Jumaat, 28 Mac 2014

PELBAGAI CARA ALLAH BOLEH MENGHUKUM DENGAN CARA TUNAI ATAU TANGGUH

MH370: Tuntutan Saman RM4.9 Bilion Sedang Dalam Proses
Posted on Thursday, March 27 @ 12:50:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Ahli keluarga kepada beberapa mangsa dalam pesawat MH370 memfailkan saman berjumlah RM4.95 bilion bagi menuntut pampasan terhadap Boeing dan Malaysia Airlines.

Firma yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered yang bertindak untuk ahli keluarga terlibat telah memfailkan petisyen penemuan di mahkamah Illinois, Chicago.

Monica Kelly, peguam utama dari Ribbeck Law berkata firma itu yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang penerbangan telah didatangi oleh ahli keluarga dari China dan Indonesia.

Daripada 239 orang di atas kapal MH370, terdapat 153 warga China, 50 rakyat Malaysia dan tujuh warga Indonesia.

Kelly berkata, mereka telah bercakap dengan ahli keluarga dari kebanyakan negara dan menjangka kira-kira separuh daripada mereka yang terlibat akan turut mengambil bahagian dalam saman itu.

"Kami telah menyelesaikan banyak kes di mana bangkai telah musnah sepenuhnya, atau tiada mayat ditemui, atau bangkai ditemui tetapi kotak hitam tidak berfungsi. Kami tidak bergantung kepada perkara-perkara ini untuk memulakan proses undang-undang," kata Kelly, semasa taklimat kepada media di sini.

Beliau berkata saman itu boleh mengambil masa antara empat bulan hingga lima tahun, tetapi menjangkakan kes ini mengambil masa antara satu setengah hingga dua tahun.

Firma itu akan memberi tumpuan saman terhadap Boeing, kerana mereka percaya ini adalah kes peralatan tidak berfungsi tetapi boleh menambah defendan termasuk pengilang komponen lain atau orang-orang yang terlibat dalam melatih anak-anak kapal.

Manuel Von Ribbeck dari Ribbeck Law berkata, dalam undang-undang, penumpang tidak pernah bersalah dan tindakan ini adalah sekadar memastikan keluarga diberi pampasan sepenuhnya.

"Kami berharap keajaiban boleh berlaku, tetapi berdasarkan data yang kami lihat setakat ini, ia tidak kelihatan baik sama ada untuk penerbangan dan penumpang," kata Ribbeck.

Boeing, pengeluar pesawat 777-200 telah menerima beberapa tindakan undang-undang pada masa lalu.

Tuntutan terbaru adalah pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang  penerbangan Asiana Airlines yang membuat pendaratan kecemasan di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas, juga diwakili Ribbeck Law.

Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.  - MSTAR 


 Kassim Ahmad mengaku tak bersalah hina Islam
Posted on Thursday, March 27 @ 12:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kassim Ahmad mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya hari ini berhubung kenyataan kontroversinya berkaitan hadis Nabi.

Kassim didakwa menghina Islam melalui satu ucapan berhubung perbuatan "mendewa-dewakan nabi Muhammad dalam syahadah" dan juga hujah berhubung definisi "aurat wanita".

Beliau didakwa menyatakan demikian dalam satu seminar dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 16 Februari lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 7(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Dalam pertuduhan kedua, beliau didakwa mengingkari pihak berkuasa agama kerana membuat ucapan yang memetik kandungan buku yang diharamkan.



Pertuduhan mengikut Seksyen 9 akta sama menyatakan, Kassim memetik buku 'Hadis: Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik'.

Menurut pertuduhan berkenaan, buku tersebut telahpun diharamkan melalui Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan yang diwartakan pada 8 Februari 1996.

Oleh yang demikian, beliau didakwa mengingkari perintah Yang DiPertuan Agong, Majlis Agama Islam atau Mufti melalui fatwa berkenaan, mengikut pertuduhan berkenaan.

Dalam rayuannya, Kassim, 81, memohon agar mahkamah mempertimbangkan faktor kesihatan dan usianya.

"Saya tidak bersalah. Yang arif saya minta tuan memikirkan keadaan kesihatan saya yang sudah 80 tahun.

"Saya hanya bergantung pada tiga orang anak saya," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Raya Ibrahim Deris di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Umamuddin membenarkan Kassim dilepaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan tarikh 7 April untuk sebutan semula kes.

Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mathir dilihat muncul di bangunan mahkamah, kira-kira jam 11.40 pagi selepas pendakwaan dipercayai untuk menguruskan jaminan Kassim Ahmad.

Turut muncul di bangunan mahkamah ialah pengerusi penganjur seminar, Nik Abdul Aziz Nik Hassan serta beberapa orang ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut.

Kassim, 81, semalam ditahan mengikut peruntukan sama.

Seramai 10 orang penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu, di kediamannya di Kulim, Kedah,  yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari turut mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' dijalankan selama dua hari di Yayasan Kepimpinan Perdana - yang dinaungi Mahathir.- MK


 Kenapa 'Orang Tua' ini nak sekat Internet jika dia jadi PM semula??
Posted on Thursday, March 27 @ 12:29:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi masih banyak bercakap.. mengomel) telah mengeluarkan kenyataan akan menyekat internet jika dia menjadi PM semula.

"Kalau saya diangkat semula menjadi Perdana Menteri, saya akan pastikan semua televisyen, Internet dan majalah ditapis sepenuhnya kerana itulah punca peningkatan kes jenayah di Malaysia yang kini semakin banyak dilaporkan."

Saya rasa buka pasal jenayah tapi lebih daripada itu. Belum sempat saya nak menulis panjang saya terbaca artikel analisis daripada Malaysian Insider pasal 6 sebab kenapa Tun Mahathir nak sekat internet.

Saya juga berpendapat untuk menyekat jenayah adalah lebih baik sekat tempat maksiat, haramkan arak dan judi.. benteras pelacuran. Kuatkuasakan lebih jelas terhadap rasuah..

Tapi  'orang tua' lebih kepada internet... kenapa? Rasaya itu sudah cukup jelas. Tak payah saya ulang tulis baca apa yang ditulis oleh TMI.

Jika Dr Mahathir memerintah Malaysia pada zaman internet, beliau akan bertahan tidak lebih daripada satu penggal. Bercakap besar, kata-kata kosong, rasuah berleluasa, pelaksanaan songsang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan menelan beliau.

Mereka yang zalim, diktator dan sebagai, semua mahu kembali ke zaman pra-internet. Dan mereka menyembunyikan niat sebenar mereka dengan mengatakan internet merosakkan anak muda, blah blah blah.

Tetapi mengapa Dr Mahathir, yang menggalakkan pertumbuhan internet dan akses awam di Malaysia, dan juga berjanji untuk memastikan ia bebas, kini berubah fikiran?

Berikut adalah sebab sebenar mengapa beliau mahu menapis internet:

1) Supaya kerajaan dapat terus berkuasa dengan memperdaya rakyat Malaysia dengan cerita separuh benar dan pembohongan yang dicetak dan diterbitkan oleh abettors-in-chief: media arus perdana.
Banyak akhbar dan stesen televisyen yang dimiliki parti politik Barisan Nasional dan mereka memberi gambaran negara ini yang mempunyai sedikit persamaan dengan realiti.

Liputan kehilangan pesawat MH370 adalah contoh yang jelas. Di saat media seluruh dunia mendedahkan Malaysia dan asas utama yang buruk, media arus perdana memaparkan sebaliknya.

2) Supaya kerajaan dapat terus bersikap pilih kasih kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dan keluarga ahli politik.

Bolehkah kemelut Pusat Fidlot Nasional menjadi pengetahuan umum jika kita berada di zaman pra internet Malaysia? Pastinya tidak.

Editor akhbar akan memberitahu Putrajaya untuk menutup cerita itu. Dalam hal ini, The Star dan lain-lain tidak mempunyai pilihan tetapi memberi liputan kerana liputan yang dibuat oleh banyak portal dan blog.

Menapis internet akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membuat kembali tawaran penswastaan berat sebelah seperti konsesi tol.


3) Supaya kerajaan dapat mengawal wacana penting isu-isu seperti pengharaman akhbar Katolik, Herald kerana menggunakan perkataan Allah.

Jika tidak kerana internet, rakyat Malaysia akan terus disuap dengan pembohongan Utusan Malaysia tentang terdapatnya konspirasi besar oleh orang Kristian untuk mengambil alih Malaysia; bagaimana Katolik mahu menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan umat Islam.

Rakyat Malaysia tidak akan mempunyai sisi cerita yang lain: penganut Katolik dan Kristian di Malaysia Timur menggunakan perkataan Allah lebih  100 tahun; terdapat beberapa penukaran berharga dan para ulama antarabangsa mengenai Islam tidak mempercayai  larangan kerajaan mengenai penggunaan Allah.

4) Supaya kelemahan dan ketidakcekapan menteri kabinet dan para pemimpin kerajaan lain boleh disembunyikan daripada orang awam.

Fikirkan orang-orang seperti Hasan Malek, Idris Jala, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahmad Zahid Hamidi.


5) Supaya ahli keluarga ahli politik boleh membeli barangan mewah seperti cincin berlian gergasi dan beg berjenama, membeli hartanah mahal di luar negara dan tiba-tiba menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan paling kaya di Malaysia tanpa sebarang penelitian.

Adakah kita terfikir di mana golongan kaya ini mendapat wang mereka? Atau kereta sport dan hartanah mereka di seluruh dunia?

6) Supaya pembangkang tidak mempunyai tempat mengetengahkan propaganda dan berita mereka kepada rakyat. Internet menyamakan kedudukan dari segi akses media pembangkang dan mereka yang yang dahagakan berita tersebut.

Tanpa internet, pembangkang hanya mempunyai ceramah, artikel dan kenyataan difaks yang hanya beberapa pihak sahaja mempunyai akses kepadanya. Namun, dengan internet, ditambah dengan telefon mudah alih, menyebarkan maklumat adalah hak semua.- TMITEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com



 




  Jeneral Sisi umum tanding presiden Mesir
Posted on Thursday, March 27 @ 12:35:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Abdel Fattah al-Sisi, jeneral yang menggulingkan Mohamed Mursi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik, mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya presiden.

Sisi berikrar akan terus berjuang membebaskan Mesir daripada “ketakutan dan keganasan”, merujuk kepada serangan berterusan sejak Mursi digulingkan, lapor Reuters.

Selain sisi, pemimpin gerakan kiri Hamdeen Sabahi – yang popularitinya di tempat ketiga dalam pilihan raya 2012 – sudah mengisytiharkan bertanding sebagai presiden.

Amerika Syarikat, sumber bantuan utama ketenteraan ke Mesir, berkata tidak menyokong mana-mana pihak atau parti dalam pilihan raya itu.

Ketegangan berterusan, pelajar terbunuh

Sementara itu, ketegangan tidak kunjung sudahnya di Mesir sejak Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, diikuti penggulingan Mursi kemudiannya, menurut agensi berita antarabangsa itu.

Pada Rabu, seorang pelajar terbunuh dalam demonstrasi di Universiti Kaherah, yang berpunca daripada hukuman mati mahkamah terhadap 529 penyokong Ikhwanul Muslimin.

Kini hampir keseluruhan pemimpin Ikhwan dipenjarakan dan Mursi sendiri menghadapi pendakwaan yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Ahli akademik berpendapat, jika Sisi tidak tampil dengan pelan pendamaian yang sebenar-benarnya, beliau akan gagal menguruskan ketegangan di Mesir.- MK

Tuesday, March 25, 2014


MH370; Implikasi mengisytiharkan kematian

Click Here
Apa implikasinya? Kenapa perlu ada pengisytiharan kematian untuk mangsa MH370? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?

1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, denganbantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.
2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.      
Extracel Digital Malaysia Pembekal Utama Set Al-Quran Digital
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.
4) Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.
5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.
6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?
7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber'eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang 'eddah kematian suami mesti dipatuhi.
8 ) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh 'eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.
9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru?
10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami laama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru duami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg 'hidup semula'.
11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati.
12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal zolat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain.
13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.
Sekian
p/s: Artikel ini ditulis sebelum majlis fatwa mengumumkan fatwa untuk solat jenazah kepada mangsa MH370. Jika ada kesalahan penyampaian mengenai hukum syariat dalam artikel ini, anda diminta memberi teguran dan pembetulan dengan segera.
Wallhu a'lam.
Khutbah: Kesatuan Dan Kehebatan Umat
Posted on Thursday, March 27 @ 12:27:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

nabi muhammadSinopsis: Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat terbaik, dengan syarat menunaikan kewajiban yang ditentukan. Umat terdahulu berpecah kepada banyak puak, demikian juga umat Nabi Muhammad SAW. Yang selamat adalah yang berpegang kepada ajaran sebenar Nabi Muhammad SAW.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya pada 19 JamadilAwwal 1435H (21 Mac 2014)  :Kesatuan Dan Kehebatan Umat Muhammad SAW (0)"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Thursday, March 27 @ 12:27:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 



BONGKAR !!! TERDAPAT 5 AGEN AMERIKA DAN ISRAEL YANG MATIKAN TRANSPONDER PESAWAT MH370??



BONGKAR !!! Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370?? | Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: 
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. 
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. 
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. 
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya. 
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. 
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. 
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. 
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. 
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya. 
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).(sumber facebook Abdul Majid Hasan)

Sumber: sinarharian1

Wednesday, March 12, 2014


Satu lagi 'bukti' teori yang kata MH370 sebenarnya dirampas?

Click Here
Ada kemungkinan MH370 dieskot ke suatu destinasi yang tidak diketahui oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Soalnya siapa dan mengapa?

Malaysia Chronicle melaporkan:
“Mystery” has turned to “Coverup” regarding the missing Malaysia Airlines flight MH370, to the point that relations are outraged with officials for refusing to disclose what they know, especially after authorities tightened security around the hotel where the loved ones are, keeping them more in the dark, from the rest of the world.

Outrage over the Malaysia Airlines missing jet coverup and resulted in family members throwing objects at officials because they are hiding information learned about the plane that vanished three days ago. - M'siaChronical.    
Extracel Digital Malaysia Pembekal Utama Set Al-Quran Digital
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Aku sampai sekarang ni masih memilih untuk percaya yang pesawat MH370 tu telah berjaya dirampas dan selamat mendarat di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Dengan kecanggihan sistem pengesan pengangkutan udara yang ada sekarang ni memang tak logik pesawat sebesar Boeing 777 tu tak dapat dikesan kalau terhempas di darat atau terjunam dalam laut.

Malaysia Chronicle Juga dilaporkan:
Meanwhile, 20 passengers on the missing plane are world-class electronic geeks for a major Defense contracting company that specializing in such things as weapons that disappear planes and ships for the battlefield.

They are employed by a company designing and manufacturing cutting edge electronic weaponry for the Department of Defense.
Such weaponry includes those making it possible to vanish planes off the radar. - Ibid.
Makna katanya, yang tak jumpa sampai sekarang tu kemungkinan besarnya pesawat tu berjaya 'disorok' dari sistem pengesan.

Yang bawah ni aku petik dari blog Gendang Perang

Kini muncul pula dakwaan bahawa MH 370 diekori pesawat lain. Saksikan video ini

Ada kemungkinan MH370 dieskot ke suatu destinasi yang tidak diketahui oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Soalnya siapa dan mengapa? - Gendang Perang
MANA NAJIB NAK SOROK MUKA SEKARANG???
Kata menteri pertahanan Australia
1. SEMUA ADALAH SPEKULASI sehinggalah serpihan pesawat ditemui.
2. Kenyataan dibuat sejurus Najib umumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.
3. Katanya semua info2 berkaitan MH370 adalah berbaur spekulasi semata2.
4. Sehingga kita menemukan apa2 bukti, objek, serpihan yang boleh mengaitkan ia dengan kehilangan MH370 maka semua kesimpulan berkaitan MH370 adalah bersifat
spekulasi.
5. Kenyataan ini diulas berdasarkan kepada data2 yang
diserahkan oleh firma INMARSAT dari UK yang disampaikan kepada Najib Razak sebelum ia diumumkan di dalam sidang media pada malam semalam.
6. David Johnston menegaskan walaupun dia tak menafikan data2 dari satelit berperanan membantu
penyiasatan namun sehingga ada penemuan serpihan berkaitan MH370 ditemui maka semua kesimpulan yang dinyatakan adalah spekulasi semata2.

Tiada ulasan: