8:34PM - 21 Mar 2014
Kargo MH370 jadi tumpuan, kali ini bateri lithium-ion
Perhatian sekali lagi tertumpu kepada kargo yang dibawa oleh pesawat
MH370 yang hilang selepas pihak berkuasa hari ini mengesahkan ia membawa
bateri lithium-ion yang boleh mudah terbakar.
Pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini, empat hari selepas beliau menafikan MH370 membawa barangan berbahaya dan sebaliknya menekankan mengenai "tiga hingga empat tan buah manggis" dalam pesawat itu.
"Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya," katanya.
Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.
Ahad Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa "beberapa kali" bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.
Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja.
"Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO," katanya.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.
Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.
Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.
Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.
Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.
'Kemungkinan terlepas pandang'
Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.
Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing terputus komunikasi dengan pusat kawalan trafik udara pada 8 Mac pada jam 1.30 di Teluk Thailand.
Kehilangan pesawat itu telah membawa kepada usaha mencari besar-besaran di Laut China Selatan, tetapi kemudiannya data tentera mendedahkan pesawat itu telah berpatah balik dan terbang ke haluan yang tidak diketahui.
Pasukan penyiasat mengesan lokasi terakhir pesawat itu ialah di antara sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke sempadan utara Thailand, atau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun, selepas usaha mencari masuk ke hari ke-14 yang melibatkan 26 negara, pesawat itu masih belum ditemui.

Penyiasat teliti rekod panggilan telefon juruterbang
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.
Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Ia bukan barang berbahaya dan telah dibungkus seperti yang disyorkan oleh ICAO. Kami memeriksanya beberapa kali untuk memastikan ia dibungkus dengan betul dan dilakukan mengikut garis panduan ICAO," katanya pada taklimat media harian mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, hari ini.
Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan wakil khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting.
Ahmad Jauhari berkata bukanlah luar biasa bagi syarikat penerbangan membawa barangan seperti itu sebagai kargo, dan menegaskan: "Barang ini diterbangkan oleh kebanyakan syarikat pesawat kargo. Syarikat penerbangan selalu melakukan perkara ini, bukan sahaja MAS."
Ditanya sama ada pesawat Boeing 777-200 (MH370) itu dilengkapi sistem dikenali sebagai 'Uninterruptible Autopilot System' yang boleh mencegah perbuatan merampas pesawat secara manual dari dalam pesawat, beliau berkata: "Pesawat itu mempunyai kelengkapan standard. Tidak terdapat sebarang peralatan tambahan padanya."
Sementara itu, Hishammuddin berkata siasatan agensi perisikan antarabangsa mengenai penumpang dan anak kapal termasuk juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, mendapati tidak wujud sebarang perkara luar biasa.
Mengenai simulator yang terdapat di rumah Zaharie, beliau berkata: "Kami telah serahkan maklumat mengenainya kepada pihak antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan dengan kadar cepat. Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mungkin boleh memberi komen mengenai perkembangan terbaharunya."
Hishammuddin berkata mereka juga tidak mempunyai maklumat mengenai seorang suri rumah yang mendakwa ternampak sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam di dalam air di luar Kepulauan Andaman ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas menunaikan umrah di Makkah pada hari pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang menuju ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Gerakan mencarinya dilancarkan di Laut China Selatan sebelum kawasan carian diperluaskan hingga meliputi satu kawasan yang luas di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi.
Pesawat itu dikatakan menukar haluan selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat dan pesawat bekenaan terbang selama tujuh jam selepas itu.
Gerakan mencari kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang bermula dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand serta koridor selatan yang bermula dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. - Bernama
Posted on Friday, March 21 @ 15:53:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sewaktu dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu dipercayai meletup di udara, kata Prof Dr BJ Habibie.
Mantan presiden Indonesia itu berkata pesawat itu diyakini meletup pada ketinggian 33,000 kaki dari aras laut atau sejauh 10 kilometer selepas operasi mencari dan menyelamat hari ini masuk hari ke-14.
Beliau yang pernah terlibat dalam pembinaan pesawat Airbus dan bekas naib presiden syarikat aeroangkasa Jerman berkata, “Saya yakin pesawat yang dicari itu tidak akan ditemui kerana pesawat itu meledak di atas ketinggian 10 kilometer.
“Saya tidak bisa katakan apakah (letupan) disebabkan dari sayap atau enjin pesawat kerana kasihan pada pihak yang membuat komponen tersebut,” katanya seperti dilapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Setakat hari ini, terdapat 18 kapal, 29 pesawat dan enam helikopter dikerahkan dalam pencarian ke dua koridor yang meliputi selatan Lautan Hindi ke Asia Tengah.
Semalam, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu parlimen imej dua objek mewakili “maklumat baru dan boleh dipercayai” ditemui tetapi menegaskan sebarang kaitan dengan pesawat MH370 masih perlu disahkan.
Malaysia mendakwa maklumat yang diberi adalah boleh “dipercayai” tetapi menegaskan masih terlalu awal untuk disahkan.
Habibie berkata penyebab utama ledakan hanya dapat diketahui daripada kotak hitam pesawat itu sama ada berpunca daripada kebocoran tangki minyak yang terletak di sayap pesawat atau sebaliknya.
Katanya, juruterbang pesawat berkenaan tidak berkesempatan memaklumkan situasi kecemasan yang berlaku kerana dalam waktu singkat perlu mencari landasan yang paling dekat untuk mendarat.
“Baru saja (juruterbang) melihat amaran pada skrin lalu (pesawat) meledak. Mungkin kerana itu juruterbang tidak sempat menghubungi dan melaporkan situasi kecemasan.
“Apabila pesawat itu meledak di ketinggian 10 kilometer maka serpihan akan berterbangan tidak satu arah,” katanya yang memiliki kepakaran dalam kejuruteraan pesawat.
Sumber Malaysian Insider
MH370: Pesawat terbang sendiri dan terhempas apabila kehabisan minyak - The Sydney Morning Herald
Posted on Friday, March 21 @ 15:48:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang diketuai Australia
berakhir malam tadi tanpa sebarang serpihan ditemui, tetapi misi
pencarian di kawasan perairan 2,500 km daripada Perth mencadangkan
kemungkinan besar berlakunya kecemasan dalam Boeing 777-200ER tersebut,
lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.
Pesawat dan kapal melakukan pencarian semalam walaupun cuaca buruk
untuk mencari objek termasuk sepanjang 24meter terapung di kawasan
perairan Australia.
The Sydney Morning Herald mengatakan lokasi serpihan di Lautan Hindi
“akan melenyapkan beberapa teori liar tentang apa yang berlaku dalam
pesawat dan kecemasan dalam pesawat menjadi kemungkinan terbesar
sekarang.”
Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk anak kapal untuk ke Beijing.
Putrajaya mengatakan semalam imej satelit merupakan “petunjuk boleh
dipercayai” bagi misi pencarian yang disertai 26 negara itu.
Menurut The Sydney Morning Herald, kecemasan mungkin berlaku dalam
pesawat tersebut yang cuba berpatah balik, tetapi komplikasi mungkin
menyebabkan kru dan penumpangnya tidak sedarkan diri sehingga pesawat
terbang dengan sendirinya dan terhempas apabila minyak habis.
TMI
Serpihan "Sepatut Berada Dalam Kawasan Imej" Di Rakam
Posted on Friday, March 21 @ 15:50:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PETALING JAYA: Imej serpihan mungkin dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang yang dirakam pada Ahad mungkin dihanyutkan tidak jauh dari tempat asal imej tersebut diambil, kata bekas Ketua Jabatan Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim Malaysia, Datuk Kapten Jaffar Lamri.
Beliau menjelaskan objek yang terapung cenderung untuk tidak bergerak banyak di atas permukaan laut.
"Jika ia terapung, ia berada tidak jauh dari lokasi serpihan itu dikesan."Ia mungkin berada dalam kawasan imej itu dirakamkan," katanya.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott (gambar) berkata, dua objek
mungkin ada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370 dikesan oleh satelit
di selatan Lautan Hindi.
Menurut Abbott, maklumat 'baharu dan
kukuh' itu diperoleh hampir dua minggu selepas pesawat yang dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan
anak kapal dilaporkan hilang dari radar.
"Misi mencari serpihan pesawat itu merupakan cerita berbeza dan ia boleh mengambil masa yang lama," kata Kapten Jaffar.
"Sekurang-kurangnya mencari serpihan pesawat itu adalah satu permulaan," katanya. #sumber
Chris Goodfellow : Kapten Zaharie adalah wira yang bertarung selamatkan MH370
Posted on Friday, March 21 @ 15:47:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa
seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan
melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan
dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan
terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka
mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan
pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.
- Cheakak
http://plbgaimacam.blogspot.com

Anwar: PM Australia bentang isu MH370 di Parlimen, Malaysia?
Posted on Friday, March 21 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 21 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu kehilangan pesawat MH370.
Beliau malah membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat berkenaan.
Berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Anwar berkata, media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwa gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.
“Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.
“Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia,” kata Anwar di Taman Mewah, Kajang semalam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk keengganan Parlimen membahas isu pesawat dan sesi taklimat yang hanya melibatkan Ahli Parlimen BN kelmarin.
Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar berkata, radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.
Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.
“Saya Menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)…Saya tahu radar di Utara dan Pantai Timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang,” kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi, lapor Malaysiakini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.-kd
Sabtu lalu kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat pesawat Boeing
777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang sedang dalam perjalanan
dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga ke
hari ini tiada sebarang petunjuk ditemui walalupun zon pencarian telah
diperluaskan dan dibantu oleh beberapa negara jiran.
Saya simpati kepada keluarga yang terbabit dan hanya mampu berdoa agar usaha mencari dan menyelamat beroleh hasilnya.
Namun, di sebalik semua usaha ini, saya mencadangkan sama ada kerajaan Malaysia atau MAS menyediakan pelan jangka panjang jika usaha mencari pesawat ini menemui jalan buntu. Hal ini kerana, jika status pesawat ini “hilang” dan kesemua penumpangnya juga berstatus “hilang” adakah keluarga mereka berhak memperoleh insurans yang dibeli sebelum ini?
Bagaimana pula dengan harta milik penumpang pesawat tersebut? Adakah boleh difaraid atau sebagainya. Bagaimana dengan pinjaman bank, kad kredit, ansuran kereta dan sebagainya?
Jika statusnya “sudah meninggal dunia”, tentunya perkara ini tidak menjadi begitu rumit untuk diselesaikan. Mungkin ada yang beranggapan terlalu awal untuk memperkatakan perkara ini namun apa salahnya jika diutarakan demi kebaikan keluarga yang terbabit.
Sekurang-kurangnya jaminan ini mampu meredakan sedikit tekanan yang dihadapi keluarga tersebut.
Secara peribadi saya tentunya mahu kesemua penumpang ini selamat ditemui, namun dalam kebanyakan kes nahas udara kita wajar juga bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal menerima berita paling buruk.
Yang mampu saya simpulkan ialah – bersabar dan berdoalah. Saya percaya, rakyat Malaysia yang lain turut ternanti-nanti berita positif tentangnya.
Till we meet again .. soon. insyaAllah .. mak with her one and only son - with Sofuan Ibrahim at KLIA 2 International Depature Hall"
Gambar detik akhir penumpang pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing.
Atas adalah gambar yang cukup menyentuh hati yang disiarkan menerusi laman sosial dimana sebelum seorang penumpang bertolak mengikuti penerbangan MH370 pada 12.40 pagi 8 Mac 2014.
Yang paling menyedih dan menyayat hati Omak Kau ialah ibunya memakai baju, tudung dan beg tangan yang sama ketika menghantar anak lelaki tunggalnya ke Lapangan Terbang KLIA 2 semasa bertolak ke Beijing dan ke KLIA juga untuk mendapat maklum berita terkini.
Hati siapa yang tak hancur luluh berderai bila melihatkan akan rakaman gambar ini.
GAMBAR sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.
Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan
mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat
kelihatan berwarna putih.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam, lapor mStar.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.
Posted on Friday, March 21 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 21 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu kehilangan pesawat MH370.
Beliau malah membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat berkenaan.
Berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Anwar berkata, media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwa gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.
“Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.
“Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia,” kata Anwar di Taman Mewah, Kajang semalam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk keengganan Parlimen membahas isu pesawat dan sesi taklimat yang hanya melibatkan Ahli Parlimen BN kelmarin.
Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar berkata, radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.
Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.
“Saya Menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)…Saya tahu radar di Utara dan Pantai Timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang,” kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi, lapor Malaysiakini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.-kd
- Mar 08, 2014
- http://omakkau.blogspot.com
MH370: Fikirkan langkah seterusnya
- Mar 10, 2014
- HAMBALI AKRAM
Saya simpati kepada keluarga yang terbabit dan hanya mampu berdoa agar usaha mencari dan menyelamat beroleh hasilnya.
Namun, di sebalik semua usaha ini, saya mencadangkan sama ada kerajaan Malaysia atau MAS menyediakan pelan jangka panjang jika usaha mencari pesawat ini menemui jalan buntu. Hal ini kerana, jika status pesawat ini “hilang” dan kesemua penumpangnya juga berstatus “hilang” adakah keluarga mereka berhak memperoleh insurans yang dibeli sebelum ini?
Bagaimana pula dengan harta milik penumpang pesawat tersebut? Adakah boleh difaraid atau sebagainya. Bagaimana dengan pinjaman bank, kad kredit, ansuran kereta dan sebagainya?
Jika statusnya “sudah meninggal dunia”, tentunya perkara ini tidak menjadi begitu rumit untuk diselesaikan. Mungkin ada yang beranggapan terlalu awal untuk memperkatakan perkara ini namun apa salahnya jika diutarakan demi kebaikan keluarga yang terbabit.
Sekurang-kurangnya jaminan ini mampu meredakan sedikit tekanan yang dihadapi keluarga tersebut.
Secara peribadi saya tentunya mahu kesemua penumpang ini selamat ditemui, namun dalam kebanyakan kes nahas udara kita wajar juga bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal menerima berita paling buruk.
Yang mampu saya simpulkan ialah – bersabar dan berdoalah. Saya percaya, rakyat Malaysia yang lain turut ternanti-nanti berita positif tentangnya.
TRAGEDI PENERBANGAN MH370 .... GAMBAR YANG CUKUP MENYAYAT HATI ... SEORANG PENUMPANG SEMPAT RAKAMKAN GAMBAR BERSAMA IBUNYA SEBELUM BERTOLAK DAN MUAT NAIKKAN DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.
Till we meet again .. soon. insyaAllah .. mak with her one and only son - with Sofuan Ibrahim at KLIA 2 International Depature Hall"
Gambar detik akhir penumpang pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing.
Atas adalah gambar yang cukup menyentuh hati yang disiarkan menerusi laman sosial dimana sebelum seorang penumpang bertolak mengikuti penerbangan MH370 pada 12.40 pagi 8 Mac 2014.
Yang paling menyedih dan menyayat hati Omak Kau ialah ibunya memakai baju, tudung dan beg tangan yang sama ketika menghantar anak lelaki tunggalnya ke Lapangan Terbang KLIA 2 semasa bertolak ke Beijing dan ke KLIA juga untuk mendapat maklum berita terkini.
Hati siapa yang tak hancur luluh berderai bila melihatkan akan rakaman gambar ini.
TERKINI! AS Keluarkan Kenyataan Bahawa MH370
Terhempas Di Lautan Hindi
Sehari sebelum
genap seminggu kehilangan pesawat MH370, terdapat kenyataan terbaru yang
dikeluarkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa bahawa
mereka mempunyai petunjuk bahawa MH370 kemungkinan terhempas di Lautan
Hindi. AS juga telah menghantar kapal USS Kidd ke Lautan Hindi dan ia
akan mengambil masa selama 24 jam untuk tiba.
"Kami mempunyai petunjuk kapal berkenaan terhempas di Lautan Hindi," kata Pegawai Kanan Pentagon.
Pegawai
tersebut juga mengatakan bahawa wujud petanda pesawat tersebut masih
terbang selama empat hingga ke lima jam selepas hilang dari radar dan
menjunam ke dalam laut.
Selepas
beberapa jam pihak Malaysia mengumumkan perluasan kawasan pencarian
sehingga ke kawasan Laut Andaman yang turut disertai Kerajaan India, AS
terus mengambil tindakan di atas.
MH370: Gambar pesawat tersadai di lautan tersebar
GAMBAR sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.
Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam, lapor mStar.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan