Rabu, 26 Mac 2014

HUKUM DIDUNIA PENUH KECELARUAN....DIAKHIRAT MEREKA DAPAT PENGADILAN YANG TEPAT DARI ALLAH...PENGHUKUM TAK BERPANDU SYARIAT ALLAH AKAN DAPAT BALASAN SETIMPAL

Wajah-wajah Menemui Allah Antara Wira 529 orang dihukum Mati oleh Thaghut Mesir!
Posted on Wednesday, March 26 @ 10:28:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Seperti yang saya tulis sebelum ini usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas dimana mahkamah di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis (baca di sini)

Mereka fikir, mereka boleh memadam api perjuangan Islam?? Nyata mereka sebenarnya silap. Walaupun diseksa, dipenjara atau dibunuh namum gerakan Islam tidak pernah padam dalam sejarah perjuangannya kerana perjuangan ini bukan bermatlamatkan duniawi tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.

Lihat bagaimana mereka yang dihukum mati boleh senyum  bergembira kerana mereka tahu janji Allah sudah pasti. Tidak ada yang sebaik-baik janji melainkan janji Allah s.w.t. melalui Rasulunya.

Gambar di atas menunjukkan Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri). Tiada tangisan, tiada kesedihan dan tidak merasa gementar.. Itulah pejuang Allah s.w.t. yang akan sentiasa ada dimana-mana sahaja dibumi ini!!!

Kata-kata Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk membebaskan Palestin dari Zionis harus difahami dan dihayati. Ucapanya  "Insya Allah bumi Palestin akan merdeka di bawah kepimpinan Dr Mursi, kita akan bersolat di Masjidil Aqsa. Insya Allah"

Tindakan hukuman mati ke atas 529 pengikut bekas presiden, Mohamed Morsi adalah melanggar prinsip keadilan sejagat demikian bantahan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa.

"Tidak pernah ada dalam sejarah hukuman mati secara besar-besaran dan beramai-ramai ini dilakukan dalam era moden hari ini.
"Ia adalah bertentangan dengan prosedur dan undang-undang hak asasi kemanusiaan sejagat," kata Rupert Coville, jurucakap kepada pesuruhjaya tinggi PBB mengenai hak asasi kemanusiaan.

Tapi di Malaysia, kita diam hanya sibuk dengan MH370 nak pasang bendera separuh tiang bila? Majlis fatwa hanya bincang dan isytihar orang Islam dalam nahas syahid akhirat... tak ada perbincangan tentang syahid mereka yang dibunuh beramai-ramai di Mesir melalui hukuman mati?

Bukan kita tak setuju pasal MH370, kita pun prihatin tapi kenapa membisu dalam isu pembunuhan di Mesir  sehingga orang bukan Islam seperti Rupert Coville lebih dahulu bersuara?

Mana prihatin kita sesama mukmin seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang melibatkan bandingan sesama mukmin laksana satu badan??

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/


 8 Tempat Paling Pelik dan Aneh Di Dunia
Posted on Wednesday, March 26 @ 07:48:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Masih banyak tenpat lagi dalam dunia ini yang belum kita terokai. Jom kita tengok antara lapan tempat terpelik di dunia. Walaupun pelik dan tidak seperti tempat biasa, tapi tempat tempat ini sangat cantik. Sambil sambil tengok tu, kita patut bersyukur pada Allah kerana kurnia-Nya yang sangat indah dan cantik.

Kolam ni terjadi pas 1 gempa bumi kat Turki beribu tahun dulu yg membuatkan tanah2 tu ada yg naik dan ada yg turun. Bawah tanah tu ada mata air panas maka bila terjadi gempa bumi tu, bawak naik air panas tu. Air panas tersebut mengandungi kalsium yg sangat tinggi. Pamukalle bermaksud Istana Kapas di sebabkn warna air yg berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka buat bandar yg bernama Heirapolis dan menggunakan tempat ni as “Healing Place”.

(Tempat ni dh di tutup oleh UNESCO sebab ada kejadian pelancong mandi kat klam tu)



  MOERAKI – NEW ZEALAND
 Batu yg besar ni terletak kat Pantai Otago dan terjadi sama mcm proses mutiara terjadi (pendek kata ni mutiara gergasi la)
Lagenda kaum Maori mengatakan batu ni di bawa nenek moyang dorg dalam sampan yg besar dan batu2 ni adalah tinggalan kapal tu.
                             NINE HELLS OF BEPPU – JAPAN
 
Beppu, terletak kat Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Di katakan “Hell” di sebabkan keadaan kolam yg mcm pintu neraka masyarakat Jepun di tambah lagi dengan warnanya yg merah. Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku). Malangnya, petempatan kat sekeliling kolam tu dan terlebih di bangunkan maka tak hairan jika satu hari nanti kolam2 ni di tutup.
                                  GREAT BLUE HOLE OF BELIZE 
 
Aku rasa ramai yg tau tempat ni kan? Blue Hole of Belize adalah salah satu pintu masuk ke dalam rangkaian gua di dalam laut. Ia berwarna biru disebabkan kedalaman air tu adalah dalam 130 meter. Gua2 dalam rangkaian tu kebanyakannya kering maka sesape yg berani boleh cuba skuba kat situ.
                                 HELL’S DOOR – TURKMENISTAN

 Terletak kat Turkmenistan, percaya atau tak ini adalah buatan manusia. Pada tahun 1971 askar Soviet dapat tau kat situ gas asli maka dorg pun mula la mengorek. Pas dah sampai ke ke dalaman 25 meter, bumbung tempat yg menyimpan tu runtuh dan mengakibatkan gas asli tu terbebas. Ianya terbakar lepas pihak Soviet amik keputusan untuk tanak ada kes penduduk tempatan keracunan. Videonya ada di youtube. Boleh search gate of hell .

 SANQINGSHAN – CHINA

taman negara China ni biasa kita tengok dalam filem2 fantasi dorg. Di katakan syurga dewa masyarakat China.Mengikut lagenda, seorang puteri China memujuk 4 dewa alam iaitu api,air,angin dan tanah untuk membuat taman ni untuk dia
                                    EYES OF AFRICA


Cuba bukak google maps dan tengok.korg akan nampak bentuk mata.
                                RACETRACK PLAYA – USA
 
Batu tu bergerak setahun sekali di sebabkan setiap tahun, tempat tu akan hujan dan akan membuatkan tanah yg kering menjadi lumpur. yg menjadi misteri, batu2 kat situ ada yg seberat beratus kilo dan tempat tu adalah tempat yg paling rata di dunia.

Sumber link


MRT cuba alih isu, seleweng fakta dan lari dari tanggungjawab
Posted on Tuesday, March 25 @ 21:56:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



24 Mac 2014 - Akhirnya, MRT Corp telah mengesahkan dakwaan MRT Watch bahawa terowong pejalan kaki sejauh 120 meter itu bernilai RM 350 juta. Penjelasan MRT membuktikan bahawa kerajaan gagal membuat keputusan jelas sedangkan MRT sendiri turut mengesahkan bahawa Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah mencadangkan laluan alternatif iaitu jejantas pejalan kaki yang hanya bernilai RM 50 juta sahaja.

Berapa lama lagikah kajian yang sepatutnya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu berlanjutan? Kerajaan perlu membuat keputusan memilih samada projek bernilai RM 350 juta atau RM 50 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul yang disiarkan oleh media tempoh hari tidak lebih dari cubaan untuk mengalih dari isu sebenar. Malah rasionalnya cukup membingungkan orang ramai.

Rasional beliau memberi gambaran bahawa projek ini merupakan satu lagi projek untuk membina imej Kuala Lumpur sebagai kota yang maju, tidak dapat diterima kerana ia tidak bersandarkan fakta dan logik.

Persoalan utama ialah kos melampau projek ini yang bernilai RM 350 juta hanya untuk terowong pejalan kaki sepanjang 120 meter sahaja.

Datuk Azhar turut menyatakan bahawa projek ini perlu ‘demi yang terbaik untuk rakyat’. Inlahi kali pertama MRT cuba memainkan hak rakyat sedangkan tindakan membazirkan wang rakyat tidak pula diambil kira. 

Tujuan asal Kementerian Kewangan memperbadankan MRT Corp ini adalah untuk menambah hasil kerajaan. Ini merupakan silap mata dasar penswastaan yang diwarisi dari zaman Tun Mahathir.

Mungkin, secara tidak sengaja, CEO MRT Corp ini mendedahkan bahawa Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk membina jejantas menghubungkan laluan itu dengan kos jauh lebih murah iaitu RM50 juta.

Namun begitu, Kementerian Kewangan masih tidak dapat menentukan projek yang mana lebih baik buat semua pihak. Apa alasan kerajaan tentang kelewatan keputusan ini?

Yang pasti rakyat Lembah Kelang mahukan sistem dan infrastruktur yang terbaik sesuai dengan kos serta sistem pengurusan yang cekap dan selamat. Inilah yang diperlukan oleh kemodenan.

Sedarkah Datuk Azhar bahawa kota-kota besar dunia tidak pernah ‘menjual’ imej kemodenan mereka dengan ‘terowong pejalan kaki'? Jika inilah matlamat yang dijadikan rasional MRT iaitu untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai kota yang serba moden menerusi projek sebegini, jelas mereka tidak faham konsep atau idea kemodenan.

Beberapa contoh seperti kota Metropolitan New York, mereka berbangga dengan Yellow Cab-nya. Kota Paris dan Stockholm di Sweden berbangga dengan sistem pengangkutan yang cekap dan percuma mereka. Tetapi Kuala Lumpur apa pula?

Berbangga dengan terowong pejalan kaki dengan kos ratusan juta ringgit? Adakah pelancong sanggup terbang beribu batu hanya untuk melawat terowong pejalan kaki sepanjang 120 meter? Jangan bodohkan rakyat!

Jika pun diambil contoh kewujudan terowong-terowong pejalan kaki di luar negara, kita bukan saja perlu lihat rekabentuk atau saiznya saja, tetapi perlu juga memahami faktor cuaca dan iklim benua tersebut. Di Malaysia, musim panas dan hujan, bukan musim sejuk atau luruh.
Iklim kita memerlukan binaan infrastruktur yang perlu menitik beratkan laluan angin dan cuaca termasuk kawasan yang terdedah dengan jenayah dan sebagainya.

Hendak menaikkan imej Kuala Lumpur bukanlah dengan membazir wang rakyt dan memperjudikan keselamatan orang awam. MRT harus fokus kembali kepada fungsi utama mereka untuk memastikan perbelanjaan pembinaan sistem MRT menurut dasar value-for-money dan memastikan sistem MRT tersebut berjalan lancar bagi keselesaan rakyat terbanyak.


MRT Watch
Web : www.mrtw_atch.blog.com
Email : mrtw_atch2014@gmail.com


PRK Balingian: Saifuddin Nasution Disekat Masuk Sarawak
Posted on Tuesday, March 25 @ 18:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada selasa melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Pejabat Ketua Menteri Sarawak menyekat kemasukkan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail ke negeri itu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan menyekat Saifuddin yang tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 11 pagi Selasa adalah diluar sistem demokrasi.


Menurutnya, Saifuddin tiba di Sibu untuk membantu jentera PKR berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian.
"Sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak.
"Oleh itu, Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu, Fahmi memberitahu, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik tersebut.
"Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) masih berleluasa walaupun ketua menteri sudah bertukar ganti dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di negeri Sarawak," dakwanya. - MSTAR

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara secara keseluruhannya adalah baik kecuali 17 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi.
  
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 17 kawasan tersebut ialah Muar (54), Alor Setar (52), Bakar Arang (Sg. Petani) (56), Balok Baru (Kuantan) (56), Kg Air Putih (Taiping) (51), S K Jalan Pegoh (Ipoh) (52), Seri Manjung (57), Kangar (55), Perai (55) dan Seberang Jaya 2 (Perai) (54).
  
Tujuh kawasan lain ialah Universiti Sains Malaysia (55), Bintulu (52), Institut Latihan Perindustrian Miri (70), Sibu (51), Banting (60), Pelabuhan Klang (60) dan Kemaman (54).
  
IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
    
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. - Bernama

DOHA: Kerajaan Kelantan mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan beberapa pusat pengajian tinggi di Qatar terutamanya kursus jangka pendek bahasa Arab.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama tersebut dijalinkan dengan Universiti Qatar dan Qatar Foundation.

Katanya, Presiden Universiti Qatar, Prof Dr Sheikha Abdulla Al-Misnad bersetuju mengadakan kerjasama dengan kerajaan Kelantan dalam bidang pembelajaran bahasa Arab.

“Selain menghantar pelajar ke sini, ia juga membabitkan program pertukaran pelajar bagi mendalami bahasa Arab dan penganjuran seminar bersama.

“Universiti Qatar telah menyatakan persetujuan dengan kita untuk mengadakan kerjasama bagi kursus jangka pendek bahasa Arab.

“Manakala Qatar Foundation pula bersetuju menerima pertukaran pelajar dan penganjuran seminar berkaitan pendidikan,” ujarnya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut kelmarin.

Turut sama pada lawatan dalam rangka meninjau peluang pendidikan di Qatar anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Adun Melor, Dr Yusnan Yusof dan wakil-wakil agensi kerajaan negeri.

Turut bersama pada pertemuan itu ketua-Ketua Jabatan Fiqh, Syariah dan Hubungan Islam Qatar Foundation.

“Kita akan menghantar pelajar di bawah kerajaan negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ke sini,” ujarnya.

Menurutnya juga bagi kursus jangka pendek bahasa Arab dijangkakan bermula September hadapan untuk penghantaran pelajar pertama ke Qatar.


Pada petang khamis, 20hb Mac 2014, saya bersama dengan Tun Faisal Ismail Aziz, mantan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia dijemput menjadi tetamu kepada Bernama24 Radio bagi membincangkan isu Budaya Media Sosial.

Diantara apa yang ditanya kepada saya untuk dibincangkan di Bernama24 Radio pada petang tersebut adalah bagaimana untuk mengelakkan penyamaran atau penipuan dalam media sosial sama ada facebook, twitter, instagram, telegram dan sebagainya.

Secara jujurnya saya nyatakan, adalah sukar untuk membanterasnya walaupun ditubuhkan beberapa agensi khusus untuk mengendalikannya selagi manusia tidak kembali kepada Islam dengan menjiwai adanya dosa dan pahala diatas apa yang dilakukkan termasuk dalam dunia siber ini.
 
Sebelum itu, anak saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada penipuan bisnes siber ini. Pada 22hb Mac, 2014, nombor telefon saya pula telah menjadi mangsa kepada penyalahgunaan atau penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Yang lebih mengejutkan, saya sendiri juga turut menjadi mangsa kepada penyamaran atau penipuan seperti ini lebih kurang 48 jam selepas bercakap perkara tersebut.

Saya telah membuat laporan polis pada malam tersebut (Gambar atas), selepas menerima panggilan beratus-ratus sms dan panggilan menyebabkan saya terganggu dan hilang fokus. Selain laporan polis, saya dinasihatkan supaya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM). Saya juga diminta membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Saya menyerahkan kepada SKMM menyiasat selepas membuat laporan rasmi pada Isnin, 24hb Mac, 2014. Saya amat berminat untuk mengetahui apa yang terjadi sama ada sim kad saya ‘diklon’ atau mereka menggunakan perisian tertentu untuk menghantar SMS berkenaan.

Tidak pasti sama ada SKMM mampu atau tidak menjejak ‘penyangak’ siber yang telah membuat onar dengan menghantar sms yang bukan-bukan menyebabkan saya dipaksa menerima kecaman ke atas apa yang tidak saya lakukan.

Yang Berikut adalah sedutan berita yang disiarkan oleh portal Harakahdaily pada 23hb Mac, 2014.
PRK Kajang: Telefon Pengarah IT PAS Pusat digodam

Nombor telefon Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong telah digodam pihak tertentu malam tadi dengan menghantar mesej-mesej 'mengganggu' orang ramai termasuk pengundi di Kajang.

Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (sms) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.

 "Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadi hingga sekarang tak henti-henti.

"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ini," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; "Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar" dan "Duit telah ada pada aku bila nak ambil".

"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.
 

Tiada ulasan: