Isnin, 31 Mac 2014

BOLEH JADI BENAR...BOLEH JADI TAK BENAR...BAGAIMANA PUN ALLAH LAH MAHA BERKUASA....KITA TUNGGU DAN LIHAT

28 Mac 2014

GEMPAR! PENYIASAT YOUTUBE DAKWA MH370 MENDARAT DI DIEGO GARCIA?


YouTube Investigator: ‘Flight 370 landed at Diego Garcia military base, plane and passengers then put in a Faraday style hangar’

March 24, 2014 2:30 AM EDT



Most recently Montagraph produced a video detailing the possibility that the missing Malaysian Airlines flight 370 was landed at Diego Garcia, a top-secret military base controlled by the U.S.
By Shepard Ambellas

(INTELLIHUB) — Montagraph, who is also the face behind the popular “Montagraph” YouTube channel, is known for his thought-provoking videos. In his most recent video titled “Flight MH370 Is At Diego Garcia – Here’s The Proof”, Montagraph laid-out a brief timeline of events that really make sense. In fact his theory makes more sense then any of the mainstream media’s recent conjecture.

In fact, the video details how flight 370 departed Malaysia’s Kuala Lampur Airport at 12:41am on the Mar. 8, disappearing from radar and tower communications around 1:21am after making a rather sharp turn-back to the west. This is key information which led Montagraph to the next part of his investigation.



According to Montagraph and others, the plane was seen flying low at the southern tip of the Maldives Islands around 6:15am, on the morning of Mar. 8, 2014. After referencing flight times and distances, Montagraph concluded that the plane would have been in the vicinity of the Maldives around 6:25am. “That’s only a ten minute difference”, stated Montagraph.

Montagraph then stated that MH370 most likely landed at Diego Garcia and the plane may have been ushered into a massive “Faraday cage” style hangar to avoid passengers from communicating with the outside world.


Montagraph speculates that the plane will later be crashed into the ocean for press coverage and none of the passengers will be retrieved as they likely are still being held at a military facility.

(Photo: Wikimedia Commons)

SUMBER

TERJEMAHAN GOOGLE:

YouTube Penyiasat : Penerbangan 370 mendarat di pangkalan Diego Garcia tentera, kapal terbang dan penumpang kemudian dimasukkan ke dalam Faraday gaya hangar '
24 Mac, 2014 02:30 EDT  :



Baru-baru ini Montagraph menghasilkan video memperincikan kemungkinan bahawa hilang Malaysian Airlines penerbangan 370 telah mendarat di Diego Garcia, pangkalan tentera rahsia dikawal oleh Amerika Syarikat

Oleh Shepard Ambellas

( INTELLIHUB ) - Montagraph yang juga muka di sebalik popular " Montagraph " saluran YouTube , dikenali untuk video pemikiran- memprovokasi beliau. Dalam video beliau yang paling baru-baru ini bertajuk "Penerbangan MH370 Adakah Pada Diego Garcia - Berikut adalah Bukti ", Montagraph meletakkan keluar garis masa ringkas peristiwa-peristiwa yang benar-benar masuk akal. Malah teorinya lebih masuk akal maka apa-apa tekaan media arus perdana baru-baru ini .

Malah, video butiran bagaimana penerbangan 370 berlepas Lapangan Terbang Kuala Lampur Malaysia pada 00:41 pada 8 Mac , hilang dari radar dan menara komunikasi di seluruh 01:21 selepas membuat yang agak tajam pula balik ke barat. Ini adalah maklumat penting yang membawa Montagraph ke bahagian seterusnya penyiasatannya .

Menurut Montagraph dan lain-lain , pesawat itu dilihat terbang rendah di hujung selatan Kepulauan Maldives sekitar 6:15 pagi , pada pagi 8 Mac 2014 . Selepas rujukan waktu penerbangan dan jarak, Montagraph membuat kesimpulan bahawa pesawat akan menjadi di sekitar Maldives sekitar 6:25 . " Itu hanya perbezaan sepuluh minit" , menyatakan Montagraph .

Montagraph kemudian menyatakan bahawa MH370 kemungkinan besar mendarat di Diego Garcia dan pesawat itu mungkin telah diiringi ke dalam " sangkar Faraday " gaya hangar besar-besaran untuk mengelakkan penumpang dari berkomunikasi dengan dunia luar.

Montagraph spekulasi bahawa pesawat akan kemudian akan terhempas ke dalam laut untuk liputan akhbar dan tiada penumpang akan diambil kerana mereka mungkin masih diadakan di kemudahan tentera.

BACA LAGI ADA DAKWAN DALAM SATU FORUM....YANG DIBOCORKAN OLEH SEORANG PENUMPANG MH370?.....................kalau dakwaan ini benar maka teori konsipras.... akan lebih menarik



Seseorang telah memuat naik satu foto gambar gelap (hitam) di sebuah forum, MENDAKWA kapal terbangnya telah dirampas, matanya ditutup dan dia dijadikan tawanan oleh pihak tentera yang tidak diketahui.

Dia telah menyembunyikan telefon bimbit di dalam dubur ketika rampasan pesawat berlaku. MENGAKU namanya Philip Wood dan bekerja dengan IBM, dia MENDAKWA ditempatkan di dalam sel (locked up) gelap dan diasingkan daripada penumpang lain.

Dia juga PERCAYA dia sudah disuntik dengan dadah dan tidak dapat berfikir dengan waras.  
SUMBER

BACA LAGI TENTANG DAKWAAN  PHILIP WOOD  SINI




Pautan kekal imej terbenam



KUISAS: Hanya Sebuah Entiti Syarikat?
Posted on Monday, March 31 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sangsi dengan peranan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) setelah ianya dibentangkan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lalu apabila pemansuhan Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) 2011 dikemukakan, dan ianya berkuatkuasa pada 1 Jun 2013 yang lalu. Persoalan kami, dimanakah Enakmen KUISAS yang baru bagi ianya menggerakkan sebagai sebuah Kolej Universiti? Kenapakah hanya entiti sebuah syarikat milik kerajaan iaitu KUISAS Holdings Berhad yang berorientasikan perniagaan disandarkan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi menguruskan KUISAS tanpa mempunyai Enakmen yang digunapakai?

Persoalan kami, apakah yang sedang disembunyikan oleh kerajaan negeri dan apakah nasib semua kakitangan dan pelajar di KUISAS sekarang ini? Sudah tentu semua layanan dan persekitaran kerja dan pengajian akan berorientasikan sebuah syarikat semata-mata. Ini termasuk mulai tahun ini, difahamkan yuran pengajian yang sebelum ini berjumlah RM 1,500 telah dinaikkan oleh pihak pengurusan KUISAS? Kami melihat bidang pengajian di KUISAS kini menjurus kepada bidang perolehan keuntungan jika ianya menjadi asas Syarikat KUISAS Holdings Berhad beroperasi.

Kami dimaklumkan juga, kebajikan kakitangan dan kemudahan mereka sudah beransur-ansur ditarik termasuklah rawatan perubatan hospital kerajaan yang dahulu percuma. Bagaimana pula dengan Imbuhan Tetap Khidmat Awam yang diberikan oleh pihak kerajaan dan imbuhan-imbuhan lainnya? Ini termasuk juga kemudahan pembiayaan peribadi mengikut baiyaan kerajaan awam kakitangan KUISAS kini juga ditarik semula? Adakah pengswastaan KUISAS ini akan memberikan keuntungan pengurusan tertinggi semata-mata dengan menikmati gaji yang tinggi tanpa mengikut skim gaji kerajaan? Dan apakah penambahbaikan bagi kakitangan seperti yang termaktud di dalam enakmen pembubaran 2011 yang lalu?

Kami cukup bimbang dan khuatiri jika benar apa yang sedang berlaku di KUISAS, kebajikan semua kakitangan akan menjadi sukar oleh kerana tidak lagi menggunapakai keadah daripada kerajaan. Kami mendesak agar dijelaskan kedudukan KUISAS daripada Kerajaan Negeri Perak dan mendesak agar menafikan kedudukan KUISAS yang dilaporkan tersebut. Bagi kami ianya amat mengejutkan dan memalukan jika benar maklumat yang diperolehi oleh kami ini benar. Kami merasakan pihak kerajaan negeri amat lemah di dalam menguruskan satu entiti penting pendidikan acuan Negeri Perak ini dan yang paling penting idea penubuhan KUISAS ini datangnya daripada Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang inginkan mercu pendidikan Islam di Perak dimartabatkan!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
 
 MB INC: Bunuh GLC Perak
Posted on Monday, March 31 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) melahirkan kebimbangan dengan peranan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan juga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) setelah peranan mereka selama ini kini telah diambil alih oleh Perbadanan Menteri Besar atau Menteri Besar Incorporated (MB Inc) Perak. Ianya berdasarkan aduan serta perolehan maklumat dan beberapa carian keterangan melalui Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan menjelaskan tahap peranan yang telah dimainkan oleh MB Inc.

PENYEDAR ingin memfokuskan kerisauan apa yang sedang berlaku secara senyap telah ‘membunuh’ peranan dan fungsi utama anak-anak syarikat kepada PKNPk dan yang lainnya secara khusus. Melalui kajian PENYEDAR, PKNPk adalah badan organisasi yang paling terkesan dipinggirkan melalui beberapa anak-anak syarikat miliknya seperti Syarikat Perak Corporation Berhad iaitu syarikat berasaskan pembangunan infrastruktur dan bandar baru serta selain itu Syarikat Majuperak Holdings Berhad, iaitu sebuah syarikat pembangunan hartanah dan perladangan turut mendapat tamparan hebat. Kini berlaku seolah-oleh wujud persaingan antara syarikat-syarikat di bawah naungan Kerajaan Negeri dan MB Inc.
PENYEDAR sedar MB Inc adalah satu lagi entiti yang mewakili Kerajaan Negeri Perak dalam urusan perniagaan dan korporat berkaitan dengan kepentingan negeri, akan tetapi persaingan perlu ditumpukan kepada kerangka luar daripada persaingan berbentuk dalaman. Selain itu,telah timbul juga keresahan dan beberapa bentuk tuduhan terhadap MB Inc antaranya seperti telah membolot dan mendapat semua projek yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Bentuk persaingan yang berlaku hanya menafikan matlamat penubuhan anak-anak syarikat yang dibentuk secara halus oleh kerana ruang yang sebelum ini ada disekat dan dikurangkan. Dalam perkara ini, hanya MB Inc boleh jelaskan kenapa dan mengapa perkara ini harus berlaku di Perak?

Berdasarkan itu, di sini disertakan beberapa dakwaan yang melibatkan MB Inc seperti projek mega di atas tanah bekas lombong berkeluasan 587 hektar di Lembah Kinta dekat Batu Gajah yang dinamakan ‘Kinta Lake District’untuk dibangunkan projek perumahan yang boleh diserahkan MB Inc khasnya kepada anak syarikat PKNPk iaitu Syarikat Perak Corporation Berhad atau Syarikat Majuperak Holdings Berhad. Yang terbaru melalui Laporan Ketua Audit Negara 2012, kawasan perlombongan tanah liat di Mukim Trong Daerah Larut, Matang dan Selama seluas 298 ekar yang dahulu dikendalikan juga oleh anak syarikat PKNPk iaitu PIRB Mineral Sendirian Berhad semenjak tahun 2005 sebelum Perak Teamwork mengambil alih pada tahun 2008 ketika itu.

Tetapi pada tahun 2012 pula, Perak Teamwork hilang kelayakan mengurus tapak perlombongan tanah liat tersebut dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) telah menyerahkannya pula kepada MB Inc dan Perak Teamwork diberikan kelulusan oleh MB Inc untuk mengendalikan seluas 25.01 ekar daripada keluasan yang kini dikendalikan sepenuhnya oleh MB Inc iaitu 298 ekar. Keadaan ini jelas dan pelik kenapa anak-anak syarikat berurus niaga antara satu sama lain sedangkan ianya mampu menguruskan sendiri sesuatu projek tersebut. Ini mungkin sebahagian maklumat yang boleh dikongsikan dan boleh dinilai oleh semua pihak akan kenapa dan mengapa MB Inc lakukan dan apakah tujuan berlakunya perkara tersebut dalam urusniaga di Perak.


Di dalam laporan media yang terbaru, MB Inc telah mengadakan perjanjian usahasama berkaitan perusahan perlombongan iaitu perlombongan batu silika dan juga penerokaan lombong. Usahasama perlombongan batu silika dengan syarikat galian dari Negara Singapura, OM (ANR) Resources Sendirian Berhad bagi usaha sama untuk membangunkan projek perlombongan batuan silika seluas 120 hektar. Hasil daripada itu, MB Inc hanya akan memperolehi 40 peratus sahaja hasilnya yang akan datang dan selebihnya kepada syarikat galian milik Singapura itu. Manakala bagi usahasama penerokaan lombong untuk menjalankan kaji selidik, pemetaan, perancangan, mencari gali biji timah dengan Syarikat CNMC Goldmine Holdings Limited, menerusi unitnya MCS Tin Holdings Sendirian Berhad (MCS).

MCS akan memegang 80 peratus pegangan dalam syarikat usahasama itu manakala MB Inc akan memegang baki 20 peratus sahaja hasil daripada projek tersebut. Dalam perkara ini, PENYEDAR terlintas mempersoalkan kemampuan syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai rekod yang begitu baik dan perjanjian usahasama yang bersifat ‘menang-menang’ tidak dijalinkan oleh MB Inc. Adakah untuk menjaga kepentingan Negeri Perak, sesuatu perjanjian usahasama projek tertentu perlu mendapatkan pihak luar untuk menjayakannya? MB Inc adalah sebuah entiti Kerajaan Negeri Perak di bawah Menteri Besar Negeri Perak, baik buruk perancangan dan pelaburannya akan memberikan kesan dalam jangka masa pendek dan panjang ke atas kemajuan ekonomi di Perak khususnya.


HAJI ASMUNI AWI
Pengerusi,
Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak.


Akaun twitter Maria, anak ketua pramugara MH370 digantung ?
Posted on Monday, March 31 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Akaun twitter Maria, anak ketua pramugara MH370 digantung - Akaun twitter anak perempuan kepada ketua pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari, digantung baru-baru ini dan menyebabkan ramai peminatnya hampa.

Punca sebenar akaun lama Maira dengan nama @Gorgxous digantung tidak pula diketahui sesiapa namun jangan risau kerana beliau sudah mewujudkan satu akaun baru yang menggunakan nama @MairaElizxbeth.

Setakat ini, akaun baru tersebut sudah mempunyai lebih 2,000 peminat dan semakin meningkat secara mendadak setiap hari.

Sementara itu, Maira mengakui statusnya sebagai orang biasa dan bukannya selebriti telah memudahkan untuknya menjawab pertanyaan-pertanyaan dari kalangan pengikut beliau di twitter berhubung tragedi pesawat MH370.

"I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan. Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat."


Raja Bomoh MH370: JAIPK Hanya Tunggu?
Posted on Monday, March 31 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasa kecewa perbuatan khurafat dan syirik di Negeri Perak masih berluluasa dan masih diamalkan walaupun Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria telah menegur agar 'Raja' Bomoh yang diporpulakan dengan kajadian MH370, Datuk Ibrahim Mat Zin agar bertaubat kerana perbuatannya jelas bercanggah dengan Islam.

Terbaru, tersebar berluluasa video ritual 'Pencarian MH370' oleh Datuk Ibrahim di Pulau Sembilan yang terletak berhampiran dengan Bandar Manjung yang dikatakan 'menyeru' agar ‘mayat-mayat’ MH370 timbul amat mendukacitakan. Persoalan kami, dimanakah peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di dalam mencegah dan menghalang perbuatan khurafat dan syirik terus diamalkan?

Kami akui, Datuk Ibrahim yang tinggal di Perak dan ramai kenalan pembesar-pembesar negeri ini tidak harus terlepas begitu sahaja. Kami mendesak agar JAIPk bertindak dan menghentikan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam tersebut. Jika Datuk Ibrahim tidak diambil tindakan, ianya seolah-oleh bahawa Datuk Ibrahim 'amat kebal' dan tidak 'boleh disentuh'!


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Survival Pemimpin Lwn Kelangsungan Rakyat Jelata
Posted on Sunday, March 30 @ 15:13:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



RASANYA sudah cukup lama kita tidak mengulas dan menganalisis politik serta ekonomi tanah air kerana kita mahu memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada semua pihak, khususnya kepemimpinan negara, menangani misteri MH370 tanpa gangguan.

Kelembutan Hishammuddin Husein membantu proses komunkiasi, diplomasi dan mengubat hati. Prestasi beliau dalam krisis MH370 membanggakan.


Tetapi selepas lebih tiga minggu, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER MAS itu jauh daripada selesai dan kita pun sudah lihat dengan jelas buruk serta baik prestasi kepemimpinan kita menangani krisis.
Bukan krisis lesapnya MH370 sahaja. Serentak itu kita juga mengalami kemarau, kebakaran hutan, jerebu dan catuan air. Sebelum itu, wilayah kita dilanggar penjahat Filipina.
Kita sudah memberikan masa yang cukup lama dan panjang kepada mereka, khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mengatasi krisis-krisis ini sehingga timbul tanda-tanda yang mereka berasa lega berselindung di sebalik tragedi MH370.
Saya tertarik dengan analisis sebuah portal berita yang mengatakan kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri adalah selamat dan terjamin walaupun negara dan rakyat jelata menderita pelbagai krisis.
Kata portal berita itu, walaupun tahap keyakinan terhadap beliau mungkin berada di paras paling rendah sejak menjadi PM pada tahun 2009, beliau akan kekal sebagai PM.

Disember lalu, populariti beliau mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%. Sebanyak 67% daripada orang yang dikaji menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Mohd Najib.

Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India. Sokongan orang India terhadap beliau jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%.

Main Selamat Baik Bagi Mohd Najib

Penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Mohd Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti.

Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan Muhyiddin Mohd Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Mohd Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu.

Bukan itu saja. Malah tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM. Ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Mohd Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu.

Hal ini saya ulas dengan agak panjang lebar dalam buku terbaru saya “Mohd Najib Selepas Tsunami Cina”. Dalam erti kata lain, kelemahan Mohd Najib adalah kekuatannya.

Mohd Najib tidak popular. Penarafan beliau merudum. Tetapi beliau makin hari makin kuat. Malah cukup kuat untuk menutup mulut veteran Umno dan menggoncangkan mereka dengan menggunakan media arus perdana.

Baru-baru ini, dengan tidak semena-mena media arus perdana milik kumpulan Utusan dan Media Prima, memberi liputan luas kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila beliau membuat tuduhan terhadap Daim.

Wayang kulit media milik Umno itu menjadi lebih ketara apabila Mohd Najib membuat kenyataan ringkas menyesali serangan PKR terhadap Daim.
Soalnya, adakah keadaan di mana PM yang tidak popular, tetapi tidak mungkin digulingkan adalah baik bagi negara dan rakyat jelata?

Kesan Kemiskinan Akibat Inflasi

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat penghapusan dan pemotongan subsidi serta kenaikan tarif elektrik memberi kesan langsung dalam “memiskinkan” rakyat.

Umum sudah tahu kesan kemiskinan akibat kenaikan kos sara hidup di kalangan rakyat dalam kategori isi rumah (household) 40% terkebawah yang berpendapatan purata RM1,800 sebulan.

Malah Mohd Najib sendiri mengakui kesan kemiskinan yang semakin meruncing itu apabila beliau memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada semua yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Akhbar The Star terbitan 27 Mac menyiarkan laporan bahawa hatta golongan yang berpendapatan isi rumah kurang RM5,000 pun menghadapi masalah untuk mengimbangi belanjawan mereka. 
Jadi, ada dikotomi atau pemisahan antara pelantikan Mohd Najib sebagai PM lima tahun lalu dengan kesejahteraan hidup rakyat. Manakala kedudukan Mohd Najib semakin terjamin kerana tidak ada lagi usaha menjatuhkan beliau, kedudukan ekonomi rakyat jelata semakin lemah.
Kita boleh mengatakannya satu keanehan atau ironi kerana Mohd Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak tercabar.
Adakah ini disebabkan oleh Umno ketandusan bakat kepemimpinan atau sudah menjadi begitu autokratik sehingga Presiden tidak boleh dicabar lagi?
Atau adakah negara kita sebenarnya lebih terkongkong dan tidak bebas walaupun diuar-uarkan sebagai terbuka, liberal dan sederhana?
Keadaan ini mungkin boleh diterima oleh majoriti ahli dan penyokong Umno, tetapi sama ada ia akan diterima oleh pengundi dan rakyat jelata amnya adalah persoalan yang berbeza.
Sekali lagi mungkin ada dikotomi antara kedudukan Mohd Najib yang kukuh dan selamat sebagai PM dengan sokongan pengundi terhadap Umno dan BN.
PM vs Kelangsungan Umno/BN
Mohd Najib kekal sebagai PM sehingga PRU akan datang, tetapi adakah Umno dan BN akan kekal selepas itu?
Kalau pun Umno dan BN kekal ia bukanlah kerana Umno dan BN kuat, tetapi kerana Pakatan Rakyat mungkin menjadi lemah akibat kemungkinan pemenjaraan ketua de faktonya, Anwar Ibrahim.
Sedikit sebanyak trend pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Kajang 23 Mac lalu memberi gambaran awal bahawa sokongan terhadap PR di kawasan bandar dan separa bandar semakin kukuh.
Natijahnya, Mohd Najib wajib menjaga pengundi Bumiputera dan luar bandar dari aspek ekonomi dan emosi. Tetapi beliau nampaknya terus cuba menggula-gulakan pengundi Cina dengan pelbagai janji dan pemberian.
Sebaliknya, Bumiputera dan penduduk luar bandar yang berupa rakyat paling miskin adalah yang paling teruk dihimpit kesan kenaikan kos sara hidup, inflasi dan kejatuhan harga barangan utama seperti getah dan kelapa sawit.
Cuma mereka tidak mempunyai saluran yang luas dan bebas seperti di bandar untuk menyatakan keresahan. Mereka masih bergantung pada media tradisional yang umumnya prokerajaan.

Kita tentulah tidak mahu negara kita jadi macam lirik lagu kanak-kanak “Lagu Tiga Kupang” di mana raja dalam rumah buat kira-kira, suri dalam dapur makan roti gula tetapi rakyat jelata tidak ada cerita. Kelangsungan negara dan rakyat jelata lebih utama daripada survival individu. Wallahuaklam.

A. KADIR JASIN
http://kadirjasin.blogspot.com


Tiada ulasan: