Jumaat, 28 Mac 2014

MH370 OH MH370 18


  • Anak Zaharie: Bapa mungkin masih hidup
  • | 2:58PM Mac 27 2014
  • Anak bongsu juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berkata beliau tidak pernah berputus asa bahawa penumpang MH370, termasuk bapanya, mungkin masih hidup.

    Ahmad Seth Zaharie, 26, dipetik dalam akhbar New Straits Times (NST) sebagai berkata beliau juga menyedari beberapa teori liar termasuk tuduhan kononnya bapanya merampas pesawat tersebut atau kononnya Zaharie seorang fanatik politik, tetapi beliau menafikan semuanya itu.

    Katanya, beliau membaca semuanya di internet tetapi menegaskan bahawa beliau tidak pedulikan semua spekulasi itu.

    Sebaliknya, Ahmad memberitahu pemberita di rumahnya bahawa dia lebih tahu tentang bapanya.

    Katanya, mereka mungkin tidak rapat sangat kerana bapanya itu kerap berjalan, "tetapi saya memahaminya".

    Ahmad berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman kerajaan pada malam Isnin bahawa pesawat telah berakhir di Lautan Hindi tetapi dia masih berpegang kepada harapan tersebut.
  • Ep kini tidak yakin dan merasakan membuang masa sahaja mendengar kenyataan 'mempercayai dan memanipulasi penemuan objek melalu satelit'.. Justeru itu, Ep sarankan agar pencarian di daratan pula di perluaskan pemerhatian.. Bagaimana pula laporan nelayan dan pekerja pelantar minyak melihat MH370 terhempas? Adakah mereka menipu?

    *Berpijak lah di bumi nyata.. Usah kaburi dengan pembohongan demi menjaga kepentingan pihak tertentu.. SAMPAI BILA NAK ANGGAP MH370 HILANG GHAIB??
     



    Mak meraung tiada bukti

    Putrajaya: “Kami semua mahukan bukti. Saya ada ibu bapa...macam mana saya nak balik ke rumah dengan tangan kosong dan memberitahu mereka, adik (Chng Mei Ling) sudah mati,” luah Chng Khai Chak, 37, abang kepada seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
    Abang sulung kepada jurutera Chng Mei Ling itu berkata, ketika ini ibu bapanya mahukan bukti yang menunjukkan adik ketiga dari lima beradik itu sudah meninggal dunia.

    Malah, dia berkata, ahli keluarga bersedia ke Australia bila-bila masa sekiranya bukti kukuh mengenai tragedi itu ditemui.
    “Sekarang saya rasa masih ada harapan lagi... semua masih ada (hidup). Mak dan ayah menunggu (di kampung) risau saja.

    “Dari malam pengumuman oleh Perdana Menteri Isnin lalu, mak sudah meraung...Dia tidak percaya adik sudah tiada sebab benda (bukti) tak ada, macam mana boleh cakap macam itu, kalau jumpa bukti kita boleh terima,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Chng berkata, adiknya yang bekerja sebagai jurutera kimia di sebuah syarikat di Amerika Syarikat pulang ke Malaysia atas urusan kerja di Kuantan, Pahang selama tiga minggu.
    Bagaimanapun, dia tidak berkesempatan untuk pulang ke kampungnya di Sungai Petani, Kedah kerana sibuk.

    “Tetapi dia mengajak mak ke Kuala Lumpur supaya mereka dapat bertemu dan dia membawa mak membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur,” katanya yang pertama kali ditemu bual media.

    Friday, 28 March 2014

    FIRMA RIBBECK LAW BAKAL SAMAN MAS & BOEING SEBANYAK $1.5 BILION

    0


    Malaysia Airlines (MAS) dan pengeluar pesawat Boeing 777 kini berdepan dengan tindakan mahkamah bilamana salah seorang bapa kepada penumpang pesawat MH370 telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan itu.

    Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat mewakili Januari Siregar, bapa kepada Firman Chandra Siregar, salah seorang dari 7 warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

    Petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoi Circuit Court bertujuan memperoleh bukti yang berkemungkinan terdapat kecacatan rekaan dan pembuang yang mungkin menjadi punca kepada kemalangan yang melibatkan 239 nyawa itu.

    Monica Kelly, peguam yang mengetuai kes itu juga mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie juga mungkin tidak cukup pengalaman bertugas sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

    Pemfailan kes ini adalah permulaan kepada saman yang berjumlah $1.5 bilion oleh keluarga penumpang terbabit ke atas Boeing dan MAS.

    Monica Kelly percaya Boeing dan MAS bertanggungjawab ke atas bencana yang menimpa MH370.

    View the original article here


     




    Satelit Thailand pula kesan 300 objek terapung
    Posted on Thursday, March 27 @ 21:59:49 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





    Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

    Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

    Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

    Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.

    Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

    Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.

    Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.

    Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.

    The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli. _ MK

    Jepun pula kesan objek

    KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.
    Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.
    Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

    Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.
    FotoGRAFIK daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. FOTO AP

    Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.

    Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.

    Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

    Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

    Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi

    Pantang putus asa

    Perth: “Saya masih lagi bersemangat” itu antara kata-kata dilafazkan juruterbang Pasukan Tentera Udara Diraja Kanada Kapten Mike Mac Sween ketika diajukan soalan sama ada dia kini mula berasa putus asa terhadap usaha menjejaki penerbangan MH370 yang dilakukan sejak lebih seminggu lalu.
    Beliau juga terbabit dalam misi menerbangkan pesawat AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) ke Lautan Hindi pada jam 8 pagi waktu tempatan, semalam.

    Misinya turut dibantu pesawat P-3 Orion dan pesawat Gulfstream Jet milik pasukan penyelamat Jepun yang baru tiba dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, kelmarin.
    Dia yang ditemui sejurus mendarat di Pangkalan Udara Pearce, di sini, jam 4.30 petang semalam jelas keletihan selepas mengharungi penerbangan lebih lapan jam pergi dan balik dari lokasi pencarian.

    “Masih tiada sebarang petunjuk diperolehi hasil pencarian, semalam. Malah, keadaan laut bergelora menyukarkan operasi ketika ini.

    “Kami terbang serendah kira-kira 250 meter dari permukaan laut untuk mengesan sebarang objek yang ada kaitan dengan pesawat MH370,” katanya.

    FotoANGGOTA Tentera Udara Diraja Australia memantau data di radar dari pesawat AP-3C Orion.


    FotoMIKE (kiri) tiba di Pangkalan Udara Pearce selepas terbabit dalam misi pencarian di selatan Lautan Hindi.

    Beliau berkata, pihaknya melakukan tinjauan hampir tiga jam di lokasi yang dipercayai terdapat 122 objek serpihan pesawat satelit Perancis kelmarin.

    “Jarak penglihatan ketika operasi dilakukan tidak lebih 500 meter. Tugas ini agak mencabar, namun kami akan tetap meneruskannya,” katanya.
    Sementara itu, pegawai penerbangan pesawat AP-3C Orion milik RAAF Kapten Peter Moore turut melahirkan rasa kecewa kerana gagal menemui sebarang petunjuk diharapkan “Tiada apa (serpihan pesawat MH370) yang kami temui kecuali pergerakan hidupan laut di kawasan dimaksudkan itu,” katanya.

    Dia yang ditemui sebaik mendarat di Pangkalan Udara Pearce, di sini, jam 7.15 malam kelmarin jelas kelihatan letih.

    “Saya memulakan penerbangan pada jam 8 pagi waktu tempatan bagi mengesan kedudukan penerbangan MH370 berdasar maklumat diberikan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

    “Namun, setiba di lokasi itu hanya kelibat hidupan mamalia laut ditemui. Tugas ini memang mencabar, tetapi kami akan meneruskan lagi usaha pencarian esok (hari ini),” katanya yang mengambil masa lima jam untuk tiba ke lokasi terletak 2,500 kilometer dari Bandar Perth.

    Menurutnya dia mengambil masa lima jam penerbangan untuk sampai ke lokasi koordinat baru yang diberikan.


    Operasi tangguh buat kali kedua

    Perth: Operasi mencari serpihan MH370 terpaksa ditangguhkan lagi petang semalam buat kali kedua dalam minggu ini akibat cuaca buruk di Lautan Hindi dan semua pesawat dan kapal diarahkan balik ke pengkalan, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam twitter rasminya.
    “Operasi hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan berikutan cuaca buruk. Semua pesawat diarahkan kembali ke Perth dan kapal laut pula diminta meninggalkan kawasan pencarian,” katanya.

    Enam pesawat tentera dari China, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat bersama lima pesawat awam membuat pencarian di dua kawasan di selatan Lautan Hindi yang merangkumi kawasan seluar 78,000 kilometer persegi.
    Lima kapal laut juga berada di kawasan pencarian termasuk MHAS Success milik Australia dan kapal pemecah ais China, Xue Long, Haikou dan Qiandaohu.

    Operasi pencarian antarabangsa mengesan serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 orang di dalamnya kini disegerakan berikutan imej satelit baru yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat itu.

    Imej satelit terkini itu menunjukkan lebih 100 objek terapung di kawasan itu yang memberikan harapan baru bagaimanapun AMSA belum mengesahkan sama ada pasukan pencari dapat mengesan objek itu sebelum operasi dibatalkan. - AFP

    Suasana kembali tenang

    Beijing: Keadaan di Kedutaan Malaysia di Beijing terkawal dan tiada tanda-tanda ketenteraman awam dijadikan isu untuk mengeruhkan keadaan, kata Duta Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin.
    Katanya, keadaan itu, jauh berbeza berbanding pada Selasa dengan keadaan agak tegang apabila lebih 200 anggota keluarga penumpang penerbangan MH370 berarak ke pintu kedutaan itu susulan pengumuman penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.

    Pada 8 Mac lalu penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 145 penumpang warga China hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

    Iskandar berkata, urusan antara pegawai kedutaan dan orang awam berjalan seperti biasa dengan pergerakan pegawai kedutaan dan anggota keluarga mereka juga tiada perubahan.
    FotoPELAJAR Nurfateha Lokman, 18, menunjukkan pelekat kereta ‘Pray For MH370’ yang diedarkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di KL Sentral.

    “Ini juga menunjukkan usaha sedang dilakukan kerajaan Malaysia dalam menenangkan keadaan menunjukkan hasil,” katanya kepada wartawan Malaysia.

    FBI terus analisis simulator

    Washington: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyiapkan analisis data yang diperoleh daripada simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang MH370 dalam masa terdekat, kata Pengarah FBI, James Comey.
    Pegawai dari Malaysia meminta FBI membantu mendapatkan kembali fail yang dipadam daripada cakera keras simulator itu.

    Comey berkata, pakarnya bekerja 24 jam menyelesaikan analisis dengan harapan data diperoleh boleh menyediakan petunjuk apa yang berlaku kepada penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat.
    “Malaysia memberi kepercayaan terhadap kemampuan teknikal kami yang membabitkan penggunaan komputer forensik tertentu yang berterusan,” katanya.

    “Saya berharap ia dapat dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

    Polis Malaysia mengeluarkan simulator dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah dua minggu lalu selepas penyiasat percaya Boeing 777 secara sengaja mengubah laluan dari laluan asal. - AFP

Tiada ulasan: