PKR lawan BN di Balingian
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo sebagai calon BN dan ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang sebagai calon PKR.
Pengumuman dibuat kira-kira 10.16 pagi selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra di sini Isnin.
Shafrie berkata kertas pencalonan Yussibnosh, 48, diterima pada 9.03 pagi sementara kertas pencalonan Abdul Jalil, 55, pada 9.14 pagi.
Abdul Jalil (tengah), diapit Baru Bian dan Azmin Ali ketika diumumkan sebagai calon PKR dalam PRK Balingian.
Pencalonan Yussibnosh dicadang oleh Ardiman Matan @ Henry dan
disokong Fauziah Adeni sementara Abdul Jalil dicadang oleh Matek Geram @
Matek Maxi dan disokong oleh Basri Bahari, katanya.PRK DUN Balingian diadakan selepas dikosongkan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga telah bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lepas.
Pengundian PRK Balingian ditetapkan 29 Mac ini.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau berpuas hati dengan kelancaran keseluruhan proses penamaan calon hari ini.
Menurutnya kelancaran proses penamaan calon itu merupakan antara yang terbaik pernah dijalankan di negara ini dan yakin keadaan itu akan berterusan semasa tempoh berkempen dan pada hari pengundian.
"Tidak ada apa-apa perkara luar biasa yang berlaku dan penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak masing-masingnya telah menunjukkan mereka menghormati cara hidup dan nilai-nilai masyarakat setempat," katanya kepada pemberita.
Abdul Aziz berkata SPR akan turut menggerakkan tiga pasukan petugas untuk memantau aktiviti berkempen kedua-dua calon yang bertanding.
DUN Balingian yang terletak di kawasan tengah Sarawak mempunyai 13,366 pemilih berdaftar dengan majoriti daripada mereka berketurunan Melanau. - Bernama
Sokongan pengundi Melayu kepada PR meningkat
- Mar 17, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Timbalan Pengarah PRK PKR Dun Kajang, Zuraida Kamaruddin, angka peningkatan selepas seminggu tempoh berkempen telah mencecah 45 peratus.
"Sokongan pengundi Melayu sehingga semalam telah mencecah 45 peratus, bagi pengundi Cina pula sebanyak 75 peratus dan India dalam 55 peratus.
"Sasaran kita adalah untuk terus meningkatkan sokong, kita akan teruskan gerak kerja bagi mencapai sasaran tersebut," jelas belia pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di sini.
Zuraida turut memberitahu, bagi sokongan keseluruhan sebanyak 65 peratus memihak kepada PKR, manakala 15 peratus masih kepada Barisan Nasional (BN).
"Baki 20 peratus lagi itu adalah 10 peratus masih ragu dan 10 peratus lagi kita akan hubungi untuk mengetahui kedudukan sebenar sokongan mereka," jelas beliau.
Beliau yang menyatakan PKR telah meletakkan sasaran 60 peratus kepada pengundi Melayu sehingga akhir tempoh berkempen.
"Konsep kempen yang sangat berbeza pada PRK kali ini, gerak kerja yang lebih kemas dalam mendekati pengundi serta menyampaikan maklumat.
"Saya pasti sasaran kita itu akan tercapai pada hari terakhir tempoh berkempen ini," katanya lagi.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kajang pada 23 Mac ini.
Konsert maut: Mudahnya anak muda dapat dadah
- Mar 17, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) kesal dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang gagal mengawal aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.
Aktiviti itu termasuklah penganjuran konsert bebas dadah dan alkohol di Stadium Bukit Jalil pada 14 Mac lepas yang telah mengundang kematian enam anak muda, empat daripadanya Melayu.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya menghantar memorandum berhubung insiden kematian di Festival Future Music Asia kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.
"PPM mempersoalkan bagaimana festival ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan?
Bagaimana pula pemantauan yang longgar dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga penyalahgunaan dadah dan alkohol?" katanya kepada Harakahdaily.
Suhaizan hairan apabila dadah dengan mudah disebarkan secara berleluasa dalam program tersebut.
Tambahnya, keadaan ini mewujudkan kebimbangan dadah adalah bahan yang bukan lagi terlarang, mudah didapati, dan senang disebarkan terutama di dalam konsert seperti itu.
Tegasnya, Kementerian Belia dan Sukan juga dilihat tidak mengambil berat dengan pembangunan belia sehingga membiarkan aktiviti seperti ini berlangsung malah merosakkan belia.
"Di saat rakyat merasa sedih ekoran pelbagai musibah dan ujian berat yang ditanggung di negara ini termasuk kehilangan pesawat MH370, segelintir rakyat pula sanggup berfoya-foya dengan aktiviti kurang berfaedah," katanya.
Justeru katanya, kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap Syarikat Live Scape Sdn Bhd sebagai penganjur festival yang gagal mempastikan program bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Tegasnya, kerajaan mestilah mempastikan sebarang penganjuran aktiviti seperti ini bebas daripada penyalahgunaan dadah dan langkah-langkah pencegahan wajib dipertingkatkan.
"Kerajaan wajib mempastikan sebarang aktviti yang melibatkan khususnya belia beragama Islam daripada terlibat dengan pengunaan minuman keras yang jelas dilarang oleh agama Islam.
"Kerajaan dan NGO sewajarnya mempromosikan pelbagai penganjuran aktiviti yang boleh membawa belia membina masa depan yang lebih cemerlang," katanya.
FMFA: Logo syarikat arak tertera di sesawang rasmi
- Mar 17, 2014
- JUFITRI JOHA
Ini bermakna Malaysia kehilangan modal insan yang amat berharga yang sepatutnya digembleng untuk manfaat agama, bangsa dan negara.
Abim juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kesabaran untuk menghadapi situasi yang amat sukar ini.
Di kala Malaysia diselubungi dengan jerebu, kemarau dan kesedihan dengan insiden kehilangan Pesawat MH370, penganjuran acara hiburan ini dianggap tidak sensitif bahkan daripada segi prinsipnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada generasi muda Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Ia sekadar mengulangi siri-siri hiburan yang tidak bermanfaat dan tidak bermatlamat semenjak tahun 1980-an yang menyuburkan lagi budaya hedonisme iaitu budaya berhibur dan berlibur semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri atau ‘pleasure’.
Tambah memburukkan apabila menurut teori deskriptif hedonisme dianggap sebagai matlamat hidup dan sumber nilai moral (the highest level in life and as a source of moral values).
Manusia apatah lagi generasi muda memerlukan hiburan namun hiburan mestilah yang dibenarkan oleh batas agama, norma masyarakat dan nilai ketimuran.
Hiburan mestilah bermatlamat dan mempunyai falsafah yang mendidik generasi muda ke arah mengingati Sang Pencipta, membuat amal kebaikan dan menjunjung nilai leluhur insani.
Abim juga memandang amat serius penganjuran FMFA ini kerana ia dijadikan sebahagian daripada agenda utama pelancongan negara dan disenaraikan sebagai acara penting dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Ini bermakna ia merupakan acara yang diiktiraf dan didukung oleh pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan semenjak 2012.
Janganlah kerana FMFA ini dianggap berkelas antarabangsa dan dapat menggamit ramai pelancong luar serta menjana pendapatan negara maka prinsip dan masa depan pembangunan belia Malaysia digadaikan.
Abim sebagai badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan seluruh pimpinan pergerakan belia Malaysia berasa kesal dengan isu ini kerana usaha membangun dan meruntuh belia berjalan selari, justeru usaha pembangunan belia akan menjadi sia-sia.
Tambah memburukkan lagi keadaan apabila penganjur FMFA di Malaysia iaitu Livescape jika dilihat daripada laman sesawang rasmi mereka tertera logo-logo syarikat arak dan rokok seperti Jagermeister, Carlsberg, Asahi Beer dan British American Tobacco.
Livescape sebagai youth-centric music and creative events agency harus lebih peka dan menjauhi syarikat syarikat berbasis arak dan rokok ini demi kebaikan dan kesejahteraan belia dan masyarakat Malaysia.
Walaupun FMFA dikatakan sekadar festival hiburan semata-mata namun unsur hedonisme pada kebiasaannya sudah sebati dengan percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, penyalahgunaan dadah, one night stand, arak, perjudian, parti liar, eksploitasi wanita dan materialisme.
Oleh yang demikian pihak Abim:
1.) Mendesak Kerajaan dan Kementerian Pelancongan agar menamatkan terus penganjuran FMFA di Malaysia serta acara-acara hiburan yang tidak bermanfaat dan tidak bermatlamat positif. Acara-acara hiburan alternatif yang lebih bermanfaat wajar mengambil tempat. Kerajaan harus serius menjadi ‘leading by example’ bagi memastikan Malaysia menjadi Negara yang baik dan diampuni Tuhan (Baldaton Toyyibatun wa Rabbun Ghafur).
2.) Menyeru pihak-pihak penganjur acara hiburan khususnya yang beragama Islam menghormati nilai-nilai keagamaan dan ketimuran serta mengikut garis panduan hiburan khususnya yang digariskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandangkan Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
3.) Mendesak pihak polis meneruskan siasatan terperinci terhadap penganjuran FMFA dan mana-mana penganjur acara hiburan agar memastikan acara-acara sebegini benar-benar bebas daripada usur-unsur arak dan dadah yang mengundang padah dan kehilangan nyawa yang berharga generasi muda yang hadir.
4.) Menyarankan pihak ibubapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah tanggungan mereka agar tidak terjebak dengan acara hiburan yang melampau.
5.) Menasihatkan para belia agar mengambil iktibar daripada kejadian kematian 6 anak muda di acara FMFA dengan menjauhi arak, rokok dan dadah serta pandai memilih rakan dan hiburan yang bermanfaat seperti konsert-konsert nasyid, kebudayaan dan kemanusiaan. Belia Islam disarankan mendekati majlis ilmu, majlis zikir dan majlis berselawat yang mendidik jiwa.
6.) Mengesyorkan pihak pertubuhan masyarakat madani harus terus berperanan membimbing generasi muda melalui pendekatan kerja belia agar mereka diberikan bimbingan dan panduan khususnya tentang cara berhibur yang dibenarkan oleh agama dan norma ketimuran melalui bimbingan personal, penganjuran seminar, usrah dan media sosial.
7.) Menyarankan pengamal-pengamal media dan pihak-pihak penganjur hiburan positif agar terus meningkatkan kapasiti menghidangkan hiburan-hiburan bermanfaat dan kreatif bagi menarik generasi muda ke arah perkara-perkara positif.
ARAK,IBU SEGALA MAKSIAT
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
“Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka.”
Jauhilah Arak! : Ummu al-Khaba’its (Ibu Segala Kejahatan)
Sambungan dari Minggu lepas
4. Keimanan serta kedudukannya sebagai seorang mukmin dipertikai dan tidak diperakui.
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: “… Dan seseorang itu tidak
minum arak, ketika dia sedang minum itu dia adalah seorang mukmin…”.
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Ulama membuat beberapa penafsiran
mengenai penafian iman terhadap peminum arak dalam hadits ini.
Sebilangan ulama berpendapat bahawa ia membawa maksud perbuatan meminum
arak itu menunjukkan dan mengakibatkan ketidaksempurnaan atau kurangnya
iman. Manakala sebahagian ulama pula berpendapat bahawa meminum arak
itumengakibatkan iman seseorang itu terhapus sama sekali.
Menurut Imam Ibnu Baththal Rahimahullah, ini adalah janji buruk yang paling dahsyat ditujukan kepada peminum arak.
5. Tidak diterima amalan sembahyangnya selama empat puluh hari.
Dalam Sunan Imam at-Tirmidzi dan Musnad
Imam Ahmad, Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawasanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Barangsiapa minum arak,
Allah tidak menerima sembahyangnya selama empat puluh pagi (empat puluh
hari).Maka jika ia bertaubat, maka Allah akan terima taubatnya. Jika ia
kembali (minum arak), maka Allah tidak menerima sembahyangnya selama
empat puluh pagi (empat puluh hari).Maka jika ia bertaubat, maka Allah
terima taubatnya. Jika ia kembali (minum arak), maka Allah tidak
menerima sembahyangnya selama empat puluh pagi (empat puluh hari). Jika
ia bertaubat, maka Allah terima taubatnya. Jika ia kembali (minum arak)
untuk kali keempat, maka Allah tidak menerima sembahyangnya selama empat
puluh pagi (empat puluh hari). Jika ia bertaubat, maka Allah tidak akan
menerima taubatnya dan Allah beri ia minum dari sungai Khabal.” (Hadits
riwayat Imam at-Tirmidzi dan Imam Ahmad)
6. Dijanjikan neraka dan akan diberi
minum daripada sungai Khabal. Ini sekiranya dia mati dalam keadaan tidak
bertaubat atau pintu taubat tidak lagi dibukakan ke atas dirinya
sepertimana yang disebutkan dalam hadits di atas.
Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma yang
meriwayatkan hadits di atas pernah ditanyakantentang sungai Khabal ini,
lalu beliau pun menjawab: “Sungai dari nanah penduduk ahli neraka”.
7. Mendapat laknat. Bahkan janji laknat
itu bukan sahaja ditujukan kepada peminum arak semata-mata, bahkan ia
juga ditujukan kepada semua yang terlibat dan bersubahat dengansegala
perkara yang melibatkan arak.Imam Ibnu Hajar al-Haitami
Rahimahullahketika mengulas tentang riwayat hadits-hadits yang
menjanjikan laknat dalam perkara arak ini berkata, bahawasanya laknat
dalam riwayat hadits-hadits berkenaan ditujukan kepada dua belas
golongan:
1. Orang yang meminum arak.
2. Orang yang memerah arak.
3. Orang yang minta diperahkan arak.
4. Orang yang membawa arak.
5. Orang yang minta dibawakan arak.
6. Orang yang memberi minum arak.
7. Orang yang minta diminumkan arak.
8. Orang yang menjual arak.
9. Orang yang membeli arak.
10. Orang yang minta dibeli dan minta dijualkan arak.
11. Orang yang memakan harga arak.
12. Orang yang menyimpan dan memiliki arak.
2. Orang yang memerah arak.
3. Orang yang minta diperahkan arak.
4. Orang yang membawa arak.
5. Orang yang minta dibawakan arak.
6. Orang yang memberi minum arak.
7. Orang yang minta diminumkan arak.
8. Orang yang menjual arak.
9. Orang yang membeli arak.
10. Orang yang minta dibeli dan minta dijualkan arak.
11. Orang yang memakan harga arak.
12. Orang yang menyimpan dan memiliki arak.
Pendek kata, semua yang terlibat dalam
perkara maksiat arak ini dijanjikan laknat oleh Allah Subhanahu wa
Ta‘ala serta Rasul-Nya. Apakah dia laknat itu? Laknat menurut ulama
ialah terhalau dan jauh daripada rahmat, simpatidan belas kasihan Allah
Subhanahu wa Ta‘ala serta dikutuk oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta
RasulNya. Apabila sudah terhalau dan jauh daripada rahmat Allah
Subhanahu wa Ta‘ala, maka segala keberkatan akan ditarik daripadanya,
segala doa akan tertolak, segala amal ibadat tidak dipandang dan Allah
Subhanahu wa Ta‘ala tidak memandang kepadanya dengan pandangan redha dan
belas.
Hukum Meminum Arak Tanpa Mabuk
Menurut ulama, berdasarkan dalil-dalil,
minuman arak atau yang seumpamanya yangjika diambil dengan banyak boleh
memabukkan, maka meminum walaupun hanya setitik adalah juga haram.
Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhumeriwayatkan bahawasanya Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Apa sahaja yang
memabukkan(jika diminum) banyak, maka (meminum)sedikit (juga) adalah
haram”.(Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi,Ibnu majah dan
Ahmad)Imam al-Adzrai‘e Rahimahullah berkata: “Ulama-ulama berkata bahawa
minum satu titik arak itu adalah suatu dosa besar danmemang telah
maklum bahawa satu titik itutiada memberi kesan (tidak menyebabkan
mabuk)”.
Dengan hujjah-hujjah ini tertolaklah
pendapat atau pandangan beberapa golongan yang berpendapat bahawa
meminum arak itu tidak haram selama mana ia tidak memabukkan.
Minum Arak Merosak Hidup Serta Membahayakan Kesihatan Dan Nyawa
Peminum arak bukan sahaja mendapat nasib
malang lagi menggerunkan di hari akhirat kelak,bahkan juga turut
mendapat kesusahan dan bencana ketika di dunia.
Ini terbukti dengan jelas apabila
perangkaan menunjukkan bahawa pengambilan alkohol ternyata merupakan
antara dalang terbesar perosak kesejahteraan dan pembangunan individu
serta sosial.
Menurut fakta dan statistik yang
dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan alkohol
mengakibatkan 2.5 juta kematian setiap tahun, yang mana 320,000
daripada jumlah tersebut merupakan mereka yang berusia dalam lingkungan
umur 15 ke 29tahun. Alkohol juga merupakan antara faktor terbesar dan
utama penyebab penyakit. Menurut kajian tersebut juga, alkohol dikaitkan
dengan gejala-gejala sosial yang serius sepertikeganasan, pengabaian
kanak-kanak sertapenderaan, selain menjejaskan pembangunan kerana
ketidak hadiran ke tempat kerja.
Pengambilan arak pada hakikatnya bukan
sahaja menjejaskan fizikal serta psikologipeminum, bahkan ia turut sama
mendatangkankesusahan dan kerosakan terhadapkesejahteraan, keselamatan,
kesihatan, malah nyawa orang lain.
Seorang yang di bawah pengaruh arak akan
hilang akal serta daya pertimbangannya. Selain membahayakan diri,
mereka juga bolehbertindak agresif dan membahayakan orang lain.
Contohnya seorang pemandu yang sedang mabuk akan meletakkan pengguna
jalan raya lain berada dalam risiko kemalangan.
Mereka ini bila-bila masa sahaja akan
melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti melakukan sesuatu
yang tidak senonoh, melakukan kemudaratan terhadap diri sendiri,
membunuh diri, bahkan melakukan jenayah seperti membunuh orang lain dan
bertindak ganas terhadap sesiapa sahaja termasuklahrakan ataupun ahli
keluarga sendiri.
Dari sudut kesihatan pula, kajian
menunjukkan bahawa pengambilan arak menyebabkan sistem imuniti badan
sipeminum menjadi lemah dan mudah ditimpa pelbagai penyakit. Antara
penyakit yang sering dikaitkan dengan pengambilan arak ialah epilepsi
(sawan), penyakit jantung, pelbagai jenis kanser, HIV atau AIDS, batuk
kering, jangkitan kelamin, FAS (Fetal Alcohol Syndrom) iaitu gangguan
terhadap kesihatan janin yang akan menyebabkan kerosakan dan
keterbelakanganotak, mental, kesihatan dan tumbesaran bayiyang bakal
lahir jika alkohol dikonsumsi oleh perempuan mengandung dan banyak lagi.
Hasil kesedaran tentang mudarat yang
timbul daripada pengambilan arak inilah, pihak-pihaktertentu seperti
kerajaan dan pertubuhanpertubuhankesihatan seluruh dunia,termasuklah
pertubuhan yang dipelopori oleh golongan bukan Islam seperti WHO,
mengambil langkah-langkah berpatutan dalam usaha mencari jalan
penyelesaian bagimengurangkan risiko serta impak negatif pengambilan
alkohol, yang jelas sekali tidak ada langsung impak positif terhadap
peminum mahupun orang lain, demi menjagakesejahteraan setiap individu
khususnya danmasyarakat amnya.
Bagaimanapun, Islam sudahpun mendahului
dalam membenteras gejala arak ini dengan bertindak mengharamkannya sejak
14 abad yang lalu lagi. Pengharaman arak dalam syariat Islam bukan atas
tujuan untuk mengurangkan impak negatifnya, bahkan bagi menolak segala
kemudaratan dan risiko alkohol secara total. Sangat jelas pengharaman
syara‘ terhadap arak ini, bahkan syariat Islam secara keseluruhannya,
merupakan satu rahmat yang tidak ternilai bukan sahaja bagi seluruh
manusia bahkan seluruh alam.
Membenteras Gejala Arak Tanggungjawab Setiap Muslim
Walaupun negara secara keseluruhannya
berjaya mengawal gejala meminum arak di kalangan orang Islam di negara
ini dengan penguatkuasaan beberapa undang-undang seperti pengharaman
penjualan arak dan kesalahan memiliki arak bagi orang-orang Islam, namun
masih terdapat segelintir individu yang masih lagi lalai dengan hasutan
syaitan. Ini terbukti apabila statistik menyebutkan bahawa jumlah
keseluruhan bagi kes tangkapan yang berkaitan dengan arak di Negara
Brunei Darussalam dari tahun 2006 sehingga 2012 ialah sebanyak 1692 kes
tangkapan, yang mana jumlah individu beragama Islam dalam angka tersebut
ialah seramai 779 orang. Ini satu jumlah yang sangat merungsingkan.
Yang lebih dan paling merungsingkan
ialah keterlibatan anak-anak muda remaja sertakanak-kanak dalam gejala
arak ini yangrata-rata jatuh rebah akibat sikap ingin mencuba, hasutan
rakan, pengaruh media massa serta kelalaian dan sikap ambil ringan akan
perkara-perkara agama.
Di sinilah terserlahnya kepentingan
dakwah amar ma‘ruf nahi munkar. Tanpa kesuburanbudaya amar ma‘ruf nahi
munkar ini, tanggungjawab dakwah tidak akan dapatdirealisasikan.
Tanggungjawab dakwah sebenarnya bukan
peranan golongan pendakwah, imam atau ulama sahaja, bahkan ia merupakan
kewajiban setiapindividu, terutama sekali mereka yang diamanahkan
sebagai penjaga dan pendidik seperti kaum ibu bapa dan para guru.Firman
Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…”. (Surah at-Tahrim: 6)
Menurut ulama tafsir, memelihara
keluarga daripada api neraka itu ialah dengan caramengajar dan mendidik
mereka dengan perkara-perkara kebajikan serta menyuruhmelakukan apa yang
diperintahkan danmenegah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa
Ta‘ala.
Menyuruh ke arah kebaikan dan melarang
daripada kejahatan merupakan tanggungjawab dan kewajiban semua golongan
kerana iamerupakan kaedah dakwah yang terbaik dan paling berkesan.
Menurut Imam Ahmad Rahimahullah, tidak
menjalankan amar ma‘ruf nahi munkar itu bolehmengakibatkan kufur.
Manakala sebahagian ulama pula berpendapat bahawa tidak menjalankan amar
ma‘ruf nahi munkar itu akan mendatangkan dosa besar sekiranya perkara
wajib yang ditinggalkan atau perkara haram yang dilakukan oleh sipelaku
itu dari jenis dosa besar seperti meninggalkan sembahyang dan meminum
arak, dan jika perkara itu dari jenis dosa kecil, maka tidak menjalankan
amar ma‘ruf nahi munkar itu adalah dosa kecil.
Maksudnya di sini, jika seseorang itu
tidak melarang seorang yang lain yang hendak melakukan satu dosa besar
seperti minum arak, maka orang yang tidak melarang itu akan mendapat
dosa besar kerana tidak menjalankan amar ma‘ruf nahi munkar. Adapun
jikaseseorang itu tidak melarang seorang yang lainyang hendak melakukan
satu dosa kecil, maka orang yang tidak melarang itu pun akan mendapat
dosa kecil juga.
Para ibu bapa terutamanya, selain wajib
melaksanakan amar ma‘ruf nahi munkar, seharusnya menunaikan peranan
mereka sebagai qudwah dengan menunjukkan teladan yang baik dan bertindak
sebagai pendidikterhadap anak-anak mereka dengan menerapkan penghayatan
Islam ke dalam jiwa anak-anak mereka dari mereka kecil lagi supaya
penghayatan Islam itu meresap sedalamdalamnya ke jiwamereka. Ini akan
membuatkan mereka lebih hormat terhadap hukum-hakam Islam, lebih
cenderung untuk mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah Subhanahu
wa Ta‘ala dan lebih merasai hikmah syari‘at agama-Nya.
Selepas ibu bapa, para guru juga
memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing anak murid
mereka. Ini keranaguru adalah umpama ibu bapa kedua kepada anak murid
dan merupakan insan yang banyak bertanggungjawab membentuk dan menaikkan
martabat anak murid mereka menjadi orang yang berilmu dan berguna
kepada bangsa, agama dan negara. Jadi, bagi memastikan anak murid bebas
daripada gejala negatif dan maksiat seperti arak ini, para guru bukan
sahaja dituntut menjalankan peranan sebagai seorang pengajar, bahkan
mereka juga wajiblah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik
yang berdedikasi. Ini dengan menjadikan diri mereka qudwah terbaik untuk
anak murid, prihatin terhadap setiap tingkah laku mereka, menerapkan
disiplin dan nilai-nilai murni kepada mereka serta tidak sekali-kali
berputus asa berusaha memimpin mereka supaya menjadi seorang muslim yang
berakhlak, bertaqwa dan sentiasa mematuhi perintah Allah Subhanahu wa
Ta‘ala serta Rasul-Nya. Inilah guru pewaris para Nabi yang
sebenarbenarnya.
Para ilmuan Islam daripada golongan
imam, pendakwah dan sebagainya pula hendaklah berusaha lebih keras lagi
bagi memperkukuhkan pengetahuan, kefahaman serta kesedaran seluruh umat
Islam tentang persepsi serta hukum Islam mengenai arak serta
akibat-akibat buruknya di dunia dan di akhirat melalui ceramah, kuliah,
penulisan dan penyebaran risalah, buku dan sebagainya. Bagi memastikan
kejayaan dan keberkesanan usaha ini, hendaklah dipastikan bahawa usaha
dakwah mereka itu sampai ke segenap lapisan masyarakat Islam, bukan
hanya sekadar di masjid-masjid ataupun di surau-surau sahaja.
Peranan sektor-sektor kesihatan juga
tidak kurang pentingnya dalam usaha membenteras gejala arak. Ini dengan
menyampaikanmaklumat dan menerapkan kesedaranmasyarakat akan bahaya
arak. Selain mempergiatkan lagi ceramah mengenai bahaya arak terhadap
kesihatan dan kehidupan, pengetahuan serta kefahaman awam tentang bahaya
arak ini juga perlu diperkembangkan dengan lebih jitu lagi melalui
media massa.
Jika semua pihak serta individu muslim
berkerjasama menjalankan peranan masingmasingdalam perjuangan
membenteras gejala arak ini, ditambah lagi dengan berkuatkuasanya Kanun
Hukuman Jenayah Syari‘ah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dengan
izin-Nya, Negara Brunei Darussalam akan menjadi sebuah negara yang bebas
arak. Apabila negara bebas daripada arak, rahmat dan keberkatan
kurniaan Subhanahu wa Ta‘ala akan lebih mencurah-curah terhadap negara
serta segenap penduduknya.
WALLAHU'ALAM
Pusat khianati penstrukturan air Selangor
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Dr Maximus dan Abdul Khalid bersalaman selepas menandatangani MoU 26 Februari lalu sambil disaksikan Najib dan Muhyiddin.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan keengganan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dr Maximus Ongkili menggunakan
Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) untuk mengambil alih syarikat
konsesi air Selangor sebagai pengkhianatan kepada perjanjian bersama
yang ditandatangani dengan kerajaan negeri.Dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengecam sikap dolak dalik menteri terbabit dan menyifatkannya sebagai "tidak boleh diterima dan mengejutkan".
Dr Maximus dalam satu kenyataannya Jumaat lalu berkata kerajaan pusat tidak akan menggunakan WSIA untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.
Tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) masih enggan menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri pada harga RM9.65 bilion.
MoU berhubung penstrukturan air Selangor telah ditandatangani antara kerajaan negeri dan pusat pada 26 Februari lalu.
Dalam satu kenyataan bersama dengan Menteri Besar Selangor baru-baru ini, Dr Maximus berjanji untuk memastikan kelicinan proses penstrukturan industri air Selangor termasuk menggunakan WSIA bagi memaksa syarikat konsesi menerima tawaran dikemukakan kerajaan negeri.
Oleh kerana kerajaan pusat gagal menjalankan tanggung jawabnya, Pakatan Rakyat menggesa kerajaan negeri supaya menangguhkan kelulusan projek pembinaan loji rawatan air Langat 2.
“Kami akan menggesa kerajaan negeri Selangor, Exco dan Dewan Undangan Negeri untuk menangguhkan baki kelulusan yang diperlukan bagi projek Langat 2.
“Tiada keperluan undang-undang untuk kerajaan negeri memenuhi syarat dalam MoU apabila kerajaan pusat gagal menunjukkan komitmen mereka,” kata kenyataan tersebut.
Rafizi, Tony dan Dr Dzulkefly dilantik mewakili PKR, DAP dan PAS oleh Pakatan Rakyat bagi memantau proses penstrukturan industri air Selangor.
Pihak Abim menyeru agar seluruh rakyat Malaysia komited bekerjasama menjayakan agenda hiburan bermatlamat dan mendidik bagi memastikan kita menyiapkan generasi muda unggul menjelang 2020 dan bukannya generasi muda yang lemah dan lalai dengan hiburan semata-mata.
Penulis ialah Naib Presiden (Pembangunan Belia dan Intelektual) Abim.
Saya dilabel pengkhianat kerana lawan Umno - Shariff
- Mar 17, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata, beliau kini mendapat jolokan baru sebagai 'pengkhianat'.
Katanya, label baru itu diperolehinya selepas sehari mengumumkan menyertai PKR di Kajang pada Jumaat lalu.
"Ini jolokan yang saya dapat apabila saya menentang Umno. Hilang habis jasa kita ketika dalam Umno dulu.
"Dulu masa saya Umno depa cium tangan saya, bila keluar depa hina. Tak mengapa, saya terima sebab saya berani untuk lawan Umno," katanya pada ceramah di Tapak Karnival Usahawan Selangorku di pekarangan Metro Point di sini malam semalam.
Sepatutnya kata Mohd Shariff, pemimpin Umno yang rasuah, 'songlap' duit rakyat itulah pengkhinat sebenar.
"Hak tu (yang tu) depa puja, kita yang lawan orang-orang ini dituduh pengkhianat," ujarnya lagi.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata, tindakan beliau menyertai PKR kerana sudah meluat dengan Umno.
Katanya perjuangan Umno kini jauh terpesong dari perjuangan asal yang di bawa pemimpin terdahulu.
"Umno ini kita kena tolak. Dah tak ada apa kita boleh harap kat Umno.
"Kita orang Melayu sudah ada pilihan. Umno tak payah la. Kita ada parti lain iaiti Pakatan Rakyat yang boleh bela rakyat," tegas beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.
Saya tak pernah percaya tuduhan terhadap Anwar - Mat Taib
- Mar 17, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Seri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak pernah percaya segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika ditanya seorang penduduk di Kampung Sg. Kantan dalam program Apa Khabar Orang Kampung di Perkarangan Balai Raya Awam di sini petang semalam.
Wanita itu bertanya, adakah Muhammad ketika berada dalam Umno, percaya segala tuduhan yang dibuat terhadap Ketua Pembangkang itu.
"Saya dengan Anwar ni kenal lama. Saya kenal dia seorang yang ada visi yang tinggi.
"Memang kita tak percaya, tapi masa itu you tahu lah siapa PM. Dia nak semua ikut cakap dia, sampai sekarang pun dia nak ikut cakap dia sahaja. Media semua dia kawal," kata Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib.
Umno kata beliau, selagi boleh, mahu mengaitkan semua malah negara dengan Anwar.
"Ni dalam isu peasawat hilang ni, dah celaru tak dapat, dia kait dengan Anwar, selesai masalah," kata beliau.
Zaman songkok tinggi dah berakhir
Sementara itu, mengulas isu Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, beliau berkata zaman Umno letak songkok tinggi pun menang, sudah berakhir.
Katanya, dengan masalah kos hidup meningkat, harga barangan naik mendadak dan jenayah berleluasa menyebabkan rakyat berfikir bahawa masanya sudah sampai masanya untuk tukar pemerintah negara.
"Dulu Umno, letak songkok tinggi, batang pisang pun menang.
"Tapi sekarang orang Melayu dah cerdik. Zaman itu dah berakhir," katanya sambil berharap undi Melayu ri Sg. Kantan meningkat mendadak pada PRK 23 Mac ini.
Selepas ugut tampar KJ, raja bomoh muncul di Teluk Intan
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Menggunakan teropong batang buluh, beliau dilihat meneropong ke arah puncak menara condong di tengah-tengah bandar Teluk Intan dengan ditemani seorang pembantu.
Gelagat beliau dirakam para pengunjung dan orang ramai yang berada di kawasan tumpuan pelancong itu.
Gambar-gambar aksi pelik Ibrahim mula beredar di laman sosial sejak semalam.
'Raja Bomoh' yang menarik perhatian media antarabangsa kerana ritual yang dilakukan di KLIA yang kononnya untuk membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
"Jais menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatannya.
"Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada Bernama.
Pada 12 Mac lalu, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa dan bakul yang tidak diketahui fungsinya.
Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Beliau juga memberitahu pernah terserempak dengan makhluk hitam di udara ketika menaiki pesawat daripada "Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan singgah di Tawau".
Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.
Ibrahim (gambar kiri) menggunakan teropong buluh semasa ritual terbarunya dirakam di menara condong Teluk Intan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan