Khamis, 13 Mac 2014

RM1

Dr Asri Dakwa KDN Ganggu Dialog Beliau Dengan Kassim Ahmad Anti Hadis
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:56:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Dengan segala hormat nya diminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawap apa yang dikatakan oleh Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin tersebut, Jawap Jangan Tak Jawap Zahid apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu. Kenapa KDN MENGGANGGU Dialog diantara beliau dengan Kassim Ahmad Anti Hadis, apakah ada TANGAN-TANGAN GHAIB yang MENGARAHKAN KDN... kah kah kah !.


Rasa gua TAK MUNGKIN ada Tangan Ghaib yang Mengarahkan pihak KDN untuk Mengganggu Dialog antara Dr Asri dengan Kassim Ahmad tu beb, kerana yang menjadi Menteri nya adalah Zahid Hamidi yang diibaratkan seperti Pahlawan Melayu Terakhir oleh Spicies Umno semasa Kempen Pemilihan Agong Umno yang baru lepas. Bukan nya yang Auw Auw Auw tu jadi Menteri KDN beb, atas sebab itu Zahid telah Menang dengan POPULAR bagi Jawatan Naib Presiden Umno Malaysia... kah kah kah !.


Jadi Cerita banyak pun Tak Guna Zahid, lebih baik aje lu JAWAP apa yang dikatakan oleh Dr Asri tu. Jangan lu nak SPIN pulak ke benda lain ok, sebab  lu kalau pasal Spin ni memang PAKAR beb, lu punya Spin bukan setakat 360 darjah malahan lebih lagi pun boleh. Tengok aje bagaimana lu mengatakan yang Pemimpin Pembangkang ada Terlibat dengan Pengganas Sulu yang Mencerohan Lahad Datu Sabah, yang mana lu katakan akan MENDEDAHKAN nama-nama tersebut selepas PRU13... kah kah kah !.


Tapi yang gua pasti ialah Penchacai Angkat Najis sebahagian besar akan tetap mengatakan yang lu tu betul, walaupun jawapan yang lu berikan seperti Mencampakkan Maruah Diri lu ditepi Longkang tempat dimana Kangkong selalunya Tumbuh. Harap-harap lu akan memberi jawapan nya SECEPAT MUNGKIN demi Mengelakkan PERSEPSI NEGATIF terhadap KDN dan Diri lu sendiri, jangan pulak lu ingat untuk MERAIH PAHALA PERCUMA dengan BUAT-BUAT BODOH aje... kah kah kah !. sumber klik sini



hemmmmm..... kalau betul ada tangan-tangan ghaib rasanya sudah boleh dijangka siapa gerangan nya, cuba lu orang teka siapa dia beb... kah kah kah... A B U.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:56:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Apakah status ayam yang tidak diketahui tuannya? Ayam tersebut telah datang ke reban ayam kita dan terus kita pelihara sehingga dewasa kerana ia tidak kembali kepada tuannya. Mungkin sebab sudah tidak bertuan. Boleh atau tidak kita menyembelihnya? Jika tidak apa yang mesti dilakukan?

Jawapan:
Usaha untuk mengenal pasti barang / ayam yang bukan milik kita mestilah dibuat sedaya mampu sebelum dimanfaatkan barang / haiwan tersebut. Kita dibenarkan untuk memanfaatkan satu barang yang tidak tahan lama seperti buah-buahan yang dijumpai di tempat awam.  Namun, jika ada pemilik barang / ayam yang datang untuk menuntut barang / ayamnya yang hilang, maka wajib kita menggantikannya jika sudah dimanfaat / disembelih.

Sabda Rasulullah SAW:

“Umumkan harta Luqatah tersebut selama setahun. Jika tiada sesiapa yang datang menuntut hak, maka gunakanlah ia sebagai amanah kepada kamu. dan jika pemilik asalnya datang menuntut hak, kembalikanlah haknya.” HR Bukhari




 

KAJANG: Calon PKR N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti mana yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.

"Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," ujar Wan Azizah kepada wartawan.

Menurutnya, Pasar Kajang perlu diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan.

"Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini, sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga.

"Kita akan senaraikan keutamaan dan perkara yang pertama kita perlu buat," katanya yang akui suka ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur.

Pada kesempatan itu Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga pasar kajang.

"Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai dan saya akan masak sambal petai," ujarnya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa-masa tertentu sahaja.

Pasar Kajang  merupakan satu-satunya pasar yang ada di sini, menyebabkan ianya menjadi tumpuan utama penduduk Kajang.

Pelbagai barangan yang boleh diperoleh di Pasar Kajang dari barangan basah, kering, serta pakaian  juga terdapat beberapa kedai borong yang turut menjadi tumpuan para peniaga kecil-kecilan.10:49AM - 13 Mar 2014

Jerebu: 12 kawasan tak sihat


Dua belas kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah  Kuala Selangor dengan bacaan 155, Nilai (143), Pelabuhan Kelang (137),  Banting (134), Putrajaya (124), Bukit Rambai (117), Batu Muda dan Seremban masing-masing dengan bacaan 112.

Kawasan lain ialah Petaling Jaya (107), Shah Alam (103), Sri Aman (101) dan Tanjung Malim (100).

Tiga lokasi lain menghampiri bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (99), Port Dickson (98) dan Bandaraya Melaka (95).

Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

- Bernama

13 March 2014


Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik

Kita semua dalam dilemma berkaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 kerana sehingga hari ini yang sudah masuk hari ke enam, masih tidak menampakkan apa-apa kejayaan dalam pencarian kita. Kini sudah menjangkau keluasan kawasan kepada 27,000 batu persegi untuk pencarian tersebut.
Tidak siapa yang menafikan yang kerajaan sedang melakukan apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang sangat besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti kerajaan kita dan pimpinannya, tetapi kita juga mahukan kejujuran itu di pandu oleh kemahiran dan kebijaksanaan pimpinan hari ini.
Keadaan begitu meruncing sehinggakan Vietnam telah mengurangkan ‘scale’ penglibatannya sehingga Putrajaya memberikan panduan dan kehendak perancangan pencarian secara tegas dan meyakinkan. Kita memahami yang kejadian kehilangan pesawat ini merupakan kejadian tidak di minta dan yang ditunggu-tunggu.
Yang menghadapi musibah ini ialah negara kita, dan kita tidak mungkin wajar untuk menyerahkan segala tugas mengkoordinasi itu kepada agensi antarabangsa. Kerajaan dan penguasa negara kita perlu melakukan koordinasi ini maka ia memerlukan fokus dan tumpuan yang betul dalam menghadapi krisis yang sangat besar ini.
Krisis kali ini bukannya krisis yang pertama yang dihadapi oleh negara. Krisis Japanese red army pada tahun tujuh puluhan dahulu juga merupakan krisis yang besar tetapi semasa itu kita mempunyai pemimpin yang diakui kredibilitinya seperti Tun Ghazali Shafie. Kita masih ingat yang kerajaan tidak membenarkan terlalu ramai yang memberikan kenyataan untuk tidak mengelirukan orang ramai.
Dalam krisis itu hanya King Ghaz sahaja yang mengeluarkan apa-apa kenyataan dan krisis yang sangat besar itu selesai hasil dari kelicinan perjalanan pengurusan krisis itu. Kita boleh memberikan alasan yang krisis yang kita hadapi sekarang adalah satu krisis yang berlainan bentuk dan keadaannya, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah kaedah mengendalikan krisis ini.
Kita tidak pernah menafikan keikhlasan pihak yang berwajib dalam menangani krisis ini tetapi yang kita persoalkan, kita tidak mempunyai koordinasi yang tepat dalam menghadapi media dan orang ramai. Memilih seseorang sebagai koordinator dalam menghadapi masyarakat dan media antarabangsa ini perlu dilakukan dengan teliti dan jika lebih baik keputusan itu perlu dibuat oleh Kabinet Kerajaan.
Dengan mengambil keputusan kabinet, ia akan menentukan ‘accountability’ keputusan ini diambil oleh kabinet sendiri. Buat masa ini kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap isu ini. 
Ramai yang bertanya siapa yang kita hendak dengar? Adakah dari DCA atau APMM? Adakah dari tentera laut atau tentera udara? Atau kita yakini kenyataan Hishamudin atau Ahmad Zahid Hamidi? Kalau kita amati dan mengikuti perkembangan sejak enam hari yang lepas kita telah mendengar kenyataan Shahidan Kassim yang terlalu rendah kredibilitinya untuk menghadapi situasi yang sangat serius ini.
Kita terpaksa menyebut ini semua kerana ia membabitkan imej dan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa dan sekali gus ia menjahanamkan kredibiliti ‘government of the day’. Jika ini berterusan maka pesepsi semua pihak terhadap kerajaan akan tidak dapat diperbaiki lagi sedangkan pimpinan hari ini sudah tersedia menghadapi krisis keyakinan yang amat serius jika pun insiden kehilangan pesawat ini tidak pernah berlaku.
Sekarang kita sudah ‘conclusive’ yang pemimpin-pemimpin hari ini sebenarnya belum diuji tentang kepimpinan masing-masing. Pemimpin-pemimpin hari ini adalah dari kumpulan yang menaiki tangga kepimpinan melalui jalan yang tidak diuji kepimpinan mereka. Mungkin mereka boleh mengumpulkan orang dan membawa rakyat untuk berfikir dengan budaya ampu mengampu yang hanya diperkuatkan dengan otot yang ada kepada kerajaan itu.
Kita belum lagi mengalami penukaran kerajaan seperti negara lain yang sudah tersedia dengan pengalaman sebagai demokrasi sistem dua parti. Oleh kerana pembangkang belum lagi mempunyai pengalaman menjadi kerajaan di peringkat persekutuan ini, maka mereka juga belum pasti boleh menyelesaikan krisis seperti ini jika sekarang mereka yang memimpin kerajaan hari ini.
Krisis yang sebesar ini perlu ditangani oleh pemimpin yang benar-benar berpengalaman dan tidak menggunakan kesempatan untuk mempamirkan diri dimuka media sahaja. Krisis yang melanda MAS kali ini adalah krisis yang boleh mempengaruhi kepimpinan negara dan ia patut di selenggara dengan penuh teliti dan ketulinan kemahiran kepimpinan mereka.
Kita tidak boleh mengendalikan isu ini seperti kita mengendalikan politik kepartian yang sedang berperang. Kita sekarang bukan sedang membuat pilihan diantara calon-calon PRK Kajang yang terhasil dari krisis dalaman PKR. Ini krisis nasional yang amat serius yang melibatkan negara dan masa depan negara dikaca mata masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi yang melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Yang perlu di fahami ialah tidak ada seorang yang mahu melihat perkara seperti ini berlaku dn seperti yang disebut dalam posting yang lepas tiada siapa yang tidak berdoa untuk keselematan semua penumpang dan anak kapal itu.
Semua mahu melihat kebaikan walaupun sekarang sudah sampai hari ke enam kehilangan pesawat itu. Kita dapat menumpang merasakan kesedihan dan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang terlibat. Kita tidak pernah menjangkakan yang kemalangan ‘of this magnitude’ berlaku kepada negara kita.

Tiada ulasan: