Isnin, 31 Mac 2014

MUNGKIN JUGA BOLEH SEBUT TUHAN TAPI MASIH UMUM....SEBUT ALLAH LEBIH TEPAT...KHUSUSLAH IANYA UNTUK 'ALLAH' MAKSUD YANG TERANG LAGI BERSULUH


Ustaz mimpi MH370 mengamuk, tutup akaun FB

Posted on Monday, March 31 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Ustaz Darul Manzil mimpi MH370 sudah tutup akaun Facebook. Ustaz yang kini popular dengan mimpi pesawat MH370 yang hilang telah menutup akaun facebooknya setelah menerima pelbagai komen negatif terhadapnya. Terdahulu pada mimpi pertama, Ustaz Darul Manzil telah menceritakan saat detik cemas penumpang dan krew pesawat MH370 menjunam di sebuah lautan menerusi statusnya dilaman sosial, lapor Melvister.
Ustaz mimpi
Mimpi pertama tersebut menjadi viral dan mendapat perhatian oleh pengguna dilaman sosial. Pada mimpi yang kedua dan terkini, Ustaz tersebut bermimpi lagi dimana pesawat MH370 berserta penumpang dan krew telah dijadikan tahanan di sebuah pulau yang lebih dikenali sebagai Diego Garcia. 

 Raja Bomoh MH370: JAIPK Hanya Tunggu?
Posted on Monday, March 31 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasa kecewa perbuatan khurafat dan syirik di Negeri Perak masih berluluasa dan masih diamalkan walaupun Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria telah menegur agar 'Raja' Bomoh yang diporpulakan dengan kajadian MH370, Datuk Ibrahim Mat Zin agar bertaubat kerana perbuatannya jelas bercanggah dengan Islam.
Terbaru, tersebar berluluasa video ritual 'Pencarian MH370' oleh Datuk Ibrahim di Pulau Sembilan yang terletak berhampiran dengan Bandar Manjung yang dikatakan 'menyeru' agar ‘mayat-mayat’ MH370 timbul amat mendukacitakan. Persoalan kami, dimanakah peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di dalam mencegah dan menghalang perbuatan khurafat dan syirik terus diamalkan?

Kami akui, Datuk Ibrahim yang tinggal di Perak dan ramai kenalan pembesar-pembesar negeri ini tidak harus terlepas begitu sahaja. Kami mendesak agar JAIPk bertindak dan menghentikan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam tersebut. Jika Datuk Ibrahim tidak diambil tindakan, ianya seolah-oleh bahawa Datuk Ibrahim 'amat kebal' dan tidak 'boleh disentuh'!


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


 Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya??
Posted on Monday, March 31 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Menurut Daily Mail, Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Menurut Daily Mail:

Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
{baca lagi klik butang papar ... }


Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,

“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.

“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”

Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.

Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.

Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. - DAILY MAIL 


 Tahanan Mesir kena seksa,cabul
Posted on Monday, March 31 @ 00:24:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





KAHERAH: Pukulan teruk, salah laku seks dan renjatan elektrik dilakukan ke atas tahanan termasuk kanak-kanak dan remaja di Mesir, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), berdasarkan maklumat yang dikumpulkannya.

Sekurang-kurangnya 20,000 orang sudah ditangkap sejak Julai lalu bagi membendung penentangan terhadap kerajaan sementara yang disokong tentera. Semakin ramai muncul dari balai polis dan penjara dengan dakwaan seksaan yang serius.

Maklumat itu walaupun tidak dapat disahkan, selari dengan laporan kumpulan hak asasi yang menyatakan bahawa tahanan di penjara Mesir didera dan disiksa.



“Nampaknya Mesir sudah kembali semua ke zaman Mubarak yang terbabit dengan penderaan secara sistematik. Lebih banyak penyeksaan dilakukan sekarang kerana semakin ramai yang ditahan. Apa yang berbeza ialah tahap kekejaman yang semakin dahsyat,” kata anggota kumpulan aktivis Rangkaian Arab Bagi Maklumat Hak Asasi, Gamal Eid.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan kerajaan sementara yang diterajui tentera.
Bagi Ahmed Abdel Fattah, 15, minat terhadap telefon bimbit menyebabkan beliau kehilangan kebebasannya.

“Mereka menangkap saya dan ketika soal siasat saya dikenakan renjatan elektrik mmenyebabkan saya pengsan,” katanya.
Beliau menggunakan telefon untuk merakam tunjuk perasaann dekat rumahnya di wilayah Sharquiya, utara Kaherah.

“Saya curiga. Kenapa saya tidak boleh merakamkan apa yang selalu dipaparkan setiap malam di televisyen?”

Apabila samseng tempatan cuba merampas telefon bimbitnya Ahmed enggan menyerahkannya.

Mereka menyerahkan remaja terbabit kepada polis.
Ahmed berkata itulah permulaan penyeksaan ke atas dirinya selama 34 34 hari di balai polis.

Ahmed berkata, beliau menjadi tumpuan polis, walaupun masih muda kerana disyaki menjadi penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan.

“Mereka mahu saya berasa takut. Mereka menyangka saya mempunyai banyak maklumat. Saya bukannya daripada Ikhwanul Muslimin. Mereka berkata mengenai dana luar, mempunyai senjata dan saya yang mendapatkan senjata untuk kumpulan itu.
Yassin Mohammed, 19, antara penunjuk perasaan pro-demokrasi yang ditangkap di Kaherah Januari lalu dan ditahan selama 42 hari.

“Saya sangka ketika soal-siasat mereka akan belasah saya seperti sebelum ini. Saya terkejut apabila seorang penyiasat melucutkan seluar dan meletak wayar di paha saya. Saya menjerit dan meraung,” katanya dengan tangan yang masih menggigil.

Yassin juga berkata beliau didera secara seksual, tet 


 Kaki Kanan Kanak-Kanak 7 Tahun Tersepit Dalam Lubang Tandas
Posted on Monday, March 31 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





MELAKA:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam setelah kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Tasik Utama di sini Ahad.


Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi tadi, Muhammad Daniel Amir sedang mandi apabila dengan tiba-tiba kaki kanannya termasuk ke dalam lubang tandas itu.

Bapanya Amir Ali, 47, berkata ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk keluar membeli barangan dapur di bandar Melaka.

"Saya terdengar jeritan Daniel lalu terus meluru ke bilik air untuk lihat keadaan dia dan saya nampak kakinya sudah termasuk ke dalam lubang tandas sehingga paras lutut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Katanya beliau cuba mengeluarkan kaki anak sulung daripada tiga beradik itu selama setengah jam, namun gagal sebelum menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Ayer Keroh Mohd Shahril Zauni berkata pihaknya memecahkan mangkuk tandas itu bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu pada 11.40 pagi.

Amir berkata Muhammad Daniel tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kakinya dikeluarkan anggota bomba.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membawa anaknya itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

MSTAR 


Iblis Gentar Dengan Soalan Nabi Muhammad
Posted on Monday, March 31 @ 00:16:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



 



Iblis gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian daripada soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.


“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.
Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”
Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika iamembaca al-Quran.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”
Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.
Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”
Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?” Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

*Sumber dari thaqofahdaie.blogspot.com
pesan tok moh
 
Like · · · 3 minutes ago ·
Osman Aziz was tagged in Ramli Joned's photo.
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI ISNIN 31 MAC 2014:
MENGAPA UMUR 40 TAHUN BEGITU PENTING..

MENURUT IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH, usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1] KANAK-KANAK (sejak lahir hingga akil baligh)...
2] MUDA ATAU SYABAB (sejak akil baligh hingga 40 tahun)...
3] DEWASA (40 tahun hingga 60 tahun)....
4] TUA (60 tahun hingga mati)...

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh... Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW....
“SEORANG HAMBA MUSLIM BILA USIANYA MENCAPAI 40 TAHUN, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya)... JIKA USIANYA MENCAPAI 60 TAHUN, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya... BILA USIANYA MENCAPAI 70 TAHUN, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya... JIKA USIANYA MENCAPAI 80 TAHUN, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya... DAN BILA USIANYA MENCAPAI 90 TAHUN, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi...”.. (HR Ahmad)....

Hadith ini menyebut SEORANG MUSLIM yang memiliki komitmen serta konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya, pada usianya mencapai 40 tahun... TETAPI UMUR 40 TAHUN MERUPAKAN SAAT HARUS BERHATI2... Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk SENJA... IBNU ‘ABBAS R.A. dalam suatu riwayat berkata, “BARANGSIAPA MENCAPAI USIA 40 TAHUN, DAN AMAL KEBAJIKANNYA TIDAK MANTAP DAN TIDAK DAPAT MENGALAHKAN AMAL KEBURUKANNYA, MAKA HENDAKLAH IA BERSIAP-SIAP KE NERAKA.”...

APA YANG HARUS DILAKUKAN PADA USIA 40 TAHUN?... [1] Meneguhkan tujuan hidup dan MEMPERTEGUHKAN HIDUP BERKELUARGA... (Seboleh2nya janganlah rumahtangga masih PORAK-PERANDA di waktu ini, dan masih mengutamakan nilai2 keduniaan dan kebendaan)... [2] MEMPERBANYAK BERSYUKUR dan ingat kepada Allah... [3] Menjaga makan dan tidur.... [4] MENJAGA ISTIQAMAH DALAM IBADAH... [5] Jadikan UBAN sebagai peringatan... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*.....

Tiada ulasan: