Pesawat dirampas
Sepang: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, Sabtu lalu, hampir terurai apabila pesawat itu didakwa dirampas oleh seseorang berpengalaman luas dalam penerbangan.
Malah, pasukan penyiasat yang menjejaki pesawat penumpang B777-200ER itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan berlaku rampasan dan kini melihat sama ada seorang daripada anak kapal, termasuk juruterbang pesawat berkenaan, terbabit dalam insiden itu.
Ini berikutan kemampuan luar biasa individu berkenaan yang tahu mengelak radar biasa dan belajar cara berbuat demikian bagi mengelak perbuatannya dikesan pihak berkuasa.
Teori kemungkinan berkenaan yang pada mulanya banyak dilaporkan media Barat, terutama Amerika Syarikat, diperkukuhkan lagi apabila kerajaan semalam mengesahkan pesawat tidak dikenali dikesan radar utama menyimpang dari laluan penerbangan asal adalah MH370.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat berkenaan, pihak berkuasa mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat.
Polis siasat rumah juruterbang pesawat MH370
SHAH ALAM - Kediaman Semi-D milik juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah di Laman Seni, Seksyen 13 di sini diserbu polis tidak lama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan siasatan kehilangan pesawat itu menjurus ke arah kru dan penumpangnya.
Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati tiga anggota polis dari Bukit Aman yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna tiba di pekarangan pos pengawal taman perumahan tersebut pada pukul 2.40 petang.
Pengawal keselamatan membenarkan mereka memasuki kawasan tersebut 10 minit kemudian manakala pengamal media tidak dibenarkan masuk.
Anggota polis terbabit berada di dalam rumah Zaharie dipercayai untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai misteri kehilangan pesawat berkenaan.
Mereka berada di rumah juruterbang tersebut hampir dua jam sebelum dilihat keluar. Bagaimanapun tidak diketahui apakah barangan yang dibawa keluar dari banglo berkembar berkenaan.
Zaharie kini menjadi tumpuan selepas Najib pada sidang akhbarnya semalam memaklumkan pergerakan pesawat itu selepas ia hilang daripada radar utama tentera menunjukkan ia telah dilakukan dengan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu.
Pas Bagan Parit Sulong shared Suara Rakyat's photo.
[#MH370 HILANG] Sebentar td semasa pertanyaan seorang wartawan kpd Hishammuddin di PC..."Sejauh manakah kemungkinan pesawat berada di Diego Garsia?"
Hishammuddin terus pantas jawab.. "No, No, No!!!"
Kenapa pantas nafi dan tukar topik? Kenapa tak jawab akan siasat? Kenapa tak jawab telah pun siasat?
Jeng... jeng.. jeng...!!!
TAHUKAH ANDA, terdapat 'The Secret U.S. Naval Base' di kepulauan DIEGO GARCIA (di Lautan Hindi) yg mana ia merupakan pengkalan tentera US semasa serangan terhadap Iraq & Afghanistan sebelum ini.
TAHUKAH ANDA, MENGAPA pihak Amerika Syarikat & sekutunya beriya2 menolong M'sia?
TAHUKAH ANDA, MENGAPA hanya pihak RUSSIA tidak libatkn dlm SAR-MH370???
Anda sendiri maklum kaitan M'sia-APCO-US..
Ada otak & akal, fikir2kan lah....
BENAR ATAU TIDAK HANYA ALLAH SAJA TAHU..
Sama2lah kita berdoa pd Allah akan keselamatan penumpang & kru MH370
#PrayForMH370
[SEBARKAN..] Terima kasih pakat2 [SHARE]
Pas Bagan Parit Sulong shared Zar Ali III's photo.
16 March 2014.Kapten Zaharie bercuti,. . . tapi dipanggil balik untuk menerbangkan MH370 ke Beijing. Kenapa?
Zulimran Nasution Abdullah Omar
BREAKING 1442 hes: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.
Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?
Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?
Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?
Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?
Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?
Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.
Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.
Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?
Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.
Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.
Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.
Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. -sumber
Mimpi Senja.
Polis siasat rumah juruterbang
Anggota polis menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan berpakaian preman masuk ke kawasan perumahan itu diiringi sebuah kereta peronda polis sejurus sidang media khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Toyota Estima berkenaan dilihat meninggalkan kawasan perumahan itu jam 4.46 petang.
Difahamkan, anggota polis berkenaan dibenarkan masuk ke kawasan perumahan juruterbang itu selepas mendapat kebenaran ahli keluarga Zaharie.
KENDERAAN dinaiki anggota polis keluar dari kawasan perumahan juruterbang Kapten Zaharie.
Namun, usaha wakil media masuk ke kawasan perumahan itu tidak berhasil kerana tidak dibenarkan pengawal keselamatan yang bertugas kerana ia perlu mendapat kebenaran pemilik kediaman terlebih dulu.
Metro Ahad difahamkan, pasukan berkenaan ‘mencari sesuatu’ yang boleh membantu siasatan dan ia seakan-akan menjurus kepada perisian komputer.
Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan kepada media berkaitan kehadiran polis ke rumah berkenaan.
Sempadan Kazakh-Turkmenistan
Perkembangan terbaru itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pusat media Hotel Sama-Sama di sini, semalam.
Najib berkata, pencarian MH370 kini bertumpu sama ada di dua koridor iaitu koridor utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan serta Turkmenistan dan koridor selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Katanya, operasi SAR di sekitar Laut China Selatan dihentikan serta-merta.
PERDANA
Menteri pada sidang media berhubung pesawat MH370 bersama (dari kiri)
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, Hishammuddin, Azharuddin
dan Ahmad Jauhari.
“Maklumat diterima Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan agensi sama di beberapa negara lain itu mengesahkan komunikasi terakhir pesawat dikesan oleh satelit bertumpu di dua koridor berkenaan.
“Bagaimanapun, pasukan penyiasat sedang bekerja keras untuk mengesahkan lanjut maklumat berkenaan.
“Kementerian Luar (Malaysia) bersama pakar teknikal siasatan juga sudah memaklumkan perkembangan baru itu kepada kementerian luar di beberapa buah negara berkaitan kerana dua koridor itu meliputi banyak negara.
“Saya juga sudah mengarahkan Kementerian Luar untuk memberi penjelasan sama kepada wakil negara yang mempunyai penumpang dalam pesawat itu,” katanya.
Katanya, pihak MAS juga sudah memaklumkan perkara sama kepada ahli keluarga penumpang dan kru.
Sementara itu, mengulas mengenai sistem komunikasi pesawat (transponder) yang dimatikan dengan sengaja, Najib berkata, Sistem Pautan Data Digital Bagi Penghantaran Pesanan Pendek Antara Pesawat dengan Stesen Darat atau Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) dimiliki pesawat MH370 disahkan tidak berfungsi sebelum pesawat itu tiba di pantai timur.
Perbuatan pakar
Ia selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam memberitahu sistem komunikasi dan transponder sengaja dimatikan oleh seseorang dalam pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru termasuk dua bayi itu.
Bekas Ketua Juruterbang MAS Bagi Penerbangan Serantau Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, secara peribadi dia tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan beberapa keadaan ‘pelik’ yang dapat dirungkai sedikit demi sedikit.
“Simulator penerbangan kini dijual berleluasa di pasaran dengan harga mampu milik. Kemungkinan ini cukup untuk membolehkan orang biasa mengetahui bagaimana mahu mengendalikan sesebuah pesawat berikutan kebanyakan sistem penerbangan adalah sama.
“Saya begitu pasti individu berkenaan begitu mahir dalam hal ehwal pesawat dan mengenali setiap fungsi butang di ruang kokpit,” katanya kepada Metro Ahad, di sini, semalam.
Katanya, ciri-ciri keselamatan itu hanya diketahui juruterbang dan pembantu saja namun sejak tragedi 11 September lalu, semua sekuriti terutama untuk masuk ke kokpit diperketatkan.
‘Kemungkinan ke ‘Grey Area’
Ini adalah berikutan di laluan terbabit terdapat kawasan pergunungan dan negara mundur seperti Nepal dan Myanmar tidak mempunyai teknologi radar canggih.
Penganalisis penerbangan Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, radar tentera akan mengesan sebarang pergerakan dalam liputan mereka tetapi kebiasaannya mengabaikan perkara itu kerana ia bukan pesawat ketenteraan.
“Saya percaya pesawat terbabit sudah menuju ke Koridor Utara dan melalui kawasan liputan radar minimum di antara sempadan negara tertentu.
“Dalam bahasa mudah ialah pesawat terbabit terbang di hujung radar,” katanya.
Dr Ahmad Samsuri berkata, pesawat terbabit mempunyai kapasiti minyak mencukupi untuk terbang sekurang-kurang tujuh jam.
“Bagaimanapun, untuk sampai ke destinasi misteri, pesawat terbabit perlu terbang dalam ketinggian tertentu untuk menjimatkan minyak serta kadangkala akan turun ke altitud rendah bagi mengelak dikesan radar,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, terdapat kes yang mana pesawat Charlie milik tentera Israel pada 1976 terbang dari Israel ke Uganda sejauh 4,000 kilometer tanpa dikesan radar dalam Operasi Entebbe bagi menyelesaikan krisis rampasan pesawat.
Radius pencarian pesawat diperluaskan 2 koridor
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lalu.
“Berdasarkan data satelit belum diproses yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370,” katanya.
Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.
Pakar sistem pesawat Dr Mohd Harridon Mohd Suffian berkata, koridor pencarian di sesuatu kawasan tertentu tertumpu sama ada di sebelah Lautan Hindi atau Laut Andaman.
Katanya, jika tujuan penerbangan menghala ke utara, pesawat akan melalui Laut Andaman, ke Bangladesh, memasuki ke Kazakhstan dan seterusnya.
“Dalam laluan ini, beberapa buah negara mempunyai radar yang boleh mengesan kehadiran pesawat, namun masih perlu lihat daripada rekod untuk memastikan MH370 melalui kawasan terbabit.
“Sistem radar tidak menunjukkan identiti pesawat itu, tetapi hanya menunjukkan pesawat.
Jika ada teori mengatakan ia ke sebelah selatan, minyak yang ada cukup untuk sampai ke Kazakhstan yang mengambil masa lebih kurang lapan jam penerbangan.
Jadi memang boleh sampai,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau yang juga pensyarah kanan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), berkata, kebarangkalian untuk pesawat berhenti mengisi minyak adalah tipis kerana dalam prosedur biasa, ia perlu mendapatkan kebenaran serta memaklumkan kepada menara kawalan terlebih dulu.
“Tiada kemungkinan pesawat itu berhenti mengisi minyak,” katanya.
Menurutnya,beliau menjangkakan pesawat itu berada di Lautan Hindi berdasarkan kali terakhir dia dilihat berdasarkan satelit Amerika Syarikat.
‘Perasaan saya bercampur baur’
Kuala Lumpur: Suasana sedih menyelubungi kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS), terutama kru penerbangan, selepas lapan hari kehilangan pesawat MH370.
Ini diakui pramugara MAS, Zairulkefli Husin atau Zarul dalam blog miliknya iaitu zarulumbrella.com.
Zarul yang juga vokalis kumpulan Umbrella berkata, suasana suram itu dapat dirasakan apabila dia kembali bertugas dalam penerbangan MH20 ke Paris selepas dua hari insiden berkenaan.
“Perasaan sedih, sayu dan trauma bercampur baur ketika menyarungkan pakaian seragam pramugara.
Namun hidup perlu diteruskan kerana inilah kerjaya pilihan lebih 14 tahun lalu dan kembali fokus terhadap kerjaya.
“Ketika melapor diri di pejabat, suasana suram namun sedaya upaya saya menyembunyikan perasan sedih dengan bertegur sapa dan memberi senyuman kepada rakan sekerja,” katanya dalam blog itu.
Zarul juga pasti, jauh di sudut hati rakannya, mereka juga bersedih.
“Syukur apabila ramai kawan yang tidak bekerja pada hari itu datang memberi sokongan moral kepada mereka yang bertugas.
“Ketika berada dalam pesawat, saya dan kru lain bekerja seperti biasa walaupun pada mulanya sukar.
Kami berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang penerbangan itu dan bersyukur pesawat selamat mendarat di Paris,” katanya.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, Zarul enggan mengulas lanjut kerana akur dengan peraturan kerja.
Beri sinar harapan
“Kenyataan dikeluarkan Najib memberi sedikit kelegaan kepada kami sekeluarga. Saya harapkan sesuatu yang positif akan diperoleh secepat mungkin,” kata Ahmad Rozian, 51.
Rozian adalah sepupu kepada Suhaili Mustafa, 31, antara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China, 8 Mac lalu.
Menurut Rozian, ibu Suhaili kini berada di Hotel Everly, Putrajaya bagi mengikuti perkembangan terkini usaha mencari dan menyelamat MH370 yang masuk hari kelapan.
Rozian berkata, mereka sekeluarga tidak henti melakukan solat hajat dan berdoa supaya Suhaili, penumpang serta anak kapal selamat.
Sementara itu, G Subramaniam,60, bapa kepada seorang lagi penumpang, Puspanathan, 34, berkata, kenyataan Najib memberi sedikit kelegaan kepadanya dan keluarga.
“Dari awal lagi saya percaya Puspanathan tidak apa-apa (selamat) dan dalam keadaan baik. Saya yakin dia akan balik tidak lama lagi dan kami sekeluarga tidak sabar menunggu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, anak kepada penumpang MH370, Chen Wei Hiong, 43, dan Chen Wei Hiong, 42, berharap pencarian pesawat hilang itu segera berakhir
Petunjuk baharu beri harapan
PUTRAJAYA - Petunjuk terbaharu berhubung kedudukan terkini pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 memberi kelegaan kepada ahli keluarga penumpang pesawat itu setelah lapan hari mereka berada dalam keadaan berteka-teki.Selamat Omar, 60, yang merupakan bapa kepada penumpang Mohd. Khairul Amri, 29, berkata, dia dan keluarga begitu bersyukur dengan perkembangan pencarian pesawat tersebut yang secara tidak langsung memberi harapan bahawa penumpang MH370 berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, dengan petunjuk baharu itu diharapkan agar pesawat dan penumpangnya segera ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga.
"Alhamdulillah setelah lapan hari berteka-teki akhirnya pesawat dapat dikesan dan ini memberi harapan yang cerah kepada keluarga bahawa penumpang berada dalam keadaan selamat.
"Terima kasih kepada yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dan diharap operasi ini dapat diteruskan sehingga pesawat dan penumpang dapat ditemui secepat mungkin," katanya ketika ditemui di Hotel Everly di sini semalam.
Terdahulu, Selamat bersama ahli keluarga yang lain mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kedudukan terkini pencarian pesawat MH370 yang diadakan secara langsung di Hotel Sama-Sama, Sepang.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada 1.07 pagi Sabtu lalu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh daripadanya adalah warga China.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perasaannya terhadap operasi mencari dan menyelamat mengambil masa yang panjang, Selamat berkata, dia memahami kesulitan yang dialami oleh pihak berkuasa.
Data satelit beri petunjuk baharu
SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Sama-Sama di sini semalam bagi memaklumkan perkembangan terbaharu siasatan misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.Berikut adalah teks penuh kenyataan akhbar Najib:
Tujuh hari lepas, pesawat Penerbangan Malaysia MH370 disahkan hilang. Kerajaan sedar ini merupakan detik-detik yang sukar buat semua keluarga penumpang yang menaiki pesawat itu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang mereka tempuhi. Sesungguhnya, harapan dan doa kami sentiasa bersama mereka.
Saya telah mengikuti operasi pencarian yang dijalankan sepanjang masa. Pada peringkat awal operasi, saya telah mengarahkan kawasan pencarian diperluaskan; saya mengarahkan pihak berkuasa Malaysia untuk berkongsi semua maklumat secara telus dengan semua pasukan penyiasat; dan saya meminta rakan-rakan dari negara serantau menyertai operasi mencari. Sehingga saat ini, sebanyak 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam operasi mencari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin luar di atas kerjasama yang diberikan dalam saat-saat yang amat getir ini.
Sejak hari pertama, pihak berkuasa Malaysia telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk negara-negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan beberapa pasukan penyelamat dari pelbagai negara. Kebanyakan mereka berada di sini sejak Ahad lepas.
Kami telah berkongsi maklumat terkini dengan pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran untuk menganalisis data. Kami telah bekerja tanpa henti untuk membantu siasatan dan kami telah meletakkan kepentingan keselamatan negara di tempat kedua dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.
Ramai yang faham bahawa situasi ini belum pernah terjadi sebelum ini.
Kami telah menjalankan operasi mencari merangkumi darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi.
Pada setiap peringkat kami bertindak mengikut maklumat yang telah disahkan dan mengikut setiap petunjuk. Kadangkala ia tidak membawa apa-apa hasil.
Memang wujud pelbagai spekulasi. Kami memahami keperluan pihak keluarga dan semua yang memerhati di seluruh dunia untuk memperoleh maklumat terkini. Namun, kami mempunyai tanggungjawab ke atas siasatan dan keluarga untuk memberikan maklumat sahih. Keutamaan kami adalah untuk mencari MH370.
Pada fasa pertama operasi mencari, kami telah mencari berhampiran lokasi terakhir MH370 hilang iaitu di Laut China Selatan. Pada masa yang sama tumpuan kami turut terarah kepada radar utama milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang mengenal pasti pesawat yang belum dikenal pasti identitinya membuat pusingan. Radar utama menunjukkan pesawat itu menuju ke arah utara Selat Melaka.
Berdasarkan data itu yang turut disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang berkaitan, kami telah memperluas kawasan pencarian termasuk di Selat Melaka dan juga Laut Andaman.
Awal pagi ini, saya telah diberi taklimat oleh pasukan penyiasat termasuk FAA (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan), NTSB (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan) dan AAIB (Cabang Siasatan Kemalangan Udara), pihak berkuasa Malaysia dan Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) mengenai maklumat terbaharu yang memberi petunjuk seterusnya apa yang berlaku ke atas MH370.
Berdasarkan maklumat terbaharu satelit, kami percaya Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan sebelum pesawat itu sampai ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Sejurus kemudian, ketika berada berhampiran sempadan udara antara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat telah turut dimatikan.
Selepas itu, radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat yang dipercayai MH370 melakukan pusingan. Ia kemudian terbang ke arah barat menyeberangi Semenanjung Malaysia sebelum berpusing ke arah barat laut.
Sepanjang tempoh itu, sehinggalah ia hilang daripada liputan radar utama tentera dan pergerakan itu menunjukkan ia telah dilakukan dengan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu.
Hari ini, berdasarkan maklumat awal satelit yang diperoleh daripada penyedia perkhidmatan data satelit, kami boleh mengesahkan pesawat yang dikesan pada radar utama ialah MH370.
Selepas banyak kajian forensik dibuat dan perbincangan mendalam diadakan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia, yang mengkaji data itu secara berasingan memberikan pendapat yang sama.
Berdasarkan data baharu itu, komunikasi terakhir disahkan berlaku antara pesawat itu dengan satelit ialah pada pukul 8.11 pagi waktu Malaysia, Sabtu 8 Mac.
Pasukan penyiasat sedang melakukan kiraan selanjutnya untuk mengetahui hingga sampai ke mana pesawat itu mungkin telah terbang selepas kali terakhir ia mempunyai hubungan. Ini akan membantu kami memperhalusi lagi usaha mencari.
Disebabkan jenis data satelit yang ada, kami tidak dapat mengesahkan lokasi tepat pesawat itu berada pada kali terakhir ia mempunyai hubungan dengan satelit.
Bagaimanapun, berdasarkan data baharu itu, pihak DCA dan pakar antarabangsa memutuskan kali terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit berlaku di salah satu antara laluan dua koridor: Koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Pasukan penyiasat sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu.
Dengan perkembangan terbaharu ini, pihak berkuasa Malaysia telah menumpukan kembali penyiasatan terhadap kru dan penumpang di dalam pesawat. Di sebalik laporan media yang menyatakan pesawat itu telah dirampas, saya ingin menegaskan kita masih menjalankan siasatan terhadap semua kemungkinan yang menyebabkan pesawat MH370 melencong daripada laluan asalnya.
Maklumat baharu satelit itu telah memberikan impak yang signifikan ke atas skop operasi mencari. Kita telah menamatkan operasi di Laut China Selatan dan mengumpul semula semua aset untuk memberi tumpuan ke kawasan pencarian baharu. Kami sedang bekerjasama dengan negara berkaitan bagi membantu menyalurkan maklumat berguna untuk operasi mencari termasuk data radar.
Memandangkan dua koridor baharu itu melibatkan banyak negara, duta-duta negara terlibat telah dijemput ke sesi taklimat mengenai maklumat baharu oleh Kementerian Luar dan pakar-pakar teknikal.
Saya turut mengarahkan Menteri Luar untuk memberi taklimat penuh kepada negara yang mempunyai penumpang terlibat dalam penerbangan tersebut. Pada pagi ini, Penerbangan Malaysia telah memaklumkan kepada keluarga penumpang dan kru mengenai perkembangan terbaharu itu.
Secara jelas, pencarian MH370 telah memasuki satu fasa baharu. Sejak lebih tujuh hari yang lalu, kami telah mengikuti semua petunjuk dan semua kemungkinan. Buat keluarga dan rakan-rakan penumpang MH370, kami berharap maklumat terkini membawa kita satu langkah ke hadapan untuk menemui pesawat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan