Posted on Thursday, March 13 @ 22:53:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pagi tadi Lobby Hotel Concorde Sham Alam runtuh. Apa nak jadi dengan negara kita?
Terkini : Lobi Hotel Concorde Shah Alam Runtuh
Written By Azmy Klanajaya on 13/03/2014 | 9:56 pm
Kakitangan Hotel Concorde berdepan detik mencemaskan apabila siling di bahagian lobi hotel berkenaan yang sedang diubahsuai runtuh secara tiba-tiba, petang tadi.
Jurucakap Hotel Concorde ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penghuni hotel tidak berada di sekitar kawasan lobi ketika kejadian berlaku.
Berita selanjutnya akan menyusul..
Isteri Biarkan 3 Anak Kandung "Digilir" Suami...
Written By Azmy Klanajaya on 12/03/2014 | 12:34 pm
Angkara ingin menguasai ilmu hitam, seorang bapa memperkosa tiga anak perempuannya secara bergilir-gilir selama lapan tahun.
Isteri lelaki itu tidak dapat berbuat apa-apa walaupun mengetahui perbuatan suaminya.
Zaeni, 43, dari Cakung Jakarta Timur dibawa ke balai polis di sini Khamis lalu selepas perbuatannya itu terbongkar. Isteri suspek yang hanya dikenali sebagai Ka memberitahu dia sering melihat suaminya membakar kemenyan setiap malam Jumaat.
“Saya sudah menasihatinya bahawa perbuatannya itu berdosa tetapi dia masih melakukannya,” katanya kepada wartawan.
Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga anak perempuan suspek berusia 20, 19 dan 15 tahun.
Perbuatan suspek terbongkar selepas anak bongsunya yang berusia 15 tahun memberontak ketika ingin diperkosa bapanya. Dia melarikan diri dan melaporkan kepada polis mengenai perbuatan bapanya selama ini.
Ekoran maklumat itu, sekumpulan polis bergegas ke kediaman suspek dan memberkasnya. Isteri suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.
fotohiasan
sumber : sentiasapanas
Jangan Kupas Kulit Epal
Posted on Thursday, March 13 @ 22:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Posted on Thursday, March 13 @ 22:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kita
sudah terbiasa mengupas kulit epal sebelum menjadikan buah ini sebagai
pencuci mulut kerana alasannya sukar dicerna atau kerana kulitnya
tebal dan liat.
Kulit
epal sebenarnya mengandungi separuh nutrien daripada isi buah ini.
Berikut beberapa sebab mengapa kita disarankan agar jangan mengupas
kulit epal sebelum dimakan kerana khasiatnya yang banyak pada kulit
epal;
Kulit epal kaya serat
Sebiji epal berukuran sedang mengandungi 4.4 gram serat. Namun jika dimakan tanpa kulit, anda hanya mendapatkan 2.1 gram serat, kurang dari jumlah harian yang disarankan iaitu 3 gram.
Sebiji epal berukuran sedang mengandungi 4.4 gram serat. Namun jika dimakan tanpa kulit, anda hanya mendapatkan 2.1 gram serat, kurang dari jumlah harian yang disarankan iaitu 3 gram.
Kulit epal kaya vitamin
Makan sebiji epal berserta kulitnya memberi anda 8.4 miligram vitamin
C dan 98 IU vitamin A. Sedangkan jika kulitnya dikupas, epal hanya
akan mengandungi 6.4 miligram vitamin C dan 61 IU vitamin A.
Sementara, keperluan vitamin C harian yang disarankankan adalah sekitar
75 mg untuk wanita dan 90 mg untuk lelaki yang tidak merokok, serta
110mg untuk lelaki perokok.
Kulit epal mengurangkan masalah pernafasan
Kandungan antioksidan jenis quercetin pada kulit epall, terbukti baik untuk kesihatan paru-paru. Hasil kajian, mereka yang rutin makan lima biji atau lebih epal seminggu, memiliki fungsi pernafasan yang lebih baik.
Kulit epal mengurangkan masalah pernafasan
Kandungan antioksidan jenis quercetin pada kulit epall, terbukti baik untuk kesihatan paru-paru. Hasil kajian, mereka yang rutin makan lima biji atau lebih epal seminggu, memiliki fungsi pernafasan yang lebih baik.
Zat quercetin juga melindungi memori anda. Antioksidan ini membantu
melawan kerosakan jaringan pada otak yang berkait dengan penyakit
Alzheimer dan masalah degeneratif lainnya, menurut satu kajian pada
2004.
Makan epal dengan kulitnya membantu mencegah penyakit kanser
Satu kajian dari Cornell University pada tahun 2007 menunjukkan, zat
triterpenoid dalam kulit epal membantu menghalang pertumbuhan sel-sel
kanser usus dan sel-sel kanser payudara.
Epal baik bagi penggemar diet sihat
Kulit epal juga mengandungi asid ursolat yang meningkatkan fungsi otot dalam
Kulit epal juga mengandungi asid ursolat yang meningkatkan fungsi otot dalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan