Ahad, 16 Mac 2014

GILER BABI


Sunday, 16 March 2014

HEBOH DI PERKATAKAN DI ALAM MAYA YANG KONSERT BUKIT JALIL MENGORBANKAN 6 REMAJA SETAKAT INI MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN KJ??????


"Great meeting with @Khairykj on #fmfa2014 with @rahulobs this is gonna be a good one @fmfasia@livescapeasia."

Sebelum ini kecoh satu negara kata Kementeria Pelancungan dan Kebudayaan yang bermenterikan Nazri Aziz memberikan izin dan merestui dan menyokong padu konsert yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil sehingga meragut 6 remaja kerana pengambilan dadah terlarang berlebihan sehingga pihak polis mengarahkan konsert di hentikan.

Iqbal Ameer adalah salah seorang Pengarah yang mendapat permit untuk konsert ini diadakan.

Mohon respon tegas dan pantas dari KJ dan Kementerian Belia Dan Sukan akan kicauan twitter akaun Iqbal Ameer ini demi pencerahan dan kebenaran.
Iblis
masih lagi boleh BERSENYUM BERSENGIH duk dengan PEMIMPIN UMNO?

bukankah ini PUNCA MELAYU MATI DI KONSERT?

kalu mamat ni tak setuju tak sign....

UMNO oh UMNO!
[BONGKAR] Anak Towkeh MYDIN Penganjur Festival FFMA Yang Sebab 6 Kematian ?????????
Pemuda PAS Kecam Konsert Liar

Dewan Pemuda PAS Melaka mengecam penganjuran konsert luar Festival Future music Asia yang menyebabkan 6 penontonnya meninggal dunia.
Ketuanya Jauhar Md Dawi berkata di sebalik kisah duka dan ujian yang sedang dihadapi rakyat malaysia khususnya umat Islam tentang isu MH 370 , kemarau dan ketiadaan air , kita menyaksikan tragedi kebobrokan moral yang berlaku akibat ketiadaan pemantauan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap Festival future Music baru-baru ini.

"Pemuda PAS Melaka amat berduka cita dengan perkara yang berlaku dalam Festival Future music di stadium Bukit Jalil pada 13 -15 mac 2014 , di mana berlaku kematian seramai enam orang dan empat orang lagi dalam keadaan kritikal."
"Penganjur seolah-olah mendapat lesen besar dalam penganjuran festival ini kerana secara terang-terang mempromosi bahawa akan ada parti liar "Malaysia biggest and wildest party". " ujarnya.

Beliau mempersoalkan adakah pihak penganjur iaitu syarikat Live Scape sdn. bhd mengikut piawaian hiburan dalam negara ini atau mereka yang meluluskan festival ini tidak memantau sepanjang perjalanan festival ini berlaku.
"Bagi kami peristiwa ini amat memalukan negara kerana pada masa yang sama kita sedang bersedih tentang kehilangan pesawat MH370. "

"Lebih malang lagi kematian ini melibatkan anak-anak muda yang beragama islam. Di mana letaknya peranab pihak penguatkuasa dan pihak kementerian dalam isu yang besar ini." tambahnya.
Menurutnya Dewan Pemuda Pas Melaka merasakan pihak kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan perlu memberi penjelasan tentang punca mengapa konsert liar ini dibenarkan.

"Jelas sekali menteri berkenaan dan pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka dan sesiapa yang berkenaan mesti meletakkan jawatan sekiranya jawapan itu tidak menyakinkan kerana ia sudah melibatkan nyawa dan maruah negara."tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa Dewan Pemuda Pas Melaka memandang berat isu ini kerana ia adalah pertama kali berlaku di malaysia yang merupakan negara majoriti umat Islam dan ia melibatkan kematian anak muda yang beragama Islam akibat penggunaan dadah yang berlaku dalam konsert itu.

"Sudahlah negera kita dicemuh dan dipersendakan oleh akhbar-akhbar antarabangsa akibat memanggil Bomoh 1Malaysia untuk mencari pesawat MH 370 di KLIA , ditambah pula dengan kes ini yang memaparkan imej yang buruk terhadap negara akibat penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan Agama dan tatasusila Rakyat Malaysia." tegas beliau. -mutaligat

Siapa Lulus Permit Untuk Konsert Maksiat? - Kerajaan Perlu Jawab !!!
Ini ialah pengetahuan umum sebenarnya. Kalau nak buat apa2 ;
1. Konsert
2. Program yang berskala besar
3. Event
Di kawasan awam ataupun kawasan yang diwartakan perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan, kita perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu dari mereka sebelum menganjurkan majlis tersebut.
Setelah mendapat permit baru la apa2 program yang direncakan akan berjalan tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.

Siapakah penganjur konsert tersebut?

Syarikat Live Scape Sdn Bhd

Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini?

Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.

Siapa Iqbal Ameer ini?

Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda ==> http: http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38

Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.

Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.

Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.
Apakah konsert yang cuba dianjurkan?

Konsert Festival Future Music.

Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut?

Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.

Tetapi apa yang berlaku?

Pada hari pertama konsert tersebut berlangsung sudah berlakunya insiden yang kurang enak. Iaitu 3 individu yang menghadiri konsert tersebut dikesan positif dadah dan telah ditahan. Polis telah membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Pada hari kedua, sekali lagi polis terpaksa bergegas ke lokasi apabila 5 maut manakala 4 yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan bernafas angkara pengambilanan dadah dan alkohol secara berlebihan.

Ini melibatkan 3 buah negara iaitu penonton dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

Insiden ini sebenarnya mencemarkan nama baik negara dikala kita semua menghadapi permasalah2 seperti ;

1. Kemarau sehingga catuan air dibuat.

2. Jerebu dengan pembakaran hutan demi hutan yang menyebabkan IPU berada pada paras yang tidak selamat.

3. Insiden MH370

4. Masalah kegawatan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dengan kadar penganguran yang semakin tinggi..

Jelas, konsert ini walaupun mahu mempromosikan Malaysia sebagai hub hiburan tetapi keterlaluan dalam penganjurannya.

Bayangkan.

Tak mungkin la penonton2 yang bawa dadah dan alkohol secara haram tak boleh dikesan oleh pihak penganjur. Kalau dadah logik juga. Tetapi kalau arak bagaimana?

Sudah semestinya arak ada disediakan dalam konsert tersebut.

Apa tak cukup PANAS lagi bumi Malaysia ini sampai nak tambah PANAS? Dah tak cukup lagi MASALAH2 yang sedang dihadapi untuk tambah MASALAH baru lagi? Dah terer sangat ke nak selesaikan semua MASALAH2 yang ada?

Kerajaan perlu ;

1. Dedahkan kenapa permit diberikan kepada penganjur konsert ini.

2. Dedahkan apakah syarat2 yang menyebabkan kerajaan bersetuju beri permit.

3. Siasat bagaimana dadah dan alkohol boleh berada di dalam konsert.

4. Siasat mengapa sesetengah dari mereka boleh overdose.

Dan seterusnya dedahkan kepada masyarat mengenai hasil siasatan dan tolong dakwa mana2 pihak yang cuai sehingga mengakibatkan kematian. Meskipun mereka cuai kerana mengambil dadah dan alkohol secara berlebihan, pihak yang sediakan 'service' itu juga perlu diheret sama ke muka pengadilan sebab menyediakan service yang tidak sepatutnya kepada para pengunjung.

Untuk rekod, ia perkara yang sangat memalukan untuk tahu salah seorang penganjurnya ialah seseorang yang menganuti agama Islam.

Terima kasih. -sozcyili
Ini semua fitnah nak menjatuhkan bangsa melayu ni....mana ada anak melayu layan konsert lagha tu....
4 bekas tokoh Umno berkongsi pentas, seru pengundi tolak BN
Posted on Sunday, March 16 @ 15:14:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sharif

KAJANG 16 MAC: Empat bekas tokoh Umno semalam berkongsi pentas yang sama dan menyeru pengundi menolak Barisan Nasional khususnya dalam Pilihanraya Kecil N 25 Dun Kajang.

Mereka yang menyampaikan ceramah terdiri daripada Datuk Tamrin Abdul Ghafar, yang menyertai Pas sejak 2012, bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh,  Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas tani, Datuk Sharif Omar,  yang baru mengumumkan sebagai ahli KEADILAN pada 14 Mac lalu.

Kesemua bekas pimpinan Umno itu berucap dalam satu ceramah  bertemakan “Tiada Esok Bagi Umno BN” di Tapak Karnival Usahawan, Jalan Jerlok 9, Kajang.
Dalam ucapannya, Tan Sri Sharif Omar yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri  Pulau Pinang mengakui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad mempergunakan seluruh jentera Umno untuk menzalimi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
“Semasa saya jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang,  disuruh buat mesyuarat panggil ketua cabang, untuk sokong tindakan pemecatan yang dikenakan ke atas  Anwar Ibrahim,” ujarnya.
Mohd Shariff   menyerahkan borang keahlian menyertai KEADILAN ketika ceramah di Kajang, pada Jumaat malam lalu.
ThamrinBeliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor secara automatik dipecat daripada Umno selepas bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum lalu.
Sementara itu, Datuk Tamrin dalam ucapannya berkata, sudah tiba masanya rakyat Kajang melalui PRK ini menolak pembaziran dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Anak kepada tokoh Umno, Tun Ghafar Baba ini berkata,  Najib boros berbelanja termasuk menggunakan pesawat persendirian ke luar negara, sedangkan rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
“Kita (rakyat Malaysia) dapat apa?, Umno BN menang dulu sebab tipu orang kampung, jadi apa yang ditunggu lagi?
“Saya minta tuan puan, kita tunjukkan. Ajar BN cakap dengan pimpinan Najib, kepimpinan Najib tidak boleh dihormati lagi,” katanya.
ceramah 2Dr Zayadi Awanag Noh pula menjelaskan kepentingan memilih kepimpinan yang baik untuk kesejahteraan rakyat, dengan menjadikan kerajaan Kelantan dan Selangor sebagai contoh.
ceramah“Mereka (pemimpin Umno) hidup di luar batasan kemampuan, tapi rakyat kena makan kangkung.
“Kita mahu kepimpinan yang baik. Kenapa Kelantan boleh bertahan 23 tahun? Kerana kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenapa Pakatan Rakyat Selangor boleh bertahan, boleh menang lebih daripada dua pertiga majoriti? Kerana kepimpinan Tan Sri Khalid. Kita mesti laksakan perubahan ini,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60190




 Pesta muzik tiga hari biadab
Posted on Sunday, March 16 @ 15:08:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Penganjuran acara muzik terbesar selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil dilihat sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin berkata, di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan.


"Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat Istisqa memohon pertolongan ALLAH untuk menurunkan hujan, tetapi anak-anak muda terkinja-kinja berpesta di stadium," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, dengan lambakan pesta seumpama itu, dikhuatiri pertolongan yang dipinta dari ALLAH akan ditolak.

"Jangan mencabar kuasa ALLAH dan kita bimbang pertolongan ALLAH tidak diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini," katanya.



Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua mangsa warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi semalam.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Mohmad  berkata, ekoran keadaan ini, pihak polis sudah memberitahu penganjur bahawa konsert hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan. 




KUALA LUMPUR: Seramai 14 individu kini dirawat di hospital akibat pengambilan dadah ketika menghadiri konsert Festival Future Music Asia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.
  
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, semalam hanya dua individu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun pagi ini seorang daripada mereka telah keluar, dan sembilan lagi dimasukkan hari ini ke PPUM.
  
"Oleh itu, jumlah individu yang dimasukkan ke hospital meningkat hari ini kepada 14 orang, di mana tiga individu dirawat di Hospital Kuala Lumpur, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan 10 orang di PPUM.
  
"Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil," katanya di sini, hari ini.
  
Beliau berkata, pihaknya juga menahan seramai 29 individu pelbagai warga yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di konsert berkenaan.
  
"Daripada 29 itu, sembilan adalah warga Singapura manakala lain adalahMyanmar, Taiwan, Iran, warga tempatan dan lain-lain," katanya.
  
Mohan Singh berkata, pengunjung konsert berkenaan juga memahami keadaan dan mereka (pengunjung) juga tidak melakukan sebarang kekecohan akibat pembatalan konsert berkenaan semalam.
  
Bagaimanapun beliau berkata, kesemua yang ditahan itu direman sehingga Selasa ini.
  
Awal pagi semalam (Sabtu), enam orang, termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat penggunaan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert FMFA.
  
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun.
    
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. - Bernama

6 hilang nyawa

Oleh ASMAH RUSMAN dan MUHAAMAD HAFIS NAWAWI
Kuala Lumpur: Polis mengesahkan enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga wanita maut kerana mengambil dadah melebihi dos, sementara tiga lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, semua mangsa yang berusia 19 hingga 27 tahun menghadiri satu konsert di Stadium Bukit Jalil, di sini.
Mereka dipercayai membeli dadah jenis syabu dari luar sebelum menggunakannya untuk berhibur di dalam stadium.

Menurutnya, enam mangsa yang mati adalah warga tempatan, sementara tiga warga tempatan dan seorang Singapura yang dalam keadaan kritikal masih dirawat.


FotoKONSERT yang mengorbankan 6 nyawa yang diadakan malam kelmarin.


FotoPASUKAN polis mengawal keadaan penonton pada Konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil yang dibatalkan.
“Hasil bedah siasat mendapati mereka terlebih pengambilan dadah dan suhu badan terlalu panas.

“Selain itu, sepanjang konsert yang berlangsung sejak Khamis lalu, seramai 19 orang ditahan kerana kesalahan mengambil dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

Mohmad berkata, tangkapan dijalankan anggota Bahagian Narkotik IPD Cheras itu turut merampas tiga pil Ecstacy, 20 pil khayal berwarna putih dan ganja seberat 3.7 gram.

“Siasatan juga mendapati mereka membeli bekalan dadah dengan harga sebiji antara RM60 hingga RM100.

“Bagi mengelak perkara lebih serius, kita mengambil keputusan membatalkan konsert terakhir pada malam ini (semalam),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Kontinjen Selangor untuk mengenal pasti sindiket yang membekalkan dadah kepada semua mangsa.
 NGERI !!! Gambar wajah mereka yang Maut akibat Overdose di Konsert Bukit Jalil
Posted on Sunday, March 16 @ 18:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Kronologi Insiden
Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014.
5 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
BASHA (Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L)

2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L)

3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582

4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L)

5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P)

4 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
PPUM Warga Singapura)

2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
Warga Singapura)

3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336)

4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427


"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Sunday, March 16 @ 18:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Ceramah Pakatan Rakyat Pun Ada Bintang Rock??
Posted on Sunday, March 16 @ 13:43:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu






Kata-kata "Biasalah konsert PR.. tidak ada yang mati kerana dadah.. konsert tajaan UMNO oleh anak tokay MYDIN .. 6 org mati kerana dadah.." Itu kata-kata yang dibangkitkan kepada saya apabila saya bertanyakan pasal konsert bintang rock Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang semalam.

Jawapan ini sebenar hampir dan menepati sama apabila ditanya tentang konsert rock pada Muktamar PAS yang lalu. Ini adalah untuk dakwah. Kita mula dengan solat jamaah dan tazkirah daripada Ustaz Abu Bakar Chik.. itu kata-kata nak menghalalkan perbuatan yang sudah pasti kalau dibahas tidak banyak mendatangkan manafaat.

Saya teringat tulisan Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri dalam kitab "Ar-Raheeq Al-Maktum" (sirah Nabawiyyah) pemenang Sayembara Penulisan sirah 1979 yang menyebut bahawa masyarakat Arab Jahiliyyah bersifat pemurah dengan amalan pejudian dan minum arak.

Sifat pemurah ini telah digambar bagaimana fakir dan miskin mendapat bantuan daripada hasil keuntungan pejudian dan lebihan sumbangan pemenang judi.

Oleh kerana itu al Quran tidak menolak bahawa arak dan judi itu ada kebaikannya tetapi al Quran menyebut:-

"Mereka  bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada kedua-duanya adalah dosa besar dan ada pula beberapa manafaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manafaatnya..." (Al Baqarah ayat 219)

Begitu juga dengan ayat 11 Surah al Jumuat:-

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: "Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Allah menyebut yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada barang dagangan dan hiburan. Wala' dan tekat kepada perjalanan dakwah yang lurus itu adalah lebih baik.

Kalau orang berhujah mengatakan konsert penting untuk dakwah bagi Pakatan Rakyat, saya lebih suka katakan "bala"nya lebih besar daripada keuntungan politik!

Jangan membenarkan kata-kata UMNO PAS sudah lari daripada matlamat asalnya. Oleh itu Pakatan Rakyat juga harus berada pada landasan yang sama.

Tulisan ini merujuk kepada berita di bawah:-

Bintang rock gegar pentas ceramah Pakatan


 


Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang semalam menampilkan lima penyanyi rock tahun 90-an sebagai daya tarikan utama pengunjung.

Bertindak sebagai pengacara majlis dan pembuka acara tidak lain dan tidak bukan adalah Blank dari kumpulan Gamma atau nama sebenarnya Rusli Mohd Shariff.


Blank yang kini berusia 59 tahun dan merupakan seorang ketua kampung di Batu Arang, Selangor menghiburkan pendengar ceramah dengan lagu popular Gamma iaitu 'Kembang Terhalang'.


Persembahan malam tadi yang bermula sekitar jam 10.30 kemudian diteruskan oleh Ayie dari kumpulan Leon yang mendendangkan lagu popular Leon 'Saling Merindu'.


Ayie mencuri perhatian kira-kira 500 pendengar ceramah apabila tampil berambut panjang dengan memakai jaket kulit, serta seluar jeans ketat dan singlet celoreng - saling tak tumpah seperti gayanya sewaktu zaman kegemilangan mereka pada tahun 90-an.


Sekitar jam 11.00 malam, pentas ceramah 'dipulangkan' semula kepada ahli politik.

Exco Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim tampil berceramah bersama MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ADUN Salor dari Kelantan, Datuk Husam Musa.


'Penawar' undi Kak Wan


Husam dalam ceramahnya menggesa agar pengundi Kajang mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  sebagai 'ubat' kepada 'ketidakadilan' dalam keputusan Liwat II.

"Kalau anda mengundi Kak Wan (nama mesra Wan Aziah), itu kan satu penawar, satu ubat untuk kita semua," katanya.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan bersalah meliwat bekas pembantunya dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun jika rayuannya gagal kelak.


Keputusan itu menghalang beliau daripada bertanding di Kajang bagi memberi laluan untuk beliau menjadi menteri besar Selangor.


Turut bercakap pada ceramah malam tadi adalah ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng MP Batu serta bekas MP, Datuk Tamrin Ghafar Baba.


Ceramah kemudian ditutup dengan kemunculan tiga lagi penyanyi rock 90-an - Isa dari kumpulan Handy Black, Yazid dari kumpulan Sejati, dan Isa dari kumpulan Graviti.


Ceramah pada malam tadi diadakan pada tapak sama dengan Karnival Selangorku anjuran kerajaan negeri Selangor.


Berbagai gerai jualan dan acara  dibuka di dalam stadium bermula pada 7 Mac lalu sehingga 22 Mac ini.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


 Kempen PRK Kajang lesu kerana jerebu, kehilangan MH370
Posted on Sunday, March 16 @ 13:35:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disifatkan kurang terasa bahangnya oleh penduduk disebabkan keadaan jerebu dan isu kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan rakyat di negara ini. Berbanding kebanyakan pilihan raya yang meriah dengan 'perang poster' dan bendera, keadaan di Kajang masih lesu, namun dijangka bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 23 Mac ini.


Daripada segi kempen, program tinjauan mesra dan lawatan rumah ke rumah giat djalankan oleh kedua-dua jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diikuti ceramah politik di sebelah malam.

Bagaimanapun, ceramah pada sebelah malam, baik anjuran BN mahupun PR, dilihat kurang menggalakkan, mungkin disebabkan kebanyakan penduduk lebih rela berehat di rumah atas faktor cuaca panas dan jerebu.
Malah, ada juga kalangan penduduk memilih untuk mengikuti perkembangan isu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak seminggu lalu melalui kaca televisyen dari semasa ke semasa di rumah masing-masing.
Pesara kerajaan, Abdul Rahim Ibrahim, 57, dari Kampung Sungai Kantan di Kajang, berkata cuaca panas ditambah dengan jerebu menyebabkan beliau memilih untuk mengurangkan aktiviti luar rumah.
"Saya mengenali calon ketika kunjungan mereka ke sini dengan mengedarkan poster dan manifesto mereka," katanya.
Julia Shahri, 59, dari Kampung Batu 12 Jalan Cheras berkata, walaupun ceramah daripada kedua-dua calon diadakan berdekatan dengan rumah, namun beliau memilih untuk mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 melalui televisyen di rumah.
"Saya ada juga menghadiri beberapa ceramah yang diadakan oleh mereka namun apabila keadaan jerebu semakin serius sejak akhir-akhir ini, saya memilih untuk tidak keluar rumah.
"Lagipun MH370 masih belum ditemui dan setiap masa saya mengikuti perkembangannya baik daripada media cetak ataupun media elektronik," katanya.
Rabiah Sapuan, 64, dari Kampung Paya berkata, beliau memilih untuk menyertai program interaksi bersama penduduk oleh calon yang diadakan di kawasan tertutup seperti dewan orang ramai.
"Saya cuba untuk mengurangkan aktiviti luar disebabkan cuaca panas dan jerebu, jika memerlukan saya untuk keluar, saya akan memakai topeng muka, " katanya.
Wong Ten Sang, 57, dari Sungai Chua berkata, beliau kagum dengan semangat kedua-dua calon PRK yang masih giat menjalankan kempen di merata tempat walaupun negara dilanda masalah jerebu.
"Semasa jentera parti yang bertanding datang memberi risalah, ada dalam kalangan mereka berpesan kepada saya supaya banyakkan minum air kerana cuaca panas dan jerebu, ternyata mereka sangat prihatin terhadap kita, " katanya.
Pilihan raya kecil DUN Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun iaitu naib presiden MCA dan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR.
PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac ini sebagai tarikh mengundi selain tarikh pengundian awal pada 19 Mac. - Bernama, 16 Mac, 2014.

 MH370 : Dunia Sedang Berduka Tapi Malaysia Masih Anjurkan Hiburan Gila Babi
Posted on Sunday, March 16 @ 13:22:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



" Cukup MEMALUKAN kalau masih ada punya PERASAAN MALU tetapi TIDAK MEMALUKAN kalau sudah punya MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI, ini lah dia yang dikatakan NEGARA ISLAM CONTOH kepada Negara-Negara Islam di Seluruh Dunia beb. Disaat DUNIA SEDANG BERDUKA diatas KEHILANGAN MISTERI Pesawat Mas MH370 tapi masih boleh MENGANJURKAN KONSERT HIBURAN GILA BABI secara TERBUKA.


Mungkin ini yang dikatakan sebagai PERHIMPUNAN AMAN yang DIRESTUI oleh Pihak Berkuasa, memang betul HIBURAN adalah KEPERLUAN kepada MANUSIA, namun apakah WAJAR disaat Manusia Seluruh Dunia sedang Berduka atas Kehilangan Pesawat Mas tetapi dimasa yang sama Hiburan GILA-BABI Terbuka tetap diteruskan. Apakah akan lebih banyak yang akan MATI sekiranya Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) DITANGGUHKAN ?.


Hendak Tak Hendak dan Mahu Tak Mahu ianya tetap BERKAIT RAPAT dengan POLITIK walaupun ada yang mengatakan kenapa mahu DIKAITKAN Kehilangan Pesawat Mas MH370 dengan Politik, tetapi kerana disebabkan Politik lah perkara seperti yang berlaku di FMFA telah terjadi. Paling MENARIK nya akan ada PENCHACAI ANGKAT NAJIS serta PENCHACAI UPAHAN yang mengatakan sikit-skit SALAH UMNO, sikit-sikit SALAH BN, sikit-sikit SALAH Pemimpin Umno... kah kah kah !.

Mana mungkin pada yang BERFIKIRAN WARAS Sanggup melakukan dikala Seluruh Dunia sedang BERDUKA tapi masih boleh MENGANJURKAN FMFA dengan Konsert Gila Babi, ditambah lagi Pesawat Mas MH370 yang Hilang adalah Syarikat Penerbangan Kepunyaan Malaysia yang DIPERTAHANKAN walaupun TAK PERNAH UNTUNG. Apakah Wajar selama ini DIWAR-WARKAN yang Malaysia adalah sebuah Negara Islam Contoh kepada Negara-Negara Islam di Seluruh Dunia.
Ini lah dia HASIL nya apabila Negara Malaysia Diperintah oleh sebuah Kerajaan yang hanya mendapat UNDI 47 Peratus dalam pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu. Lu orang tolong bagi tahu gua mana ada Sebuah Negara Di Dunia yang Kerajaan nya hanya Mendapat UNDI POPULAR sebanyak 47 Peratus sahaja, mana lah tahu mungkin gua TERLEPAS PANDANG sedangkan hampir Seluruh Negara-Negara di Dunia Kerajaan nya hanya mendapat 47 Peratus Undi Popular... kah kah kah !.  sumber klik sini
hemmmmm..... paling menarik di negara malaysia ni ialah sesuatu kejadian pelik akan disusuli lagi dengan kejadian pelik yang lain pula, apakah ini berkait rapat dengan kerajaan pelik bin ajaib yang hanya mendapat undi popular 47 peratus tu beb... kah kah kah !.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Sunday, March 16 @ 13:22:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


SHAH ALAM: Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang semalam selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.
  
Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.

Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.

Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media hari ini.

"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok.

"Diharap media boleh menunggu," katanya.

Pada 8.07 malam, polis dipercayai memeriksa rumah pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di Seksyen 7 di sini, kira-kira sejam sebelum beredar dengan sekurang-kurangnya dua beg kertas perang.

Mereka tiba di rumah Fariq dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sama, yang  memasuki kawasan kediaman Zaharie.

Turut kelihatan di luar rumah itu ialah MPV berwarna kelabu dan sebuah   Toyota Vios.

Sejumlah empat lelaki berpakaian preman yang menaiki MPV putih serta enam individu lain, kesemuanya dipercayai pegawai polis, dilihat memasuki rumah Fariq. - Bernama
SHAH ALAM: 'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
  
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
  
"Jais menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan dia.
  
"Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.
  
Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
  
Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
  
Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hari ini sudah masuk hari kesembilan kehilangan pesawat MH370 menghantui dunia.

Daripada jangkaan awal bahawa pesawat itu mungkin terhempas dengan fokus pencarian di Laut China Selatan dan Selat Melaka, pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak dalam sidang akhbar yang tidak boleh ditanyakan soalan semalam, perhatian kini bertukar dimensi dengan kebarangkalian ianya dirampas atau sengaja disabotaj pula.

Sebagaimana yang didedahkan Najib juga, pesawat itu kini mungkin berada di sempadan antara Turkmenistan dan Kazashtan sehingga ke utara Thailand atau di koridor selatan yang mengunjur daripada Indonesia hingga ke Lautan Hindi.

Maklumat daripada radar TUDM bahawa pesawat itu sengaja dialihkan tujuannya serta sistem komunikasi juga dimatikan dengan sengaja, sudah pasti untuk mengelak dikesan, tumpuan kini ialah kepada mereka yang berada di dalam kokpit pesawat itu iaitu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

“Persoalannya ialah jika pesawat itu dirampas, apakah juruterbangnya diugut oleh sekumpulan perampas yang menyamar sebagai penumpang atau beliau merupakan sebahagian daripada komplot rampasan itu?” tanya penulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Dalam perkembangan terbaru yang didedahkan oleh akhbar Daily Mail, Ahmad Zaharie juga didakwa berada di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dan menyaksikan sendiri detik-detik hukuman 5 tahun penjara itu dijatuhkan.

Selepas mahkamah berakhir pada 7 malam, barulah beliau pulang ke rumah dan kemudian pada jam 9 malam terus bertolak ke KLIA untuk tugasan membawa pesawat MH370 ke Beijing.

Menurut Shahbudin lagi, selain akhbar luar negara, beberapa blog dan pengendali laman sosial pro Umno, tanpa segan-silu terus mengaitkan Zaharie dengan hukuman penjara terhadap Anwar sebagai punca kehilangan pesawat itu.

Baca di sini

Tiada ulasan: