Risalah burukkan Anwar ditemui tersebar di Kajang
- Mar 14, 2014
- SALMIYAH HARUN
KAJANG: Kempen PRK Kajang yang kini sudah masuk hari keempat semakin panas dengan penemuan beberapa risalah dan buku yang memburuk-burukan dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan PKR Suhaimi Shafiei berkata, risalah yang ditemui itu tidak mempunyai penerbit dan pencetak.
"Kita pasti risalah ini jelas memfitnah dan bagi fakta salah.
"Penerbitan ini jelas untuk menghina dan cerca suami calon PKR," dakwanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK Kajang.
Katanya, beberapa petugas parti telah menjumpai risalah tersebut di beberapa daerah mengundi iaitu di Sungai Chua, Saujana Impian, Sungai Sekamat, dan Sungai Kantan.
"Wakil kita yang ada di kawasan masing-masing ambil risalah-risalah ini di bilik gerakan BN yang dalam proses untuk diedarkan kepada pengundi-pengundi Kajang," katanya.
Jelas Suhaimi tindakan menerbitkan risalah seperti ini adalah salah sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954 yang boleh dipenjara lebih satu tahun.
Sementara itu Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin menyelar tindakan Umno BN yang menggunakan taktik kotor untuk berkempen.
"BN masih ditakuk lama, guna kempen yang tidak sihat. 10 Dalil, 50 dalil... ini 'outdated'," bidas Zuraida.
Ekoran penemuan risalah ini PKR akan membuat laporan Polis di Balai Polis Kajang pada jam 3.00 petang ini.
Risalah tabloid Wadah tertera 'Fitnah SPR Pakatan Kotorkan Daftar Pemilih, Bekas Adun Kajang Letak Jawatan Angkara Siapa?, dan buku kompilasi beberapa pandangan bekas ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan PKR.
PRK Kajang: Risalah fitnah pemimpin PR taktik kotor
- Mar 14, 2014
- SALMIYAH HARUN
Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Razaly Hassan (gambar) berkata, kempen di Kajang semakin panas dengan pelbagai risalah berunsurkan fitnah cuba dibuat oleh pihak tertentu yang telah dikenal pasti.
"Cetak risalah yang memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat adalah taktik kotor dan terang-terangan langgar peraturan pilihan raya.
"Sesiapa yang cetak risalah ini wajar dikenakan tindakan oleh SPR," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR.
Katanya, setiap parti yang bertanding perlu mengikuti garis panduan yang tetapkan oleh SPR dan pada ketika ini perkara ini tidak perlu berlaku lagi.
"Setiap parti bertanding pilihan raya harus mengikut saluran yang telah ditetapkan bentuk kempen seperti ini tidak relevan pada masa ini," katanya.
Razaly yang juga Adun Dusun Tua berkata SPR pula wajar bersikap adil dengan mengambil tindakan kepada mereka yang disyaki tanpa mengenepikan sama ada ianya adalah BN atau PR.
Mengikut Akta SPR 1954 bahan cetak yang tidak dimaklumkan penerbit dan pencetak akan dikenakan penjara lebih setahun.
Jaga hubungan persaudaraan dan tutuplah aibnya
- Mar 14, 2014
- IMAM MUDA ASYRAF
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat”. (Surah al-Hujurat: 10).
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. Maka kita dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan umat.
Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam dibina atas dasar Iman kepada Allah SWT. Sebagai hamba-hamba yang beriman kita perlu sedar bahawa kita semua adalah bersaudara. Sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Maka janganlah menzaliminya dan juga janganlah membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang menunaikan kehendak saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menunaikan kehendaknya. Sesiapa yang membantu meringankan penderitaan saudaranya maka Allah SWT meringankan penderitaan-penderitaannya. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak.” (Hadith riwayat al-Bukhari).
Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang ganjaran bagi mereka yang memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim. Dengan menjaga hubungan persaudaraan ini Allah SWT memelihara segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Contohnya apabila kita membantu saudara kita dengan rasa ikhlas kerana Allah SWT maka Allah akan menunaikan segala hajat yang kita pinta kepada-Nya. Begitulah juga kita disuruh agar membantu saudara kita dengan meringankan kesedihan mahupun penderitaannya kerana Allah akan meringankan segala penderitaan kita ketika bertemu-Nya di akhirat kelak. Daripada hadith ini juga kita diminta untuk menutup keaiban dan apa sahaja kecelaan yang terdapat pada manusia lain kerana apabila kita menutup keaiban mereka maka Allah akan menutup segala keaiban kita.
Persaudaraan dalam Islam perlu melalui tiga proses yang utama. Pertamanya ialah al-Ta’aruf iaitu proses perkenalan. Pada peringkat ini akan berlaku hubungan suai kenai seperti mengetahui nama, asal, tempat tinggal, perkerjaan dan sebagainya lagi yang perkaitan hanya dengan maklumat-maklumat peribadi. Setelah beberapa lama proses al-Ta’aruf itu berlaku maka ian akan sampai kepada proses kedua iaitu al-Tafahum iaitu proses untuk saling memahami antara sesama muslim. Pada waktu inilah kita akan mengenali rakan kita dengan lebih mendalam. Kita akan lebih faham tentang peribadi-peribadinya dengan lebih dekat. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang disukai mahupun dibencinya. Setelah melalui proses al-Tafahum ini maka akan terbentuk pula proses yang ketiga iaitu al-Takaful atau al-Takamul iaitu proses lengkap melengkapi antara sesama muslim. Apabila sampai ke peringkat ini maka seseorang muslim itu akan cuba membantu dan melengkapi kehidupan sahabatnya yang lain. Malah kemungkinan akan sampai kepada peringkat al-Ithar iaitu mendahulukan saudara mahupun sahabatnya berbanding dirinya sendiri.
Apabila menyebut tentang persaudaraan sesama muslim maka ia melibatkan hubungan kita bersama ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Persaudaraan paling utama yang perlu dititik beratkan ialah hubungan silatul rahim sesama ahli keluarga iaitu mereka yang ada hubungan kerabat. Contoh yang paling utama ialah seseorang anak itu perlu menghormati kedua ibu bapanya dengan mengikut segala perintah mereka berdua selagimana ianya tidak bertentangan dengan syara’. Begitulah juga dengan menjaga hubungan silatulrahim sesama ahli keluarga yang lain. Amat menyedihkan apabila ada dikalangan masyarakat kita yang tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga malah ada yang sanggup memutuskan tali silatul rahim yang telah terjalin sejak sekian lama.
Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah SWT. Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya hubungan silatulrahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata: Sesiapa yang menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia.” (Hadith Muttafaq ‘Alaih).
Pemahaman daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga kukuh ikatan silatul rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia ini sehinggalah bertemu-Nya.
Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW turut bersabda:
“Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim.” (Hadith riwayat al-Bukhari).
Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.
Di samping itu kita juga diwajibkan menjaga hubungan persaudaraan dengan manusia yang paling hampir dengan kita iaitu jiran. Malah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah SAW telah meletakkan kecintaan kepada jiran sebagai salah satu daripada ciri-ciri mereka yang beriman kepada Allah SWT. Dalam hadith yang lain dengan riwayat yang sama Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa memuliakan jiran tetangga terdiri daripada sifat-sifat orang yang beriman.
Namun sesuatu yang amat menyedihkan apabila kemesraan sesama jiran tetangga ini dipandang remeh oleh masyarakat kita pada hari ini terutama di kawasan bandar. Malah ada di kalangan kita yang mungkin tidak selesa dengan kemesraan jiran walaupun hanya untuk bertegur sapa. Ingatlah bahawa jiran adalah insan yang paling hampir dengan kita. Tiada manusia lain yang lebih pantas untuk membantu kita di kala susah melainkan jiran yang berada di sebelah rumah kita. Maka muliakanlah jiran dan jangan sekali-kali menyakita hatinya kerana menyakiti hati jiran termasuk daripada dosa-dosa besar di sisi Allah SWT.
Kerjasama pelancongan Islam Kelantan-Sumatera Barat
- Mar 14, 2014
- MOHD NOR YAHYA
BUKIT TINGGI (Indonesia): Kerajaan Kelantan mengadakan kerjasama dalam bidang pelancongan Islam dengan wilayah Sumatera Barat memandangkan banyak persamaan di antara kedua-dua negeri terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, kerjasama tersebut diharap dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Kelantan dan Sumatera Barat.
“Kerjasama lebih mudah dijalinkan memandangkan terdapat persamaan kebudayaan dan kehidupan seharian masyarakat. Amalan keagamaan di kedua-dua wilayah juga ada persamaan yang rapat,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan pentadbir Universitas Muhammadyah Sumatera Barat (UMSB) di sini semalam.
Hadir sama pada pertemuan tersebut Rektor UMSB, Prof Dr Bustanuddin Agus dan pegawai-pegawai tinggi universitas.
Rombongan dari Kelantan turut disertai anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud, Adun Tawang, Datuk Hassan Mahmood, wakil Yayasan Islam Kelantan, Hotel Perdana dan agensi-agensi pelancongan.
Md Anizam berkata, misi ke Sumatera Barat juga bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari wilayah tersebut ke Kelantan, yang turut dikenali masyarakat tempatan di sini sebagai Serambi Mekah kedua.
“Keserasian di antara kedua-dua wilayah dapat dilihat apabila Kelantan ditadbir berasaskan Membangun Bersama Islam, manakala Sumatera Barat lebih dikenali dengan Adat Bersendikan Syariat Dan Syariat Bersendikan Kitab Allah,” katanya.
Menurutnya juga pelajar-pelajar bidang pelancongan di Universiti Muhammadyah turut ditawarkan mengikuti kursus pelancongan di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Sebelum ini Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra mengadakan program berkembar dengan beberapa unversiti di Sumatera bagi membolehkan pelajar dari Kelantan melanjut pengajian di tahun empat bagi melayakkan mereka mendapat ijazah.
Lawatan delegasi dari Kelantan turut mendapat liputan meluas media tempatan di Sumatera Barat.
Hospital Kajang antara terima manfaat Kajang Move - Azizah
- Mar 14, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dengan adanya PRK Kajang, kerajaan BN berusaha memenangi hati pengundi dengan pelbagai janji pembangunan.
Ini katanya termasuk cadangan menaik taraf Hospital Kajang dengan peruntukan RM10 juta oleh Kementerien Kesihatan.
Sambil menyambut baik cadangan tersebut, Wan Azizah berkata, Hospital Kajang memang perlu dinaik taraf memandangkan bangunannya sudah terlalu lama dan tidak dapat dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.
"Itulah kesan sampingan yang baik, apabila kita ada Kajang Move ini.
"Adalah dialu-alukan kerajaan nak naik taraf Hospital Kajang sebab saya memang pergi melihat dengan mata saya sendiri bahawa perlu sangat hospital ini dinaik taraf.
"Kalau Kajang Move memberi kesan sampingan yang baik, kita nak Putrajaya Move beri kesan yang positif kepada negara kita," kata beliau ketika ditemui di Hospital Kajang, dekat sini hari ini.
Terdahulu, Wan Azizah melawat pesakit-pesakit di dua Wad Perubatan Perempuan.
Beliau menghadiahkan bunga kepada mereka termasuk kepada jururawat dan ketua jururawat yang mengiringi beliau.
Bekas pengamal perubatan itu juga beramah mesra dengan pesakit-pesakit dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka.
"Saya faham tugas doktor dan jururawat yang sibuk dan perlu memastikan keadaan wad sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan tidak menganggu privasi pesakit.
"Beri saya peluang untuk melawat pesakit pun sudah cukup baik," kata beliau kepada salah seorang ketua jururawat yang meminta maaf kerana tidak dapat membenarkan semua pengiringnya masuk ke wad termasuk wartawan dan jurugambar.
Friday, 14 March 2014
KETUA BRIGED KESATRIA BN BERI AMARAN KERAS KEPADA RAJA BOMOH SEDUNIA AGAR JANGAN SESEKALI USIK WALAUPUN SEHELAI RAMBUT KJ!!!!!
Pergh!!! akhirnya Ketua Pasukan Kuntau UMNO sudah berbunyi setelah kisah Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP nak tampar KJ macam tampar buaya gara-gara KJ minta pihak berwajib tangkap Raja Bomoh yang buat malu negara satu dunia.
Punyalah Panglima Ludah Beracun Negara ini berang sampai tidak izinkan walau sehelai pun rambut KJ diusik dan di sentuh oleh Raja Bomoh Sedunia.
Dia ajak agar Raja Bomoh berdepan dengan dirinya dulu.
Jeng .. jeng .... jenggggggg ... Mari kita lihat ... siapa yang kenaaaaaa.
Diperturunkan kenyataan rasmi Panglima Ludah Beracun Negara .
Raja Bomoh Mai Jumpa Saya Dulu!!!!
Info@KesatriaMuda
Saya mewakili Briged Kesatria Muda (BKM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyatakan pendirian BKM berdiri teguh dihadapan YB Khairy Jamaluddin yang dicabar oleh Raja Bomoh hendak menampar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan BKM tidak akan benar walau sehelai rambut pun di usik .
BKM merasakan kenyataan beliau Kebudak2kan , tidak matang dan hanya hendak meraih publisiti murahan selepas tindakan beliau yg memalukan rakyat Malaysia dalam isu MH370 di KLIA tempohari yang dilihat tidak menghormati perasaan keluarga mangsa malah seluruh rakyat Malaysia.
BKM ingin mencadangkan pada Raja Bomoh untuk mengambil rawatan sakit otak ke hospital psikiatri yang berdekatan bagi dengan kadar segara bagi rawatan sakit otak pihak Raja Bomoh yang BKM sedia bayarkan pemeriksaan beliau.
BKM ingin menyatakan pada pihak beliau, YB Khairy Jamaluddin mewakili ratusan ribu anak muda yang akan berdiri teguh dibelakang beliau dan kami tidak gentar menghadapi mana2 pihak yang cuba menjatuhkan martabat Ketua Pemuda kami.
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda
Friday, 14 March 2014
KJ vs IBRAHIM MAT ZIN - Akhirnya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP mengaku dia ahli UMNO sejak zaman logo kapal layar.
Video : Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh
Kuala
Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang
kurang ajar dan biadab.
Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa
dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum
mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.
“Budak-baru baru yang jadi menteri ni,
tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja,
kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama
saya.
“Tak baik. Orang-orang muda ni,
(seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram,
ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena
siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.
Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda
Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual,
Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu
diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.
“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu
turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja
Bomoh ini.
Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang
melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi
mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa
Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau
berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang
memalukan dirinya.
“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.
“Biar saya cakap terang-terang pada
Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan
saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia
macam buaya nanti, baru dia tahu.
Ibrahim turut mengatakan, keputusan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli
kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.
“Kalau perkara ini melarat, saya akan
buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama
semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.
“Dia budak baru, dia ingat saya baru
setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena
bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.
Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan