Rabu, 26 Mac 2014

MH370 OH MH370 11

MH370- Mesti Baca - Mimpi Ustaz Darul Manzil, Punca Pesawat Terhempas Di Lautan 

 

MH370- Mimpi Ustaz Darul Manzil, Punca Pesawat Terhempas Di Lautan | Catatan seorang Ustaz yang bermimpi tentang apa yang berlaku kepada pesawat MAS MH370. Dalam kejadian tersebut, Ustaz Manzil bermimpi pesawat gagal dikawal oleh juruterbang kerana berlakunya sesuatu yang aneh, sama ada benar atau tidak...wallahualam, inilah mimpi beliau.

MH370- Mimpi Ustaz Darul Manzil, Punca Pesawat Terhempas Di Lautan

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH370……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370.

Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan.

Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur…

Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami. Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL

MELBOURNE: Misi pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370 di perairan Australia Barat bersambung pagi Rabu selepas ditangguh semalam akibat cuaca buruk.
  
Pihak berkuasa Australia yakin keadaan cuaca hari ini dapat membantu operasi yang juga bertujuan mengutip objek-objek berkenaan.
  
"Keadaan cuaca di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi dijangka bertambah baik dengan keadaan angin dan laut yang bergelora semakin reda manakala hujan pula diramal berlaku secara terpencil," kata pegawai meteorologi kanan Biro Meteorologi Australia, Adam Conroy yang dipetik oleh ANC News.
  
Sebanyak 12 pesawat dan beberapa kapal dijangka terlibat dalam operasi hari ini. Misi kini membabitkan enam negara iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan. India dilapor turut menawarkan bantuan.
  
Empat kapal China dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini. - Bernama
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi yang MH370 mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi. Walaupun tidak ada bukti-bukti ‘organic’ yang pesawat itu terhempas tetapi Malaysia telah mengambil keputusan untuk menerima pencarian melalui satellite dari UK Inmarsat dan AAIB yang telah mengikuti misteri kehilangan MH370 dan telah memberikan keyakinan kepada Malaysia yang pesawat itu terhempas di Selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir pesawat itu dapat dituruti oleh syarikat satellite UK itu.

Semua rakyat negara dan juga masyarakat antarabangsa amat merasakan kesedihan dan kepiluan dengan pengumuman Perdana Menteri itu setelah menunggu selama 17 hari untuk mendapatkan berita tentang nasib pesawat tersebut. Sebagai unit kecil dalam masyarakat negara ini, saya tidak dapat tidur lena dengan kemalangan ‘aviation’ yang paling ‘unprecedented’ ini dan situasi ini belum pernah kita rasai dalam sejarah kemalangan ‘aviation’ sebelum ini. Tentunya lebih ramai lagi di luar sana yang merasakan situasi yang sama.

Saya seperti yang lain, tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami oleh waris dan keluarga penumpang-penumpang dan kakitangan pesawat malang itu kerana kehilangan mereka yang tersayang.

Apa yang dapat kita lakukan hanyalah berdoa agar keluarga dan waris mereka yang malang itu sentiasa kuat dan teguh menghadapi dugaan Tuhan ini dan ingat kepada agama yang percaya kesabaran menghadapi situasi dan dugaan ini adalah peningkatan keimanan kita terhadap-Nya yang Maha Berkuasa dan Pencipta itu.

Orang ramai tanpa mengira miskin atau kaya dan dari apa-apa bangsa dan kepercayaan bersama merasakan kepedihan yang dialami oleh mereka yang kehilangan mereka yang disayangi.

Yang pergi tetap pergi dan kita sendiri sedang menunggu giliran untuk pergi ke tempat yang sama. Hanya Tuhan saja yang tahu waktu yang dikehendaki-Nya untuk kita kembali ke alam baqa itu. Tetapi sementara kita menunggu giliran kita untuk pergi, ‘life has to go on’ dan tanggungjawab kita terhadap kehidupan perlu dan wajib kita laksanakan sebaik yang dikehendaki-Nya.

Setiap yang hidup pasti menghadapi dugaan-Nya. Jika keluarga yang kehilangan yang tersayang dalam kemalangan pesawat ini, kita pula belum tentu apa pula dugaan yang kita pula hadapi sebelum kita kembali kepada-Nya. Malahan ramai yang ada sekarang telah pun menghadapi dugaan masing-masing dan kehidupan mereka tetap mereka teruskan sebagai seorang yang penuh dengan keimanan dan mengakui kebesaran Allah s.w.t. itu tidak ada satu pun boleh dijadikan perbandingan.

Teruskan berdoa untuk mereka yang menghadapi keperitan ini, agar mereka menghadapi situasi ini dengan tabah dalam kekentalan iman seperti yang dituntut-Nya.

Al-Fatihah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

 MH370: Kesimpulan berdasarkan petunjuk sahih, tiada serpihan ditemui
Posted on Wednesday, March 26 @ 08:11:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Di sebalik berita yang mendukacitakan mengenai pesawat MH370 semalam, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata ianya adalah berdasarkan peningkatan petunjuk sahih yang diperolehi.



"Adalah mustahil untuk meramalkan berapa lama masa siasatan yang akan diambil. Tetapi selepas 17 hari, pengumuman yang dikongsi semalam adalah realiti yang kita perlu terima” katanya di dalam sidang akhbar di KLIA hari ini.

Apabila ditanya bagaimana pihak berkuasa mengesahkan bahawa pesawat terhempas walaupun tiada serpihan ditemui, Ahmad Jauhari menjawab, mereka membuat kesimpulan tersebut dari petunjuk yang boleh dipercayai.

"Malam tadi Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan tentang petunjuk yang boleh dipercayai di mana pesawat itu berakhir.  Ia terletak jauh di kawasan terpencil.

"Selepas 17 hari, itu yang boleh kita simpulkan setakat ini" katanya lagi.

Ahmad Jauhari berkata bagaimanapun MAS akan terus menyokong kerja-kerja pihak berkuasa mencari dan menyelamat di  selatan Lautan Hindi.

"Seperti orang lain, kita sedang menunggu berita dari pihak berkuasa" katanya.

Beliau menambah bahawa MAS akan menerbangkan keluarga penumpang MH370 ke Australia jika terdapat bukti muktamad daripada pihak berkuasa.

Sebelum ini, kerajaan Australia mengumumkan bahawa pengecualian bayaran visa akan diberikan kepada keluarga pesawat MH370.

Ahmad Jauhari turut memaklumkan MAS sudah menyalurkan bantuan kewangan awal sebanyak AS5,000 dolar kepada keluarga terdekat penumpang.

"Kami tidak tahu mengapa dan kita tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini berlaku"

Beliau juga mengakui bahawa tragedi itu telah sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan syarikat penerbangan itu.

"Ya, perkara ini sememangnya menjejaskan MAS. Namun, kita lakukan yang terbaik untuk memastikan mereka yang membeli tiket diterbangkan dengan selamat dan selesa " katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang telah memberikan taklimat kepada beliau sebelum ini dan telah menemui jawapan berdasarkan data satelit iaitu pesawat berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, kawasan barat Perth.



Sumber at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kesimpulan-berdasarkan-petunjuk-sahih-tiada-serpihan-ditemui-32528?cp


 
 Ucapan Takziah YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Posted on Wednesday, March 26 @ 07:55:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





YB Tuan Guru merakamkan ucapan takziah kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh rakyat sedunia yang terlibat dalam nahas pesawat Mas MH370, Tuan Guru berkata ini menandakan bahawa teknologi tidak boleh buat apa pun, bila berdepan dengan Allah s.w.t.

Kita berdoa mudah-mudahan yang meninggal dalam nahas itu diampunkan Allah dosanya bagi yang beragama Islam dan keluarga diminta bertenang kerna tiap-tiap orang Islam yang ditimpa masalah supaya menyebut Innalillahi Wa'inna Ilaihi Raaji'un, kita semua hak Allah ta'alla.

terima kasih

Tiada ulasan: