Kesesakan di Kajang sejak zaman Umno, bidas PKR
- Mar 15, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: PKR hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong semalam yang menuduh kononya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'lepas tangan' dalam isu kesesakan lalu lintas di Kajang.
Sebaliknya, Timbalan Bendahari Agung PKR, low Chee Chong berkata, kesesakan lalu lintas di sini berlaku sejak tahun 90an iaitu ketika Umno memerintah Selangor lagi.
"Saya anak kelahiran di sini, dia (Wee) tak tahu apa berlaku di Kajang.
"Lalu lintas di Kajang sesak sejak 90an, dari zaman BN jadi kerajaan, bukan baru berlaku sejak PR perintah 2008," kata beliau.
Wee ketika membidas manifesto PKR semalam berkata, kerajaan negeri gagal menambah baik lalu lintas sehingga melumpuhkan bandar Kajang pada waktu puncak.
Dalam pada itu, Chee Chong turut membidas kenyataan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yang menyalahkan kerajaan negeri kononnya tidak menyelesaikan masalah banjir di Kajang.
"Dia (Noh) tak tahu apa dia cakap. Kerajaan Selangor sudah ambil tindakan bersih dan memperbesar Sungai Jelok, jambatan diperbesar dan ditinggikan, bina semula tambak.
"Setakat ini, bila hujan pun tak berlaku lagi banjir," bidas Chee Chong.
Mengulas isu jenayah, beliau berkata itu dibawah kuasa kerajaan pusat melalui Kementerian Dalam Negeri, dan tidak wajar Kerajaan Negeri dipersalahkan.
Beliau juga mendakwa manifesto BN yang diumun semalam sebahagian besar menciplak manifesto Wan Azizah.
"Tiga daripada lima point itu copy kita punya. MCA dan BN ini parti yang meniru," kata beliau.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang termasuk membina jalan alternatif baru.
Nombor telefon Nurul Izzah dipercayai digodam
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Kenyataan Pejabat Ahli Parlimen itu memaklumkan talian beliau telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang tidak diketahui kandungannya.
“Kami percaya, perbuatan ini dilakukan dengan untuk mewujudkan kecelaruan di dalam barisan jentera parti-parti pembangkang,” ujar kenyataan semalam.
Justeru, pihaknya berharap tindakan segera dan tegas sedang diambil syarikat telekomunikasi khususnya Maxis atas kelakuan khianat terhadap Naib Presiden PKR itu.
Pelabuhan Klang kekal IPU tidak sihat
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Klang ialah 182, diikuti Tanjung Malim (146), Banting (140), Shah Alam (125), Petaling Jaya (124), Putrajaya (115), Muar (103), dan Batu Muda (102).
Sementara itu, 20 kawasan lain mencatat IPU paras sederhana dan 22 kawasan lagi mencatat bacaan IPU paras baik.
Pagi semalam, Pelabuhan Klang dan Banting mencatat IPU paras berbahaya.
Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. - Bernama
PKR gesa pengundi Cina nilai rekod prestasi Mei Fun
- Mar 15, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KAJANG: PKR hari ini menyerang kredibiliti calon BN yang juga Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dalam membela nasib masyarakat Tionghua ketika menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).
Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong berkata, pada 2001 Mei Fun telah gagal dalam menyelesaikan isu membabitkan SJK(C) Damansara.
"Ketika isu sekolah ini timbul, Mei Fun yang merupakan Ahli Parlimen PJU bukan sahaja tidak membela nasib sekolah tersebut tetapi tidak pernah datang ke sekolah tersebut.
"SJK(C) Damansara ini terletak dalam kawasan parlimen beliau, tetapi beliau tidak mengambil berat dalam isu tersebut," jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Menurut, Chee Chong pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.
Tetapi, telah mendapat tentangan dari penduduk dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan tersebut .
"Bagi menentang usaha tersebut penduduk telah menubuhkan satu jawatankuasa SOS Damansara.
"Masyarakat Tionghua di kawasan tersebut sanggup berjuang mempertahankan sekolah tersebut, namun Mei Fung sebagai Ahli Parlimen ketika itu gagal menyuarakan apa-apa bantahan terhadap kerajaan dan beliau juga dilihat gagal hadir walau sekali pun ke sekolah tersebut," katanya.
Tambah beliau, berbanding dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional ketika itu telah mengunjungi sekolah tersebut sebanyak tiga kali sebagai sokongan beliau terhadap SOS Damansara.
"Bagi Pakatan Rakyat dalam isu membabitkan SJK kita mempunyai pendirian yang tegas dan kerajaan perlu membina mengikut keperluan.
"Kalau penduduk bertambah dan perlu sekolah-sekolah tersebut, kerajaan perlu membinanya, berbanding dengan polisi kerajaan pusat mereka langsung tidak membenarkan sekolah tersebut ditambah di negara ini," sambung beliau.
Chee Chong turut memberitahu pengundi Tionghua di Kajang perlu menilai kembali rekod prestasi Mei Fung sebelum ini.
Pada 2001, masyarakat Tionghua bersetuju untuk pembinaan sekolah yang baru di tapak yang telah disediakan, namum pada masa yang sama mereka menggesa agar sekolah yang lama dikekalkan serta menghalang pembinaan kondominium mewah di tapak sekolah tersebut.
TG Nik Aziz syukur hujan basahi bumi Kelantan
- Mar 15, 2014
- RIZAL TAHIR
Menurutnya, selepas itu hujan turun lagi kira-kira jam 11.00 pagi tadi sebagai petanda Allah menerima pergantungan hamba-Nya yang telah bermunajat, menunaikan solat hajat dan istisqa’.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebagai mengulas hujan mula turun di bumi Kelantan bermula awal pagi tadi.
Hampir dua bulan lalu, sesetengah kawasan di Kelantan tidak menerima hujan.
“Syukur kehadrat Allah bumi kita telah hujan hasil usaha semua memohon pada Allah sama ada melalui doa, solat hajat atau solat sunat istisqa’ memohon hujan.
“Sewajarnya solat sunat sebegini hendaklah sering dilakukan bukan hanya ketika menerima bala atau inginkan sesuatu sahaja,” ujarnya.
Beliau juga turut mengingatkan umat Islam supaya tidak putus mendoakan kehilangan pesawat MH370 yang telah hilang masuk hari ke-8 hari ini.
Pada masa yang sama, umat Islam diingatkan supaya sering menunaikan solat sunat tahajud.
Katanya, ujian atau bala yang Allah berikan itu sebenarnya untuk mengingatkan manusia sentiasa ingatkan Dia sentiasa.
Tuan Guru seterusnya menambah, bukan hanya kesusahan yang ditanggung oleh umat manusia sahaja sebagai bala, sebaliknya kesenangannya juga bala.
Tambahnya, iaitu apabila mana manusia tidak mahu mensyukuri nikmat Allah.
Kasim Ahmad tidak tahu perkara ini
- Mar 15, 2014
- ANIS NAZRI
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata sama ada kelompok sasaran itu merupakan anti-hadis, liberalisme, mahupun kafir, terdapat kaedah tertentu yang perlu digunakan.
Beliau menjelaskan terdapat tiga latar belakang utama yang harus dikenalpasti oleh para pendakwah, sebelum mengeluarkan atau menyampaikan hujah berkaitan akidah iaitu kelompok yang benar-benar jahil, jahil tetapi tidak sedar dia jahil dan tahu tentang Islam tetapi sengaja engkar.
"Apabila kita memperhalusi latar belakang sesuatu kelompok itu, barulah boleh kita menggunakan kaedah tertentu untuk berhujah dengan mereka. Golongan pertama, iaitu yang benar-benr jahil, maka kita perlu memberi ilmu agar mereka tahu.
"Manakala, bagi yang jahil tetapi tidak sedar dia jahil, kita sedarkan dia (yang dia jahil), dan yang engkar pula kita perlu berhujah dengan dia," jelas beliau ketika menjawab soalan seorang peserta Wacana Pengukuhan Akidah, di Unisel, Shah Alam, hari ini.
Ustaz Hadi menjelaskan, kelompok yang jahil ini sememangnya tidak mengetahui tentang kedudukan al-Quran, hadis dan sebagainya serta tidak mengetahui tentang mukjizat-mukjizat berkaitan Islam ini.
Sehinggalah ada pihak yang menyampaikan dan menunjukkan kedudukan-kedudukan tersebut, tegas Ustaz Hadi, ilmu berkaitan Islam dan akidah ini akan difahami golongan tersebut.
"Begitu juga dengan hadis, setiap hadis ini ada matannya, perawinya, dan seseorang perawi itu seorang yang tawaduk, kuat ingatan, bukan sahaja ingat tentang hadis tetapi titiknya pun dia ingat.
"Mereka ini mengkaji hadis-hadis nabi hingga tahu sama ada sesuatu hadis itu lemah atau sebaliknya. Saya percaya Kassim Ahmad tidak tahu perkara ini. Imam Bukhari sudah menghafal ratusan ribu hadis, tetapi yang masuk dalam kitab sahihnya hanya 6000 hadis sahaja yang terpilih," tegas beliau.
Ustaz Hadi turut mengingatkan agar setiap hujah dan perdebatan yang diadakan perlu dilakukan di kalangan yang mempunyai kepakaran yang sama, khususnya bagi kelompok yang jahil namun tidak sedar dirinya jahil.
"Apabila orang yang mengaji di Somalia dengan orang yang mengaji NASA bercakap soal angkasa lepas, adakah ia bersesuaian? Doktor haiwan berdebat dengan doktor jantung, bercakap soal jantung, mana kita mahu dengar? Jadi, kelompok itu yang perlu kita sedarkan agar dia tahu bahawa dia jahil," tegas beliau lagi.
Wacana Pengukuhan Akidah itu merupakan siri pertama yang dianjurkan Lajnah Dakwah PAS Pusat yang menghimpunkan tiga panelis, iaitu Ustaz Hadi sendiri, selain Prof Madya Aziz Hanafi dan Prof. Madya Dr Fauzi Deraman.
Wacana yang pada mulanya disasarkan untuk 700 peserta, bagaimanapun mendapat sambutan yang menggalakkan apabila kehadiran peserta dianggarkan melebihi 1000 orang apabila dewan tersebut melimpah hingga ke luar dewan.
Pengarah program, Ustaz Nasrudin Hassan, berkata wacana ini akan diteruskan secara bersiri di seluruh negara dalam usaha melunaskan tanggungjawab memberi perhatian agar masyarakat memiliki akidah yang benar dan jelas, memiliki fikrh yang syumul serta akhlak yang soleh.
Katanya, ketiga-tiga perkara asas itu perlu menjadi perhiasan bagi peribadi lengkap yang diperlukan kepada setiap umat Islam, yang bukan sahaja berada dalam perjuangan Islam, tetapi juga kepada seluruh ummah.
Tiga remaja Melayu mati semasa konsert
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Sementara itu semua mangsa yang kritikal dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Kesemua yang terbabit berumur antara 19 hingga 27 tahun.
Festival Future Music dijadualkan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 13-15. Ekoran daripada kematian lima remaja tersebut, pihak polis membatalkan hari ketiga konsert tersebut.
Senarai Nama Mangsa Mati Dan Kritikal Semasa Di Festival Future Music Bukit Jalil
Posted on Sunday, March 16 @ 07:03:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Festival Future Music Bukit Jalil - Kematian Akibat Penyalahgunaan Dadah
Pada 13-15 MAC 2014 jam 1800 hingga 0030, Syarikat Live Scape Sdn Bhd menganjurkan Konsert Festival Future Music. Namun begitu, konsert tersebut telah dicemari dengan penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan.
Kronologi Insiden
Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.
Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014.
5 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
BASHA (Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L)
2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L)
3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582
4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L)
5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P)
4 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
PPUM Warga Singapura)
2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
Warga Singapura)
3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336)
4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427
Sumber link
................
Orang Islam, salah guna dadah dan alkhohol. Masih muda dan ini adalah generasi pelapis. SALAH SIAPA? MANA HALA TUJU KERAJAAN NAK BAWA MASYARAKAT ISLAM NEGARA INI???
Gambar rumah kediaman Raja Bomoh VIP & isteri ke-4
Gambar rumah kediaman Raja Bomoh VIP - Blog ohmedia telah menerima email berbentuk gambar-gambar kediaman Raja Bomoh VIP, Ibrahim Mat Zin dari seseorang yang enggan dikenali. Berikut ialah bunyi email individu tersebut.
"Salam.. Oh! Media, sy nak share gambar rumah tok bomoh KLIA…eh, pagar rumah sebenarnya…sebelum tu, sy minta pihak oh!media merahsiakan email sy…atas 2 sbb.. 1) Sy tak nak publisiti murahan :P….dan 2) sy takot ada pulak nnt diganggu makluk2 x nmpak plak mlm2…hahha… Rumah ni terletak kat Kg Bermin Tapah Perak..dinamakan ‘Istana Sri Gemilang (V.I.P)’Dipercayai ni rumah isteri no. 4 tok bomoh…no.1,2 &3 sy tak tau…"
Di bawah ini pula ialah empat keping gambar sekitar rumah kediaman Raja Bomoh sedunia. Memang mewah dan bukan sembarangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan