Beruntunglah wahai saudaraku
- Mar 29, 2014
- KU HARIZ FARHAN BIN KU AZMAN
Beruntunglah wahai saudaraku,
Allah telah memilih kalian semua,
Untuk menjadi benteng hadapan,
Mempertahankan yang hak,
Menidakkan yang bathil.
Beruntunglah wahai saudara,
Anak muda kami terkinja dengan syahwat dunia,
Anak muda kalian berebut untuk mengejar syahid,
Anak muda kalian berebut menjadi syuhada,
Seorang yang syahid hari ini,
Pasti mereka akan berharap untuk menjadi syuhada seterusnya.
Beruntunglah wahai saudara,
Sunatullah yang sama berulang kepada kalian,
Para rasul dan pengikutnya ditindas,
Kalian juga turut mengalami nasib yang serupa,
Mereka dipenjara,kalian juga dipenjara,
Mereka terkorban,kalian juga terkorban.
Mereka dicaci,kalian juga dicaci.
Beruntunglah wahai saudara,
Allah telah menetapkan kalian untuk dua pilihan,
Hidup mulia atau syahid,
Sekiranya ditakdirkan hidup,
Itu yang terbaik untuk kalian,
Sekiranya menemui kesyahidan,
Itu juga kebaikan untuk kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Kami di sini mengalunkan lagu dan siulan lagha,
Kalian pula tiap saat melaungkan agar mendapat syahid,
Walaupun ianya terasa amat berat,
Terpisah dengan keluarga,
Terpisah dengan rakan sebaya,
Terpisah dengan sekalian nikmat dunia,
Namun itulah yang terbaik untuk kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Para bidadari sedang menantikan kehadiran kalian,
Ribuan malaikat tidak sabar untuk menerima roh kalian,
Tuhan yang Maha Tertinggi menanti kalian di sisi-Nya,
Meskipun ribuan insan menangisi pemergian kalian,
Yakinlah bahawa kalian sebenarnya masih hidup,
Menikmati pelbagai nikmat yang dijanjikan-Nya.
Beruntunglah wahai kalian,
Tiada apa yang perlu kalian risaukan,
Tiada apa yang kalian perlu khuatiri,
Kerana kalian sudah pasrah kepada-Nya,
Hati kalian sudah dipenuhi ketenangan,
Bahawa Dia akan redha dengan kalian,
Redha kerana terkorban di jalan-Nya.
Beruntunglah wahai kalian,
Titisan darah yang menitis di jasad kalian,
Tiap goresan luka yang mengenai kalian,
Akan menjadi saksi kelak,
Bahawa kalian telah berjuang untuk agama-Nya,
Sedang kami tiada apa pun bekalan,
Untuk dipersembahkan kepada-Nya,
Sebagai bukti kami menegakkan agama-Nya.
Beruntunglah wahai saudara,
Perjuangan yang kalian lalui ini,
Meski penuh dengan onak duri,
Meski penuh dengan ranjau yang melintang,
Namun kalian masih lagi tersenyum,
Kerana perjuangan ini menuntut pengorbanan,
Pengorbanan dari segi harta,
Apatah lagi jiwa raga kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Kami di sini meraung sedih bila berlaku kematian,
Kematian orang yang paling kami kasihi,
Tetapi tidak bagi kalian,
Tika rakan kalian gugur akibat hujanan peluru durjana,
Tika rakan kalian gugur akibat sesakan nafas gas beracun,
Kalian mengucap syukur kepada-Nya,
Kerana rakan kalian sudah menepati janji denganNya,
Dan kelak dia akan memberi syafaat kepada kalian,
Sebagai keistimewaan para syuhada.
Beruntunglah wahai saudara,
Seorang yang gugur pada hari ini,
Pasti Dia akan menggantikan dengan puluhan,
Ratusan, malah ribuan anak muda lain,
Yang bersedia untuk menempah mati mulia ini,
Lalu sang mak ayah kalian berebutan berdoa,
Agar anak masing-masing menjadi para syuhada.
Tetapi tidak di sini,
Mak ayah kami rebutan berdoa,
Agar anak kami menjadi biduanita,
Agar anak kami menjadi tukang lawak,
Agar anak kami menjadi pak menteri tiga suku,
Tetapi tiada seorang pun yang berdoa,
Moga anaknya menjadi pejuang agamaNya.
Beruntunglah wahai saudara,
Kematian saudara walau nampak tragis,
Walau tidak berakhir di katil empuk,
Tetapi itulah sebaik-baik pengakhiran,
Kerana kalian mengakhiri hidup dalam perjuangan,
Sedangkan kami disibukkan dengan kerja,
Dilalaikan dengan hiburan,
Didodoi dengan ahli keluarga,
Dibelai dengan enaknya juadah,
Tetapi pengakhiran kami belum tentu seperti kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Perniagaan yang kalian jalankan ini,
Allah telah janjikan dengan imbalan yang besar,
Jannah-Nya yang kekal tidak berpenghujung,
Kalian tidak akan merasa rugi walau sesen pun,
Malah kalian merasakan inilah perniagaan terbaik.
"Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bersenang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersusah hati."
(Surah Ali 'Imraan, 2: 169-170)
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Ini menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar."
(Surah At Taubah, 9: 110)
KU HARIZ FARHAN BIN KU AZMAN
Mahasiswa UKM tahun 2
Menunggu jawapan Mahathir mengenai Memali
- Mar 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam sebuah forum anjuran kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu malam semalam, Musa yang ketika peristiwa Memali itu merupakan Menteri Dalam Negeri dan dipersalahkan oleh banyak pihak mengenainya, akhirnya mendedahkan bahawa ketika kejadian itu Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri, sebenarnya berada di dalam negara dan bukannnya di China sebagaimana yang diberitahu sebelum ini.
Malah Musa Hitam juga mendedahkan, dua tiga hari selepas kejadian itu pun, Mahathir masih berada di dalam negara.
“Kenapa Musa Hitam mengambil masa selama 30 tahun untuk mendedahkan perkara ini sedangkan ketika bersama Team B pada 1987 dahulu atau ketika hebat mengasak Mahathir ekoran pengharaman UMNO pada 1988, beliau tidak mendedahkannya?” tanya Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
Soal beliau lagi, apakah pula signifikannya Musa memilih Kelantan dan berucap di sebuah forum anjuran kerajaan PAS untuk mendedahkan perkara yang tersembunyi selama ini?
Apakah ia bertujuan membersihkan dirinya daripada tanggapan buruk PAS selama ini terhadapnya?
“Setelah lebih 11 tahun bersara sebagai Perdana Menteri iaitu pada 2003, apakah kerana Mahathir masih aktif, berpengaruh dan mencampuri banyak perkara dalam politik negara, maka tujuan Musa mendedahkan perkara ini ialah untuk menghentikan semua penglibatan Mahathir itu?” tanya Shahbudin lagi.
Baca lagi
Isu Memali - Tun Mahathir masih membisu pasal berbohong berada di China (bersama video)
Posted on Saturday, March 29 @ 11:50:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Setakat ini masih belum ada sebarang komen daripada mulut Tun Mahathir pasal kenyataan Tun Musa Hitam berkenaan kedudukan Tun Mahathir semasa peristiwa Memali 19 November 1985.
Tun Musa Hitam dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu27 Mac lalu mendedahkan bahawa sebenarnya Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur semasa peristiwa berkenaan bukannya di China sebagaimana yang dicatat dalam Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 lalu adalah titik hitam dalam sejarah politik negara kita yang mengorbankan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain. Berpuluh-puluh pengikut Ustaz Ibrahim yang lain tercedera dan penahanan beratus-ratus orang kampung.
Sebahagian orang kampung dibebaskan dan 36 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Tun Musa Hitam pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan Tun Mahathir adalah Perdana Menteri.
Video di atas adalah petikan pendedahan Tun Musa Hitam pasal kedudukan Tun Mahathir apabila disoal oleh moderator diskusi Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Kita masih menunggu jawapan daripada Tun Mahathir dan pada kebiasaannya Tun Mahathir tidak pernah tidak menjawab. Kita sangat kesal hampir 30 tahun kita diberikan maklumat yang palsu.
Ustaz Ibrahim Mahmud yang lebih dikenali Ibrahim Libya dalam ceramah dan kuliahnya bercakap soal syahid dan jihad, malah beliau telah membuktikan apa yang beliau cakap dan menjadi satu pedoman kepada mereka yang kemudian.
Sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Tun Musa Hitam menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
PAS telah memutuskan Ustaz Ibrahim Libya Syahid dan jenazah 14 mereka yang terkorban tidak dimatikan dan dikebumikan.
Isu memali menjadi perbahasan politik UMNO-PAS sampai kini. Kesan kepada mangsa memali boleh dilihat sehingga hari ini.
Akhbar masa itu memngambarkan bagaimana kejamnya sikap kerajaan Malaysia di bawah UMNO menghapus ajaran Islam.
Yang paling sedih Tun Mahathir boleh bercakap tentang Islam, tentang pembunuhan di negara lain seolah-olah dirinya seorang yang bersih dan murni...
Tapi sebenarnya ekornya mengelumang dengan tahi!!
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali
Posted on Friday, March 28 @ 15:03:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014. Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.
ZULKIFLI SULONG,
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
TMI
– 28 Mac, 2014.
Sesuai di baca oleh semua macai. Jika tak boleh kritik sila duduk bwh ketiak mak cik jemah..
Post by Hanya Di Kelate.
Video : Raja Bomoh Cabar Mufti Perak Buktikan, Ritual Yang Dilakukan Sesat Dan Khurafat
Kuala
Lumpur – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mencabar Mufti
Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membuktikan dakwaan kononnya ritual
yang dilakukan sebelum ini sebagai sesat dan khurafat.
Menurutnya semua ritual dan peralatan
yang digunakan sebelum ini hanyalah merupakan simbolik semata-mata,
tanpa ada sebarang unsur pemujaan terhadap jin dan syaitan.
“Seperti yang Datuk jelaskan sebelum
ini, semua itu adalah merupakan simbolik semata-mata. Langsung tidak
melibatkan unsur-unsur pemujaan terhadap jin ataupun syaitan. Malah
Datuk juga tidak menggunakan sebarang mantera yang boleh menyebabkan
tindakan itu menyekutukan Allah.
“Datuk hanya ingin membantu. Mungkin
cara yang digunakan tidak kena pada sesetengah pihak, namun itu adalah
cara Datuk. Cuba teliti dan dengar baik-baik, Datuk menggunakan
ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa agar usaha yang dijalankan ini
berhasil,” jelasnya.
Mufti Perak itu sebelum ini menyelar
tindakan Ibrahim dan memintanya agar segera bertaubat dan berhenti
daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian
dan penghinaan.
“Umat Islam perlu menjauhkan diri
daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah
kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya baru-baru ini.
Menurut Ibrahim lagi, sebagai seorang
Mufti Harussani sepatutnya berjumpa atau bertanya terlebih dahulu dan
menyiasat sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
“Datuk sarankan ada baiknya mereka meneliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
Ibrahim turut berterima kasih di atas
kenyataan yang dikeluarkan oleh penceramah bebas, Azhar Idrus sebelum
ini yang dilihat begitu teliti mengeluarkan kenyataan sebelum
menjatuhkan hukum kepada seseorang.
Penceramah terkenal itu ketika menjawab
persoalan yang dibangkitkan dilihat seolah-olah membela ritual yang
dilakukan oleh Ibrahim.
Menurutnya bomoh atau lebih dikenali
sebagai pengamal perubatan traditional tidak semua tindakan itu boleh di
anggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi
Muhammad saw.
“Cuba lihat Azhar Idrus, dia tidak
terburu-buru menghukum seseorang itu sesat dan khurafat hanya
berdasarkan kepada apa yang dilakukan. Sebab itu Datuk sebelum ini
persoalkan.
“Sekiranya betul apa yang dilakukan itu
sesat dan khurafat, sila buktikan. Nyatakan dengan jelas apa yang
dikatakan sesat dan apa yang dikatakan khurafat. Kalau tak tahu,
bertanya bukan menghukum berdasarkan cerita yang didengar,” ujar Ibrahim
lagi ketika dihubungi petang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan