Posted on Wednesday, March 05 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Pada satu hari, ketika itu aku sedang menulis untuk buku terbaru. Sebenarnya ia sebuah novel. Sementara tunggu anak-anakku selesai kelas tahfiz mereka, aku melepak di restoran mamak di dalam supermarket. Kalau aku lapar, aku makan roti canai dengan teh halia. Kalau tidak, memadai dengan teh halia. Tak tergamak untuk aku menumpang di meja pelanggan tanpa memberi sedikit ‘bisnes’ kepada makan restauran ini. Seperti biasa setelah pesanan dibuat, aku membentangkan laptop dan mulai menaip.
Tidak jauh dari meja ku, terdapat seorang bapa dalam lingkungan umur aku bersama seorang anak lelakinya. Bapa itu lebih kurus daripada ku dan tampak lebih tangkas pada pergerakan. Anaknya pula berumur sekitar 5-6 tahun, rasa aku. Dari raut wajah si anak, aku percaya dia menghidap down syndrome.
Sifatnya
agresif, sukar duduk diam. Sekali-sekali mengeluarkan suara agak kuat
seperti menjerit. Mungkin tidak suka kekangan yang dilakukan bapanya.
Pelanggan –pelanggan lain yang kebanyakan melayu dan cina memerhatikan
dengan persepsi masing–masing.
Aku
terhayal seketika membayangkan aku mempunyai ‘power’ untuk masuk ke
fikiran mereka dan membaca fikiran mereka yang memerhatikan itu.
Tentulah pelbagai perkara menarik yang akan diketahui.
Syukur,
semua mereka melihat dengan simpati, tiada yang menjuih mulut walaupun
hati didalam, tiada siapa yang tahu. Kesedaran awam dalam hal ini
mengurang fenomena ketidak selesaaan pada diri mereka sendiri.
Kesedaran
awam berkaitan dengan anak autisme adalah lebih perlu dan penting.
Ini kerana dalam hal anak autisme yang pada wajah dan fizikal mereka
tidak dapat dibezakan daripada kanak-kanak normal, menyebabkan lebih
mudah menarik persepsi negatif pada fikiran orang awam kepada ibubapa
dan anak itu apabila anak itu bersikap keterlaluan daripada anak yang
biasa, atau yang kelihatan pada mereka tidak patut dilakukan oleh
kanak-kanak biasa yang dapat dikawal ibubapanya.
Kembali
pada kisah anak tadi. Pantang lepa, anak itu akan berlari dari
bapanya. Dikeja dan ditangkap segera oleh bapanya. Ketika hendak
membayar makanan dikaunter juruwang, si bapa mendokong mantap, memegang
kuat anaknya dengan sebelah tangan, manakala tangan yang satu lagi
untuk melakukan urusan pembayaran.
Anak itu…
Dialah ‘syurga yang berlari….
Dialah anak yang berlari ke ‘syurga’…
Siapa
yang menjaga dengan baik, tentulah dia layak untuk terus bersama
dengan anak ini di mana sahaja. Apabila anak ini memasuki Syurga,
adakah si penjaga dibiarkan diluarnya?
Siapa
yang memandang dengan ihsan… tentulah dia memandang dengan pandangan
ahli syurga, adakah nanti dia tidak boleh meneruskan pandangan demikian
di dalam syurga?
Siapa
yang membantu dengan ikhlas… adakah si anak tadi akan melupakan
mereka, mungkin bertanyalah dia di dalam Syurga “dimanakah orang-orang
baik yang membantu saya, carilah mereka , bawalah mereka, saya ingin
bertemu semuanya?”
hisham-ahmad.blogspot.com
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Wednesday, March 05 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Thursday, 26 January 2012
Gambaran Keindahan Syurga Allah..
Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh.
Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: "Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali."
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.
Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:
"Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."
Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:
"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya." (Al-Insan: 13)
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.
Sungai-Sungai di Syurga
Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
"Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?" (sudah tentu tidak sama!).
Ayat di atas memberi pengertian
bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa
seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang
berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan
sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui
rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan
terdapat juga mata-mata air yang mengalir.
Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:
= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring
Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.
Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.
Tentang
nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam
al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi
bersabda:
"Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu."
Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.
Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus." (Al-Kausar: 1-2-3).
Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu
Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu
Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku
oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam
(Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak
bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).
Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."
Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.
Syurga itu Bertingkat-Tingkat
Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).
Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.
Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.
Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.
Cuba kita bayangkan di dunia ini
sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual
dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan
bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan
Allah yang menciptakan dunia ini.
Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat"
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."
Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :
= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).
Taman-Taman Di Syurga
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.
Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).
Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.
At-Tabrani meriwayatkan bahawa di
taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan
luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan
ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan
bunyi-bunyian yang amat merdu pula.
Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.
Pintu-Pintu Syurga
Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
"Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."
Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh
kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala
hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke
semua pintu-pintu tersebut.
Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.
Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).
Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :
= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat
Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:
"Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah."
Jelaslah pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.
Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga
Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.
Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."
Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"
Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).
Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:
"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya."
Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud:
"Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka."
Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.
Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:
"Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana."
Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).
Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga
Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.
Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan, tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.
Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33).
Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (Ar-Rahman: 48).
Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (Ar-Rahman: 68)
Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).
Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:
Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).
Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."
Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.
Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.:
"Pokok kurma
syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal
pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi
pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan
mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih
putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada
buih dan tiada mempunyai benih."
Wallahualam..
Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: "Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali."
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.
Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:
"Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."
"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya." (Al-Insan: 13)
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.
Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
"Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?" (sudah tentu tidak sama!).
Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:
= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring
Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.
Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.
"Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu."
Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.
Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus." (Al-Kausar: 1-2-3).
Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."
Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.
Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).
Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.
Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.
Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.
Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat"
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."
Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :
= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).
Taman-Taman Di Syurga
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.
Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).
Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.
Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.
Pintu-Pintu Syurga
Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
"Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."
Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.
Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).
Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :
= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat
Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:
"Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah."
Jelaslah pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.
Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga
Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.
Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."
Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).
Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:
"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya."
Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud:
"Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka."
Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.
Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:
"Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana."
Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).
Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.
Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan, tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.
Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33).
Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (Ar-Rahman: 48).
Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (Ar-Rahman: 68)
Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).
Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:
Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).
Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."
Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.
Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.:
Wallahualam..
Bidadari syurga menurut Al-Quran dan hadith
Bidadari syurga, makhluk yang telah
sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh,
yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan
bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia
dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh
malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk
menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan.
Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada
mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka
terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia
tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu
berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu,
sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang
kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak
sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang
bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.
AL-QURAN
Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu
akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang
bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir
di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan
kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas
cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan
jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu
hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata
delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula
bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada
mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya
tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di
antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh
manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah
seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara
langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu
yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah
didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R.
Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin
masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan
erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan
kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar
matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya
salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari
langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang
harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu
lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi,
nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R.
Ath-Thabrani)
Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya
mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif
yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam
rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang.
Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab
Hadzil Arwah:316)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan
yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di
malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya
seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di
antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya
kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang
bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni
syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus
itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air
laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari
terbuat dari za’faran.”
Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu
Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu,
dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang
merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud
yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan
tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh
tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia
dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak
isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah,
apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan
seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya
bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia
ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab,
“Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata
jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak
tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada
mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah
mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh
mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna
hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya
terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati,
kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi
dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah
bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan
kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari.
Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur,
iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu
sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja
bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut
lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan
dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”
Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia
memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan
lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan
wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi
syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana
syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya,
lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah
syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia
menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka
bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai
Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari
jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini
diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t
daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii
Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy
disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah
bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH
menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur.
Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke
lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari
misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai
kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di
dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama
suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua
tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya
terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh
binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”
Video kuliyah mengenai bidadari syurga
Ini adalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di
syurga. Walau bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan boleh
membayangkan sesuai dengan rupa aslinya, kerana sesuatu yang berada di
syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.
SUARA MASJID AL-AZIM
NIKMAT SYURGA
Abu
Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat
syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Beritakan
tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud:
Satu
bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi
yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara
dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal
tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.
Kemudian
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Tiga
macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang
adil. Dan orang puasa ketika berbuka. Dan orang yang
teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan
lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela
padamu walau hanya menanti masanya.
Abu
Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya
di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan
dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak
putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang
memanjang terus). Dan di dalam syurga kesenangannya yang
tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak
pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu:
Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi
mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan
apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut di dalam
syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang
bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam
syurga bererti telah untung.
Ibn
Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari
yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran,
sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah
dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah
dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya:
Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat
kepada Tuhanku.
Mujahid
berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat
pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad,
sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil
berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring
juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya
sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang
yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.
Abu
Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi
Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat
bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah
tua.
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila
ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka,
maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya
kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah
memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan
memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka.
Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat
melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah
mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada
zat Allah.
Anas
bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa
cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w.
bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini?
Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang
ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga
umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan
nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin
bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima
oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti
akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat)
dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). Nabi s.a.w. bertanya:
Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah
di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik
kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar
dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar
dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para
siddikin suhada' dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang
di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil
itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada
Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku telah
reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu
dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka,
sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang
mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya
kemuliaan kehormatan mereka.
Dalam
lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada
para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada
tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga
bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada
hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya
pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman
yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku
janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan
permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta
redaMu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda
kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari
ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua
yang telah kamu terima, maka
dibukakan
hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah,
maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah,
sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab
kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat
yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih
besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka
kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi
yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun
kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya
terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan
mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih
elok dari yang biasa.
Abul-Laits
berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk
melihatNya. Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran
yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli
ilmu mengertikan: Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.
Ikramah
berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun
lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta
setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak
berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan,
yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna,
maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di
dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya
di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan
tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.
Dalam
riwayat lain: Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan
tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit
dan bumi.
Zaid
bin Arqam r.a. berkata: Seorang ahli kitab datang kepada
Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa
orang syurga itu makan dan munum? Jawab Nabi s.a.w.:
Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli
syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima'
(bersetubuh). Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum
ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran?
Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat)
yang berbau harum bagaikan kasturi.
Mu'tah
bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon
di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di
dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar,
sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera
jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah
berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila
telah selesai ia terbang kembali.
Dari
Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w.
bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari
umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan
bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut
tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air,
tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas,
dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka
kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan
Adam a.s. enam puluh hasta.
Ibn
Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut
di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak
dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam
a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih
rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan,
maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum
dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan,
rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan,
maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.
Dan
tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan
berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh
cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum
dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga:
Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun. Dan
yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum. Kelima:
Albasakum alhuli wal hulal. Keenam: Zawwa jakum ul hurul
iin. Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul
a'yun wa antum fiha khalidun. Kelapan: Rafaq tumunnabiyina
wassdidiqin. Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun.
Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran. Ertinya:-
1.
Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.
2.
Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.
3.
Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.
Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
5.
Kami memberimu pakaian dan perhiasan.
6.
Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.
7.
Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan
matamu.
8.
Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.
9.
Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.
10.
Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
Abul-Laits
berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah
menepati lima macam:-
1.Menahan
dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan
nafsu dari maksiat maka syurga tempatnya.
2.Rela
dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga
syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.
3.Rajin
pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal
itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah
yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal
perbuatanmu.
4.Cinta
pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka
diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud:
Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada
hari kiamat.
5.Memperbanyak
doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah. Sebagaimana
ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala
bererti satu kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal
setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di
syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang
yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak
dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan
di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia.
Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang;
Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan
itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala
yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk
menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.
Ibrahim
bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh
penjaganya:
Jangan
masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa:
Ya Allah
seorang
untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka
bagaimana
saya
akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?
Tersebut
dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu:
Hai Anak Adam
kau
membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga
dengan
harga
murah, ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu
banyak dan ringan,
tetapi
untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.
Abu
Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali
dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan
sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat
dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran
dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari
neraka. Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan
satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan
sabar menderita satu persen dari kesukaran.
Yahya
bainMu'adz Arrazi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi
meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah
meninggalkan dunia.
Anas
bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Siapa
yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa:
Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah
dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah
hindarkan ia dari neraka.
Semoga
Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam
syurga. Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa
kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan
baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan
kepuasan itu semua ada.
Anas
bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di
dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang
berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat,
bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana
keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai
di syurga.
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata:
Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang
di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut
amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang
bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya
dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan
ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas
kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat
itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang
di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret
orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi
masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka,
sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim
(Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan
sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat
dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan
tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika
aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya:
Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian
diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa
kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya
Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan
jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya:
Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga
yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih
rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga
ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Soya sudah
minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar
dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.
Abdullah
bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa
sehingga terlihat gigi gerahamnya.
Dalam
hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya
melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.
Firman
Allah yang bermaksud:
Kami
cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat
kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli
yamin.
Semakin Kaya Semakin Semakin Tidak Bertimbangrasa!
Adakah dengan semakin kayanya seseorang itu akan membuatkan dia menjadi
lebih bertimbang rasa dan simpati kepada golongan yang miskin. Dan
adakah disebabkan kekayaan mereka itu (baik disebabkan kerja yang baik,
perniagaan yang menguntungkan atau pun lahir dialam keluarga bangsawan
yang kaya) mereka akan kurang cenderung untuk menzalimi, menipu atau
mencuri dari manusia lain. Kita boleh andaikan mungkin disebabkan
seseorang yang kaya itu mempunyai wang yang banyak dan juga kuasa untuk
membantu yang lemah, itu sepatutnya membuatkan mereka lebih bertimbang
rasa, prihatin dan lebih mempunyai sifat-sifat kemanusiaan.
Kebanyakan kita pasti menganggap orang miskin dan susah lah yang
sepatutnya lebih cenderung untuk lebih tidak bertimbang rasa, menipu
ataupun mencuri akan tetapi kajian oleh pakar psikolgi di Amerika
menerusi ujikaji-ujikaji mereka membuktikan sebaliknya. Pakar psikologi Paul Piff dan Dacher Keltner telah melakukan beberapa ujikaji
dengan melihat samada status sosial (diukur melalui kekayaan, kehebatan
jawatan dan pendidikan) mempengaruhi sejauh mana keprihatinan atau
bertimbang rasa seseorang itu terhadap insan yang lain.
Adakah mereka yang kaya lebih cenderung untuk menipu? Dalam ujikaji
seterusnya para peserta diminta untuk bermain permainan komputer yang
mana pada skrin komputer tersebut akan menayangkan salah satu dari muka
buah dadu hasil "lontaran" mereka yang kononnya terhasil secara rawak.
Mereka diminta untuk merekodkan jumlah mata yang diperolehi dan jika
lebih banyak mata diperolehi, lebih besar kemungkinan untuk mereka
memenangi hadiah wang tunai. Lima lontaran dibenarkan dan mereka diminta
untuk merekodkan bacaan mereka itu. Apa yang tidak diketahui oleh
mereka adalah jumlah mata dari lima balingan dadu tersebut telah
ditetapkan oleh komputer sebanyak 12 mata sahaja untuk setiap peserta.
Golongan yang berstatus tinggi didapati lebih cenderung untuk menipu dan
merekodkan jumlah mata yang lebih berbanding apa yang dipaparkan di
komputer.
Adakah mementingkan diri sendiri membuatkan seseorang itu menjadi kaya?
Ujikaji seterusnya oleh Paul Piff dan rakannya pula adalah dengan
meminta para peserta membuat perbandingan mengenai kedudukan mereka
berbanding orang lain dari sudut ekonomi. Pada masa yang sama juga
mereka diberitahu bahawa setelah selesai menjawab soalan-soalan tersebut
mereka boleh mengambil sebanyak mana gula-gula yang terdapat didalam
balang dihadapan mereka. Pada masa yang sama juga mereka diberitahu
bahawa baki gula-gula yang tinggal akan diberikan kepada kanak-kanak di
pusat penjagaan berhampiran. Para peserta yang melabelkan diri mereka
lebih baik dari segi ekonomi berbanding orang lain didapati telah
mengambi lebih banyak gula-gula berbanding golongan yang kurang baik.
Tetapi mengapakah semakin kaya dan tinggi status sosial seseorang itu
mengurangkan perasaan simpati dan timbang rasa seseorang itu terhadap
insan lain? Paul Piff mengesyaki kemungkinannya adalah
disebabkan
kekayaan dan status tinggi seseorang itu, mereka tidak perlu bergantung
kepada orang lain untuk hidup, dan semakin tidak bergantungnya seseorang
itu kepada orang lain, semakin kurang kepedulian mereka terhadap
kebajikan dan perasaan orang lain. Ini membawa kepada sikap pentingkan
diri sendiri. Persoalan seterusnya adalah, adakah mereka golongan diatas
ini sedar akan sikap buruk mereka ini? Malangnya didalam satu kajian
yang lain, semakin tinggi pangkat seseorang itu, semakin dia tidak sedar akan sikap-sikap buruk mereka yang dapat dilihat oleh orang lain.
Didalam ujikaji yang lain pula,
para peserta ujikaji diminta untuk menonton dua tayangan video dimana
pada masa yang sama denyutan jantung mereka diukur. Satu video
menunjukkan seorang memberi penjelasan bagaimana untuk membina patio dan
satu lagi video berkenaan kanak-kanak yang mengidap kanser. Selepas
menonton video tersebut, para peserta akan menjelaskan sejauh mana
perasaan mereka apabila menonton video-video tersebut. Status sosial
para peserta diketahui dengan menyoal selidik pendapatan dan tahap
pendidikan mereka. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa para peserta yang
rendah status sosialnya iaitu dengan pendapatan dan juga pendidikan
yang rendah lebih menunjukkan rasa simpati apabila menonton video
pesakit kanser, malah denyutan jantung mereka juga menjadi perlahan
semasa menonton video tersebut yang mana menunjukkan tindak balas
penumpuan mereka terhadap perasaan orang lain. Hasil kajian ini juga
selari dengan penyelidikan sebelumnya
yang mana golongan atasan lemah dalam mengenal pasti perasaan orang
lain dan kurang menumpukan perhatian dengan orang-orang yang
berinteraksi dengan mereka dengan cara membelek telefon bimbit mereka
ataupun menconteng-conteng kertas.
Daripada penyelidikan-penyelidikan diatas, berapa ramai dikalangan
pembaca yang dapat mengaitkannya dengan keadaan sebenar masyarakat kita
hari ini? Adakah pemimpin-pemimpin kita yang semakin kaya dan tinggi
taraf sosialnya itu benar-benar dapat memahami, bertimbang rasa,
prihatin dan benar-benar berjiwa rakyat? Adakah mereka jujur dan tidak
menipu rakyat dalamana mereka meneraju negara kita ini?
Melihat kepada jurang pendapatan yang semakin besar dinegara kita,
hubungan antara kekayaan dan keprihatinan atau bertimbangrasa ini
mempunyai implikasi yang teramat penting. Mereka yang berkuasa dinegara
kita ini kebanyakan datangnya dari golongan yang berada, oleh itu jika
status sosial ini mempengaruhi keprihatinan seseorang itu terhadap insan
lain, nampaknya besar kemungkinan keputusan-keputusan atau
polisi-polisi yang dianjurkan oleh mereka bukanlah sebenarnya membantu
golongan yang miskin dan kurang bernasib baik malah lebih untuk
mengenyangkan perut mereka.
Jika pemimpin yang dari kecil hidup didalam kemewahan dan tidak pernah
kenal erti susah, wujudkah jaringan-jaringan neuron yang pernah
terbentuk didalam otak mereka yang akan kembali aktif apabila melihat
atau mendengar kesusahan rakyat dan kemudiannya merembeskan
"peptid-peptid molekul emosi" yang akan menyelinap kesalur darah mereka
memberikan perasaan sebenar erti kepayahan dan kesusahan? Jawapannya
tentulah tidak. Buktinya teramat jelas kerana apabila negara mengalami
masaalah ekonomi, rakyatlah dahulukan dalam usaha mencari wang untuk
membayar hutang. Setelah gula, minyak, tol dan sebagainya akibat virus
BN (Barang Naik), ditambah pula dengan GST untuk memaksa rakyat membayar
beban hutang yang dibuat oleh kerajaan, barulah akhir sekali gaji menteri-menteri nak dipotong? Mengapa ianya tidak mula-mula sekali dilakukan jika mereka benar-benar berjiwa rakyat?
Jawapannya adalah, semakin kaya, semakin tinggi pangkat dan status
sosial, semakin mereka tidak bertimbang rasa terhadap insan lain
terutama sekali rakyat. Apa yang penting bagi mereka adalah untuk
memastikan mereka terus kekal berkuasa dan rakyat semua perlu membayar
harga untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa. Barangkali jaringan
neuron kesusahan yang ada didalam otak mereka adalah susahnya bagaimana
nak mendapatkan undi. Selagi pemimpin sebegini memerintah, semakin hari
semakin kehidupan rakyat menjadi susah.
Malah saranan-saranan bodoh
juga dikemukakan oleh mereka kepada rakyat contohnya berhijrah kenegara lain
jika tidak setuju dengan kepimpinan mereka. Nampaknya ketidak
prihatinan, kesombongan dan kebodohan sudah berjalan berpimpin tangan
dengan mereka.
Ini dilihat dari segi pemimpin, bagaimana dengan diri kita sendiri? Jika
kita mengetahui bahawa dengan membuat pinjaman-pinjaman di bank ini
akan menyebabkan meningkatnya inflasi disebabkan bertambahnya jumlah
wang didalam kitaran berbanding dengan kekayaan sebenar, dan inflasi ini
pula akan menyebabkan harga barangan meningkat yang mana pasti akan
membebankan golongan berpendapatan rendah, adakah kita yang berkedudukan
baik dengan pangkat tinggi dan gaji tetap setiap tahun naik ini akan
berhenti membuat pinjaman-pinjaman baru, mengambil sifat zuhud dengan
rumah kecil, kereta lama, berusaha membeli barangan baru secara tunai
dan sebagainya?
Adakah kita yang bernasib baik ini mempunyai perasaan
simpati terhadap golongan yang susah ini?
Adakah kita juga akan tetap memilih pemimpin yang sama dipilihanraya
akan datang nanti walaupun kita tahu hasil kepimpinan mereka lebih
banyak menyusahkan rakyat dan mengkayakan golongan segelintir hanya
kerana kita takutkan perubahan yang akan menggugat kesenangan kehidupan
kita? Pedulikah akan kita kepada nasib malang golongan kurang bernasib
baik ini?
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Al Imran 3:92)
Sesungguhnya Allah SW itu Maha Adil, semakin kaya dan berpangkat
seseorang itu semakin kurang sifat timbang rasa dan simpati mereka
kepada orang lain dan inilah cabarannya kepada kita sebagai manusia
untuk senantiasa sedar bahawa segalanya ada "harga" yang perlu dibayar,
tiada apa yang percuma didunia ini termasuklah untuk kekayaan dan
pangkat kita itu. Ini memerlukan kita untuk menjadi "Pemerhati Yang Hebat",
memerhatikan pemikiran kita yang kemudiannya akan menjadi tindak tanduk
perbuatan yang akan mempengaruhi manusia-manusia lain. Sebab itulah disyurga lebih ramai orang miskin
berbanding yang kaya seperti yang diberitahu oleh Nabi. Adakah kita
pasti kita sudah mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian jika kita
tidak mahu melepaskan sebahagian dari kesenangan kita itu?
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak… dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadid 57:20)
Kita semua berkait, baik jika kita lihat dari kejadian Adam AS, Teori Big Bang mahupun ujikaji fizik kuantum,
apa yang kita lakukan dan segala tindak tanduk kita ini akan
mempengaruhi kehidupan kita. Marilah hidup dengan lebih matlamat kepada
"kita" daripada "aku", kerana kita semua adalah satu, hidup didalam
dunia yang satu dan menyembah Tuhan yang satu. Lebihkan memberi dan
fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum mengambil. Allah SW tidak
akan menghukum mereka yang memberi lebih, sebaliknya yang mengambil
lebih dari apa yang sebenarnya hak diri manusia itu. Keputusannya
ditangan anda, harap artikel ini dapat memberikan ketukan minda buat
mereka yang mahu berfikir.
Syurga
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syurga (kata serapan daripada bahasa Sanskrit Swargam atau Heaven dalam bahasa Inggeris dan جنّة (Jannah) dalam Bahasa Arab) merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, dewa-dewa, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.
Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi.
Syurga Mengikut Agama-agama
Dalam agama Yahudi kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan Sheol (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. Farisi, salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang Kebangkitan Semula, tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab Sadducees yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).Dalam kebanyakan agama Kristian, syurga ialah kepulangan kepada keadaan manusia sebelum kejatuhan, dan merupakan Syurga Aden kedua yang baru, dengan manusia disatukan semula dengan Tuhan dalam kewujudan semula jadi dan sempurna yang abadi. Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Jesus Christ yang mati di atas salib untuk menebus dosa-dosa manusia.
Menurut agama Islam, syurga atau jannah adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan