Selasa, 25 Mac 2014

BIAR MATI MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH BUKAN MATI MEMPERTAHANKAN KESESATAN





KOTA BHARU: “Apa yang berlaku ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya,” kata Mursyidul Am PAS.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang penting setiap keluarga mangsa kena bertenang serta bersabar bila berdepan dengan musibah seperti sekarang.

“Sebutlah Innalillah... untuk meredakan keresahan jiwa bahawasanya kita adalah milik Allah Taala.  Andainya Allah nakkan kita hidup, hiduplah kita dan begitulah sebaliknya.

“Insya-Allah kita berdoa semoga mangsa diampunkan dosa-dosa mereka dan kita juga sewaktu hidup hendaklah sentiasa berdoa semoga kita mati dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Malam tadi Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kedudukan terakhir pesawat MH370 dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Maklumat lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut mengucap takziah kepada keluarga mangsa MH370.

“Saya turut merasa sedih terhadap khabar baru itu selepas penantian selama 17 hari. Saya berharap keluarga mangsa di seluruh dunia bersabar menerima takdir yang berlaku,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: “Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung,” tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pendukung Ikhwan Muslimin, semalam.

Beliau berkata, Dewan Ulamak PAS Pusat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan mereka serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian para pendukung Ikhwan Muslimin.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kepada saudara-saudara seperjuangan yang dijatuhkan hukuman gantung di Mesir.

Kami memberi penghormatan dan amat kagum terhadap perjuangan kalian dan dunia telah menyaksikannya serta kami bertambah teguh bersolidariti dengan ketetapan kalian yang amat berani terhadap puak pengkhianat dan pembunuh yang tidak sedikitpun takut kepada azab Allah dan mereka tetap melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.

Di kesempatan ini, kami mengingatkan kalian dengan firman Allah yang bermaksud (dan jangan kamu sangka Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim akan tetapi sesungguhnya Allah ingin tangguhkan (azab) kepada mereka pada hari yang pada waktu itu mata mereka terbeliak).

Kami mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan kalian serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian kalian.

Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung.

Jangan kalian sangka mereka yang gugur di jalan Allah itu telah mati bahkan mereka sebenarnya hidup dan diberi rezeki yang melimpah di sisi Allah.

Kami mengutuk dan mengkritik keras keputusan mahkamah yang cetek lagi rakus yang telah diadili oleh barisan hakim perampas kuasa ke atas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammad Badie dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Katatni dengan hukuman gantung sampai mati.

Di sini, kami sertakan penghormatan tinggi terhadap ketabahan para singa Allah di zaman yang diseliputi kezaliman dan sesungguhnya kezaliman pasti akan berakhir walau apa keadaan sekalipun.

Allah pasti bersama kalian serta tidak sekali-kali akan mengurangkan pahala segala amalan dan usaha kalian dan Allah berkuasa terhadap segala urusan-Nya.

Bersabarlah wahai seluruh keluarga Ikhwan Muslimin, maka sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir dan insya Allah, Allah menjanjikan syurga-syurga-Nya kepada kalian.

Ya Allah, anugerahlah kemenangan kepada pejuang agama-Mu di Mesir.
KUALA LUMPUR: Asian Federation Of Muslim Youth (AFMY) mengecam tindakan Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 rakyat negara itu yang terdiri daripada ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am mereka, Sheikh Mohamed Badi’e yang menyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamed Morsi dalam rampasan kuasa, yakni kudeta tentera tahun lepas.

Pengerusinya, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata, tindakan itu membuktikan bahawa sistem demokrasi di Mesir yang kian lemah dalam melindungi hak asasi dan maruah rakyat sehingga sanggup mengorbankan rakyat sendiri dalam pertarungan politik di negara tersebut seperti yang berlaku di Dataran Raba’ah Al Adawiyyah sebelum dari ini.

Katanya, rentetan sejarah memaparkan bahawa Ikhwanul Muslimin sentiasa ditindas dan ramai ahlinya telah dipenjara dan ada antaranya syahid akibat kekejaman oleh pemerintah Mesir seperti Jamal Abdul Nasser dan Anwar Sadat sejak berdekad-dekad tahun yang lepas.

AFMY juga, ujar beliau akan memastikan kesemua organisasi-organisasi belia dan pelajar Islam di seluruh Asia yang bernaung di bawah AFMY untuk bangkit dalam membantah keputusan yang disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan moden.

“Justeru itu, AFMY menyeru seluruh masyarakat dunia tidak kira latar belakang NGO mahupun dari kalangan kerajaan untuk bangkit dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kedutaan Mesir pada Jumaat ini bagi membantah tindakan kerajaan kudeta negara itu yang menjatuhkan hukum mati terhadap 529 pendukung Ikhwan Muslimin.

Himpunan itu akan dianjurkan bersama NGO Islam, rakan-rakan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysi yang prihatin.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, demonstrasi itu akan diadakan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan akan berarak ke kedutaan Mesir.

Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan, Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang direka cipta.

Kes ini dilihat dibuat melalui perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh.

Ianya dibuat selepas langkah pertama iaitu mengharamkan penubuhan Ikhwan Muslimin beberapa bulan sebelum ini.

Dalam pada itu, Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengecam keputusan itu.

Beliau turut menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.

"PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir.

"Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat," kata beliau.

Tiada ulasan: