Sabtu, 29 Mac 2014

MH370 OH MH370 20

Sebelum ini Penumpang China, Selepas itu Philip Wood dan sekarang keluarga Indonasia terima missed call
Posted on Friday, March 28 @ 23:38:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Sebelum ini kita telah di'lalikan' dengan berita penumpang China yang telefonnya ada deringan dan ada penjelasan logik berkenaan perkara ini bole di rujuk di sini

Kemudian saya menulis petikan perbahasan dalam portal berkenaan dengan Philip Wood yang menghantar masej meminta tolong. Ada banyak persoalan berkenaan masej berkenaan samada di kedudukan Diego Garcia ada line atau tak.. ada wifi dsbnya. Boleh baca di sini.

Hari ini portal Indonasia teah mengeluarkan berita keluarga Firman Candra Siregar, salah seorang penumpang MH370 yan hilang sekarang ini menerima pangilan melalui saluran skype dari ipad milik Firman.

Missed call itu menunjukkan tarikh 11 dan 13 Mac yang lalu. Saya tak berhasrat untuk panjang perbahasan ini. Saya juga tak niat untuk mencampuri urusan penyiasatan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia melalui kenyataan DS Najib Razak tetapi saya rasa ada baiknya semua maklumat walaupun spekulasi harus dilihat sebagaimana kenyataan Ketua Polis beru-baru ini.

Berita yang dipetik dari portal berita Indonesia adalah seperti berikut:-


Pihak keluarga Firman Candra Siregar, penumpang pesawat MH370, hingga saat ini masih belum bisa menerima pernyataan dari Pemerintah Malaysia bahwa pesawat jatuh di Samudera Hindia. Pasalnya, keluarga masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman.

“Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Maret, dari iPad yang dipegang Firman,” kata kakak kandung Firman, January Siregar, seperti dikutip Vivanews, Kamis (27/3).

Hal inilah yang masih meyakinkan pihak keluarga bahwa Firman dan penumpang lainnya selamat. Apalagi, hingga saat ini tidak ditemukan bukti-bukti berupa puing dari pesawat.

January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan mengatakan, informasi ini sudah diberitahukan ke pihak Pemerintah Malaysia dan maskapai Malaysia Airlines.

Untuk itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang asal Indonesia telah mengirimkan petisi agar Malaysia dan maskapai memberikan informasi yang akurat dan transparan.

“Kami juga berharap agar pemerintah Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan,” kata January.

Proses pencarian hari ini masih dilanjutkan. Namun, upaya pencarian terkendala cuaca. Mereka harus berpacu dengan waktu, karena menurut prediksi Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini diprediksi akan memburuk.

Sebelumnya, Komite Dewan Fatwa Nasional Malaysia dalam rapat Selasa (25/3) malam memutuskan, belum saatnya melakukan Shalat Ghaib untuk para awak dan penumpang Pesawat MH370 yang beragama Islam. Pasalnya, mereka menunggu ditemukannya mayat atau bagian dari mayat penumpang MH370 sebagai bukti. Meskipun, pemerintah telah mengumumkan bahwa pesawat itu berakhir di Samudera Hindia dan memperkirakan seluruh penumpangnya tewas.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


  Agensi pelancongan China henti jualan tiket MAS
Posted on Friday, March 28 @ 22:42:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Agensi pelancongan atas talian China menghentikan jualan tiket untuk penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

South China Morning Post melaporkan beberapa agensi popular China akan memulaukan MAS sehingga "kebenaran terserlah" dalam kes MH370.

Agensi yang tidak lagi menjual tiket penerbangan MAS sebagai pilihan termasuk agensi popular seperti eLong, LY.com dan Qunar.

Bagaimanapun, hariaj itu melaporkan Ctrip.com, agensi pelancongan atas talian terkenal, masih menjual tiket MAS ekoran “bantahan daripada jabatan jualan”. - MK


 Mengimbas kembali Misteri MH653 Yang Terhempas Di Tanjong Kupang 1977
Posted on Friday, March 28 @ 15:35:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Saja aku carik pasal 'Turbulence' kat internet, tetiba jumpa ni. 'Turbulence' tu ialah gegaran disebabkan pelanggaran awan dan angin yang kuat. Aku dah la selalu menggunakan kapal terbang untuk balik ke kampung halaman, tak sangka tragedi kapal terbang terhempas pernah berlaku di Malaysia dan ianya membuatkan aku cuak jugak.



Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.




Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.




Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.



Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Peristiwa ini mempunyai kisah misteri dan seramnya tersendiri, untuk mengetahui kisah misteri dan seram tersebut, teruskan membaca dengan klik link dibawah ni.
Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.



Tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus dan menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder.



Peristiwa Misteri dan Seram

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu. Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi. Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu. Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya. Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

“Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah,” katanya.
Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.


“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya. “Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.“Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu,” katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan. Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

“Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel. “Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara,” katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.


“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya. “Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia. “Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja,” katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu. Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

“Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan. “Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan,” katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur,” katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan. Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).


Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).



Tugu Peringatan Tanjong Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru itu telah dibina sebagai usaha untuk memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi Tanjung Kupang.

Sumber : Pengalamanituguruterbaik, Anak Jati Muar

Damn scary!
http://johanharith.blogspot.com



KUALA LUMPUR: Tindakan memindahkan operasi pencarian MH370 ke kawasan baharu bukan perkara luar biasa, sebaliknya perkara seperti itu sentiasa berlaku dalam sebarang misi mencari dan menyelamat (SAR).
  
Pengurus Besar Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) bagi Divisyen Respons Kecemasan, John Young berkata langkah itu seiring dengan maklumat baharu yang diterima ketika operasi dijalankan.
  
"Ini perkara biasa dalam aktiviti SAR kerana maklumat baharu akan muncul dalam analisis dan akan membawa operasi ke kawasan baharu.
  
"Saya tidak anggap usaha yang terdahulu sebagai pembaziran masa," katanya dalam taklimat media di Canberra pada Jumaat yang disiar secara langsung oleh saluran berita CNN.
  
Terdahulu hari ini, AMSA dalam satu kenyataan berkata misi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

AMSA berkata agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan.
  
Operasi pencarian penerbangan MH370 dipindahkan ke utara di Lautan Hindi selepas petunjuk baharu mendapati pesawat mungkin bergerak lebih laju daripada anggaran asal.
  
"Maklumat menunjukkan pesawat bergerak lebih pantas daripada jangkaan awal, menyebabkan pembakaran bahan api yang lebih cepat sekali gus memendekkan jarak penerbangan pesawat ke selatan Lautan Hindi," katanya yang yakin kawasan baharu itu lokasi terbaik untuk usaha pencarian.
  
Young juga berkata beliau tidak akan menggunakan terma 'lapangan serpihan' berhubung imej kira-kira 300 objek yang dicerap oleh satelit memandangkan belum sahih cerapan itu adalah objek.
  
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Bagaimanapun pesawat itu hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.
  
Misi mencari dan menyelamat memasuki hari ke-21 hari ini dan difokuskan di Lautan Hindi selepas analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom merumuskan lokasi terakhir pesawat di tengah-tengah lautan berkenaan. - Bernama

 Penantian 37 tahun bagi keluarga penumpang pesawat MAS terhempas 1977
Posted on Friday, March 28 @ 15:30:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Masuk hari ke-21 misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, ahli keluarga penumpang sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas menunggu selama 37 tahun dan masih belum mendapatkan jawapan sebenar, lapor CNN.

Pada 1977, pesawat MH653 ditawan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.



Boeing 737-200 itu terhempas ke kawasan paya bakau, menyebabkan kesemua 100 orang penumpang dan anak kapal terbunuh.
Ia merupakan kejadian paling dahsyat dalam sejarah Malaysia Airlines sebelum MH370.
“Tiga puluh tujuh tahun dan kami masih belum tahu perkara sebenar yang berlaku,” kata Ruth Parr yang berumur 19 tahun ketika ayahnya, Thomas meninggal dunia dalam kemalangan itu kepada CNN.
Orang atau kumpulan yang menawan MH653 masih belum dikenalpasti walaupun rakaman suara merakamkan segala-galanya daripada kokpit, termasuk bunyi tembakan yang membunuh kedua-dua juruterbang.
Laporan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengatakan pesawat itu ditawan ketika ianya menghampiri Kuala Lumpur.
Terdapat kekeliruan sama ada pesawat tersebut akan mendarat di situ atau terbang menuju ke Singapura.
Anak kapal ditembak dan pesawat akhirnya terhempas ke dalam tanah paya pada kedudukan 450 knot.
Laporan itu yang dipetik CNN, membuat kesimpulan kemalangan itu disebabkan oleh anak-anak kapal cedera parah dan tidak berupaya, lalu menyebabkan pesawat tidak terkawal.
Bagaimanapun, sesetengah saksi yang melihat kejadian itu mengatakan pesawat terbakar sebelum mencecah tanah, manakala ada yang berkata mendengar letupan sebelum kemalangan itu, walaupun tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan ini.
Bagi anggota keluarga penumpang yang dihubungi CNN, kehilangan MH370 menggembalikan memori silam yang cuba mereka lupakan.
“Memori ini akan tetap bersama sepanjang masa,” kata Tom Sherrington, yang mana bapanya Richard berada dalam MH653, kepada CNN.
Beliau percaya bercakap secara terbuka tentang kenangan bapanya, yang beliau sifatkan sebagai "lelaki yang kelakar" dan "pengembara", membantu keluarganya untuk berdepan dengan kesedihan.
Keluarganya juga melawat memorial yang dibina berhampiran lokasi kemalangan di bandar pantai Tanjung Kupang, Johor, dan menurut Sherrington ini membolehkan keluarganya melawat tempat tersebut bagi menampung kesedihan mereka.
Sherrington memberitahu CNN keluarga penumpang MH370 perlu memberi tumpuan memperingati orang yang tersayang dan tidak menyalahkan orang lain untuk di atas apa yang berlaku.
Kedua-dua Parr dan Sherrington memberi amaran bahawa setiap orang melupakan kesedihan masing-masing dengan pelbagai cara dan tiada jalan pintas untuknya.
“Ia akan menjadi lebih mudah lama kelamaan akan tetapi anda tidak akan melupakan tarikh itu,” kata Parr kepada CNN.
Keluarga penumpang MH370 yang kesedihan mendesak Putrajaya membuktikan Boeing 777-200ER memang berakhir di Lautan Hindi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin.
Ch'ng Khai Cheak, yang kakaknya Ch'ng Mei Ling dalam penerbangan tersebut, berkata pengumuman hanya perlu dibuat apabila sudah terdapat bukti fizikal pesawat tersebut terhempas di lautan.

TMI
– 28 Mac, 2014.

 MH370 terbang lebih laju dari dijangka
Posted on Friday, March 28 @ 14:56:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengumumkan kawasan carian akan beralih kepada 1,100 kilometer ke Timur Laur daripada kawasan carian semasa ekoran petunjuk baru berwibawa daripada siasatan antarabangsa di Malaysia.

Ini bermaksud operasi mencari dan menyelamat kini melibatkan kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850kilometer daripada Barat Perth.

“Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB)... menilai nasihat (pasukan Malaysia) dan mendapati perkara ini petunjuk paling berwibawa di mana serpihan-serpihan mungkin berada,” katanya dalam kenyataan.

AMSA berkata, analisis berterus pada data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan radar hilang, menunjukkan pesawat itu bergerak lebih pantas daripada yang dijangka sebelum ini.

Ia, justeru, menurut Amsa, meningkatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemampuan jaraknya di Lautan Hindi  - MK


 Misteri Masej Philip Wood Penumpang MH370 Membuat Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia??
Posted on Friday, March 28 @ 12:49:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370. Saya tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya artikel ini dikongsikan bersama.

Antaranya masej berbunyi

"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."

Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968


Di forum berkenaan Philip sempat memuat naik gambar hitam sebagai picture profilenya : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg


Dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisis data exit dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )

Spoiler for Hangar Diego Garcia





Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH370
Spoiler for saksi mata



Di akhir posting forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "

Menurut seorang forumer daripada forum Kaskus Indonasia TehGanteng   dan kimbo555 telah membuat analisis maklumat ini adalah seperti di bawah:-

Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.

Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak


Quote:Original Posted By kimbo555
terjemahan postingan philip wood :


postingan : http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)

photo profile (avatar) : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg



(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)



kamera yg digunakan :



GPS :













DAFTAR MANIFEST MH-370 :

http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf



NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA


low batt mungkin gan, batrenya gak ngangkat kalo buat flash..




GPS di hp udah kebaca tuh..

yg jd pertanyaan tinggal kenapa gak sms, padahal utk internetan bisa.



ya kalo gak ada sinyal selular disana, ngapain mesti bikin pangkalan udara disana ???

ente tau, christmast island, kepulauan fiji ???
di google maps hampir gak keliatan.
tp fasilitas disana kalo ama kampung lu sih kayanya jauh banget..



Walahualam hanya Allah mengetahui kebenarannya. Saya tak berhasrat untuk bahas logik atau tak masej berkenaan. MH370 makin menjadi tanda tanya selagi serpihan tidak dijumpai, selagi mayat tak timbul dan selagi kotak hitam masih tercari-cari!!

- Tempayan Retak
http://tempayanretak.blogspot.com
 
 Kenapa Perkara Ini Tidak pernah Diajukan Dlm Press Conference
Posted on Friday, March 28 @ 12:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Kehilangan MH370 memang satu misteri. Semua andaian boleh diterima. Ada teori kata jatuh terhempas di Lautan Hindi ( ini telah diumumkan oleh najib). Ada yang kata kena hijack . Ada yang kata kerana masalh teknikal. Ada yang kata semacam bunuh diri. Kesemuanya ada logiknya KERANA tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Oleh itu apa juga andaian boleh diterima . Apapun dalam banyak2 andaian yang betul hanyalah satu. Itu pun jika kotak hitam dapat dijumpai ( itu kalau ianya terhempas). Tapi kalau disembunyikan payah juga nak tahu duduk perkara sebenarnya.

Apa pun kita masih menaruh harapan ( walaupun haRAPAN YANG TIPIS)bahwa MH370 tidak terhempas.

Katalah ianya terhempas ( seperti kata najib) ada kemusykilan kepada kejadian itu.
Tentu sekali diantara para penumpang MH370 bukannya pertama kali pergi ke Beijing. Tentu sebahagian penumpang dah macam rutin turun naik dari KLIA ke Beijing. Bermakna mereka dah familiar dengan laluan antara dua kota itu. Seandainya kapalterbang melalui laluan lain dari kebiasaan tentu sekali mereka sedar . Dalam tempoh 6 jam sejak hilang dari radar pada pukul 2.00 pagi tentu sekali penghujung  penerbangan itu dalam keadaan siang . Dah boleh nampak persekitaraan melalui tingkap.
Persoalannya...MENGAPA TIADA SEORANG PUN YANG MEMBUAT PANGGILAN DAN MEMBERI SMS KEPADA AHLI KELUARGA MENGENAI SITUASI YANG SEDANG DILALUI ? AGAK MUSTAHIL DALAM RAMAI2 PENUMPANG ITU TIDAK MENGHUBUNGI AHLI KELUARGA MEREKA DALAM KEADAAN ARAH KAPALTERBANG MELALUI LALUAN GANJIL.
Soalnya apakah kesemua penumpang berada dalam keadaan sedar atau sebaliknya sewaktu meniti saat2 kehabisan minyak (menurut kata najib).Kalau semuanya tidak sedar (termasuk pilot) bermakna ianya bukan angkara pilot . Sebaliknya kalau mereka semua sedar tetapi handphone tidak boleh digunakan , something wrong dengan gelombang hp dikawasan berkenaan, seperti telah diputuskan oleh pihak tertentu.
Mudah-mudahn kesimpulan yg mengatakan MH370 terhempas di lautan Hindi tidak benar. Selagi cebisan kapalterbang tidak dijumpai , kita ( apatah ahli keluarga) menaruh harapan (walaupun tipis) ianya masih selamat .

"
MH370 : Undang-Undang Siber Terhadap Spekulasi dan Pendapat Mengenai Tragedi
Posted on Friday, March 28 @ 12:11:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"
Hidup lagi rupanya Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Rais Yatim ni ya, dah dapat Gelaran Tan Sri gua cakap lu, Tahniah Tan Sri mungkin gua ni terlepas Pesawat Mas lah kot sampai tak tahu yang lu sudah mendapat Gelaran Tan Sri. Memang gua AKUI lu antara Ahli Politik yang dikira BERJAYA didalam Umno berbanding Ahli-Ahli Umno yang lain sekadar menjadi Penchacai Angkat Najis, kalau ada pun yang SPECIAL hanyalah MENU Otak Lembu NFC dan Otak Udang dari Kolam Noh Omar  kah kah kah !.


Bukan setakat itu aje MALAHAN sekarang ni beliau sudah dilantik menjadi Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan lagi, mungkin Jawatan tersebut adalah GANTI kepada Jawatan sebagai DUTA ke Negara Indonesia yang telah dibagikan kepada orang lain. Walaupun pada Awal nya beliau berkedudukan di RANKING PERTAMA Paling Layak untuk Jawatan Duta ke Negara Indonesia tersebut. Tapi tak apa lah JANJI MASYUKKK Sudah... kah kah kah !.
Banyak sudah DUIT RAKYAT dapat beliau CEKIK beb, antara nya melalui PENCEN Ahli Parlimen, Pencen Ahli Dewan Undangan Negeri, Pencen Menteri Besar Negeri Sembilan, menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Undang-Undang, Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Menteri Luar dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multi Media... hebat tak beb... kah kah kah !.
Cuma gua tak pasti sama ada sebagai Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri serta Menteri ada tak Peruntukan Pencen bagi beliau dan adakah hanya satu Pencen atau Pencen yang BERBAGAI-BAGAI, kalau Pencen Berbagai-Bagai jawapnya Habislah HARTA RAKYAT bagi membayar Duit Pencen RAIS ANAK YATIM ni beb. Yang TERKINI sebagai Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan pulak, tak kan dengan AIR LIUR BASI aje kot... kah kah kah !.
Yang TAK SEDAP nya, sudah banyak Duit Rakyat beliau CEKIK lepas tu suruh pulak Penguatkuasaan Undang-Undang SIBER sedia ada DIPERKETATKAN lagi hanya kerana "Rakyat Mula menggunakan MEDIA SOSIAL untuk membuat PELBAGAI SPEKULASI dan PENDAPAT terutamanya mengenai TRAGEDI Pesawat MAS MH370 dan ada yang dikatakan mengambil KESEMPATAN untuk menjadikan nya sebagai ISU POLITIK... kah kah kah !.

Lu ni tak mengikuti Perkembangan Pesawat Mas MH370 ke Rais Anak Yatim, lu tak tahu ke siapa yang MENYEBARKAN SPEKULASI TAHAP TERTINGGI dalam Isu MH370, tu Ulul Amri lu tu adalah Penyebar Spekulasi Tahap Tertinggi dengan mengatakan Pesawat Mas MH370 Penerbangan nya Berakhir di Lautan Hindi Jauh Dari Tempat Pendaratan atau pun SUDAH TERHEMPAS. Yang Kemudian nya dikuti dengan USUL di Parlimen sambil Ucap TAKZIAH.

Tapi sampai ke Hari Ini satu BUKTI pun TIADA bagi menunjukkan yang Pesawat Mas MH370 tersebut TERHEMPAS, apakah kerana Ulul Amri lu tu Perdana Menteri maka SUKA HATI MAK BAPAK beliau untuk kata APA SAJA walaupun SPEKULASI. Andai kata lah Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis DITAKDIRKAN menjadi Perdana Menteri (PM) semula gua JAMIN 101 Peratus lah yang Rais Anak Yatim ni akan menjadi Menteri semula beb... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... satu ketika dulu beliau pernah dipanggil sebagai menteri pan tin tun dan menteri ini soalan ke cadangan... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Friday, March 28 @ 12:11:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
Iqbal
Posted on Friday, March 28 @ 12:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan: