Cuaca buruk jejas operasi cari MH370
|
KUALA LUMPUR – Operasi mencari 122 objek yang berpotensi untuk dikaitkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikesan oleh sebuah satelit syarikat Airbus Defence & Space yang berpangkalan di Perancis di selatan Lautan Hindi tertangguh lagi ekoran cuaca buruk.
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memberitahu, operasi berkenaan ditangguhkan kira-kira pukul 11.40 pagi semalam ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk operasi berkenaan diteruskan.
Menurut kenyataan itu, sebelum itu sebanyak sembilan buah pesawat dan enam buah kapal telah dikerah untuk menjalankan operasi mencari objek yang bertaburan di dua kawasan melibatkan sektor timur dan barat.
Analisis data selesai masa terdekat
KUALA LUMPUR – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjangka dapat melengkapkan analisis data daripada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dalam masa sehari dua lagi, lapor agensi berita AFP semalam.
Agensi berita Perancis itu memetik Pengarah FBI, James B. Comey berkata, pakar sedang bekerja 24 jam sehari bagi melengkapkan analisis mereka berdasarkan data yang diperoleh daripada simulator penerbangan milik Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Serpihan MH370 belum diperoleh
PERTH - Lebih 100 objek yang berpotensi serpihan pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dikesan oleh beberapa satelit di selatan Lautan Hindi tetapi sehingga kini masih belum ada sebuah objek yang dapat diambil oleh pasukan pencari dan penyelamat.
Perkembangan tersebut membuatkan waris 239 penumpang dan kru pesawat hilang itu terpaksa menunggu sehari lagi dalam keadaan sedih.
"Sehingga satu objek serpihan diambil dan dianalisis bagi mengenal pasti sama ada ia berasal dari MH370, sukar untuk kami mempercayai pesawat itu terhempas," kata seorang lelaki, Steve Wang di Beijing.
Ibunya yang berusia 57 tahun berada dalam penerbangan tersebut.
"Setakat ini, apa yang dikemukakan hanya petunjuk, tanpa objek serpihan, ia tidak berguna," tambahnya.
Keluhan waris penumpang warga China itu diluahkan selepas sebuah satelit Thailand menemui sekitar 300 objek sepanjang antara dua meter (m) hingga 16m kira-kira 2,700 kilometer ke barat daya Perth.
"Imej yang dirakam oleh satelit Thaichote itu mengambil masa dua hari untuk diproses dan diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia kelmarin," kata pengarah teknologi angkasa lepas Thailand, Anond Snidvongs.
Semua objek yang ditemui itu berada sekitar 200 kilometer ke barat daya kawasan sebuah satelit Perancis mengesan sebanyak 122 objek pada Ahad lalu.
Setakat ini, masih tidak jelas sama ada kedua-dua satelit tersebut mengesan objek yang sama.
Pengumuman mengenai penemuan tersebut dibuat selepas Pihak Berkuasa Maritim Australia (AMSA) menyatakan, pihaknya terpaksa memanggil pulang semua 11 pesawat yang dijadual menyertai operasi mencari MH370 semalam.
Keputusan tersebut dibuat berikutan hujan lebat, angin kencang dan awan rendah yang melanda semalam.
Namun, terdapat lima buah kapal yang meneruskan operasi untuk mengesan pesawat tersebut.
Sebelum operasi mencari ditanguhkan, sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat dan dua kapal terbang Jepun tiba di lokasi pencarian sekitar 2,500km ke barat daya Perth.
"Mereka mencari selama dua jam tetapi gagal menemui sebarang objek," kata jurucakap AMSA, Sam Cardwell.
Ketika ini sebuah kapal milik tentera laut Australia, HMAS Success berada di kawasan carian bersama empat lagi kapal tentera China iaitu, Xue Long, Kuulunshan, Haikon dan Qiandaohu.
Sehingga kini enam buah negara iaitu Australia, New Zealand, AS, Jepun, China dan Korea Selatan menyertai misi mencari tersebut. - Agensi
Data kotak hitam tahan 20 tahun
Pensyarah Kanan Rekabentuk Pesawat dan Aeroangkasa Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Profesor Madya Mohamad Dali Isa berkata, kebarangkalian data berkenaan yang merakamkan perjalanan penerbangan, sistem teknikal pesawat dan perbualan juruterbang hilang atau rosak adalah amat tipis jika kotak hitam itu berjaya ditemui dalam keadaan asal.
Jelasnya, dalam kes pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kotak hitam yang menyimpan segala jawapan sejak pesawat Boeing 777-200ER itu hilang 8 Mac lalu sekiranya dijumpai dan mengalami kerosakan kecil sekalipun, ia masih boleh dibaiki.
Contohnya, kotak hitam pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009 hanya dijumpai dua tahun kemudian dan menjadi petunjuk kepada punca kemalangan berkenaan.
Hanya tinggal 9 hari
Tentera Laut Amerika Syarikat kini menggunakan dron dasar laut Bluefin dan Towed Pinger Locator-25 (TPL-25) bagi membantu usaha mengesan kotak hitam pesawat penerbangan MH370.
“Bagaimanapun, jangka hayat bateri kotak hitam pesawat penerbangan MH370 hanya mampu bertahan sehingga 30 hari dan selepas tempoh itu, Bluefin dan TPL-25 tidak mampu membantu mengesan kotak hitam,” katanya.
Menurutnya, hanya ‘multi beam locator’ boleh digunakan untuk mengesan kotak hitam selepas tempoh berkenaan.
Getaran hati nenek
Sani Sayik, 70, nenek saudara kepada seorang penumpang pesawat, Norli Akmar Hamid, 33, sanggup meredah perjalanan sejauh lebih 50 kilometer (km) dari Klang, Selangor ke Putrajaya, malam kelmarin walaupun tahu kesihatan dirinya tidak begitu mengizinkan.
Dia yang tiba kira-kira jam 11 malam dilihat menangis teresak-esak sambil berpelukan dengan Sarah di lobi hotel.
SAAT hiba di lobi Hotel Everly apabila Sani (dua dari kanan) dipeluk ahli keluarga sejurus tiba dari Klang.
Sementara Rozita berkata, dia terpaksa menurut permintaan ibunya untuk membawanya ke hotel kerana warga emas itu tetap berkeras dan mendesak supaya berbuat demikian.
Menaruh harapan anak pulang
Katanya, dia masih mempertimbangkan perkara terbabit kerana menaruh harapan anaknya itu akan pulang ke rumah mereka di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, di sini. “Memang dimaklumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, namun sehingga kini belum ada bukti sahih dan pengumuman itu tidak meyakinkan saya.
“Biar saya pertimbangkan dulu sama ada mahu pergi atau tidak (ke Perth). Saya tidak dapat memberi jawapan sekarang,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, kelmarin.
Harapan baru
Kedua-dua alat berteknologi tinggi milik tentera Amerika Syarikat itu turut mempunyai keupayaan untuk menjejaki kotak hitam pesawat yang diyakini masih berada di lokasi sekitar 2,500 kilometer dari selatan Perth.
Menurutnya, kapal itu yang kini dalam perjalanan dari Sydney dijangka tiba di Pelabuhan Albany, Australia Barat dalam tempoh terdekat.
“Alat pengesan pinger digunakan untuk mengesan isyarat ultrasonik yang dipasang pada kotak hitam manakala AUV pula dilengkapi dengan sistem sonar yang sofistikated serta mampu mengesan serpihan di dasar laut,” katanya.
Pas yakin MH370 dirampas
YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.
“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.
“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.
Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.
“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.
“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.
“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.
“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.
“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.
“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.
Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.
“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.
“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.
“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.
“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan