Sabtu, 22 Mac 2014

ENTAH....BETULKE....DIDUNIA NI....IBARAT RODA...MUNGKIN PENYOKONG DAH BANYAK MENINGGAL....YANG TINGGAL YANG DAH CERDIK2....TERIMALAH HAKIKAT

Wednesday, 19 March 2014

FAKTA BUKAN AUTA .. PENCERAMAH-PENCERAMAH BN PRK KAJANG CAKAP DIDEPAN KHALAYAK KOSONG!!!!



Ini bukan cerita di reka .. bukan tujuan nak mengata atau menghina tetapi ini adalah fakta dengan gambar sebagai bukti bicara.

Rakaman gambar yang jelas menceritakan betapa penceramah BN di PRK Kajang kelihatan sedang bercakap dan berceramah didepan padang kosong kering kontang tiada orang .. bukan saja tiada orang .. makhluk halus dan orang bunian pun tidak kelihatan.

Lokasi dirakam di Sg Jelok, Kajang sebentar tadi .. para penceramah dianggarkan 4 orang bercakap seorang diri secara bergilir.

Nampaknya bukan saja rakyat Kajang enggan dengar celoteh dan temberang para penceramah BN orang bunia dan makhluk halus pun dah naik meluat!!!!

Thursday, 20 March 2014

PRK KAJANG .... CERAMAH PERDANA BN LEBIH RAMAI PEMIMPIN BN ATAS PENTAS DARI PENDENGAR?????



Apa sudah jadi dengan pengaruh dan sokongan UMNO/BN di Kajang .... itu hari Muhyiddin Yassin beritahu satu dunia yang sokongan kepada calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun semakin meningkat tinggi dengan ligat dan laju.

Realitinya?????  .. Cuba lihat akan Ceramah Perdana Malam tadi di Taman Mesra, Kajang dengan program diberi nama "PENTAS POLITIK PERDANA" bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan nak mengata atau menghina tetapi ini adalah fakta ... cuba lihat barisan pemimpin UMNO/BN di atas pentas .. Selain Muhyiddin Yassin ada, Presiden MCA, Presiden Gerakan, Presiden MIC, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Ketua Menteri Melaka, Ketua Puteri Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ketua Wanita MCA dan beberapa lagi.

Cuba bandingkan dengan yang datang dengar ... hampir 90 peratus adalah pemimpin-pemimpin UMNO/BN tempatan dan negeri termasuk para petugas dan juru iring (body guard) .. rakyat biasa mana perginya????

Ini bukannya ceramah perdana tetapi taklimat perdana kepada pemimpin dan petugas BN PRK Kajang.

Kalau ini dijadikan kayu ukur oleh Muhyiddin Yassin yang sokongan rakyat Kajang kepada Chew Mei Fun melonjak naik.. Omak Kau ingat dia ini mengigau meracau kena sampok .. syorkan cepat-cepat pergi berubat .

Dulu perlu Omak Kau akui yang suasana sebegini tahun-tahun 70an dan 80an cukup sinonim dengan pihak pembangkang .. kini sudah terbalik diambil alih oleh UMNO/BN.

Kalau ceramah peringkat Timbalan Perdana Menteri dengan para presiden komponen BN hadir tetapi kehadiran cukup longlai, lesu, sunyi dan hambar maka jelas petanda bukannya sokongan semakin melonjak tetapi BN sudah ditolak.

Ceramah "perdana" sudah menjadi "SELAMATKAN SELANGOR ... UNDI KEADILAN ... TOLAK BN ... SELAMATKAN KAJANG"

Saturday, 1 March 2014

SUASANA CERAMAH CALON BN PRK KAJANG.


Beginilah suasana ceramah oleh calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun di kawasan Kajang semalam ..

Satu di kawasan kaum Tionghua dan satu lagi di kawasan pengundi Melayu.

Terpulanglah kepada pembaca blog ini untuk membuat penilaian tentang penerimaan rakyat Kajang kepada calon BN ini.

Monday, 3 March 2014

SESI CERAMAH CALON BN PRK KAJANG DENGAN PENGUNDI KAUM CINA DI BUKIT ANGKAT, KAJANG 1HB MAC 2014.



Chew Mei Fun serta pemimpin-pemimpin lain dari MCA telah menyampaikan ucapan di ceramah umum Bukit Angkat pada malam 01/03/2014 lalu .

Beginilah sambutan yang diberikan oleh pengundi berdaftar dari kaum Cina kepada ceramah calon BN.

Thursday, 6 March 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... CALON BN PRK KAJANG MENIPU BESAR KATA BELIAU MENAFIKAN ANJUR MAJLIS CERAMAH BERSAMA DENGAN PERKASA ... RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR INI APA DIA???????



Calon BN bagi kerusi pilihan raya kecil DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun menafikan dakwaan di media sosial bahawa beliau menganjurkan majlis besama kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Katanya, atas dasar semangat 1Malaysia, beliau menolak fahaman pelampau dan sedang berkempen mendapatkan sokongan pengundi berfahaman sederhana.

Rakaman gambar-gambar diatas apa dia Chew Mei Fun????

Kamu didapati berceramah disatu pentas, satu masa, satu lokasi, satu program dengan Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa Shamsuddin Moner.

Bukan sekali tapi sekurang-kurangnya 4 kali.

1)  Pada 28hb Februari 2014 di Teratak Pekembar, Kampong Batu 10 Cheras.

2)  Pada 1hb Mac 2014 Prima Saujana Kajang.

3)  Pada 1hb Mac 2014 juga di Saujana Impian, Kajang.

4)  Pada 3hb Mac 2014 di Batu 10, Cheras Kajang.

Lagi mau tipu ka????? .. Kalau dengan gambar sebagai bukti berbicara berfakta pun sanggup calon BN auta dan tipu ... cuba bayangkan perkara yang samar-samar dan tiada gambar .. lkagi ligat dia menipu weh!!!!!

Yang seronoknya tu Perkasa berhempas pulas bertungkus lumus bekerja keras sokong kuat calon BN di PRK Kajang tetapi calon berkenaan sebelah mata pun tidak pandang malahan rasa jijik dan alergik.

Thursday, 6 March 2014

BALASAN JAWAPAN TIMBALAN PRESIDEN MCA BAHAWA CALON BN PRK KAJANG TIDAK BERSAMA DENGAN PERKASA SEMASA BERKEMPEN.


Ekoran dari pendedahan yang dibuat Omak Kau sebelum ini mengenai calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun didapti tidak berkata benar dan terkantoi yang beliau langsung tidak terlibat dengan apa-apa program dan ceramah bersama-sama dengan NGO PERKASA, Timbalan Presiden MCA  Dr Wee Ka Siong telah bingkas dengan pantas memberikan penjelasan kononnya kehadiran Ruslan Kassim Ketua Penerangan PERKASA dan Pengerusi Perkasa Negeri Sembilan adalah atas kapisiti peribadi bukannya memakai topi pemegang jawatan Perkasa.

Penjelasan ini telah disiarkan di portal Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Beliau pun kelihatan turut serta dalam satu ceramah dan program di Kajang bersama Ruslan Kassim.

Beliau menilai Ruslan Kassim atas seorang bekas pemimpin KEADILAN.

Agak-agaknya kini Ruslan Kassim dikenali umum sebagai orang kuat Perkasa atau bekas orang kuat KEADILAN?????

Dia kesana kemari kehulu kehilir memakai topi apa? .. Bukankah sebagai orang kuat Perkasa??????

Lagi mau nafi ka????? .. Helo bro .. lebih baik dan mulia kalau mengaku saja, sebab sekarang bukan lagi rakyat seperti zaman 70an dan 80 an lebih-lebih lagi rakyat bandar dan separa bandar macam Kajang... Mereka sudah boleh akses maklumat dihujung jari bukannya seperti dulu hanya harapkan TV3, RTM, Utusan dan Berita Harian.

Semalam 5hb Mac 2014 calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun kelihatan bersama-sama dengan Ruslan Kassim dalam satu program di Taman Mesra Kajang.

Seolah-olah setiap program dan ceramah BN bersama-sama dengan penduduk Melayu di Kajang, sudah menjadi kemestian Ruslan Kassim sebagai salah seorang pengerak utama.

Lagi mau tipu ka???????.

Sunday, 16 March 2014

GARA-GARA IBRAHIM ALI DIHINA OLEH CALON MCA/BN MAKA PERKASA MAU AJAR CHEW MEI FUN DENGAN MENGGESA PENGUNDI DUN N25 KAJANG AGAR JANGAN KELUAR MENGUNDI.


Belum apa-apa antara pendokong dan pendokong BN bergaduh sesama mereka ... Satu hina Presiden Perkasa .. satu lagi ajak boikot pilihanraya jangan keluar mengundi calon MCA/BN.

Sepatutnya Perkasa kena sedar dan terima realiti betapa hampir semua parti politik dinegara ini tidak mau dibabitkan dan dikaitkan dengan Perkasa .. Perkasa dalam bahasa tepatnya ialah .. NGO suwey habis!!!!

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Bakar menyelar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datin Paduka Chow Mei Fun di atas kenyataannya yang menghina Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .

Beliau mengulas mengenai laporan berita televisyen TV3 semalam apabila Chow membuat dakwaan imejnya terjejas gara-gara penyiaran gambarnya bersama presiden Perkasa itu.

Katanya, kenyataan calon BN bagi PRK Kajang yang dianggap melampau itu menyebabkan kumpulan pendesak Melayu menggesa pengundi tidak keluar mengundi di PRK pada 23 Mac ini.

"Kebiadapan yang ditunjukan calon MCA terhadap presiden kita dan Perkasa amnya yang disiarkan dalam berita perdana di TV3 semalam adalah sangat tidak wajar‎," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan presiden itu juga berkata, kenyataan Chow itu seolah-olah menyamakan presiden Perkasa sebagai seorang penjenayah.

Perkasa turut mempertikaikan kenyataan itu apabila berkata calon MCA boleh menafikan gambar itu tanpa mendakwa ia menjatuhkan imejnya.

"Apakah presiden Perkasa seorang peliwat, perompak, perasuah, pembunuh atau najis yang betul boleh menjatuhkan imej calon MCA itu?

"Bukankah calon MCA boleh setakat menafikan beliau tidak pernah berjumpa presiden perkasa dan bergambar dengannya serta beliau tiada kena mengena dengan Perkasa sahaja? Mengapa perlu sebut sesuatu yang boleh menjatuhkan imejnya?‎" katanya.

Thursday, 30 January 2014

EDISI KETAWA TERBAHAK SAMPAI TERBERAK!!!! ... PRK DUN N25 KAJANG ... PRESIDEN MCA LIOW TIONG LAI SEBAGAI CALON BN ???????



Tee Keat : Liow Calon Sesuai Bertanding PRK Kajang

"Saya menyeru Pengerusi Jawatankuasa (Pusat) Pilihan Raya Kecil Kajang Datuk Dr Wee Ka Siong untuk mencalonkan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai calon BN dan MCA di Kajang.

"Dalam perspektif kepentingan partisan, kemenangan beliau kepada Barisan Nasional Semestinya akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Pengerusi MCA Selangor dan menyelamatkan parti dari terus malu dengan tidak mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai perletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh yang disifatkannya sebagai pengkhianatan kepercayaan, Ong menjelaskan PRK Kajang juga akan menguji kepercayaan komuniti Cina kepada kepimpinan Liow yang baru dilantik sebagai Presiden MCA.

"Memandangkan kawasan Kajang diduduki 40.4 peratus pengundi Cina, keputusan pengundian akan menjadikan sebuah kajian terbaik untuk melihat sokongan kaum Cina kepada parti.

"Delegasi pusat parti yang mengundi pemimpin baru ini seharusnya mempunyai keyakinan penuh dengan kebolehannya untuk memenangi kerusi tersebut untuk parti," katanya lagi.

Ini cadangan bekas Presiden MCA jer .. tapi taubat lahom tidak berani punya ... Najib di cabar oleh Azmin Ali pun menikus lintang pungkang lari tidak sanggup dan kecut perut inikan pula Presiden MCA ...

Thursday, 30 January 2014

PRK DUN N25 KAJANG .... MACAI UMNO SUDAH BANKRAP ISU DAN MUFLIS POLITIK SAMPAI SANGGUP BERDEMO DEPAN BALAI POLIS KAJANG BANTAH DSAI BERTANDING!!!!


ANWAR BUKAN ANAK JATI KAJANG ... ANWAR JEPUN TOLAK KAJANG PUN TOLAK .... KAJANG TOLAK ANWAR .... PENGUNDI KAJANG JANGAN TERTIPU  ..

Begitulah antara ayat yang tertulis pada beberapa plakad yang dijulang oleh macai-macai UMNO tidak sampai 20 orang berselindung di belakang NGO entah apa nama Omak Kau pun dah hilang perkiraan .. terlampau banyak sangat .. nama lain tapi orangnya sama.

Kejadian memalukan ini berlaku hari ini jam lebih kurang 3.00 ptg .. Lokasi Ibu Pejbat Polis Daerah Kajang.

Begitu sekali terdesaknya bankrap isu dan muflis alasan dan cara politik UMNO sampai sanggup berdemo depan balai polis Kajang dan selepas itu buat laporan polis.

Punyalah bangang kangkung hapraknya para penyokong UMNO takut menggeletar kepala lutut takut kecut perut bila dapat khabar DSAI akan bertanding di PRK DUN N25 kajang sebagai calon Pakatan Rakyat.

DSAI hanya menggunakan haknya untuk bertanding PRK Kajang kerana tidak ada sebarang halangan undang-undang untuk menyekat beliau daripada menawarkan dirinya kepada pengundi di Kajang sebagai wakil mereka .... DSAI memenuhi semua keperluan undang-undang untuk bertanding.

Ikut undang-undang dan perlembagaan negara kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi DUN beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan dan tidak pernah di penjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman).

Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang. Mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor.


Omak Kau ingatlah, cara macai-macai ini berdemo jangan katakan rakyat Kajang rasa malu .. Perkasa, Jati dan Pekida pun malu tutup muka tengok gelagat beberapa kerat yang buat kerja tidak guna akal dan otak... Mesti mereka ingat dan berkata .. Ingatkan aku yang bodoh rupanya ada lagi macai lebih bodoh.

KAJANG: Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu.
Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat.
"Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari.
"Saya sangat kecewa. Orang cina memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau.
Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa.
Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.
Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan.
Biarpun dikunci, mereka tetap bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan.
"Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin.
"Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami," katanya.
Lebih mengecewakan kata beliau, perpindahan dibuat tanpa mendengar pandangan penduduk Kampung Baharu Seri Damansara.
"Saya harap penduduk Kajang boleh buka mata terang-terang. Pilih calon betul-betul boleh harap bukan yang pandai cakap sahaja," kata beliau.
Turut hadir pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, Penasihat SJKC Damansara asal iaitu Bock Kei Hee dan bekas Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin.

 

Friday, 21 March 2014

Guru Wanita Paling Cantik Dari China

type='html'>
Foto Zhu Songhua pertama kali terkenal pada September 2010 disaat dia tampil di Jiangsu Satellite TV. Dia diundang dalam Program TV Happy Night dengan segmen Guruku Adalah Istimewa. Selama dan selepas acara tersebut, dia lantas mendapat banyak perhatian. Ramai rakyat China mencari foto Zhu Songhua. dan fotonya tersebar sangat cepat di dunia maya dan di gelar sebagai Guru Wanita Tercantik di China. 

Kebanyakan foto-foto tersebut berasal dari diketika dia masih menjadi model untuk majalah dan jurugambar profesional di negaranya.



Thursday, 20 March 2014

Bil elektrik kediaman rasmi RM2.2 juta, pandainya Najib berjimat

type='html'>KUALA LUMPUR, 18 MAC: Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook sekali lagi mengecam mempertikai kos perbelanjaan elektrik kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana yang masih tinggi iaitu mencecah hampir RM2.2 juta sepanjang 2013.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bil elektrik kediaman rasmi Najib adalah sebanyak RM2.2 juta dan air RM221,000.

“Memang daripada segi jumlah keseluruhan terdapat pengurangan berbanding tahun lalu. Tapi pengurangan ini terlalu sedikit.



“Jadi ini menunjukkan bahawa Najib tidak benar-benar serius untuk berjimat sedangkan dalam waktu yang sama menyarankan penjawat atau kakitangan awam berjimat. Lagi pun Kompleks Seri Perdana bukannya digunakan sepanjang tahun.

“Najib suruh rakyat berjimat tapi beliau sendiri masih mengamalkan pembaziran,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.





Shahidan dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Anthony Loke turut mendedahkan bahawa kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 dan RM112,000 untuk bil elektrik dan air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.

Anthony Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan turut mempertikaikan penggunaan Kompleks Seri Perdana untuk bermesyuarat sedangkan Najib sudah memiliki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

“Penggunaan kediaman untuk melakukan mesyuarat adalah tidak wajar, mengapa perlu ada ruang pejabat di dalamnya. Tidakkah ini juga menggalakkan pembaziran?,” soalnya.

Sumber


Tiada ulasan: