Posted on Thursday, March 13 @ 22:27:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Penggunaan bomoh tikar terbang di KLIA turut mendapat ulasan penceramah agama terkenal, Don Daniyal Don Biyajid. Ulas Ustaz Don.
"Bagaimana pandangan orang Arab yang menghormati kita apabila melihat negara menggunakan bomoh untuk mencari sebuah kapal terbang hilang?
"Bagaimana pula pandangan orang Eropah yang sudah mula suka dengan Islam apabila melihat cara ini digunakan?," katanya kepada mStar Online.
Perkara-perkara yang bertentangan dengan agama tidak harus dibiarkan berlaku, jelas beliau.
"Kita (Malaysia) tidak hidup berseorangan.
"Kita (penerbangan) bawa nama negara, MH370 melibatkan penerbangan antarabangsa dan membawa penumpang antarabangsa,"
Selagi seseorang itu menggelarkan dirinya bomoh atau tukang tilik walaupun bertujuan baik, ia tetap diharamkan dalam Islam.
"Matlamat tidak menghalalkan cara.Di Malaysia, selagi seseorang itu dalam golongan ustaz, ulama, doktor, saintis atau ahli forensik, dia bukanlah seseorang yang bergelar bomoh dan seseorang yang menggelarkan bomoh sudah tentu bukan tergolong dalam kumpulan tersebut," tegasnya.
Ikhtiar menggunakan bomoh perlu ditolak walaupun pengamalnya menjadikan potongan ayat atau surah al-Quran sebagai mantera.
"Kalau seseorang itu tiada duit dan dia mengambil ikhtiar mencari duit untuk meneruskan hidup...dia membaca 'Bismillah' ketika membuka pintu untuk mencuri di sebuah rumah dan membaca 'Alhamdulillah' selepas mencuri, tindakannya tetap salah dan hukumnya berdosa," jelasnya, memberi contoh.
Tambah Ustaz Don lagi.
"Dengan apa yang berlaku rakyat Malaysia perlu lebih banyak mendalami ilmu agama kerana kekurangan ilmu dan pegangan agama boleh menyebabkan sesuatu bala atau musibah diturunkan oleh Allah."
Sumber link
Bomoh BODOH yang memalukan negara !!!
Posted on Thursday, March 13 @ 17:05:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tajuk suratkhabar di negara Arab - "Jalan Terakhir Org2 Malaysia Menyelesaikan Misteri Kehilangan MH370 Adalah Dgn Sihir"
Malu satu dunia!!
Tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.
Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan). Ini semiua kerja-kerja bodoh.
Ini bomoh bodoh 1 Malaysia.
Pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370 terhempas
Posted on Thursday, March 13 @ 16:09:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370 terhempas semasa bekerja di selatan pantai Vietnam.
Laporan menyatakan lelaki itu menghantar email kepada majikannya menyatakan dia menyaksikan kemalangan itu.
“Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines terhempas. Masa kejadian yang sama,” kata lelaki itu dalam e-mel.
“Saya cuba untuk menghubungi pegawai-pegawai Malaysia dan Vietnam beberapa hari lepas. Tetapi saya tidak tahu jika mesej saya telah diterima atau belum.” Pegawai Vietnam mengesahkan mereka menerima e-mel tersebut.
Dia juga menyatakan koordinat GPS lokasi beliau dan lokasi anggaran di mana beliau melihat pesawat tersebut.
Sumber
dialogua.com
Terkini Program Solat Hajat MH370
Posted on Thursday, March 13 @ 20:18:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ustaz Khalil Abdul Hadi berucap dalam program solat hajat untuk MH370.
Lagi teori: Tragedi MH370 Hilang akibat poket udara?
Posted on Thursday, March 13 @ 20:25:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
GEORGE TOWN - Seorang pensyarah semalam mengemukakan satu teori baharu mengenai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menyatakan ia mungkin berpunca daripada fenomena super air pocket atau poket udara berskala luar biasa.
MOHD. OMAR melakarkan teori bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 ketika ditemui di USM, Pulau Pinang semalam. |
Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd. Omar Ab. Kadir memberitahu, terdapat kemungkinan pesawat tersebut telah menempuh fenomena poket udara luar biasa dan mungkin saiznya 10 kali ganda daripada poket udara biasa sehingga menyebabkan pesawat berkenaan gagal berfungsi.
Menurut beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di US Naval Academy ketika melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat memberitahu, kejadian pesawat berkenaan yang gagal dikesan oleh radar adalah disebabkan oleh vakum yang wujud di dalam poket udara tersebut.
"Dalam keadaan vakum, sebarang bentuk isyarat serta gelombang tidak dapat berfungsi dan keadaan itu menyamai situasi yang dihadapi oleh pesawat MH370 kerana menara kawalan tidak menerima sebarang isyarat kecemasan semasa pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada pagi Sabtu lalu," katanya.
Mohd. Omar yang merupakan pemegang Sijil Pemprosesan Signal dan Getaran dari University of Southamton, England berkata, ketika pesawat itu melalui kawasan poket udara itu juga, ia telah jatuh dengan kelajuan 10 meter setiap saat atau kira-kira 900 kilometer sejam (km/j).
Jelas beliau, keadaan itu mungkin menyebabkan juruterbang dan penumpang di dalamnya mungkin tercampak atau melambung.
Ekoran kejadian itu, katanya, juruterbang dan pembantunya mungkin mengalami simptom tidak sedarkan diri sama ada disebabkan oleh pengsan ataupun telah meninggal dunia akibat komplikasi pada organ dalaman badan.-kosmo-
MH370 mangsa ujian alat perang elektronik?
Posted on Thursday, March 13 @ 20:09:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
LONDON 12 Mac - Laman web popular yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com tidak menolak kemungkinan, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar.
Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh.
Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS.
“Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektronik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, Amerika Syarikat (AS), menaiki pesawat berkenaan dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan.
“Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera," jelas laporan tersebut.
Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.
“Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera.
“Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar," jelas portal berita itu.
Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin ‘dihilangkan’.
Pakar tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.
Pakar cetus teori lubang hitam
Posted on Thursday, March 13 @ 20:05:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
LONDON 12 Mac - Pakar-pakar kejuruteraan penerbangan dari seluruh dunia mengetengahkan pelbagai teori berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima hari ini, termasuk teori yang tidak masuk akal tentang kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu berada di ‘lubang hitam’ dan menjadi mangsa perang elektronik.
Pakar kejuruteraan penerbangan dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain, Stewart John berkata, pesawat terbabit mungkin memasuki ‘lubang hitam’ seperti lubang hitam di angkasa lepas dan hilang disedut tanpa dapat dikesan. Bagaimanapun, kemungkinan perkara itu berlaku boleh ditolak begitu sahaja kerana lubang hitam itu hanya terdapat di angkasa lepas.
Namun, beberapa teori luar biasa lain turut dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 itu termasuk fenomena ghaib iaitu lenyap tanpa diketahui manusia dengan penggunaan teknologi canggih.
Portal berita Naturalnews.com melaporkan secara teorinya, kemungkinan wujud satu kuasa ghaib baharu yang misteri di planet bumi seperti lubang hitam di angkasa lepas sehingga mampu menyedut pesawat yang terbang di udara tanpa meninggalkan sebarang kesan atau bukti.
Apa yang lebih membimbangkan, jika kuasa itu dibangunkan sebagai senjata oleh sesebuah negara atau pihak tertentu yang mempunyai teknologi canggih, ia akan menjadi teori yang menakutkan berbanding teori kegagalan teknikal pesawat MH370.
Ada laporan menyebut sesetengah entiti tentera manusia atau bukan manusia sedang menguji keupayaan teknologi canggih yang boleh melenyapkan atau menghantar sesuatu objek ke tempat atau dimensi lain.
Teori ini dikaitkan dengan laporan yang berlaku kira-kira 70 tahun lalu apabila tentera laut AS didakwa menjalankan ujian ‘menghilangkan’ kapal pemusnah USS Eldridge di pangkalan Philadelphia pada 28 Oktober 1943 dan kemudian membawa kapal perang itu semula ke alam nyata. Namun, AS menafikan ia pernah menjalankan ujian tersebut.
Kejadian ini sama seperti kejadian di Segi Tiga Bermuda yang melibatkan kehilangan beberapa kapal dan pesawat tanpa dapat dikesan dan dapat dijelaskan dengan kajian saintifik.
Satu lagi teori yang dikaitkan dengan kehilangan MH370 ialah teori teleportasi yang mengaitkan dengan Stargate yang memindahkan atau membawa sesuatu objek ke tempat lain dan dalam konteks ini pesawat MH370 menjadi mangsa fenomena ini. Penjelasan ini kelihatan seperti sains fiksyen dan mustahil boleh berlaku tetapi kita perlu menyedari dalam era sains fizik moden pernah menunjukkan ia boleh dilakukan melibatkan pengahantaran maklumat menerusi angkasa lepas.
Dalam konteks kehilangan pesawat MH370, jika pesawat itu dilaporkan terhempas, kotak hitam sepatutnya dari awal telah menghantar isyarat kecemasan bagi memudahkan ia dikesan, tetapi dalam kes kehilangan MH370 keadaan ini tidak berlaku.
Selepas lima hari, masih belum ada sebarang isyarat diterima daripada kotak hitam MH370.
MH370: Ada kaitan sindiket jenayah?
Posted on Thursday, March 13 @ 20:01:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
BANGKOK 12 Mac - Pihak berkuasa Thailand mengenal pasti kemungkinan terdapat kaitan sindiket jenayah antarabangsa dengan seorang lelaki Iran yang menggunakan pasport curi untuk membeli dua tiket pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang pada hujung minggu lalu.
Laporan akhbar Bangkok Post memetik Timbalan Ketua Biro Imigresen, Preecha Thimamontri sebagai berkata, para penyiasat percaya lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Ali, mengetuai satu kumplan yang memberikan pasport palsu kepada kumpulan penyeludupan manusia.
Beliau berkata, kumpulan itu membeli pasport curi dan menjualnya kepada orang yang mempunyai rupa hampir sama dengan gambar profil dokumen perjalanan tersebut.
“Pasukan saya masih melakukan siasatan lanjut ke atas jaringan jenayah Ali bersama Polis Persekutuan Australia dan Perkhidmatan Pertahanan Keselamatan Amerika Syarikat (AS),’’ katanya.
Jurucakap polis Pattaya, Kolonel Supachai Puikaewkam berkata, Ali dipercayai dikenali sebagai Alireza Kolmoham, 39 tahun.
Dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 itu yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, menggunakan pasport yang dicuri daripada rakyat Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel.
Kedua-dua pasport tersebut dicuri di Phuket.
Ali pada awalnya menempah tiket untuk dua penumpang tersebut dengan agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya Selatan, Chon Buri pada Khamis lalu, sebelum menghantar emel pembelian tiket itu kepada rakan niaga agensi pelancongan itu, Six Stars Travel.
Selepas Six Stars Travel menghubungi China Southern Airlines yang membuat perjanjian bersama penerbangan Malaysia Airlines, di Bangkok, tiket dicetak untuk kedua-dua penumpang itu pada hari sama.
Mereka dijadual menaiki pesawat Malaysia Airlines itu untuk penerbangan ke Beijing dan kemudian ke Amsterdam.
Dalam pada itu, Interpol semalam berkata, siasatan kehilangan pesawat itu akan dilakukan tanpa melibatkan serangan keganasan.
“Berdasarkan lebih banyak maklumat yang kami terima, kami melihat kepada kesimpulan bahawa ia bukan kejadian keganasan,’’ kata ketua Interpol, Ronald K. Noble.
Beliau merayu orang ramai membantu mengenal pasti dua penumpang Iran bernama Pouri Nour Mohammadi, 19, dan Delavar Seyed Moahmmadreza, 29 tahun yang menggunakan pasport palsu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan