Isnin, 31 Mac 2014

BILA BUAT BODOH HODOH PERANGAI ATAU MEMANG BETUL BODOH

SHAH ALAM: Aktivis hak asasi manusia yang juga antara pengasas PKR, Irene Fernandez, 67, meninggal dunia pada jam 10.58 pagi tadi, menurut twitter Keadilan Untuk Semua.

Irene Fernandez (gambar)  ialah seorang ahli politik PKR dan aktivis hal pekerja asing di Malaysia yang juga pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita Sdn. Bhd.

Beliau merupakan wanita Malaysia yang terkenal kerana berani mempertahankan hak asasi manusia seperti hak pekerja asing di Malaysia.

Pada 1995 beliau mendedahkan kepada umum keadaan buruk yang wujud di pusat tahanan Imigresen dalam satu memorandum bertajuk "Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres" (Penyalahgunaan, Penderaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Asing di Pusat-pusat Tahanan).

Berikutan tuduhan menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Irene mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Tetapi pada 24 November 2008, Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Irene Fernandez setelah mengenepikan sabitannya atas kesalahan menerbitkan berita itu.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Irene mewakili PKR telah bertanding di kawasan parlimen P97 – Subang, Selangor namun tewas kepada calon BN. - Selangorkini

Tiada ulasan: