Khamis, 27 Mac 2014

MH370 OH MH370 17

9:29AM - 27 Mar 2014

'I love you' terakhir pramugara MH370


"I love you" adalah kata-kata terakhir diungkapkan pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan kepada isterinya Intan Maizura Othaman beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas.

Kata-kata itu jugalah akan sentiasa menjadi kenangan manis buat Intan Maizura, 34, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

Menceritakan mengenai detik beberapa jam sebelum pesawat dinaiki suaminya hilang, wanita itu berkata Mohd Hazrin terlepas kenderaan disediakan oleh pihak MAS untuk kakitangan bertugas pada malam 7 Mac.

Beliau berkata suaminya yang komited dengan tugas kemudian meminta beliau menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Intan Maizura berkata dalam perjalanan ke lapangan terbang, mereka bersembang seperti biasa dan  Mohd Hazrin ada memegang tangan serta mencium tangannya.

"Kata-kata terakhirnya pada saya malam itu ialah "I Love you". Kata-kata itu akan sentiasa menjadi memori yang manis dengan dia.

"Mohd Hazrin bukan sahaja seorang suami malah adalah sahabat karib saya. Saya terlalu merinduinya, namun saya redha dengan apa yang berlaku dan menganggap dia pergi ke destinasi berikut seperti biasa tetapi jika dia kini berada di Lautan Hindi, bersemadilah dengan tenang," katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam malam tadi.

Intan Maizura berkata anak sulung mereka, Iman, 4, kerap bertanya mengenai bapanya sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai perkembangan terbaru penerbangan MH370 pada Isnin lepas.

"Sehari selepas pengumuman itu saya beritahu anak saya bahawa bapa pergi kerja dan kapal terbang dinaiki bapa rosak serta tidak akan balik kerana bapa sudah berada di syurga.

"Bila dia (Iman) meminta berjumpa dengan bapanya, saya beritahu supaya banyak berdoa dan akan berjumpa. Alhamdulillah, dia faham dan tidak pernah bertanya lagi," katanya.

Walaupun sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri bahawa penerbangan pesawat dinaiki suaminya berakhir di Lautan Hindi, Intan Maizura redha dan menerimanya dengan hati terbuka.

Wanita itu juga yakin beliau mampu meneruskan kehidupan terutama dalam membesarkan anak-anaknya kelak dengan sokongan daripada anggota keluarga serta rakan-rakan.

"Sebagai orang Islam, kematian itu sudah pasti dan merupakan janji Allah jadi, kita harus redha serta sentiasa mendoakan orang tersayang," katanya.

- Bernama
7:56PM - 25 Mar 2014

MH370: Kenapa kesimpulan selepas 12 hari?


Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak berkuasa Malaysia hari ini.

Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak 12 Mac.

Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, data satelit sahaja tidak konklusif seperti ditunjukan ketika kajian ditumpukan di Laut China Selatan.

“Kami terima data satelit dari China yang menunjukkan (serpihan) di Laut China Selatan (dan) mengarahkan semula pencarian kami di kawasan yang sudah dibuat, dan ia negatif,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menambah, data satelit yang diterima pada 13 Mac perlu dianalisis, ia satu-satunya siri "handshake" – isyarat antara pesawat dan satelit.









"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," terang Intan pada anak


PLAY Click to Expand & Play
KUALA LUMPUR:
"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.

               "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

            "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''
- Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akan move on, saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan "I love you'' menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.


Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

               "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

               "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..''
- Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/papa-pergi-work-tapi-kapal-terbang-papa-rosak-papa-tak-balik-terang-intan-pada-anak-32610?cp






Kerana MH370, Shila Amzah Dikecam Teruk Rakyat China


Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.
Shila Amzah dikecam teruk rakyat china, info, hiburan, penyanyi,
Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.
Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.
Shila Amzah dikecam teruk rakyat china, info, hiburan, penyanyi,
1 in 3 women face urinary incontinence after giving birth. You can avoid this. Click here to find out more.
Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.
Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.
Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.
“This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality.”
“As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ ‘\​​’ patriotic dog \ ‘\​​’, online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people’s reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?”
“Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you.”
Sumber : wancrazykid
Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Tragedi MH370 bakal difilemkan?

Tragedi MH370Misteri kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 menarik perhatian masyarakat antarabangsa termasuk beberapa penerbit filem terkemuka Hollywood dan mungkin bakal difilemkan.
Portal berita The Hollywood Reporter dalam laporannya berkata, beberapa produser ketika ini sedang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat malang tersebut secara dekat.
“Ia tragedi mengejutkan, bagaimanapun saya jamin terdapat 50 orang berbeza yang sedang bekerja dalam 50 projek berbeza.
“Sama ada mendapat inspirasi daripada insiden itu atau sedang memerhatikannya ketika ini,” kata JC Spink, yang terlibat selaku penerbit dalam pembikinan filem aksi penerbangan pada 2005, Red Eye.
Kehilangan Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu menarik perhatian seluruh dunia, khususnya kabel berita antarabangsa yang tidak putus-putus membuat liputan.
Sehingga hari ini, bangkai pesawat dan mayat penumpang masih belum ditemui.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada Isnin penerbangan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi selepas dua minggu misi mencari dan menyelamat antarabangsa berlangsung.
Spink berkata, episod dramatik sepanjang usaha mencari dan menyelamat penerbangan MH370 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac sudah cukup untuk menjadikan ia sebuah filem aksi terbaik.
“Jelas sekali sesuatu yang lebih besar dalam penerbangan yang kita tidak akan tahu,” kata produser terkenal itu.
“Itu adalah satu batu loncatan yang besar.”

Selalunya apabila sesebuah tragedi berlaku, Hollywood akan menunggu hingga tiga bulan sebelum mengambil langkah pembikinan filem, lapor The Hollywood Reporter.
“Saya rasa orang ramai akan tunggu dan lihat bagaimana hasil siasatan nanti,” kata Alex Heineman, produser filem aksi penerbangan, Non-Stop yang mencatat keuntungan berjuta ringgit tahun ini.
Namun, The Hollywood Reporter menjangkakan mana-mana pihak yang ingin menghasilkan filem berdasarkan kehilangan MH370 akan berdepan halangan memandangkan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan masih berjalan serta rumit selain terdapat juga kesamaran dalam pendedahan maklumat oleh pihak berkuasa Malaysia.
Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari pesawat itu, melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor – koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Beberapa episod melibatkan penumpang MH370 menjadi tanda tanya sehingga ini, antaranya dua penumpang memegang passport curi, juruterbang memiliki simulator penerbangan di rumah, bateri litium di dalam kargo dan pelbagai spekulasi yang masih belum terjawab, lapor The Malaysian Insider.
Fokus kini mencari bangkai pesawat dan mendapatkan kotak hitam bagi merungkai persoalan di sebalik kehilangan MH370.

Inikah sebenarnya yang berlaku pada MH370?..(sambungan)

Written By canang on Khamis, 27 Mac 2014 | 3/27/2014 12:41:00 PTG

Inikah sebenarnya yang berlaku pada MH370?..(sambungan)

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi.

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku..




 

Tiada ulasan: