Jumaat, 14 Mac 2014

ORANG ISLAM WAJIB SOKONG HUDUD

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memohon jaminan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memastikan tiada sebarang kesilapan kiraan tarif ke atas bil elektrik pengguna, sepertimana yang berlaku terhadap seorang pengguna.

Bercakap ketika bangun mengemukakan soalan tambahan, Mahfuz berkata seorang pengguna telah membuat pengiraan ke atas bil elektrik yang diterimanya dan mendapati terdapat lebihan kiraan sebanyak RM43.40.

Tambah beliau apabila pengguna tersebut membawa perkara tersebut ke TNB yang turut mengakui kesilapan dalam pengiraan tersebut.

Menurut Mahfuz, beliau menerima surat aduan yang diterimanya daripada seorang pengguna, Abdul Manaf dari Taman Mutiara yang terkejut apabila menerima bil elektrik yang begitu mendadak kenaikannya.

Sedangkan, tambah Mahfuz, dimaklumkan Manaf dan isterinya hanya sekali- sekala pulang ke rumah tersebut, namun terkejut apabila mendapati bil elektrik mereka melambung naik.

"Persoalannya, kesilapan itu berlaku dan ia diakui pihak TNB. Bagi saya, jika perkara itu boleh berlaku kepada seorang pengguna, kemungkinan kesilapan sama boleh berlaku kepada pengguna lain. Apa jaminan yang ia tidak akan berlaku kepada pengguna lain?" soal beliau, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkan dakwaan Mahfuz itu sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.

Malah, beliau menyatakan semua perkara membabitkan kementerian itu sudah diteliti, bukan sahaja daripada kakitangan TNB, tetapi turut melibatkan para konsultan dan pakar berkaitan.

Sebelum itu, Ongkili ditanya tentang pelan strategik bagi memastikan bekalan elektrik di Sabah tidak kerap berlaku terputus bekalan dan berapa jumlah gangguan bekalan elektrik di Sabah sejak 10 tahun.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah penganjuran Pink Dot Penang 2014 yang dilihat bertujuan meraikan kumpulan lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT).

Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz menyatakan demikian dengan merujuk kepada hebahan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini yang mempromosi acara diadakan pada 29 Mac itu.

Katanya, Abim berpandangan acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013 acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif.

Justeru, tegasnya Abim memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran agama.

“Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Namun Abim juga, ujarnya menilai acara tersebut sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung dengan kelompok LGBT.

“Walau bagaimanapun, Abim melihat memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, jelasnya Abim juga akan mengemukakan surat bantahan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk Pejabat Perdana Menteri serta Pejabat Ketua Pembangkang.

Selain itu, ujar beliau akan membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa semua pihak bukan sahaja menyokong malah membantu usaha kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah atau lebih dikenali sebagai hudud, di negeri itu.

Berucap ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, pemimpin Umno itu menegaskan, tiada sebab untuk menolak hudud kerana tugas melaksanakan syariat Allah adalah wajib bagi umat dan pemimpin Islam.

Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS di Kelantan kerana telah mempelopori usaha pelaksanaan undang-undang Islam di negeri itu.

Di Kelantan kata beliau, usaha ke arah pelaksanaan itu sudah melepasi tiga peringkat utama eksekutif, legislatif dan judiciary dan perkembangan yang diterima sangat membanggakan.

"Saya mengesyorkan, agar setidak-tidaknya jika negeri lain tidak bersedia, maka tidak harus dihalang untuk dilaksanakan hudud di Kelantan seperti yang dihasratkan oleh rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.

"Langkah-langkah untuk perlaksanaannya perlu disegerakan. Kalau dianggap konsensus nasional, barang kali inilah titik pertama yang perlu diusahakan," kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Beliau juga memuji tindakan PAS kerana telah menunjukkan contoh dakwah Islam yang baik apabila menjalin hubungan akrab dengan PKR dan DAP.

Kata beliau, hubungan akrab atas landasan dakwah itu penting ke arah memahamkan bukan Islam terhadap keadilan Islam sekaligus menarik sokongan mereka untuk pelaksanaan undang-undang syariah Islam.

"Saya baca perlembagaan, Perdana Menteri tiada kuasa untuk halang pelaksanaan hudud selagi dibuat mengikut peraturan.

"Saya harap satu pendekatan positif dibuat dan disokong oleh semua pihak termasuk DAP ke arah pelaksanaan undang-undang ini.

"Private bill boleh dibawa oleh sahabat-sahabat dari PAS dan dibincangkan di peringkat parlimen," kata beliau.
Saya pun tak mahu Umno kalau tolak hudud – Adun BN


DAHULUNYA dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara yang telah ditubuhkan pada tahun 1958, setahun selapas merdeka. Balai ditubuh melalui Akta 516, National Art Gallery Act 1959. Dalam tempoh itu, BSLN telah melalui pelbagai peningkatan dan perubahan.
Dahulu pernah diletak dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, kemudian dibawah Kementerian Pelancongan, selepas itu diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan kemudiannya bertukar lagi kepada  Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan yang terkini selepas 2009 ia bertukar lagi kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan kini dikenali dengan Balai Seni Visual Negara (BSVN).
BSVN pula dibentuk dalam bersama akta baru iaitu Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724). Namun tujuan dan fungsi kekal seperti Akta 516.

Di Bawah Payung Pelancongan
Jika kita dapat teliti pola perubahan ini, secara tidak langsung ia memperlihatka bahawa kerajaan Malaysia tidak memahami dimanakah sepatutnya diletakkan institusi seperti BLVN ini. Mereka yang memimpin negara rupa-rupanya buta tamadun, buta budaya dan jahil tentang fungsi seni yang hakiki. Hakiki disini bermaksud yang diterima dan diamal oleh negara-negara hebat dengan seni dan adikaryanya.
Jika kita lihat perubahan terakhir ini (entah berapa lama dapat bertahan dibawah Kementerian Pelancongan), hakikatnya BSVN ini dilihat sebagai satu institusi yang tidak penting dan ia boleh diletak sesuka hati mengikut ‘selera’ pemerintahnya.
Perubahan BSVN ke dalam portfolio pelancongan sangatlah membingungkan. Matlamat industri pelancongan itu adalah untuk membawa masuk hasil berupa wang ringgit ke dalam negara dengan harapan ia akan dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi disektor tempatan, tetapi penubuhan  BSVN bukan itu matlamatnya, ia punya matlamat yang lebih tinggi, yang bukan bersifat komersial semata-mata.
Kali ini, kita dengan jelas dapat menghidu bahawa kerajaan melihat seni tampak (visual) ini sebagai elemen pelancongan semata-mata. Sama seperti produk kraftangan atau muzium. Ini merupakan satu mesej yang salah.

Peranan BSVN
Penubuhan BSLN atau BSVN ini merangkumi beberapa perkara penting iaitu untuk memunya karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara, memulihara, memelihara dan mendokumentasikan serta untuk tujuan penyelidikan demi satu matlamat iaitu sebagai koleksi sejarah yang bersifat kolektif iaitu Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara.
Selain daripada itu, BSVN juga memain peranan untuk mempromosi dan meningkatkan mutu seni visual negara menerusi pelbagai aktiviti seperti menganjurkan pameran, bengkel, pertandingan dan pelbagai lagi aktiviti rentas budaya, baik dalam dan luar negara.
Kesemua inti penubuhan dan fungsi BSVN ni tidak ada kaitan langsung dengan produk atau tarikan pelancongan. Malah jika sebagai satu tarikan sekalipun, ia menjurus kepada tarikan yang bersifat ilmiah, untuk pendidikan , untuk penghayat kesenian menerusi perkongsian idea pelbagai budaya dan pengetahuan.

Matlamat Pelancongan
Pelancong yang pergi ke galeri adalah kerana adanya himpunan karya tetap di galeri tersebut. Himpunan tetap di sini bermaksud pengunjung datang untuk melihat dan menghayati karya seniman-seniman hebat negara tersebut, karya-karya pelbagai aliran, pelbagai media (bahantara), pelbagai genre. Pelancong ini bukan pelancong tepi jalan, pelancong jenis ini bukan datang mahu membeli barang kraftangan atau cenderahati lukisan atas pinggan.
Niat kerajaan ini semakin terserlah apabila melantik Dato' Mahadzir Lokman sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.
Kita tak mempersoalkan individu Mahadzir Lokman ini sebagai seorang profesional dan selebriti. Yang kita persoalkan, adakah perlantikan ini berniat untuk menggunakan tokoh tersebut untuk tujuan promosi pelancongan kementerian menerusi institusi seperti BSVN?
Semua tahu bahawa Mahadzir Lokman ini dianggap unik kerana kepetahan dan kebolehannya bertutur pelbagai bahasa yang sememangnya juga dikenali sebagai pengacara yang hebat. Beliau seorang ‘aktor’ unggul dibidang penyiaran (broadcasting), sudah semestinya mampu menggalas tugas sebagai ‘duta pelancongan’ atau ‘jurucakap pelancongan’ yang sangat bagus.
Tetapi hakikatnya, beliau adalah pengarah satu institusi seni yang unggul, yang mempunyai tradisi keilmuan seni yang hebat, dan beliau bukan seorang yang terdidik dengan pengetahuan seni yang sedemikian rupa.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara mestilah seorang tokoh yang mengetahui, memahami dan mempunyai latar belakang yang baik dalam aspek kesenian dan falsafah.
Apakah budibicara menteri iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dalam hal ini? Adakah beliau sedar bahawa matlamat beliau sebagai menteri pelancongan telah memperjudikan nasib dan masa depan BSVN termasuk golongan seniman serta bakat-bakat baru.
Saya sendiri telah bertemu dengan beberapa rakan pelukis senior dan berbincang tentang perkara ini, mereka hanya mengeluh. Malah mereka kecewa apabila BSVN yang menjadi medan untuk mereka berkarya kini diletak disebuah kementerian yang tiada lagi ‘kesenian’. Yang tinggal hanya ‘Pelancongan dan Kebudayaan’.
Mungkin tidak hairanlah mengapa berlaku dua karya yang terpilih ke peringkat akhir Bakat Muda Sezaman 13 baru-baru ini dikeluarkan dari senarai penerima anugerah tersebut. Karya Cheng Yeng Pheng, dengan imej ‘ABU’ dilaporkan hilang sewaktu acara pameran berlangsung, begitu juga dengan kara ‘fa’ – ‘kof’ karya Izat Arif Saiful Bahri.
Karya-karya tersebut pastinya tidak ‘sesuai’ dengan matlamat ‘pelancongan’ menteri Dato’ Nazri Aziz. Sebaliknya aktiviti melukis potret model-model Miss Tourism International (MTI) diberi tempat sebagai aktiviti istimewa BSVN.
BSVN bukanlah zoo lukisan atau zoo pelukis, BSVN adalah ruang kreativiti manusia mencurah idea dalam merakam dan memanifestasikan rupa bangsa mereka. Zoo di Ulu Klang lebih mengharapkan bantuan Kementerian Pelancongan untuk di bantu dan dinaik taraf menjadi zoo yang hebat dan menarik. Menteri seharusnya membantu dalam hal ini.
Jika ini berterusan, pasti himpunan karya yang akan dimiliki dan dicari termasuk program aktiviti seni hanya ingin menunjukkan ‘keunikan’ Malaysia atau ‘kecantikan’ Malaysia sebagai destinasi pelancongan sahaja.
Hinggalah kepada bakat-bakat baru, mereka akan berkarya untuk ‘menarik’ pelancong. Jadilah BSVN sebagai ‘Zoo’ bagi seniman-seniman di Malaysia.
______________
Mahdzir Ibrahim ialah Ahli Jawatankuasa Dapsy Kebangsaan serta seorang pendokong seni dan budaya.
KOTA BHARU: “Kita hendaklah berpakat penyokong kerajaan dan pembangkang pergi jumpa Perdana Menteri untuk mendapat laluan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

“Kalau perkara kecil seperti royalti Menteri Besar boleh jumpa PM, mengapa tidak perkara lebih besar iaitu hudud tidak boleh dilakukan.

“Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno,” kata Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dun hari ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Muhammad V berkata, beliau bersedia menemui lagi perdana menteri bagi membincangkan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan hudud.

“Saya tidak pernah takut untuk berjumpa Perdana Menteri bagi mendapat sokongan pelaksanaan hudud di Kelantan,” ujarnya.

Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika menjelaskan panjang lebar usaha-usaha pelaksanaan hudud di Kelantan katanya, kerajaan negeri mewujudkan dua jawatankuasa berkaitan pelaksanaan hudud iaitu Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II dan Jawatankuasa Pra-Teknikal.

Kata beliau hasil perbincangan jawatankuasa berkenaan merumuskan empat halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan biar pun telah dilulus pada persidangan Dun sejak 1993.

Menurutnya halangan tersebut iaitu kerenah pemimpin politik, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah dan memperkasa pentadbiran syariah.

“Kerenah pemimpin politik dapat dilihat apabila Menteri Besar menerima surat amaran daripada Perdana Menteri ketika itu untuk mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan.

“Kita bukan takut kepada ugutan itu tetapi sekadar patuh kepada undang-undang. Sejarah masih kita ingat apabila kerajaan pusat mengisytiharkan Mageran di Kelantan pada 1977.

“Kes terbaru dapat dilihat apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dirampas bukan melalui cara demokrasi,” katanya menjawab soalan Mohd Alwi.

Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi ketika menerima hujah bertalu-talu Mohd Alwi akhirnya mengambil ketetapan bagi mendapat sokongan anggota-anggota Dewan untuk berjumpa Perdana Menteri untuk meminta sokongan pelaksanaan hudud.

“Adakah sekiranya Perdana Menteri menolak sokongan bagi mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan pembangkang di sini hendak keluar BN,” katanya.

Kemudian dijawab dengan lantang Mohd Alwi, “setuju”.

Sebelum itu Adun Kok Lanas tersebut berhujah kerajaan negeri sengaja mencari pelbagai alasan kerana tidak mahu melaksanakan hudud.

Namun selepas anggota Exco terbabit membuat ketetapan tersebut, Alwi tidak semena-mena menyatakan persetujuannya.

Menteri Besar juga memberitahu ketika berjumpa Perdana Menteri pada 28 November lepas isu hudud turut dibincangkan.

Katanya, hasil perjumpaan tersebut telah dipersetujui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan bagi melihat halangan-halangan pelaksanaan hudud.
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk memulakan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 2 Mei ini dalam keadaan masih ada kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan, didakwa satu keputusan yang tergesa-gesa.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua turut mempertikai tindakan kerajaan yang telah membuat ujian Kesediaan Operasi dan Pindahan Lapangan Terbang (ORAT), sedangkan kerja-kerja pembaikan itu hanya dijangka siap bulan April.

"Ujian ORAT perlu dilakukan dalam tempoh sembilan bulan sejurus mendapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

"Tapi kini ia bukan sahaja dipendekan kepada tiga bulan, tetapi dijalankan berselari dengan kerja-kerja pembinaan yang masih belum siap," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Pengangkutan terhadap soalan jawab lisan di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Dalam jawapan itu, menteri memaklumkan bahawa pembukaan KLIA2 tetap akan dibuat pada 2 Mei ini.

KLIA2 merupakan projek Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) yang telahpun ditunda pembukaannya beberapa kali.

Lapangan terbang baru itu sepatutnya siap April tahun lalu dan kini dijangka dibuka pada 2 Mei depan.

Kos projek itu pula bertambah dari RM 1.6 bilion kepada RM 4 bilion kini.

Dalam pada itu, difahamkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) akan mengadakan lawatan ke KLIA2 hari ini.
KUALA LUMPUR: Nilai hartanah yang diserahkan Talam Corporation (Talam) sebagai membayar hutang kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 2012 meningkat daripada RM398 juta kepada hampir mencecah RM700 juta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peningkatan nilai hartanah itu berlaku berikutan usaha kerajaan negeri membangunkan tanah terbabit dan kawasan berhampirannya, lapor Selangor Kini.

“MCA tidak boleh cakap banyak sebab sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). MCA nak salahkan kerajaan negeri konon tak pandai, tolong syarikat Talam.

“Apabila kiraan dibuat termasuk daripada audit negara, mereka kata bagus sebab aset atau pendapatan negeri bertambah.

“Dahulu RM398 juta, sekarang naik hampir RM700 juta sebab tanah itu saya urus jadi lebih baik,” katanya dalam ceramah umum yang diadakan di Taman Mesra, di Kajang, semalam.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu turut menyelar Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang cuba memutar belit fakta berhubung isu kutipan hutang Talam oleh kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, ketika menjalankan proses tuntutan hutang itu, beliau dimaklumkan pemilik Talam bahawa syarikat itu ada membuat pembayaran kepada pihak tertentu dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak dinyatakan indentitinya ketika diberikan tanah berkenaan.

“Maka kita dapat lihat dalam PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) berjaya tambah lapan kerusi, BN tinggal 12 kerusi sahaja daripada Umno, manakala MCA langsung tidak ada kerusi.

“Orang Kajang tidak payah pilih MCA sebab mereka tidak ada tempat di Dewan Negeri Selangor,” katanya.

 

 

 

Tiada ulasan: