Rabu, 19 Mac 2014

RAKYAT ADA YANG MISKIN....ADA YANG TIADA TEMPAT TINGGAL...ADA YANG MENGANGGUR...RAKYAT SURUH JIMAT CERMAT....



KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook sekali lagi mempertikai kos perbelanjaan elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana yang mencecah RM2.2 juta sepanjang 2013.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bil elektrik kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak sepanjang 2013 adalah RM2.2 juta dan air RM221,000.
“Memang daripada segi jumlah keseluruhan terdapat pengurangan berbanding tahun sebelumnya namun pengurangan ini terlalu sedikit.
"Jadi ini menunjukkan bahawa Najib tidak benar-benar serius untuk berjimat sedangkan dalam waktu yang sama menyarankan penjawat atau kakitangan awam berjimat. Lagi pun Kompleks Seri Perdana bukannya digunakan sepanjang tahun.
"Najib suruh rakyat berjimat tapi beliau sendiri masih mengamalkan pembaziran,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul semalam.
Shahidan dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Anthony Loke turut mendedahkan bahawa kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 dan RM112,000 untuk bil elektrik dan air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.
Anthony Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan turut mempertikaikan penggunaan Kompleks Seri Perdana untuk bermesyuarat sedangkan Najib sudah memiliki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
"Penggunaan kediaman untuk melakukan mesyuarat adalah tidak wajar, mengapa perlu ada ruang pejabat di dalamnya. Tidakkah ini juga menggalakkan pembaziran?," soalnya dipetik Roketkini.
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor mencadangkan agar seluruh masjid di negeri itu mengadakan solat hajat memohon agar gejala maksiat digagalkan oleh Allah, seluruh rakyat diberi petunjuk dan negeri Selangor diberkati.

Demikian dinyatakan setiausahanya, Mohd Khairunnizam Mohd Supian dalam satu kenyataan.

Katanya, cadangan itu mengingatkan kepada ayat al-Quran tentang amaran Allah seperti dalam ayat 49 surah Al-Maidah, ayat 100 surah Al-A'raf ; dan Rasulullah SAW dalam hadis riwayat At-Tirmizi, akibat maksiat dan ekoran insiden kematian pada konsert Future Music kerana penyalahgunaan dadah dan dalam suasana negara Malaysia sedang mengalami kesedihan kehilangan pesawat MH370 serta dilanda jerebu.

Tambahnya, kepimpinan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor juga menyokong penuh tindakan pihak berkuasa membatalkan pesta maksiat tersebut pada hari ketiga.

Di samping itu, jelasnya pihaknya mendesak pihak berkuasa mengkaji semula sebarang pemberian permit terhadap mana-mana konsert yang berunsurkan maksiat dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat Malaysia, serta membatalkannya.

PUM Selangor juga, tegasnya membantah sekeras-kerasnya konsert yang akan diadakan di Litar F1 Sepang pada 30 Mac ini, serta mendesak pihak berkuasa membatalkan permit yang dikeluarkan.

Tambah beliau, pihaknya turut mendesak pihak kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pihak berkuasa tempatan, khususnya Ahli Parlimen Sepang, menggunakan segala ruang kuasa yang ada untuk memastikan konsert tersebut dibatalkan.

“Memohon pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor mengeluarkan fatwa mengenai penganjuran konsert tersebut serta mewartakannya,” ujarnya.

Mereka juga engajak seluruh NGO Islam dan NGO Melayu untuk bersatu menyatakan bantahan terhadap sebarang penganjuran konsert yang bertentangan dengan hukum syarak khususnya di kalangan umat Islam, melalui saluran yang dibenarkan oleh undang-undang.

Katanya, pihak berkuasa agama melalui Pejabat-Pejabat Agama Islam Daerah digesa mengumpulkan tanda tangan petisyen dari umat Islam ketika sebelum solat jumaat melalui masjid-masjid untuk menyatakan bantahan umat Islam.

Justeru, kata beliau disyorkan agar Majlis-Majlis Cinta Allah dan Rasul, serta konsert-konsert bersuasanakan Islam disemarakkan di seluruh negeri Selangor sebagai alternatif.
KUALA KANGSAR: Permintaan Muhamad Amir Asyraff Baharuddin kepada ibunya Nuraini Muhamad Salleh supaya tiket bas dibeli lebih awal setiap kali tiba musim cuti persekolahan serta pertanyaan tentang masakan harian akan menjadi kenangan abadi dalam hidup wanita itu.
  
Muhamad Amir dan rakan baiknya Adam Asraf Azman, masing-masing berusia 17 tahun, ditemui maut selepas dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Bubu di Ulu Kenas di sini Ahad lepas.
  
Nuraini, 47, yang tabah menerima kejadian itu, berkata setiap kali tiba musim cuti persekolahan, anak tunggal lelakinya itu pasti meminta supaya tiket bas untuk pulang ke asrama selepas berakhir cuti sekolah dibeli lebih awal.
  
"Tapi kali ini untuk cuti sekolah bermula Jumaat ini selama seminggu, Amir tidak benarkan saya beli, kali ini dia kata tidak perlu, dia kata dia akan cari sendiri. Saya kata tak apalah kalau macam tu, dan saya pun tidak beli," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Kangsar di sini malam ini.
  
Sementara itu, ibu kepada Adam, Maimunah Masdar, 43, berkata keluarganya reda menerima ketentuan Allah ke atas anak sulungnya itu.
  
"Saya dapat tahu Adam hilang pada pagi Isnin. Alhamdulillah, guru beritahu, mereka (Adam dan Muhamad Amir) adalah pelajar yang baik, saya reda dengan takdir Allah," katanya.
  
Jenazah kedua-dua pelajar itu dibawa ke Masjid Ridzwaniah di sini untuk disembahyangkan oleh kira-kira 200 jemaah termasuk guru dan rakan dari Kolej Vokasional Kuala Kangsar pada pukul 10.30 malam.
  
Jenazah Muhamad Amir dikebumikan di Kampung Kuak, Lata Papan di Lenggong manakala jenazah Adam Asraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perit, Salak Baru di Sungai Siput, malam tadi.
  
Kedua-dua mereka adalah antara empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilapor hilang ketika menuruni Gunung Bubu di Ulu Kenas di sini Ahad lepas.
  
Dua lagi pelajar yang hilang Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri, kedua-duanya berusia 17 tahun, dijumpai pada pukul 9 pagi di persisiran Sungai Gading dalam keadaan letih dan lesu.
  
Keempat-empat pelajar itu merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru. - Bernama
KAJANG: Sebanyak 1,197 anggota polis dan pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang berlangsung di sini.
  
Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
  
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK Dun Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.
  
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.
  
Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dan ketiga masih diteruskan walaupun berlaku hujan di beberapa kawasan sejak beberapa hari lepas, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
  
Dalam kenyataan hari ini Syabas berkata pelan catuan bekalan air itu masih diteruskan sehingga ada pindaan atau arahan yang diterima daripada kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
 
"Bagaimanapun, ingin dimaklumkan loji rawatan air (LRA) Cheras Batu 11 telah dapat beroperasi semula pada pukul 9 malam semalam berikutan penurunan paras ammonia manakala LRA Bukit Tampoi masih lagi ditutup.
 
"Dengan itu, bekalan air yang dapat dikeluarkan LRA yang beroperasi tersebut telah disalurkan kepada pengguna," menurut kenyataan itu.
 
Kenyataan itu turut memberitahu paras ammonia di Sungai Langat masih belum dapat dipastikan sama ada tetap pada tahap yang rendah dan masih dalam pemantauan pengoperasian LRA.
 
Sementara itu, kenyataan itu juga memaklumkan agar pengguna sentiasa memberikan kerjasama penuh ke arah usaha mengurangkan penggunaan air dan terus berjimat cermat bagi membolehkan bekalan air sedia ada dapat bertahan lebih lama. - Bernama11:52AM - 19 Mar 2014

'Hisham tak konsisten kenyataan 'lampaui politik'

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung pencarian pesawat MH370 "melampaui politik" menunjukkan beliau tidak konsisten, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media malam tadi, Anwar mengalu-alukan kenyataan mengenai usaha mencari pesawat itu selepas 10 hari, namun ketua umum PKR itu menggesa Hishammuddin mendisplinkan media yang dikawal Umno dan cybertrooper Umno.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membidas kenyataan Hishammuddin itu tetapi majlis penerangan berhubung kehilangan pesawat itu hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja.

"Saya kata ini tidak konsisten, dia tidak amanah dengan komitmennya," kata Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu juga mendakwa cara krisis ini dikendalikan setakat ini "penuh dengan percanggahan".3:50PM - 17 Mar 2014

Pegawai FBI kesal M'sia tak minta bantuan

Seorang pegawai kanan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarkat (AS) mengkritik langkah Malaysia menyorok maklumat berhubung kehilangan MH370 dan tidak bertindak cukup pantas untuk mengesahkan “niat jahat” lebih awal.

New York Times (NYT) memetik pegawai itu sebagai berkata, lebih banyak hasil akan diperoleh jika Malaysia bersetuju menerima lebih daripada dua agen FBI bagi membantunya di Kuala Lumpur.

“Kita hanya tiada hak untuk mengambil alih siasatan begitu sahaja,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali ekoran siasatan masih berjalan.

“Tidak banyak kita boleh lakukan jika tiada permintaan daripada mereka untuk lebih bantuan atau pembangunan berkaitan maklumat yang kami ada.”

FBI mempunyai agen yang berpangkalan dari Kedutaan AS di Kuala Lumpur selama lebih sedekad.

Ia dikatakan membangunkan hubungan kerja dengan pegawai penguatkuasa undang-undang Malaysia dalam tahun-tahun mutakhir ini.4:43PM - 18 Mar 2014

 

Rogol statutori: Bukan Melayu mungkin kurang sensitif

Orang bukan Melayu mungkin kurang sensitif dengan kes rogol di bawah umur berbanding orang Melayu yang beragama Islam dan tidak menerima fenomena anak tidak sah taraf, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata demikian sewaktu menjelaskan sebab di sebalik statistik rogol bawah umur yang hampir 80 peratus melibatkan orang Melayu, bagi tahun 2012 dan 2013.

"Ini bukan bermakna orang Melayu kebanyakan secara nisbah melakukan kes rogol sedemikian.

"Sebenarnya, oleh kerana orang Melayu sensitif sangat kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka laporan mesti dibuat oleh pihak-pihak ini dan pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya maka nisbahnya dapat diterima.

"Perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain yang mereka nisbahnya lebih di bawah dan turun sedikit daripada angka yang ada di balai polis," katanya sewaktu memberikan jawapan tambahan kepada soalan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan MP Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang mahu tahu statistik rogol di bawah umur 16 tahun dan langkah kerajaan bagi membendungnya.

Menurut Wan Junaidi, 1,550 daripada kes yang dilapor pada tahun 2012 – sebanyak 1,243 daripadanya melibatkan orang Melayu, 73 kes melibatkan orang Cina dan 45 kes melibatkan orang India dan 189 kes melibatkan kaum-kaum lain.

Pada tahun 2013 pula pecahannya adalah 1,147 kes melibatkan orang Melayu, 62 kes orang Cina dan 32 kes orang India dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,424 yang dilaporkan.

"Statistik daripada kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain kerana laporan yang diterima daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tidak dapat menerima anak tidak sah taraf hasil daripada hubungan seks tanpa nikah adalah salah daripada segi hukum agama Islam," jawapan bertulis beliau dipetik.
 
 

Tiada ulasan: