Posted on Tuesday, March 18 @ 19:08:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
LONDON - Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu berjaya melepasi sistem radar beberapa negara dan kini berada di sempadan Afghanistan yang merupakan kubu kuat pejuang Taliban, lapor akhbar The Independent kelmarin.
Pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China di percayai dilencongkan oleh seseorang yang mahir mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 777-200 tersebut.
Pihak berkuasa Malaysia difahamkan membuat permohonan diplomatik bagi menyiasat teori bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut terbang ke salah satu kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan berhampiran barat laut Pakistan.
Para pegawai yang terlibat dalam siasatan berkenaan memberitahu permohonan diplomatik penuh diminta kerajaan Malaysia bagi memastikan kebenaran teori pesawat itu diterbangkan ke kawasan tersebut yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan.
Sebahagian besar selatan Afghanistan dan barat laut Pakistan dikuasai oleh pejuang Taliban.
Seorang jurucakap MAS berkata, wilayah berkenaan melibatkan bidang kuasa tertentu di mana pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam perlu mendapatkan kebenaran.
"Wilayah ini terletak di Pakistan dan Afghanistan dan kami tidak boleh menyiasat dakwaan tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada kedua-dua negara itu,'' katanya.
Wilayah tersebut mempunyai pertahanan udara yang ketat dan turut mempunyai beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.
Bagi sesebuah pesawat komersial melintasi kawasan itu tanpa dikesan radar memerlukan satu peralatan navigasi yang canggih selain kemahiran tinggi juruterbang. - Agensi
Perancis kongsi pengalaman Air France 447
Posted on Tuesday, March 18 @ 20:31:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sepang: Ketibaan tiga pegawai dari Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam (BEA) Perancis di sini semalam bukan untuk membincangkan teori kehilangan MH370 sebaliknya membantu Malaysia untuk memperkukuhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Penasihat Khasnya, Jean-Paul Troadec berkata, pihaknya tidak boleh mencampuri siasatan MH370 kerana ia kini diketuai pihak berkuasa Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya hanya berkongsi mengenai pengalaman insiden ketika mengendalikan Air France dengan pasukan siasatan di Malaysia dan diharap ia boleh digunakan bagi membantu siasatan.
"Kami hanya boleh berkongsi kemahiran dan kepakaran bagi operasi carian di dasar laut serta beberapa perkara lain berkaitan teknikal SAR," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Ditanya mengenai teori sebenar yang boleh dikaitkan dengan kehilangan MH370, Jean-Paul berkata, dia tidak dapat jelaskan sebarang teori tapi menjelaskan kehadirannya ke Malaysia hanya untuk membantu negara mengetuai SAR.
Tiga penyiasat Perancis itu tiba di Malaysia semalam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat MH370.
Difahamkan, pegawai berkenaan akan berkongsi kepakaran dan pengalaman daripada misi pencarian pesawat penerbangan 447 Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada Jun 2009 dimana seramai 228 maut.
Seramai tiga rakyat Perancis berada dalam pesawat Boeing 777-200 (MH370) yang turut membawa 239 penumpang. - Harian Metro
Polis nafi ada pergerakan tentera Amerika Syarikat di negara ini
Posted on Tuesday, March 18 @ 19:03:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KUALA LUMPUR: Polis Di raja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penyebaran gambar dan informasi dalam media sosial berhubung dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan Ipoh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS).
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-polis-nafi-ada-pergerakan-tentera-amerika-syarikat-di-negara-ini-32053?cp
Menerusi Facebook PDRM, gambar yang disebarkan dalam media sosial Twitter itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera Amerika Syarikat yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh pada 2012.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.
PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.- Astro Awani
Anggap semua penumpang MH370 sebagai suspek, kata bekas pegawai FBI
Posted on Tuesday, March 18 @ 19:00:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pesanan dan kata-kata semangat di kain rentang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang seolah-olah mewakili doa seluruh dunia supaya MH370 ditemui. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Mac, 2014.
Selepas 10 hari buntu mencari penerbangan Malaysia Airlines MH370, bekas pembantu pengarah FBI di New York menasihatkan agar penyiasat menggap semua penumpang sebagai suspek dan bukan sebagai mangsa.
Bercakap dalam program CNN "The Lead with Jake Tapper", Bill Gavin berkata, realiti yang perlu diterima adalah 239 penumpang dalam pesawat tersebut berkemungkinan mangsa dan juga suspek, sehingga dibuktikan sebaliknya.
"Kamu perlu lihat semua penumpang dalam pesawat tersebut," kata Gavin, dan menegaskan penyiasat perlu mencari latar belakang semua penumpang bagi mencari petunjuk.
"Tapi yang penting, kamu perlu lihat keseluruhan kategori penumpang dalam pesawat itu," katanya.
Pihak berkuasa Malaysia mula menyiasat beberapa individu dalam pesawat MH30, antaranya juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantu, Fariq Abdul Hamid, 27.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau kaitan kedua-dua mereka dalam kehilangan MH370, lapor The Wall Street Journal.
Polis juga mengeledah rumah kedua-dua individu tersebut Sabtu lalu, malah simulator penerbangan Zaharie juga dirampas daripada rumah dan dipasang semula di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Penyiasat masih meneliti sebarang kemungkinan.
Setakat ini, pegawai penyiasat tidak menemui sebarang bukti bagi mengaitkan juruterbang ataupun individu lain berlatih pergerakan tertentu dalam simulator tersebut.
Keluarga dan rakan yang rapat dengan juruterbang tersebut tidak mempercayai kedua-dua mereka dengan sengaja "mengubah" laluan asal pesawat.
WSJ menyifatkan Zaharie yang mempunyai pengalaman 18,000 jam penerbangan juga merupakan seorang jurulatih penerbangan manakala Fariq sedang menanti untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya.
Kecenderungan politik juruterbang juga dipertimbangkan ketika ini, dan Zaharie dikatakan penyokong kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hanya beberapa jam sebelum penerbangan berlepas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar atas tuduhan liwat.
Walaupun jarak masa dengan kehilangan pesawat dan hukuman itu dijatuhkan dekat, tidak ada bukti untuk mengaitkan kehilangan pesawat dengan juruterbang atau fahaman politik beliau.
Penyiasat juga sedang mengkaji latar belakang salah seorang penumpang, Mohammed Khairul Amri Selamat, seorang jurutera penerbangan awam Malaysia berusia 29 tahun yang bekerja untuk sebuah syarikat jet peribadi swasta.
Beliau berada dalam pantauan kerana pengetahuan penerbangan yang dimiliki.
"Saya yakin bahawa beliau tidak terlibat," kata bapa Khairu.
"Mereka dialu-alukan untuk menyiasat saya dan keluarga saya."
Fokus siasatan ketika ini tertumpu ke arah penumpang yang mempunyai latar belakang penerbangan memandangkan cara pesawat tersebut dipesongkan daripada laluan asal menunjukkan individu tersebut merancang dan mengetahui apa yang dilakukannya.
"Masih terdapat beberapa negara yang masih belum memberi maklum balas ke atas permintaan kami untuk memeriksa latar belakang penumpang rakyat negara berkenaan," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Tetapi ada beberapa agensi perisikan asing yang membersihkan nama penumpang mereka."
Semasa awal siasatan, pihak berkuasa menumpukan terhadapa dua penumpang Iran, Pouri Nourmohammadi, 18, dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, yang didapati menaiki pesawat menggunakan pasport dicuri.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menolak andaian kedua-dua mereka tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.
Polis percaya Nourmohammadi cuba untuk berhijrah ke Jerman menggunakan pasport Austria yang dicuri. Ibunya menghubungi polis selepas anaknya tidak tiba di Frankfurt seperti yang diharapkan.
TMI
- 18 Mac, 2014.
PDRM Jejak Kemungkinan Pesawat Mh370 Mendarat Di Lokasi Rahsia !!!
Posted on Tuesday, March 18 @ 18:49:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kuala
Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan penyiasat
khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di
koridor utara dan selatan yang kini menjadi kawasan tumpuan pencarian
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 10 hari
lalu.
Agensi
media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ada lebih 600 lapangan
terbang di koridor utara yang menjangkau dari sempadan
Kazakhstan-Turkmenistan sehingga utara Thailand dan koridor selatan
yang mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun, Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan
terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara.
Justeru, sumber PDRM memberitahu Harian Metro jika pesawat MH370
mendarat di lapangan terbang awam, komersial atau milik tentera, sudah
tentu pendaratannya diketahui umum.
“Jadi, pasukan khas itu menyiasat kemungkinan ia mendarat di lapangan
terbang rahsia yang mungkin wujud, termasuk milik persendirian atau
lapangan terbang lama yang diguna semula,” katanya.
MyMetro
Bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Ulas Pasal #MH370
Posted on Tuesday, March 18 @ 18:47:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).
Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain:
Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?
Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang
MH370 Dirampas Pengganas?
Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.
Sumber: My Media Hub

- Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
- Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
- Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
- Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
- Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton
Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?
Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang
MH370 Dirampas Pengganas?
Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.
Sumber: My Media Hub
Pakar persoal pertahanan udara Malaysia
Posted on Tuesday, March 18 @ 13:52:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.
Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik.
Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.
"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.
"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu.
"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.
Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.
Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya.
TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.
Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.
Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.
Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.- Agensi
Mungkinkah MH370 berada di belakang pesawat Singapura menuju utara?
Posted on Tuesday, March 18 @ 13:46:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Teori mengatakan pesawat MH370 mungkin mengikuti secara rapat pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Barcelona tanpa berjaya dikesan oleh radar muncul di internet selepas 10 hari operasi misi mencari dan menyelamat antarabangsa diadakan.
Teori ini konsisten dengan laluan pesawat sepanjang laluan yang berakhir di Laut Kaspia di utara dan selatan Lautan Hindi di selatan, ia sedang dicari oleh sekurang-kurangnya 26 negara.
Juruterbang dihubungi oleh The Malaysian Insider mempunyai teori sama mengatakan sesiapa sahaja yang mengawal Boeing 777-200ER yang masih hilang itu boleh memadamkan semua lampu pesawat dan terbang sepanjang malam untuk mengelakkan hubungan visual.
“Sebaik sahaja transponder dipadamkan dan lampu dimalapkan, pesawat MH370 terbang di udara tanpa boleh dikesan. Ia boleh mengikuti pesawat lain secara dekat, atau berada di bawah mereka tanpa sesiapa mengetahui.
"Pesawat lain boleh diketahui kedudukannya melalui perbualan radio," kata seorang juruterbang kepada The Malaysian Insider.
Pencarian MH370 atas talian
Penyumbang di laman sosial Reddit bernama "Sweeperguy" dan juruterbang Keith Ledgerwood mencadangkan teori pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang hilang mengikut secara rapat pesawat SQ68 ke Barcelona sepanjang keseluruhan masa tujuh jam mereka berada di udara.
Secara kebetulan, pesawat SQ68 merupakan Boeing 777-300 ER, lebih panjang sebanyak 33 kaki daripada pesawat Malaysia Airlines dan terbang berhampiran MH370 semasa ia hilang daripada radar tentera Malaysia pada 2.15 pagi pada 8 Mac, 2014.
Teori ini berlegar-legar di prune.org atau Professional Pilots Rumour Network dan di akaun Tumblr Ledgerwoord selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kawasan baru misi mencari dan menyelamat pesawat yang mempunyai 239 penumpang termasuk anak kapal.
"Saya fikir ia hanya rapat di belakang. Pada awal pagi dan tanpa maklumat perisikan/amaran, jika pengendali radar perasan dua pulangan radar utama di kawasan sama, tetapi mendapat tindak balas mod 3A/C dari salah satu pesawat, ia mungkin tidak akan menarik perhatian," Sweeperguy menulis di Reddit pada Sabtu.
Mode 3/A digunakan untuk mengenal pasti setiap pesawat dalam kawasan liputan radar. Mod C digunakan untuk meminta/melaporkan ketinggian pesawat, menurut Wikipedia.
Penggendongan pada SQ68
Menurut laman sesawang Singapore Airlines, pesawat SQ68 dijadualkan meninggalkan lapangan terbang Changi pada 1.05 pagi ke Barcelona, 25 minit selepas MH370 terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, satu arah yang berlainan.
“Jika MH370 berpatah balik selepas komunikasi terputus pada 0130 dan terbang melalui Malaysia dan tempat yang dibincangkan sebelum ini, ia akan berada di 200NM NW di Pulau Pinang pada 0215.
“Kedudukan ini hanya 30NM di belakang SQ68 yang juga merupakan 777 pada 2.15 pagi,” tulis Sweeperguy di Reddit, menggunakan waktu Malaysia.
Sweeperguy berkata, jika MH370 mengikuti SQ68 sepanjang sepanjang utara-barat India, yang beliau spekulasikan, pesawat hilang itu akan berhampiran pesawat SIA di Pakistan, lima jam daripada kedudukan terakhir diketahui pada 2.15 pagi.
“Jadi, dengan mengikuti SQ68 dengan kelajuan dan altitud sama, sukar bagi operator radar India untuk mengesan atau mempersoalkan dua radar utama, selagi dia merasakan ia dijangkakan daripada SQ68", katanya.
Dalam tulisan di akaun Tumblr, Ledgerwood membuat kesimpulan sama penerbangan MH370 terbang ke semua titik laluan pelayaran dinyatakan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga ia berhampiran dengan SQ68 lebih kurang jam 2.15 pagi.
Beliau berkata, semasa memeriksa rekod penerbangan SQ68, jelas bahawa MH370 berada secara langsung di belakang pesawat SIA pada kira-kira 18:00 UTC dan selepas 15 minit mengikuti SIA68.
MH370 tidak dapat dikesan tanpa transponder
“Saya percaya MH370 berkemungkinan terbang di belakang SIA68 melalui kawasan udara India dan Afghanistan.
“Oleh kerana MH370 terbang secara bergelap tanpa transponder/output ADS-B, SIA68 mungkin tidak perasan MH370 berada berhampiran dan apabila melalui kawasan udara India, ia hanya akan memberi satu isyarat di radar, dengan hanya maklumat transponder SIA68 kepada ATC dan skrin radar tentera,” tulis Ledgerwood dalam satu tulisan yang sudah tersebar luas.
Beliau berkata penerbangan SIA itu tidak akan mengesan pesawat hilang MH370 kerana "Boeing 777 menggunakan sistem TCAS untuk mengelakkan lalu lintas; sistem ini biasanya akan memberi amaran dan visual kepada juruterbang jika pesawat lain terlalu dekat".
Tetapi sistem itu hanya beroperasi apabila menerima maklumat transponder daripada pesawat lain dan memaparkannya kepada juruterbang itu, katanya, sambil menambah "Jika MH370 terbang tanpa transponder, SIA68 tidak akan dapat melihatnya".
"Selain itu, sistem TCAS di atas kapal MH370 akan membolehkan juruterbang mengesan dan mendekati SIA68 di Selat Melaka seperti kelihatan ianya dilakukan.
"Sistem ini akan menunjukkan mereka arah penerbangan, perjalanan dan ketinggian dalam perjalanan yang akan membolehkan mereka untuk memintas di belakang Boeing 777 lain tepat pada waktunya," kata Ledgerwood.
Beliau berkata, walaupun MH370 tidak mengikut SQ68 ke Sepanyol, ia akan bebas daripada bayangan pesawat jet SIA yang lebih besar dan "kemudian diterbangkan ke laluan untuk ke tapak pendaratan akhir" seperti wilayah China Xingjian, Kyrgyzstan, atau Turkmenistan.
"Setiap lokasi akhir ini akan menepati dengan sempurna dengan jumlah 7.5 jam masa penerbangan dan mengikuti SIA68.
"Selain itu, semua lokasi ini memungkinkan dan berada di ‘ARC’ serta sesuai dengan data yang disediakan oleh Inmarsat dari ping terakhir diketahui SATCOM pada 01:11 UTC," kata Ledgerwood.
Tiada tanda MH370
Tetapi negara Asia Tengah seperti Kazakhstan dan Kyrgyzstan berkata semalam tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara mereka pada 8 Mac, tidak memungkinkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang berpatah balik melalui laluan utara Thailand, menurut laporan Reuters.
Bagaimanapun, terdapat sembilan pesawat Malaysia menuju dan dari Eropah melalui kawasan udara Kazakhstan pada 8 Mac, kata pegawai.
Pegawai penerbangan Pakistan dan India termasuk militan Taliban di Afghanistan memberitahu Reuters mereka tidak tahu apa-apa mengenai pesawat hilang itu dan keberadaannya selepas misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan mereka semalam.
Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat perisikan.
Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam selepas ia hilang. – 18 Mac, 2014.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan