Jumaat, 28 Mac 2014

HUDUD NI TANGGUNGAN SEMUA YANG MENGAKU ISLAM....MENOLAK BERERTI MENOLAK PENGAKUAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju dengan cadangan agar penyiasatan secara keseluruhan dibuat terhadap sekumpulan yang menggelarkan mereka 'Raja Bomoh'.

Menteri agama itu menyatakan demikian, selepas beberapa cadangan dikemukakan anggota dewan rakyat ketika beliau menggulung perbahasan Titah Diraja peringkat Menteri di JPM hari ini.

Cadangan itu dilontarkan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) serta Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Bung ketika mencelah berkata, kehadiran kumpulan pembomohan yang melakukan ritual menggunakan teropong buluh dan tikar terbang di KLIA, dalam usaha mengesan pesawat MH370 tempoh hari sesuatu yang memalukan agama dan negara.

Pandangan sama dilontar Khalid yang menanyakan adakah menteri bersetuju supaya kumpulan pembomohan itu diambil tindakan.

Menurut Khalid, ini kerana dalam beberapa rakaman video, Raja Bomoh itu ada menyebut beberapa nama pemimpin besar Umno BN, termasuk mahu menampar pemimpin tertentu seperti buaya.

"Saya kira nama pemimpin besar Umno yang disebut itu perlu dibersihkan.

"Siasat siapa bayar, siapa benarkan," kata Khalid.

Jamil dalam jawapannya pula menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana bomoh untuk mengesan MH370.

Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan bomoh adalah melanggar syariat dan bercanggah dengan ajaran Islam.

"Ya, saya setuju (ambil tindakan). Dia juga ada sebut nama pemimpin pembangkang.

"Kertas siasatan telah dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor," kata beliau.
KUALA LUMPUR: Isu perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah atau lebih dipopularkan sebagai hudud, sekali lagi menghangatkan Dewan Rakyat.

Isu ini timbul ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggulung perbahasan Titah Diraja peringkat kementerian hari ini.

Dalam penjelasan panjang lebar dari sudut perundangan negara, Jamil Khir turut menyatakan bahawa Kerajaan Pusat sedia memberi komitmen membantu Kelantan ke arah perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang diluluskan negeri itu.

Antara yang bangun mencelah selepas itu Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam), yang menggesa pihak kerajaan jangan hanya melihat isu hudud ini di Kelantan.

Kata beliau, selain Kelantan, Terengganu juga telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003, ketika PAS memerintah negeri itu dahulu.

Dan kini kata beliau, negeri Terengganu kembali ditadbir oleh kerajaan Umno BN dan enakmen hudud di negeri itu telah tersedia ada.

Maka kata beliau, jika benar kerajaan Umno BN ikhlas mahu undang-undang Islam itu dilaksana, maka perlaksanaan kanun itu tentunya mudah untuk dimulakan di Terengganu selaku negeri dikuasai BN dan tentunya Adun-Adun PAS akan menyokong.

Jika tidak, kata beliau lafaz komitmen kerajaan BN untuk membantu Kelantan melaksanakan hudud, hanya cakap-cakap politik semata-mata.

Selain itu, turut bangun mencelah Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang juga mahu kerajaan pusat betul-betul menunjukkan komitmen mahu undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Beliau menggesa, jika benar Umno menyokong hudud, maka pihak kerajaan pusat sendiri perlu mengemukakan usul di Dewan Rakyat, agar undang-undang itu diaktakan.

Itu katanya sebagai langkah pertama, biarpun tahu peringkat kedua, iaitu peringkat perlaksaanan akan menghadapi keadaan yang lebih sukar.

"Untuk perlaksanaan, kita boleh tubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengkaji kaedah perlaksanaan.

"Namun untuk langkah pertama, kita kanunkan atau undang-undangkan dahulu dengan pihak kerajaan yang kemukakan usul di sini," kata beliau.
Seantero dunia tahu tentang hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir terhadap 529 orang penyokong Dr Mohamad Morsi, Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi.

Bagi saya, hukuman ini merupakan suatu pencabulan kepada sistem demokrasi dalam dunia moden dan wajar diberi perhatian oleh kita. Dalam hal ini dapat dilihat dengan jelas sifat berat sebelah kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dan PBB yang selama ini kononnya begitu menyanjung demokrasi.

Kerajaan Mesir yang ada pada hari ini merupakan kerajaan yang tidak dipilih melalui demokrasi dan pilihan raya berbanding kerajaan pimpinan Morsi. Sepatutnya, awal-awal lagi sebaik sahaja kerajaan Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi mendapat sokongan jitu semua pihak.

Bagi Amerika Syarikat, walaupun kerajaan ini dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, namun para pemimpinnya tidak membawa aspirasi mereka maka kerajaan Morsi mesti digulingkan melalui proksinya iaitu General al-Sisi.

Oleh itu, jelaslah bahawa demokrasi yang dicanangkan hanyalah diiktiraf jika yang terpilih menang itu yang bersedia bersekongkol dengan Amerika Syarikat. Jika tidak, pihak yang menang itu mestilah dijatuhkan dengan cara apa sekalipun.

Contoh lain ialah kerajaan Hugo Chavez di Venezuela. Kerajaan Chavez turut diganggu gugat oleh Amerika dan pernah berlaku rampasan kuasa oleh proksinya. Namun, rakyat bangkit melawan dan akhirnya mengembalikan Chaves ke tampuk kuasa.

Yang mampu kita lakukan ialah berdoa agar mereka yang dijatuhkan hukuman itu bersabar dan moga memperoleh syahid.
BEIJING: Keadaan di Kedutaan Malaysia di Beijing terkawal dan tiada tanda-tanda ketenteraman awam dijadikan isu untuk mengeruhkan keadaan, kata Duta Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin.
  
Keadaan itu, katanya, jauh berbeza berbanding pada Selasa dengan keadaan agak tegang apabila lebih 200 anggota keluarga penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH370 berarak ke pintu kedutaan itu susulan pengumuman penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.
  
Pada 8 Mac lepas penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 145 penumpang warga China hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
  
Iskandar berkata urusan antara pegawai kedutaan dan orang awam berjalan seperti biasa dengan pergerakan para pegawai kedutaan dan anggota keluarga mereka juga tiada perubahan.
  
"Ini juga menunjukkan usaha yang telah, sedang dan akan terus dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menenangkan keadaan menunjukkan hasil," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Khamis.
  
Ditanya tentang pasukan peringkat tertinggi dari Malaysia, Iskandar berkata satu persefahman telah dicapai antara kumpulan itu dan anggota keluarga penumpang MH370 di China.
Pasukan peringkat tertinggi itu yang diketuai Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad memaklumkan perkembangan terkini setiap hari kepada keluarga warga China berhubung tragedi MH370 itu.
  
Pasukan itu turut mengandungi wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

 Iskandar berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri taklimat harian itu, ataupun, seorang pegawai dari Kedutaan Malaysia akan hadir bagi pihaknya.
  
Berhubung perhimpunan keluarga warga China di hadapan kedutaan itu pada Selasa, Iskandar berkata Kedutaan Malaysia telah memajukan tuntutan sanak saudara penumpang pesawat itu ke Kuala Lumpur.
  
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang tuntutan itu.
  
"Sebaik sahaja pegawai kami terima memo daripada ahli-ahli keluarga, keadaan kembali tenang dan mereka bersurai selepas itu.
  
"Tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, dan tidak ada apa-apa bentuk ancaman keselamatan terhadap pegawai yang berada di kedutaan itu," katanya. - Bernama

GOMBAK: Bagi menghargai jasa dan pengorbanan pihak polis, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia telah menganjurkan majlis keraian Hari Polis Ke-207 yang diadakan di Balai Polis Gombak, malam tadi.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berkata majlis makan malam itu dianjurkan sebagai sokongan atas jasa dan pengorbanan pihak polis terutama Polis Balai Gombak yang banyak membantu penduduk Gombak Setia dalam menjaga keamanan dan keselamatan penduduk yang berkesesuaian dengan tema "Komuniti Sejahtera Komitmen Kami".

Dalam majlis itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad yang baru sahaja ditugaskan di IPD Gombak menyatakan penghargaan kepada Hasbullah kerana mengadakan majlis itu.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu, beliau berharap dengan sokongan Adun dan ketua kampung dapat mengurangkan jenayah di Dun Gombak Setia.

Penyampaian cenderahati turut diadakan sebagai kenang-kenangan antara kedua-dua pihak.
KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berkaitan persempadanan semula pilihan raya tidak perlu diwujudkan.

Kata beliau, ini kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Beliau menjelaskan, menurut undang-undang sedia ada, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat, kemudian kepada Perdana Menteri dan dimaklumkan melalui akhbar.

"Selepas itu, esoknya atau tarikh yang akan ditentukan SPR, sudah boleh memulakan proses persempadanan semula," kata beliau ketika menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Selepas itu kata beliau, persempadanan semula akan dipamerkan selama sebulan untuk bantahan.

Bantahan kata beliau hanya boleh dibuat oleh tiga pihak iaitu kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pengundi berdaftar.

Kemudian kata beliau, SPR akan membuat analisis ke atas bantahan itu sebelum mempamerkan kali kedua untuk tempoh sebulan lagi.

Pada peringkat ini, tiga pihak yang berhak membuat bantahan sekali lagi diberi peluang untuk berbuat demikian.

Selepas proses itu selesai, SPR akan membuat analisis dan kemudian membentangkan draf cadangan persempadanan semula kepada Perdana Menteri.

"Pedana Menteri akan bawa ke parlimen dan perlu disokong oleh separuh ahli parlimen.

"Saya telah merujuk peguam negara, perkataan 'separuh' itu bukan majoriti mudah, tetapi sekurang-kurangnya setengah ahli dewan menyokong," kata beliau.

Namun ujarnya, jika dalam isu penambahan kerusi, maka perlu kepada sokongan dua pertiga ahli dewan.
KUANTAN: Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.
  
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.
  
Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40 an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.
  
Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.
  
"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker.
  
"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya.
  
Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama

Tuesday, March 18, 2014

Ranking Blog pro PR terkini 16 MAC 2014 - Blog Amenoworld kembali di takhta

Click Here
Hari ni dah 18 Mca maknanya aku terlewat 2 hari untuk ranking Blog PR Carta Daunkari untuk pertengahan Mac ni.

Tapinya aku terperasan yang ranking Alexa untuk 16hb dengan hari ni sama ja. Kalau tak silap aku dulu alexa updatre ranking 2 kali sehari, ni dah lebih 2 hari tak update aku pun taktau pasai apa, malas pulak nak check dengan alexa.

Apa pun untuk ranking pertengah Mac ni nampaknya blog Amenoworld berjaya merampas balik takhta carta manakala blog  Omak Kau jatuh ke tangga ke 4.

Untuk ranking top50 kali ni, ranking ada naik sikit 16,188 mata kepada 157,498 mata. Mungkin isu peaswat MH370 yang tak jumpa sampai sekarang dan tambah pulak dengan macam-macam maklumat mengarut dan spekulasi yang tak apa-apa buatkan ramai yang cari maklumat melalui blog.
Yang aku tertarik dengan ranking kali ni, blog Tempayan Retak yang mencanak naik dari tangga ke 90 terus ke tangga 47, dari ranking Malaysia 31,577 ke ranking 6,070, syabas...

Setakat tu ja yang aku nak ulas kali ni, yang lain hangpa tengok sendiri la....

TopBlog PR
Pilihan Cenangau
M'sia
16/03/14
PRblog
16/03/14
M'sia
01/03/14
PRblog
01/03/14
M'sia
+/-
Turun
Naik
AmenoWorld397150531082
Anak Sungai Derhaka4152436121-1
Kelab Greenboc45135234721
Omak Kau50144932-8-2
Addin5675104484773
ek-eleh587689063030
Tukar Tiub7867853567-2
Cenangau112689537-173-1
Gendang Perang122691472112462
Helen Ang13681013189-50-1
IdaMan1529111724121951
Milosuam168412142710-257-2
Penburuk1766132214154482
Sisi Bukit1997142710207136
Biaqpila2094152467183733
Kedahlanie.info217316195914-214-2
Bloglist Malaysia2288172481191932
Kerengga2495182761212663
Mat Indera Sipejuang2521192861223403
Mohd Sayuti Omar253020189413-636-7
Kachip Emas255921380332124411
Dunia Cacamerba2621223422298017
Pahang Daily2655233163265083
Ibnu Hasyim2846243667318217
Mountdweller2856253041251850
Zakri Ali293026242217-508-9
AnjungRakyat296827226216-706-11
Sedaka Sejahtera337728688247350519
PASPB342629341028-16-1
Kedah.kini3439303874334353
Batu vs kayu3466314181367155
Kerajaan Rakyat351832295323-565-9
Naimnikmat352733337227-155-6
Shahbudindotcom3577343985344080
Manjongmari367635299024-686-11
Malaysiaberih3958364235372771
Aspan Alias4288374665383771
Cipan Tapir Tenuk45563863164417606
Warta Maya475239361630-1136-9
Kerabu Bersuara48504058674110171
Idah Salam488541974057485516
Paria Jalanan509642557640480-2
Cananglahnie51934364774512842
Mimpi Senja54814485505330699
Yong suka kuning57634573924816293
Faqar5944461092360497914
Tempayan Retak60704731577902550743
Sakmongkol61494896935535447
Al-Husseyn701149614142-870-7
Wfauzdin756050682946-731-4

Dialog Rakyat765151517239-2479-12
Blog Hangit871852832250-396-2
Nizar Coretanku9061531446069539916
Pakat-pakat kalih929754626643-3031-11
Orang Ni9827551917679934924
Utusankini1028356854252-1741-4
Kopitiam Bang Nan1055657971956-837-1
Fendi Tazkirah1113858842651-2712-7
Era Pasca11300591021858-1082-1
Bicara World1197360408235-7891-25
UstrazCyber12293611806677577316
Penyokong PAS12953621204465-9093
Mutaligat1355263831849-5234-14
Salehudin1395864960554-4353-10
Pencacai Semalaysia15273651093661-4337-4
AgenDSAI1540066175207521209
Siyasahsyariah16644671196764-4677-3
Bicara Abu Nawas16880681462370-22572
Wartawan Lmn Reformasi17459691436068-3099-1
The Cyber Sniper17568701138463-6184-7
Demo Lonie1833471no data102-31
Lagi Berita1842772209708025438
Aiyang19709731109162-8618-11
Ajijoi1978074216908319109
Al-Brangi19807751362567-6182-8
Sharpshooter20320761668474-3636-2
Pas Caw Bkt Sentosa220421771551972-4902-5
Pak Karamu2073078234748627448
Ibnu Mustaffa21283791275366-8530-13
Kita Bantai21835801792676-3909-4
Gaya Peneroka220298122190841613
Haluan Kiri22532821070759-11825-23
sabahdaily2550983no data99-16
Sokong PR27264841632973-10935-11
Karat Hijau29743851467671-15067-14
Bujang Susah2989786no data106-20
* Data pada 16 Mac 2014 11.50pm.

Macam biasa, kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.

Kut-kut ada yang teringin nak bubuh widget Carta Daun kari (carta terkini) kat sidebar blog hangpa macam yang kat bawah ni, hangpa boleh highlight dan copy bawah ni, tambah gadget HTML/JavaScript kat dashboard blogger dan paste script ni kat dalam tu.

Tiada ulasan: