Sabtu, 29 Mac 2014

AIR MILIK ALLAH....BAHKAN SEMUA MILIK ALLAH...TAPI KENAPA HUKUM2 ALLAH DITOLAK ATAU TAK MAHU TAAT PERINTAH ALLAH

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan menggesa pihak kerajaan dan juga Pengurusan Lynas, memberi penjelasan kedudukan sebenar dari kemalangan lori yang membawa cecair kimia, di Lancang semalam.

Penjelasan segera katanya, sangat perlu kerana masyarakat setempat berada dalam keadaan resah ekoran berita ini tersebar.

"Apakah kesan dari tumpahan itu bakal menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang ramai?

"Jika ia mempunyai implikasi kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat setempat, kerajaan perlu segera mengeluarkan amaran dan arahan bertindak yang wajar dilakukan oleh orang ramai.

"Pihak berkuasa mesti cepat bertindak dan jangan amalkan sikap menyembunyikan maklumat," tegas beliau.

Dalam kejadian semalam, sebuah lori yang membawa 15 tong berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride terbabas dan menyebabkan 13 daripada tong tersebut bertaburan di atas jalan persekutuan menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan.

Ekoran insiden itu juga laluan sekitar Mentakab dan Lanchang ditutup untuk semua kenderaan.

"Saya juga mahu penjelasan yang telus dari pihak kerajaan, bagaimana SOP pengangkutan dan pemindahan bahan atau produk dari kilang Lynas terutama sewaktu melintasi laluan awam juga sewaktu menghadapi kemungkinan buruk seperti kemalangan dan seumpamanya agar tidak melibatkan atau mengancam keselamatan dan kesihatan awam," jelas Nasruddin.

KUALA LUMPUR: Kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi Lynas,  di Lanchang, Pahang, semalam menunjukkan kebimbangan banyak pihak terhadap pengurusan sisa kimia itu ada asasnya.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifly Mohamad Omar berkata, sejak awal PAS bersama beberapa NGO alam sekitar lain mempersoal urusan pengurusan sisanya.

"Sehingga kini belum ada sebarang kelulusan tempat simpanan sisa nadir bumi ini. Australia secara terbuka tidak mahu menerima bahan sisa ini walaupun bahan nadir bumi datang dari negara mereka.

"Australia menggunakan alasan Konvensyen PBB bahawa bahan sisa yang merbahaya tidak boleh dipindahkan ke tempat lain, ianya mesti diuruskan oleh negara yang memproses bahan tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam kejadian semalam, sebuah lori yang membawa 15 tong berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride kemalangan dan menyebabkan 13 daripada tong tersebut bertaburan di atas jalan persekutuan menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh berkata  bahan kimian itu "tidak terlalu bahaya"  tetapi akan berasa gatal jika menyentuhnya.

Katanya lagi, cecair itu tidak boleh masuk ke dalam air dan jika ia masuk ke dalam sungai, ikan di dalamnya mungkin mati, tetapi menurutnya tidak ada sungai di situ.

Beliau berkata tempat itu dineutralkan oleh sepasukan pakar dari Lynas dan juga Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, insiden tersebut biarpun tidak mengundang bahaya setakat ini, namun mengundang persoalan yang banyak berhubung resiko keselamatan.

"Kegagalan kita menangani masalah bahan sisa ini dan pengecualian cukai kepada Lynas selama 12 tahun amat merugikan negara kita.

"Menyimpan bahan sisa nadir bumi yang mengandungi radio aktif dan bertoksid merupakan bencana besar alam sekitar dan kesihatan serta nyawa rakyat negara ini.

"Saya pernah membuat kenyataan 'jangan jadikan kita sebagai ujikaji makmal'," kata beliau.
 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes itu selesai.

“Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan.

“Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau sebelum ini dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan berkait krisis perlembagaan negeri Perak.

Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jika dia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.
TAIPING: Lembaga Air Perak (LAP) akan melaksanakan pelan catuan bekalan air di sebahagian daerah Taiping dan Kamunting selama dua minggu bermula 3 April ini susulan penyusutan sumber air yang berlaku sejak Januari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Insfrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata pelan itu melibatkan dua zon dengan keseluruhan 27,982 akaun.

"Bekalan akan diberi secara bergilir-gilir kepada zon terlibat selama dua hari dan dua hari berikutnya tiada air. Bagi zon dijadual tiada bekalan air, bekalan kepada pengguna dijangka terhenti pada 9 pagi berterusan sehingga 53 jam sehingga dibuka semula pada 2 petang dua hari berikutnya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Taiping Headwork, di sini Jumaat.

"Masa sebenar pengguna mendapat bekalan dijangka akan berbeza beberapa jam berbanding seperti yang dijadualkan kerana pengguna perlu faham bahawa adanya perbezaan jarak antara kolam air," katanya.

Beliau juga mengingatkan pengguna sepanjang catuan itu LAP tidak akan menyediakan lori tangki atau tangki statik di kawasan terjejas.

"Pelan catuan bekalan air itu juga sebenarnya tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh pihak SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara). Ini kerana jika berlakunya hujan untuk tempoh sebelum tarikh catuan bekalan air dijadualkan, kita mungkin boleh mengelak daripada terus melakukan tindakan berkenaan," katanya. - Bernama
Sebarang pertanyaan untuk ruangan Fiqh Wanita ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com


SOALAN:
Pada kebiasaannya selepas tujuh hingga lapan hari darah haidh saya akan berhenti dan saya boleh solat kembali. Namun akhir-akhir ini darah haidh saya tidak teratur. Selepas hari kelapan darah haidh akan berhenti dan akan datang balik beberapa hari kemudian.

Dalam tempoh tersebut bolehkah saya mandi wajib dan beribadah seperti biasa? Adakah saya kena tunggu lebih daripada lapan hari baru boleh mandi wajib? Untuk pengetahuan ustazah usia saya sekarang 43 tahun dan tidak mengidap apa sakit.

Harap ustazah dapat memberi penjelasan

JAWAPAN:
Tempoh haidh paling pendek ialah satu hari satu malam atau 24 jam. Tempoh haidh paling lama ialah 15 hari 15 malam. Dalam kes puan ini haidh yang puan lalui akhir-akhir ini tidak konsisten, sekiranya puan lalui perkara yang sama ini sudah hampir tiga kali kedatangan haidh puan tidak boleh mandi dan beribadah seperti biasa, puan hendaklah tunggu haidh puan betul-betul kering barulah boleh mandi wajib dan beribadah seperti biasa. Walau bagaimanapun saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doktor sakit puan agar mendapat khidmat nasihat dan rawatan.
MUKAH: Proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bermula pada pukul 8 pagi ini dengan 13,233 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada 21 pusat pengundian itu pusat undi di Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Mukah di Kuala Lama mempunyai jumlah pengundi terbanyak iaitu 1,323 orang dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

"Pusat mengundi SK Kuala Kenyana Mukah dari daerah Kenyana mempunyai jumlah pengundi paling sedikit iaitu 152 pengundi dan akan ditutup pada pukul 2 petang," katanya.

PRK Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang,55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Yussibnosh adalah anak tempatan manakala Abdul Jalil berasal dari Bintulu, tiga jam perjalanan darat dari Mukah.

Yussibnosh akan mengundi di Dewan Serba guna Kampung Tellian Tengah, Mukah yang terletak tidak jauh daripada kediaman ibu bapanya manakala Abdul Jalil bukan pengundi berdaftar di DUN itu.

Proses pengundian awal PRK DUN Balingian berlangsung pada 25 Mac lepas dengan 132 atau 99.25 peratus pengundi awal menjalankan tanggungjawab di Dewan Serba guna Ibu Pejabat Polis Mukah.

SPR menjangka 10,586 atau 80 peratus pemilih akan keluar mengundi hari ini. - Bernama

Saturday, 29 March 2014

AKHIRNYA RAJA BOMOH 1M'SIA CABAR MUFTI PERAK BUKTIKAN RITUALNYA ADALAH SYIRIK DAN KHURAFAT.



Raja Bomoh Sedunia 1M'sia Nujum VIP , Mahaguru Ibrahim Mat Zin mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membuktikan dakwaan kononnya ritual yang dilakukan sebelum ini sebagai sesat dan khurafat.

Menurutnya semua ritual dan peralatan yang digunakan sebelum ini hanyalah merupakan simbolik semata-mata, tanpa ada sebarang unsur pemujaan terhadap jin dan syaitan.

“Seperti yang Datuk jelaskan sebelum ini, semua itu adalah merupakan simbolik semata-mata. Langsung tidak melibatkan unsur-unsur pemujaan terhadap jin ataupun syaitan. Malah Datuk juga tidak menggunakan sebarang mantera yang boleh menyebabkan tindakan itu menyekutukan Allah.

“Datuk hanya ingin membantu. Mungkin cara yang digunakan tidak kena pada sesetengah pihak, namun itu adalah cara Datuk. Cuba teliti dan dengar baik-baik, Datuk menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa agar usaha yang dijalankan ini berhasil,” jelasnya.

Mufti Perak itu sebelum ini menyelar tindakan Ibrahim dan memintanya agar segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian dan penghinaan.

“Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya baru-baru ini.

Menurut Ibrahim lagi, sebagai seorang Mufti Harussani sepatutnya berjumpa atau bertanya terlebih dahulu dan menyiasat sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Datuk sarankan ada baiknya mereka meneliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tiada ulasan: