-Chile memandangkan penyelidikan di benua Antartika didominasi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Britain dan Kanada yang mempunyai geran penyelidikan yang besar.
"Kemasukan Malaysia dengan bajet penyelidikan yang kecil tidak akan membawa kita ke mana. Projek ini akhirnya akan menjadi 'gajah putih'. Akhirnya ia akan hanya menguntungkan ahli-ahli politik yang ingin melancong ke tempat-tempat eksotik sahaja," tegasnya.


KUALA LUMPUR: Kerajaan BN perlu bertanggung jawab terhadap insiden kematian dan penyalahgunaan dadah serta alkohol pada acara Future Music Festival Asia (FMFA) kerana ia membabitkan kelulusan dan dokongan dua menteri pusat.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan media berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014, 17 Oktober lalu manakala Pengarah Livescape Sdn. Bhd., Iqbal Ameer  telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi memohon menggunakan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi program.
Malah tambah beliau, Nazri menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014 manakala Khairy dalam kenyataannya pada 16 Mac memaklumkan Iqbal memohon untuk menggunakan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi FMFA.
"Khairy mahupun Nazri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini," tegas beliau.
Menurut Nik Nazmi, kematian enam pengunjung FMFA adalah peristiwa yang amat menyedihkan apatah lagi di masa yang sama, 14 pengunjung dirawat di tiga hospital di sekitar Kuala Lumpur akibat penyalahgunaan dadah dan penggunaan arak secara berlebihan.
Sejumlah 40 orang telah ditangkap polis berkaitan pemilikan dadah ecstacy, ganja dan jenis yang belum dikenal pasti.
"Tragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa. FMFA tahun ini adalah kali ketiga diadakan di Malaysia. Tahun ini, dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut," ujar beliau.
FMFA mendapat dokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.
"Menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Major Events ditugaskan menjadikan Malaysia destinasi utama acara-acara sedunia," jelas Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Beliau seterusnya mempersoalkan dokongan Kerajaan Persekutuan terhadap acara tersebut dan mahukan penjelasan sama ada pihak berkuasa telah meletakkan kawalan keselamatan dan seliaan yang sewajarnya.
Mengulas isu yang sama, PAS Sarawak kesal dengan insiden kematian pada konsert FMFA 2014 di saat negara bersedih atas kehilangan serta ketidaktentuan nasib penumpang pesawat MH370.
"Konsert tersebut kononnya berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hab muzik antarabangsa sekaligus menaikkan nama Malaysia di persada pelancongan bagi masyarakat Eropah.
"PAS Negeri Sarawak mendesak kerajaan agar memberhentikan setiap bentuk hiburan ketika ini bagi menjaga sensitiviti rakyat malah mencadangkan agar segala bentuk konsert seperti ini diharamkan," tegas Pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid (gambar).
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, beliau mahu kerajaan mengkaji semula aktiviti yang terkandung dalam kalendar TMM2014 terutama membabitkan konsert-konsert liar dan artis luar negara.
"Banyak lagi konsert hiburan yang boleh kerajaan Malaysia anjurkan untuk dipersembahkan sebagai daya tarikan pelancong.
"Pelancong yang datang bukan semata-mata ingin berhibur tetapi ingin melihat budaya masyarakat berbilang bangsa yang terdapat di Malaysia yang tidak dapat mereka temui di negara mereka.
"Hiburan import dari negara mereka bukan sebenarnya tarikan utama pelancong Barat untuk melawat Malaysia," tegas Adam.
PAS Sarawak berharap kerajaan dapat mencari keadah terbaik bagi mempromosikan Malaysia sebagai "sebuah negara Islam contoh".

Friday, 21 March 2014

INILAH PERMIT YANG DIKELUARKAN OLEH KETUA POLIS DAERAH KAJANG KEPADA PENGANJUR PELANCARAN REFORMASI 2.0 DI STADIUM KAJANG MALAM INI.


Pihak Polis DiRaja Malaysia melalui Ketua Polis Daerahnya ACP Ab Rashid bin Hj Ab telah mengeluarkan permit seperti mana dibawah peruntukan Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kepada Ketua Penerangan KEADILAN Selangor merangkap ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Hj Shafiei sebagai ejen calon KEADILAN PRK DUN N25 Kajang untuk mengadakan Grand Finale dan Pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam ini 21 hb Mac 2013 dari jam 9.00 malam sehingga jam 12.00 tengah malam.

Jadi Himpunan malam ini di Stadium Kajang adalah halal dari segi undang-undang negara ... Ribuan terima kasih diucapkan kepada PDRM.
Betulkah orang syirik tiada tempat di akhirat
Posted on Friday, March 21 @ 11:34:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Sudah lama penulis tidak senang hati dengan orang Islam yang berkata, orang syirik tiada tempat di akhirat nanti.

Kebanyakan orang Melayu, terutama sekali ustaz, ustazah dalam tanyalah ustaz TV 9 tersalah faham menbuat kita jadi keliru.

Yang paling sedih sekali ulamak ulamak juga turut terpalit dengan isu berkenaan seumpana diatas  dalam kuliah kuliah agama mereka.

Persoalan yang timbul, betulkah orang syirik tidak ada tempat di akhirat nanti, sedangkan Allah dan Nabi SAW telah menjelaskan mereka yang syirik, tempatnya adalah didalam neraka.
Yang peliknya, mengapa ada ustaz dan ustazah  mengatakan mereka yang syirik tiada tempat diakhirat nanti.Kalau tiada tempat di akhirat di manakah tempat mereka yang ditetappkan Allah di akhirat kelak.
Mengapa sebagai orang yang ditugas sebagai pendakwah boleh berkata demikian, sedangkan penyampaian itu jelas bercanggah dengan fakta Al Quran, Hadis dan keliru serta salah sama sekali .
Apakah mereka tidak merasa bersalah berkata demikian, sedangkan ianya sangat tidak wajar, kerana ia boleh mengelirukan orang awam yang mendengarnya secara langsung.
Terutama sekali bagi mereka yang rendah ilmu pengetahuan agama Islam dan dahagakan ilmu sebagai bekalan akhirat.
Banyak kata kata yang keluar dari mulut ahli agama boleh  mengelirukan dan tertanya tanya betulkah orang syirik tidak ada tempat diakhirat nanti, sedangkan Allah sendiri telah menjelas dengan sejelas jelasnya bahawa mereka itu di dalam neraka dan kekal.
Penulis pernah sentuh banyak perkara yang salah ketika menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat sehingga masih ada orang sendiri yang tergamak mengatakan agama Kristian adalah agama langit.
Jika kristian agama langit bagaimana pula dengan agama Budha dan Hindu, kerana kitab mereka sama cuma nama sahaja yang berlainan.
Apakah mereka tidak merasa bersalah, sedangkan itu jelas dan nyata salah. Kalau salah mengapa diulang ulangi lagi dalam kuliah kuliah berikut.
Maaf, mungkin penulis rendah dengan ilmu agama Islam punca tidak senang hati dengan kata kata seumpama itu.
Seperkara lagi, sehingga  hari ini masih 100 peratus penceramah penceramah ilimu agama mengatakan Islam dan barat sebagai suatu perbandingan Antara agama Islam dan bukan Islam.
Bagaimana harus difahami Islam dan barat, sedangkan di barat itu ada orang Islam disamping orang kafir.
Bagi penulis, perbandingan seumapama itu sangat tidak tepat dan mengelirukan, kerana barat lawannya timor. Selatan lawannya utara.
Pada hemat penulis, yang paling tepat, Islam dan kafir. Apakah kata perbandingan yang penulis sebut itu salah dari segi dakwah Islamiah.
Atau kita tidak boleh menyebut perkataan kafir, kerana ia sensitive sepertimana ada setengah pendapat mengatakan kita tidak boleh kata orang kafir itu kafir takut nanti merek akan masuk Islam.
Yang paling sedih sekali masih ada ustaz dalam TV mengatakan kita tidak boleh kata orang kafir itu musuh Islam, sedangkan Allah telah nyatakan bahawa kafir musuhNya. bermakna sekaligus musuh Islam.
Jika benar begitu orang Islam pun tidak boleh kata dia Islam takut nanti dia akan masuk agama lain  yang pernah berlaku terhadap orang Islam seluruh dunia.


"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
anaabdullah
Posted on Friday, March 21 @ 11:34:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan: