Tiada data diterima Rolls Royce atau Boeing selepas 1.07 pagi - MAS
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya hari ini menegaskan transmisi terakhir diterima daripada pesawat itu adalah pada 1:07 pagi Sabtu lepas, dan tiada lagi selepas itu.
Beliau berkata syarikat penerbangan kebangsaan telah bertanya secara khusus kepada Rolls Royce dan Boeing mengenai laporan menyatakan pesawat hilang itu masih terbang beberapa jam selepas ia hilang, dan mengesahkan ia tidak betul.
"Kami telah hubungi kedua-dua sumber mengenai data itu, Rolls Royce dan Boeing. Kedua-dua syarikat menyatakan mereka tidak menerima data itu," katanya dalam taklimat media di sini hari ini.
Arahan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut menyatakan pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyelenggaraan.
Semua pemeriksaan penyelenggaraan dilakukan secara teratur, dengan rutin terakhir penyelenggaraan dilakukan pada 23 Feb tahun ini dan servis akan datang dijadual pada 19 Jun.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata hubungan terakhir pesawat itu dengan radar Malaysia ialah semasa pemindahan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam.
"Kami hilang pesawat itu daripada radar pada ketika kami memindahkan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam, secara spesifiknya di kawasan bernama Igari," katanya.
Pesawat dalam penerbangan ke Beijing itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac. - Bernama
MH370: Petugas media buat liputan kerugian RM15,000
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.
Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam.
Chan yang kelihatan panik segera memaklumkan kehilangan beg itu kepada pengurusan hotel dan sejurus selepas itu wajah dan pergerakan suspek dapat dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam rakaman CCTV, suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengambil beg itu dan meninggalkan hotel itu ketika kebanyakan petugas media sibuk membuat liputan di ruang lobi hotel.
“Saya tak sangka ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri ketika kita (petugas media) buat liputan berita.
"Ada RM15,000 dan dokumen penting seperti pasport dalam beg itu,” katanya kepada pemberita.
Chan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu. - Bernama
Kaedah autoritarian impak cara Malaysia urus kehilangan MH370, kata wartawan NYT
Posted on Thursday, March 13 @ 15:46:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Wartawan Amerika Syarikat yang mempunyai pengkhususan hubungan Asia Tenggara memberi kritikan "pedas" tentang cara Malaysia menguruskan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dengan berkata ia mendedahkan sikap pak turut kepimpinan negara.
Thomas Fuller, dalam akhbar New York Times hari ini berkata, kurangnya koordinasi antara agensi Malaysia dan konflik perkembangan misi mencari pesawat menunjukkan kepimpinan negara menerima kritikan yang lebih besar berhubung kaedah situasi berkenaan ditangani.
"Namun kekeliruan dunia atas kehilangan pesawat MH370 mencabar budaya politik dan mendedahkan pemimpin yang dimanjakan menerima kritikan dari seluruh dunia," katanya.
Fuller turut mengingatkan dua kes mahkamah melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh di mana kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara dan denda yang dilihat banyak pihak sebagai tekanan terhadap pembangkang.
Warisan autoritarian itu, menurut pengkritik kini memberikan gambaran terhadap pengurusan misteri kehilangan MH370, apabila pesawat itu gagal dikesan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.
Pesawat Boeing 777 itu membawa 239 penumpang dan 12 kru.
Datuk Ambiga Sreenevasan, yang sebelum ini mengetuai gerakan Bersih berkata pemimpin Malaysia gentar apabila seluruh dunia fokus terhadap misi mencari dan menyelamat.
"Rakyat Malaysia mula menerima bahawa pemimpin mereka yang tidak menjawab persoalan," katanya.
"Apabila kita tidak pernah dicabar secara serius melalui cara yang lebih bermakna, sudah tentu akan lebih selesa," katanya kepada akhbar berkenaan.
Merdeka Center berkata respons rakyat Malaysia menunjukkan kelemahan dilahirkan melalui sistem yang menunggu arahan daripada peringkat atasan, malah termasuk budaya tidak menyoal pihak berkuasa.
"Wujudnya toleransi untuk tidak bertanya dengan lebih lanjut. Perlu ada keinginan untuk tidak bertanya berlebih-lebihan dan tidak menjangkakan lebih banyak perkara.
"Selalu terdapat budaya menunggu arahan," kata pengarahnya, Ibrahim Suffian berkata kepada the New York Times.
Pihak lain bagaimanapun mengakui jarang ditimpa bencana besar seperti kehilangan pesawat untuk ditangani pihak berkuasa Malaysia.
MOHD FARHAN DARWIS
TMI– 13 Mac, 2014.
Hari keenam baru terdedah: Juruterbang dilapor aktifkan kod 'tango'
Posted on Thursday, March 13 @ 15:56:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat 'tango' 40 minit selepas pesawat itu dikesan hilang dari radar menara kawalan.
Katanya, kod rahsia 'tango' atau 'charlie' hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara, lapor Sinar Harian.
"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," beliau dipetik sebagai berkata.
Menurut juruterbang itu, kod tersebut diaktifkan untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) berhubung masalah pengendalian pesawat yang memerlukan tindakan lanjut unit kawalan.
"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi 'tango' atau 'charlie' adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan,"katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya mekanisme isyarat itu dikeluar beliau enggan mendedahkan kerana maklumat itu sulit.
Sementara itu, harian itu juga melaporkan seorang pegawai perhubungan media MAS mengakui pihaknya mengeluarkan kod itu ekoran kehilangan pesawat tetapi ia tidak merujuk pada rampasan.
"Ya, kami telah mengisytiharkan kod 'tango' tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan," katanya. Habis.
MALAYSIAKINI
China tidak akan putus asa mencari MH370
- Mar 13, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Beliau yang dipetik Aljazeera turut memberitahu masih ada harapan dalam usaha pencarian tersebut.
"Keluarga dan rakan-rakan sekarang sedang dilanda kebimbangan, Kerajaan China dan seluruh masyarakat mengambil berat dengan keselamatan mereka.
"Kami sabar menunggu berita mengenai MH370, walaupun hanya sedikit berita baik," jelas beliau pada sidang media hari ini.
Daripada 239 penumpang pesawat yang hilang pada Sabtu lalu, seramai 153 adalah rakyat China.
Menurut Li Keqiang lagi, China telah menghantar lapan kapal dalam usaha pencarian tersebut dan yang kesembilan dalam perjalanan, selain menggunakan 10 satelit.
"Kita tidak akan berputus asa dengan apa jua petunjuk yang disyaki kita temui," kata beliau selepas berakhirnya sesi Tahunan Kongress Rakyat Kebangsaan negara itu.
Dalam pada itu Vietnam telah menyambung kembali usaha pencari dan turut meluaskan kawasan pencarian.
Sehingga sekarang sebanyak 42 kapal laut, 39 pesawat udara sudah dikerah untuk usaha mencari.
Dalam satu laporan Wall Street Journal, MH370 itu kekal beberapa jam di udara selepas hilang dari radar.
Menurut laporan dari Amerika Syarikat itu lagi, penyiasat penerbangan dan pegawai-pegawai keselamatan negara itu percaya pesawat itu terbang selama lima jam berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke darat dari enjin Boeing 777 sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan rutin dan program pemantauan.
Kerajaan hari ini menyambut baik bantuan yang diberikan oleh peringkat antarabanga dalam usaha mencari pesawat penumpang MAS MH370 yang hilang pada Sabtu, 8 Mac lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata Malaysia bersedia menerima sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan.
Satelit China kesan 'tiga objek' disyaki pesawat Malaysia yang hilang
Posted on Thursday, March 13 @ 15:50:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
IMEJ
objek terapung di laut dikesan satelit milik China, Ahad lalu di
kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan. - Foto
AP
Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang' di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dengan imej satelit sedang dianalisis.
Objek yang disyaki dari pesawat itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman webnya.
Ia menambah objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. - AFP
MH370: Mari raih kasih sayang Tuhan
- Mar 13, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Allah SWT juga maha tahu setiap jawapan kepada setiap persoalan dalam misteri MH370. Terlalu rugi bila mana apa-apa yang berlaku kini dibiarkan berlalu tanpa kita menoleh kepada kekuasaan yang maha agong dan hanya sekadar berusaha dalam pencarian dengan diiringi doa.
Dengan kata-kata lain, selain usaha dengan penuh bijaksana dalam mengesan MH370, iringan doa dan munajat memohon belas ihsan yang maha kuasa, apa yang tidak kurang pentingnya adalah iltizam kita untuk patuh kepada setiap perintahnya dan akur untuk meninggalkan setiap larangannya.
misteri yang dialami MH370 adalah rentetan pelbagai peristiwa sukar yang kita saksikan mutakhir ini. Dengan cuaca di luar kebisaan, banjir di luar dugaan dan pelbagai cubaan yang ditimpakan, apakah semuanya telah cukup menginsafkan kita betapa Allah SWT itu maha berkuasa tanpa ada yang mampu menghalang?
Mahu tidak mahu, suka atau pun tidak, setiap dari kita yang meyakini Allah SWT adalah Tuhan setiap alam, kini sekali lagi ditunjukkan jalan untuk kita pulang dari jauh tersasar di dalam kehidupan.
Ditentukan kini dengan misteri yang ditimpakan, seluruh dunia meletakkan perhatian kepada kita. Allah maha bijaksana. Setiap yang berlaku telah menjadi sunnahnya pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan biarkan apa yang berlaku berlalu tanpa kita tampilkan hebatnya Islam.
Khusus untuk pemerintah utama negara, apakah masa yang berlalu masih belum cukup untuk kita sedia patuh pada setiap perintah dan larangan Tuhan? Kini masa terbaik untuk lakukan perubahan. Tidakkah boleh pada waktu ini selain kita berusaha, berdoa dan bermunajat, raihlah belas ihsan Tuhan dengan satu keiltizaman melaksanakan syariatnya dengan segala kemampuan.
Hentikan serta merta hidangan arak yang menjadi kemurkaan Allah Rabul Jalil dalam setiap penerbangan yang menjadi kendalian Malaysia Airline System, MAS. Laksanakan syariat Allah dengan arahan menutup aurat dan amalan solat dalam setiap penerbangan yang diadakan. Lazimi setiap penerbangan dengan peringatan ke hadrat Tuhan.
Sekurang-kurangnya hal-hal ini telah sekian lama menjadi kedukaan umat Islam dalam setiap penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan dalam negara. Kini masa terbaik untuk lakukan perubahan. Pohonlah kasih sayang Allah dengan keazaman yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
Musibah ini sewajipnya memberi kita suatu kesedaran dan keinsafan. Secanggih mana pun sistem dibina manusia, sehebat mana pun strategi diatur selagi datangnya dari makhluk, mana mungkin segalanya terhasil tanpa izin Dia yang maha esa.
Umpama sebuah rumah indah yang dipenuhi semak samun, keindahannya hanya akan terserlah setelah segala semak samun dibersihkan. Demikianlah manusia, selagi dosa menjadi amalan, mana mungkin kasih sayang Tuhan diraih bagi mengharungi cabaran kehidupan. Ayuh, bersihkan negara dari segala macam kedurjanaan dan kemungkaran.
MH370: Menteri akui Malaysia lemah urus krisis
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengakuan itu dibuat beliau ketika mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
"Betul, kita akui ada kelemahan. Kita pun rasa insiden ini agak luar biasa sebab tiada petunjuk.
"Kita terpaksa mencari dalam gelap," kata beliau.
Terdahulu Anwar dalam ucapannya menegur sikap kerajaan yang bercelaru dalam menangani krisis, khusus dalam isu kehilangan MH370.
Ianya termasuk kenyataan-kenyataan bercanggah di antara pemimpin negara dan pihak keselamatan yang mengelirukan semua pihak yang menanti penuh harapan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kelemahan tersebut turut menjadi bualan negara-negara luar sehingga kerajaan Vietnam dan China menzahirkan rasa kecewa kerana mendapat maklumat terhad dari Malaysia.
Kelemahan itu juga menjadi tajuk utama media luar negara sekaligus menjejaskan imej negara di mata dunia.
"Mereka bukan tanya kapal terbang duk di mana, itu bomoh dah jawab.
"BN kata kita main politik. Tapi dengan cara kita urus krisis ini, jahanam imej kita," kata beliau.
Beliau juga menyelar sikap pihak yang membenarkan sekumpulan bomoh membuat ritual di KLIA yang disifatkan sebagai khurafat yang juga memalukan negara.
"Saya minta siasat siapa terlibat, siapa urus siapa bayar," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika mencelah berkata, dalam isu pengurusan krisis kehilangan MH370 ini, bukan sahaja negara hilang kapal terbang, penumpang serta anak kapal, tetapi juga hilang kredibiliti pemimpin negara.
Bomoh Syirik Tak Apa, Solat Hajat Tak Boleh!
Posted on Thursday, March 13 @ 22:24:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor sejurus tamat majlis solat hajat dan bacaan yasin di KLIA. Tok moh buat ritual xda plak polis ambil keterangan..
Buat solat hajat dan bacaan yasin mcm salah plak dari segi undang2 dlm malaysia..
Bomoh biol sampai 2 kali bole..sampai masa nk baca yasin sembahyang hajat..amek nama bagai..aku rasa polis yg amik nama keje je..yg arahkan tu biol..
Sumber link
MH370: Jangan sampai keupayaan Malaysia menjunam
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sementara mendedah kelemahan dan melontarkan cadangan membina sangat diperlukan ketika operasi pencarian masih diteruskan, menerima dan terbuka dengan teguran juga adalah keperluan yang tidak boleh diketepikan.
“Perbahasan isu ini dalam Parlimen sememangnya sangat perlu. Malah ia menjadi keutamaan kerana ia adalah isu melibatkan nyawa penumpang, keyakinan dunia terhadap keupayaan Malaysia mengendali krisis serta imej syarikat penerbangan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Lantaran itu, katanya adalah sangat penting dalam keadaan ini seluruh pihak bergabung tenaga untuk negara dapat keluar dari krisis ini dengan cara terbaik.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu melihat dan mendengar dari pelbagai sumber untuk mendapat kerjasama dari semua pihak agar operasi sekarang dan pasca tragedi dapat dikendali agar mencapai hasil yang diharapkan.
Tambahnya, harus diingatkan Malaysia kini sudah menjadi fokus dunia.
“Jika krisis ini mendedahkan lagi kelemahan Malaysia dalam mengendali krisis ini, keadaan lebih buruk akan berlaku.
“Bukan sahaja nyawa penumpang terjejas, malah keyakinan dunia terhadap keselamatan perkhidmatan awam negara akan turut dipersoal,” ujarnya lagi.
Justeru, ujarnya Mapim berpandangan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan harus mendengar teguran dan cadangan yang dilontar oleh ahli parlimen di Parlimen, manakala ahli parlimen pula perlu mencari kesepakatan mencapai kaedah terbaik mengendalikan krisis ini.
“Jangan sampai kemelut mengendali krisis ini berlarutan sehingga keyakinan rakyat dan dunia mengenai keupayaan Malaysia mengendali krisis kemalangan menjunam dan tragedi MH370 menjadi sebab pihak luar mengambil kesempatan,” ujarnya lagi.
Polis nafi laporan Harian Metro, tidak geledah rumah kru pesawat MH370
Posted on Thursday, March 13 @ 16:12:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Polis hari ini menafikan laporan Harian Metro yang mengatakan pihak polis menggeledah rumah milik kru penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Dalam sebuah kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah menafikan memberikan pengesahan pihak polis menjalankan penggeledahan tersebut.
Hadi Ho berkata beliau tidak pernah bercakap kepada pihak media tentang isu ini, dan juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan MH370.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ialah satu-satunya orang yang layak memberi kenyataan tentang MH370 daripada pendapat polis."
Datuk Hadi Ho nafi memberikan kenyataan kepada Harian Metro dalam laporan mereka hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mac, 2014. Awal hari ini, laporan Harian Metro dipetik oleh beberapa agensi berita termasuk portal atas talian.
Laporan itu menyatakan polis menggeledah rumah milik kru penerbangan Malaysia Airlines MH370 untuk siasatan kehilangan pesawat itu.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan sedang memfokuskan kepada empat perkara utama bagi kehilangan pesawat MH370.
"Sabotaj, rampasan, percanggahan antara kru dan penumpang serta keadaan psikologi kru dan penumpang," kata Khalid, menyenaraian keempat-empat perkara tersebut.
TMI
– 13 Mac, 2014.
Lima penumpang MH370 pelanggan insurans Allianz
Posted on Thursday, March 13 @ 19:59:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KUALA LUMPUR 12 Mac - Syarikat insurans, Allianz Malaysia Bhd. (Allianz Malaysia) mengesahkan lima penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan pelanggannya, manakala pesawat itu dilindungi oleh induknya, Allianz SE yang berpangkalan di Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Jens Reisch berkata, empat daripadanya merupakan rakyat Malaysia dan seorang lagi adalah pelajar rakyat China yang melanggan insurans hayat dan insurans kemalangan peribadi milik Allianz Malaysia, berdasarkan kepada senarai nama penumpang yang dikeluarkan sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan masih terlalu awal untuk menganggarkan nilai pampasan yang bakal diperoleh oleh pelanggannya memandangkan status terkini masih tidak diketahui.
Allianz SE adalah syarikat kewangan yang merupakan antara syarikat insurans utama yang melindungi pesawat MH370 itu.
“Kami tidak mempunyai maklumat mengenai nilai perlindungan pesawat itu. Ini kerana ia dikendalikan oleh pejabat kami di Eropah. Kami mungkin bertindak sebagai pemudah cara sahaja jika berlaku sebarang tuntutan," jelas Reisch.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berakhirnya taklimat mengenai prospek ekonomi dunia dan Malaysia bagi 2014 oleh Ketua Ekonomi Allianz SE, di sini hari ini.
Dalam laporan Reuters kelmarin, Allianz SE yang merupakan syarikat insurans ternama Jerman, menjelaskan bahawa mereka adalah pelindung insurans pesawat MH370, sementara Willis dari United Kingdom bertindak sebagai ejen.
Tanggungan itu turut meliputi liabiliti penumpang serta kargo di dalam pesawat tersebut.
Berdasarkan maklumat industri, perlindungan pesawat sahaja sekurang-kurangnya dianggarkan mencecah AS$100 juta (RM328 juta), tetapi nilai tuntutan mungkin lebih tinggi jika mengambil kira tanggungan-tanggungan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan