Bunyi pantulan elektronik dari arah Lautan Hindi
Analisis denyutan elektronik yang dikesan dari
pesawat Malaysia yang hilang, menunjukkan ia mungkin telah kehabisan
minyak dan terhempas ke Lautan Hindi selepas terbang ratusan batu di
luar laluannya, kata sumber yang rapat dengan penilaian rasmi AS,
semalam..
Sumber itu, yang biasa dengan data yang diterima kerajaan AS daripada siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, berkata satu lagi kemungkinan - tetapi kecil - ialah pesawat itu terbang ke arah India.
Data yang diperolehi dari pantulan elektronik pesawat itu yang dihantar ke satelit, telah ditafsir memberi dua analisis yang berbeza kerana ia samar-samar, kata sumber itu, yang enggan disebut namanya kerana siasatan masih berjalan .
Tetapi ia menawarkan petunjuk sebenar yang pertama mengenai nasib pesawat MH370 di mana para pegawai semakin percaya ia sengaja melencong dari laluan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Sebelum itu, dua sumber yang biasa dengan siasatan tersebut berkata, data radar tentera Malaysia menunjukkan pesawat itu disyaki penyiasat adalah MH370, ekoran laluan penerbangan yang biasa digunakan menuju ke Timur Tengah dan Eropah apabila ia kali terakhir dikesan radar pada awal 8 Mac, di barat laut Malaysia.
Pantulan elektronik itu dipercayai telah dihantar selama beberapa jam selepas pesawat itu hilang dari radar, kata sumber itu
Kemungkinan paling besar ialah selepas terbang ke arah barat laut, pesawat itu melakukan pusingan tajam ke selatan ke Lautan Hindi di mana para pegawai merasakan - berdasarkan data yang ada - ia terbang sehingga kehabisan minyak dan terhempas ke laut, tambah sumber itu.
Satu lagi tafsiran dari pantulan itu, tambah sumber itu, ialah MH370 terus terbang ke barat laut dan menuju ke wilayah India.
Kerana data yang berpecah-pecah, para pegawai AS tidak pasti analisis mana yang betul, walaupun mereka percaya ia berkemungkinan berpusing ke selatan.
Menurut sumber itu lagi, pesawat dipercayai tidak mungkin pesawat itu melintas ruang udara India kerana negara itu mempunyai pertahanan udara dan liputan radar yang kuat dan boleh nampak dan memintasnya.
Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak dapat mengesahkan laluan terakhir pesawat itu atau sama ada penyiasat memberi tumpuan kepada kemungkinan sabotaj.
Tiada sebarang kesan pesawat itu atau sebarang tanda ia terhempas ketika tentera laut dan pesawat tentera dari pelbagai negara memeriksa kawasan laut di timur dan barat Semenanjung Malaysia.
- Reuters11:31AM - 15 Mar 2014

'Saya rasa satu Malaysia nak tampar bomoh...'
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari
ini secara berseloroh berkata, "satu Malaysia" ingin menampar pengamal
perubatan alternatif Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh kerana didakwanya
telah memalukan negara.
"Dia seorang nak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab memalukan Malaysia," kata Khairy sambil ketawa.
"Perbuatan dia syirik, khurafat... Jadi saya tak nak layan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai Jelok, Kajang.
Turut hadir ialah calon BN bagi PRK DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun.
Semalam dalam satu video di Youtube, Ibrahim mengancam untuk menampar menteri beliau dan sukan itu serta mahu menyamannya RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.
Ibrahim, yang mencetus kontroversi susulan upacara perbomohan yang dijalankannya di lapangan terbang KLIA bagi mengesan pesawat MH370, mengancam demikian kerana marah dengan kenyataan menteri tersebut di Twitter.
Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung kenyataan calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang meminta agar Khairy menghormati orang lain kerana memanggilnya sebagai "boneka", Khairy berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menghina.
Sebaliknya, jelas beliau, apa yang dimaksudkannya ialah Wan Azizah menjadi calon saat akhir untuk menggantikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang.
"Bukan saya cakap secara negatif, bukan saya nak menghina. Cuma saya kata dia pengganti "last minute" (saat akhir) kepada Anwar Ibrahim.
"Dia (PKR) dah umum Anwar akan bertanding, bukan dia. Itu saja saya nak sampaikan, bukan nak menghina," katanya.3:41PM - 13 Mar 2014

Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?
Sidang Dewan Rakyat petang ini gamat seketika
apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejadian
bomoh melakukan upacara di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370
yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.
Menurut Anwar (kiri), tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.
"Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan).
"Saya hendak desak mesti ada siasatan penuh kerana ia kejadian yang memalukan negara.
"Siapa yang desak? Siapa yang luluskan? Siapa yang bayar? Ini memalukan negara.
"Nanti terpampang pula bomoh 1Malaysia," kata Anwar seraya menepuk dadanya, tempat pin 1Malaysia biasanya disematkan buat mereka yang memakai kot.
'Tak tuduh, tapi tanya PM, Rosmah'
Anwar juga sempat mengusik anggota Parlimen BN apabila menggesa kemunculan Ibrahim dirujuk kepada perdana menteri dan isterinya.
"Tanyalah pada perdana menteri dan isteri. Saya kata tanya, saya tak buat tuduhan," kata Anwar sambil tersenyum simpul.
Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya yang diberi julukan “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.
Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.
Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.
Tampar mati buaya tembaga
Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.
Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.
Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.
Kemunculan kali kedua beliau semalam mengundang pelbagai reaksi daripada personaliti agama, NGO serta menteri.
Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
Beliau juga didakwa pernah menampar seekor buaya tembaga sehingga mati.3:37PM - 15 Mar 2014

Pesawat berpatah balik disahkan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan
terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia
Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu.
Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut kini masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukan haluan pesawat berkenaan.
“Pasukan penyiasat sedang membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu mungkin terbang selepas lokasi terakhir ini.
“Berdasarkan data baru, isyarat terakhir di antara pesawat dan satelit tersebut pada jam 8.11 pagi waktu Malaysia pada hari Sabtu 8 Mac,” katanya dalam satu sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Katanya ia adalah berdasarkan data yang diselidik oleh pihak berkuasa Malaysia dan juga tenaga pakar antarabangsa yang bekerjasama untuk tujuan terssebut.
“Hari ini, berdasarkan data satelit yang diperolehi daripada saletit dan penyedia perkhidmatan, kami boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data utama (tentera).
“Selepas kerja-kerja forensik dan pertimbangan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia yang membuat kajian berasingan berdasarkan data yang sama, bersetuju demikian,” katanya.
Najib juga mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa sistem komunikasi pesawat berkenaan dimatikan secara sengaja, satu demi satu.
Pergerakan pesawatyang dikesan oleh radar tentera juga menunjukkan ia adalah hasil tindakan seseorang di dalam pesawat, kata Najib.
"Berdasarkan komunikasi satelit baru, kami boleh katakan dengan tahap keyakinan tinggi bahawa sistem ACARS dimatikan sebelum pesawat tiba ke pantai timur Malaysia,” kata Najib ketika mencerita semula rentetan kejadian pada awal pagi 8 Mac.
Sejurus kemudian, alat transponder yang menentukan kedudukan pesawat itu pula dimatikan, kata Najib yang menceritakan semula rentetan peristiwa pada hari tersebut.
Seterusnya, radar Tentera Udara Diraja Malaysia mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.
Mengulas mengenai laporan didakwa mengesahkan MH370 dirampas, Najib berkata beliau maklum dengan laporan media.
"Namun kita masih menyiasat semua kemungkinan mengenai apa yang menyebabkan MH370 melencong dari laluan penerbangan asalnya," kata Najib.
Berdasarkan perkembangan ini juga, siasatan kini ditumpukan semula ke atas anak kapal dan penumpang, katanya dalam sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan. Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi.
Operasi di Laut China Selatan dihentikan dan pihak berkuasa sedang menilai semula usaha untuk menugaskan semula aset yang digunakan untuk mencari dan menyelamat, katanya.2:48PM - 14 Mar 2014

Sistem komunikasi dimati secara 'manual'
Sistem komunikasi pesawat MH370 Malaysia Airlines
yang hilang dari radar awam Sabtu lalu mungkin sengaja dimatikan,
demikian menurut laporan yang memetik penyiasat Amerika Syarikat.
Pegawai AS itu percaya dua sistem komunikasi penerbangan itu telah "dimatikan secara sistematik", menunjukkan bahawa kehilangannya mungkin tidak disebabkan oleh kegagalan lain, lapor ABC News.
"Mereka percaya, sistem pelaporan data, telah dimatikan pada jam 1.07 pagi. Transponder - yang menghantar maklumat lokasi dan ketinggian - ditutup pada jam 1.21 pagi ," kata laporan itu.
Sementara itu, Washington Post juga memetik sumber AS sebagai berkata seseorang dalam kokpit mungkin telah mematikan transponder dengan sengaja, sebelum meneruskan penerbangan.
"Hakikat bahawa pesawat moden itu mungkin menukar haluan pada masa yang sama transponder dimatikan, membayangkan orang lan mengambil alih kapal terbang itu, seperti penceroboh atau salah seorang juruterbang," kata seorang pegawai AS yang pakar mengenai insiden nahas udara.12:21PM Mar 15, 2014

New data points to hijack, search continues
LIVE REPORTS
2.35pm: Najib's press conference ends. No questions taken.
2.31pm: "Despite media reports that the plane was hijacked, I wish to be very clear, we are still investigating all possibilities as what caused MH370 to deviate from its original flight path," says Najib.
2:30pm: Najib says the latest confirmation that MH370 made a turn back and flew westwards means Malaysian authorities have changed its search area.
"This new satellite information has significant impact on the nature and scope of the search operation. We are ending our operation in the South China Sea and reassessing our deployment of our assets.
He says that the plane had possibly gone into one or two corridors, the northern part of corridor, from Kazakhstan to northern part of Thailand and from Indonesia to the Indian Ocean.
2:27pm: Najib confirms the unidentified aircraft found on military radar making a turn back and flying westwards is MH370.
"After much forensic work and deliberation, the FAA, NTSB, AAIB and Malaysian authorities, working separately on the same data concur."
2.25pm: "Based on new satellite communications, we can say with a high degree of certainty that Acars (transponder) was disabled before the aircraft reached the east coast of Malaysia," says Najib.
2.20pm: Najib says he instructed Malaysian authorities to share all information on the ill-fated jetliner with all relevant countries.
2.19pm: PM Najib addresses press conference.
1.55pm: Jagjit Singh, a officer of the Information Department, takes the podium.
"The prime minister will be making a statement on the development of MH370, however he won't be taking any questions," he said.
Reporters now fill even the space between rows of seats, squatting so not to block the view of those behind them.
1:30pm: Chinese ambassador to Malaysia Huang Hui Kang is at the press conference.
Also seen are two representatives from the Russian Embassy. Ukraine ambassador is reportedly also at the press conference.
Two men - one confirmed as Iranian - travelling under stolen Italian and Austrian passports
1.10pm: Reporters enter the press conference venue and are now all set for the press conference.
They number about 200, filling any and every space in Sama-Sama Hotel's auditorium.
12.33pm: Prime Minister Najib Razak is scheduled to hold a press conference at 1.30pm in Sama-Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Journalists (right) gather at the hotel awaiting the press conference.
Officials conduct a security sweep inside the press conference room, media personnel asked to leave until it is done.
12.20pm: Malaysian Airlines flight MH370 has been hijacked, according to a news report.
According to Associated Press (AP) report today, a Malaysian government official said that hijacking was no longer just a theory: “It is conclusive,” read the report.
The official who is involved in the investigation were reported saying they have determined that either one of the pilots or someone else with flying experience has hijacked the missing jet.
However, the motive has not been established while it is unclear where the plane has been taken.
Speculation is rife that the Malaysian government will announce this at a press conference slated for 1.30pm.
The news comes amidst increasing clues pointing to foul play in the week-long mystery over the commercial Beijing-bound flight that went off the radars at 2.41am last Saturday.
While the plane disappeared from sight while over the South China Sea just off the coast of Vietnam, there is growing belief it may have detoured to the West towards the Indian Ocean.
According to AP, to steal a jetliner out of midair would require a pilot who knew how to elude detection by both civilian and military radar.
“It would take a runway at least a mile long to land the wide-body jet, possibly in the dark, and a hangar big enough to hide it. All without being seen.”
The report quoted Scott Shankland, an American Airlines pilot who spent several years as a co-pilot on Boeing 777s, who said a captain would know how to disable radios and the plane’s other tracking systems.
“‘But a hijacker, even one trained to fly a plane, “would probably be hunting and pecking quite a while - ‘Do I pull this switch? Do I pull that?’ You could disable a great deal’ of the tracking equipment, ‘but possibly not all of it’.”
Some of the plane’s data is transmitted automatically from equipment not located in the cockpit, making it even harder to avoid leaving electronic bread crumbs, he said.
Meanwhile, John Hansman, an aeronautics professor at MIT who is familiar with the Boeing 777, said it would be possible for an intruder to turn off the transponders, but knowing how to shut down other systems in a bid to be stealthy would be more difficult.
“If it was a hijacking, it was probably a hijacking gone bad,” he said.
Alan Diehl, a former National Transportation Safety Board (NTSB) crash investigator, said if it was a hijacking, “they would have to be somebody who has detailed knowledge of the plane.”
“Could they get down below the radar and make a beeline to an abandoned airstrip somewhere? I suppose the short answer is yes. Even today, satellites don’t cover every square kilometre of the Earth.”

Jagjit urged reporters to submit questions to the media centre instead, and will be address at the 5.30pm press conference and will be furnished with technical details.
He did not respond to questions on why this is done.
1.46pm: There is an air of anxiety in the room, filled with nervous chatter of reporters.
It falls silent whenever doors at the front of the auditorium swing open, but there is still no sign of PM Najib.
1.35pm: Five minutes past the scheduled press conference, there is still no sign of PM Najib.Reporters now fill even the space between rows of seats, squatting so not to block the view of those behind them.
1:30pm: Chinese ambassador to Malaysia Huang Hui Kang is at the press conference.
Also seen are two representatives from the Russian Embassy. Ukraine ambassador is reportedly also at the press conference.
Manifest for Flight MH370
153 Chinese
38 Malaysians
7 Indonesians
6 Australians
5 Indians
4 French
3 Americans
2 each from New Zealand, Ukraine and Canada
One each from Russia, Taiwan, Netherlands
Two men - one confirmed as Iranian - travelling under stolen Italian and Austrian passports
1.10pm: Reporters enter the press conference venue and are now all set for the press conference.
They number about 200, filling any and every space in Sama-Sama Hotel's auditorium.
12.33pm: Prime Minister Najib Razak is scheduled to hold a press conference at 1.30pm in Sama-Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Journalists (right) gather at the hotel awaiting the press conference.
Officials conduct a security sweep inside the press conference room, media personnel asked to leave until it is done.
12.20pm: Malaysian Airlines flight MH370 has been hijacked, according to a news report.
According to Associated Press (AP) report today, a Malaysian government official said that hijacking was no longer just a theory: “It is conclusive,” read the report.
The official who is involved in the investigation were reported saying they have determined that either one of the pilots or someone else with flying experience has hijacked the missing jet.
However, the motive has not been established while it is unclear where the plane has been taken.
Speculation is rife that the Malaysian government will announce this at a press conference slated for 1.30pm.
The news comes amidst increasing clues pointing to foul play in the week-long mystery over the commercial Beijing-bound flight that went off the radars at 2.41am last Saturday.
While the plane disappeared from sight while over the South China Sea just off the coast of Vietnam, there is growing belief it may have detoured to the West towards the Indian Ocean.
According to AP, to steal a jetliner out of midair would require a pilot who knew how to elude detection by both civilian and military radar.
“It would take a runway at least a mile long to land the wide-body jet, possibly in the dark, and a hangar big enough to hide it. All without being seen.”
The report quoted Scott Shankland, an American Airlines pilot who spent several years as a co-pilot on Boeing 777s, who said a captain would know how to disable radios and the plane’s other tracking systems.
“‘But a hijacker, even one trained to fly a plane, “would probably be hunting and pecking quite a while - ‘Do I pull this switch? Do I pull that?’ You could disable a great deal’ of the tracking equipment, ‘but possibly not all of it’.”
Some of the plane’s data is transmitted automatically from equipment not located in the cockpit, making it even harder to avoid leaving electronic bread crumbs, he said.
Meanwhile, John Hansman, an aeronautics professor at MIT who is familiar with the Boeing 777, said it would be possible for an intruder to turn off the transponders, but knowing how to shut down other systems in a bid to be stealthy would be more difficult.
“If it was a hijacking, it was probably a hijacking gone bad,” he said.
Alan Diehl, a former National Transportation Safety Board (NTSB) crash investigator, said if it was a hijacking, “they would have to be somebody who has detailed knowledge of the plane.”
“Could they get down below the radar and make a beeline to an abandoned airstrip somewhere? I suppose the short answer is yes. Even today, satellites don’t cover every square kilometre of the Earth.”
Komunikasi akhir MH370 jam 8.11 pagi Sabtu
WARTAWAN SINAR HARIAN- 15 Mac 2014
SEPANG - Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.
Perdana Menteri dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.
Najib berkata, misi mencari dan menyelamat MH370 kini memasuki fasa terbaru apabila lokasi pencarian dialih ke koridor utara dan selatan.
Jelasnya, kemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand.
Teori kedua, pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi.
Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370.
Dalam pada itu, Najib menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas.
"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan