Satelit China dilapor kesan objek dipercayai MH370
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Satelit milik Republik Rakyat China dilapor berjaya merakamkan objek serpihan yang dipercayai bahagian pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Tiga objek itu dikesan di perairan selatan Vietnam, tempat laluan asal pernerbangan tersebut, lapor agensi berita Xinhua, China, semalam.
Penemuan itu dijangka dapat membantu pencarian pesawat yang hilang bersama 239 penumpang sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing awal pagi Sabtu lepas.
Sehingga kini, pencarian pesawat hilang itu meliputi kawasan 35,800 batu persegi (92,600 km persegi), di bahagian timur dan barat Semenanjung Malaysia dan diperluaskan sehingga ke perairan India.
Imej yang dipaparkan satelit China itu jika disahkan, adalah berhampiran dengan titik koordinat pesawat itu dilaporkan hilang.
Xinhua melaporkan, imej yang dirakam sekitar jam 11 pagi waktu tempatan, Ahad lalu menunjukkan "tiga objek terapung" berlainan saiz. Saiz objek paling besar berukuran 24 x 22 meter (79 x 72 kaki).
Imej satelit turut mengandungi koordinat lokasi bahagian selatan Vietnam dan Timur Semenanjung Malaysia. Imej ini pada asalnya disiarkan laman web teknologi pertahanan nasional China.
Dalam perkembangan berkaitan, Daily Mirror melaporkan Ketua Jabatan Penerbangan Awam China berkata, tiada bukti menunjukkan imej terapung di Laut China Selatan yang dirakam satelit itu mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang.
"Satelit China telah merakam kepulan asap dan objek terapung... Buat masa sekarang kami tidak dapat mengesahkan hubungannya dengan pesawat yang hilang itu," Li Jiaxiang memberitahu pemberita di luar sidang parlimen.
Agensi berita CNN turut melaporkan perkembangan yang sama.
MH370: Menantu tidak lalu makan sebelum ke Beijing
- Mar 13, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Wajah tenang itu berkerut menahan tangis mengenangkan nasib Nor Fadzillah yang bertugas di Syarikat Syar Freescale (dahulu Motorola).
Nor Fadzillah dijadualkan berada di China selama seminggu bagi melawat kilang Syar di sana.
Cerita Hajah Putih, beberapa hari sebelum Nor Fadzillah berlepas, beliau tidak lalu makan dan selalu meluahkan perasaan tidak sedap hati kepadanya.
"Seminggu sebelum pergi, banyak kali dia cakap pada saya, rasa malas hendak pergi ke Beijing.
"Saya pujuk, saya kata pergilah, inikan tugas, bukan pergi suka-suka. Dia berlepas hari Sabtu, hari Rabu baru dia pergi beli baju sejuk, stokin untuk pakai di sana.
"Kami juga ada pergi makan di restoran tapi dia makan sikit sahaja, tak habis. Padahal steak memang makanan kegemaran dia," cerita beliau yang mengakui sangat rapat dengan Nor Fadzillah dan selalu menjadi tempat menantunya itu mengadu apa juga perkara.
Nor Fadzillah mempunyai empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berumur 13, 10, empat dan dua tahun.
"Mak cik tak tahu macam mana nak ceritakan perasaan mak cik ni. Walaupun dia menantu, tapi sama seperti anak sendiri. Mak cik sayangkan dia. Suami dan anak-anak menanti kepulangan dia," luah beliau sambil memandang sayu cucunya yang sedang tidur di dalam buaianya di tepinya.
Beliau juga merayu seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370.
"Sama-samalah kita terus berdoa mohon diberi petunjuk di mana pesawat dan selamatkan semuanya.
"Mak cik tak putus berdoa, hanya Allahlah tempat kita bergantung sekarang," ujarnya sambil menyeka air mata.
Hari ini masuk hari ke lima operasi mencari dan menyelamat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi Sabtu lalu.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Pelakon lagak ngeri Jet Li penumpang MH370 ???
Posted on Wednesday, March 12 @ 16:48:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
BETUL KE CERITA NI? KUALA
LUMPUR – Berita ini agak mengejutkan ramai pihak apabila ada laporan
mengenai pelakon lagak ngeri yang pernah bersama pelakon hebat Jet Li,
Ju kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam
insiden misteri kehilangan pesawat MH370.
Ju Kun adalah seorang pakar seni pertahanan diri, pelakon lagak ngeri dan juga merupakan pembantu koreografer yang sangat berpengalaman.
Sumber dari laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company.
Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun
adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden
kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke
Beijing pada Sabtu lalu.
“Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” menurut Netflix dan The Weinstein Company.
Ju Kun dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.
Antara filem yang pernah dilakonkan beliau ialah “Fearless”, “The Expendables” dan “The Forbidden Kingdom”.
Dikatakan, pelakon berusia 35 tahun ini telah berada di Malaysia untuk siri “Marco Polo” oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan dan dikhabarkan “Marco Polo” dijangka memulakan produksi dalam tempoh tiga minggu lagi.
“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.
“Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” tambah Fusco.
Sumber link
Ada juga yang tak tahu di mana Malaysia!!
Posted on Wednesday, March 12 @ 16:53:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Laporan yang paling teruk sepanjang liputan berita kehilangan MH370. Bandar SeriBagawan di tandakan sebagai Kuala Lumpur.
Kalau Kuala Lumpur dan Malaysia puntak tahu dimana, bagaimana nak mencari Kapal terbang yang hilang?
Sumber @RaungSingosari

Bomoh gila buat hal lagi hari ini
Posted on Wednesday, March 12 @ 17:04:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ini membuat Malaysia menjadi bahan jenaka dunia.
Kenapa tak tangkap sahaja dan masukkan ke Tanjung Rambutan sementara kehilangan MH370.

Masa Laksamana Do Re Mi naik tikar terbang
ni nyanyi lagu Jepun... bomoh2 ni tau kapal terbang tu kat Jepun
ke....? Haisyyy pelik2...
Apa nak jadi umgok/BN ni cai..ooii, RAJA BOMOH SEDUNIA KEMBALI LAGI ... KALI INI ADEGAN KARPET TERBANG !!!!
Ini membuat Malaysia menjadi bahan jenaka dunia.
Kenapa tak tangkap sahaja dan masukkan ke Tanjung Rambutan sementara kehilangan MH370.
MH370: APMM hantar pesawat Bombardier siasat objek dikesan satelit China
Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2014
KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna
Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit
China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat
Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.
Perkara ini disahkan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Satuk Seri Hishammuddin Hussein melalui lama Twitternya hari ini.
Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut laporan CNN itu, objek-objek terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 11:34 (MYT)
MH370: Pekerja pelantar minyak New Zealand dakwa nampak pesawat terbakar
Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2014
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pelantar
minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan
terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.
Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.
Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.
Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.
Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.
Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.
Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 10:56 (MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pekerja-pelantar-minyak-new-zealand-dakwa-nampak-pesawat-terbakar-31749?cp
20, 000 nelayan bantu cari MH370
Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2014
KUALA LUMPUR: 30 tambahan bot nelayan dari Kedah dikerah bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan bot sebanyak 1,818 bot dengan melibatkan lebih 20,000 nelayan yang turut membantu pihak berkuasa sedia ada.
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tadi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman namun memberitahu usaha itu setakat ini belum membuahkan sebarang hasil.
Bagaimanapun usaha membantu pihak berkuasa sedia ada akan diteruskan bagi mencari pesawat yang hilang itu.
Tambah beliau, kemudahan Gps dan sonar yang dilengkapi dalam bot-bot nelayan juga boleh diguna untuk mengesan sebarang objek mencurigakan di dasar laut.
Beliau ditemui selepas melawat keluarga penumpang pesawat Mh370 di Hotel Everly Putrajaya.
Pada Isnin, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 melibatkan laut dalam di Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang diarahkan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat Mh370 di kawasan perairan negara.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/20-000-nelayan-bantu-cari-mh370-31744?cp
MH370: Jangan beri harapan palsu, ujar sukarelawan
Teoh El Sen | Kemas kini: Mac 13, 2014
CYBERJAYA: Tiada siapa yang benar-benar
dapat menyelami perasaan ahli keluarga yang menunggu khabar berita
orang tersayang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan
MH370.
Bagi pengasuh dan kaunselor, sesetengah mereka yang mengorbankan masa kerja yang lebih untuk membantu, apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga terlibat.
"Tidak ada banyak yang boleh kami lakukan. Mungkin akan ada keajaiban atau berita baik tetapi sebenarnya apa yang boleh kita lakukan ialah menenangkan perasaan mereka dengan cuba membayangkan kita sendiri yang melalui apa yang mereka lalui sekarang," kata kaunselor sukarelawan Ow Lai Fan.
Ow bersama tiga sukarelawan lain, Saw Phaik Wah, Christina Ong, and Barbara Yen, datang ke Cyberview Lodge pada Rabu menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan dan sokongan emosi kepada 12 keluarga kebanyakannya dari China yang menginap di situ.
Mereka datang kerana merasakan "perlu melakukan sesuatu daripada hanya duduk berpeluk tubuh" selepas mendapat tahu kehilangan pesawat itu.
Mereka menawarkan sesi kaunseling bersemuka atau dalam kumpulan.
Bagaimanapun empat anggota pertubuhan Buddha diberitahu khidmat mereka tidak diperlukan sekarang.
Barbara, sukarelawan yang paling kanan. Wanita kecil molek berumur 67 tahun itu sudah menghabiskan 40 tahun daripada usianya untuk kerja sosial dan kaunseling.
"(Apa yang mereka perlukan) ialah sokongan daripada keluarga dan masyarakat," kata Barbara kepada wartawan.
Dia yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya menjaga pengidap HIV dan masalah mental di hospital. Dia juga mempunyai pengalaman kaunseling mangsa tsunami di Sri Lanka.
"(Tetapi) adakalanya mereka perlu masa," kata Barbara, merujuk kepada media dan tumpuan yang diberikan kepada keluarga penumpang MH370.
“Media kadang-kadang boleh jadi keterlaluan, boleh menambahkan keresahan keluarga. Saya tidak tahu, sepatutnya media tidak menyerbu mereka sekali harung," katanya, dan menambah media melakukan "tugas yang baik untuk memberitahu masyarakat."
Menurut Barbara, ahli keluarga penumpang MH370 memerlukan sokongan, kasih sayang dan kebajikan daan bukan maklumat palsu dan spekulasi.
"Jangan beri harapan palsu juga. Apabila ada terlalu banyak harapan ia mungkin jadi sebaliknya. Jangan kata apa-apa. Hanya cerita apa yang perlu dengan kasih sayang, dengan belas kasihan dan pemahaman," katanya.
Biarpun ditolak oleh Malaysia Airlines dan Kedutaan China, kumpulan itu berkata mereka bersedia untuk dipanggil membantu bila-bila masa diperlukan.
Setakat ini lebih kurang 100 buah keluarga dari enam negara — iaitu China, New Zealand, Ukraine, Indonesia, India, dan Malaysia — berada di Kuala Lumpur menunggu perkembangan terkini usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 serta nasib 239 yang menaikinya.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-jangan-beri-harapan-palsu-ujar-sukarelawan-31740?cp
MH370: Kemanakah arah pesawat sekiranya berpatah balik?
Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2014
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Juruterbang
Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
berpendapat jika sesuatu penerbangan berpatah balik dan menuju ke tempat
yang tidak selamat ia menimbulkan tanda tanya.
Nik Ahmad Huzlan berkata dalam kes kehilangan pesawat MH370 milik MAS itu, ia menimbulkan banyak persoalan ke mana hala tuju penerbangan tersebut.
Katanya, jika pesawat itu berpatah balik dan mahu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan ada radar di Selat Melaka yang dapat mengesannya.
"Kalau dia pusing ke bawah pun ada radar di kawasan Selat Melaka, di Singapura, kalau dia pusing ke atas juga akan ada radar di kawasan Thailand," katanya kepada Astro AWANI.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 08:30 (MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kemanakah-arah-pesawat-sekiranya-berpatah-balik-31738?cp
MH370: Pesawat misteri tidak dapat disahkan sebagai MH370 - ATM
Irwan Muhammad Zain | Kemas kini: Mac 12, 2014
SEPANG: Pesawat yang berpatah balik
yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan
sebagai MH370 kata pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefly Mohd Zin berkata, untuk tidak mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan.
"Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Sabtu mengarahkan supaya kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan, kami (ATM) melihat kawasan yang akan diperluaskan.
"Kita kaji semula rakaman daripada radar dan kami mendapati ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.
Beliau juga menegaskan, pihak ATM tidak boleh mengambil risiko mengenepikan sebarang kemungkinan dan terpaksa mengerakkan aset untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Selat Melaka.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud mendedahkan satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu.
Rodzali berkata pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadualkan ke Beijing.
“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya.
Beliau menjelaskan, pesawat misteri itu dikesan pada 2.15 pagi waktu tempatan pada Sabtu, kira-kira 45 minit selepas pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin kawalan trafik udara antara pantai timur Malaysia dan Vietnam.
Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 12, 2014 21:05 (MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pesawat-misteri-tidak-dapat-disahkan-sebagai-mh370-atm-31727?cp
MH370: Hari keenam, kehilangan pesawat terus jadi misteri
Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2014
KUALA LUMPUR: Hari ini hari keenam
operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang sehingga ini
masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada awal pagi Sabtu lalu.
Sehingga semalam, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ada tanda-tanda akan ditemui.
Hari kelima, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Tun Hussein berkata pihaknya belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu.
"Tidak ada apa-apa kesan ditemui, tidak ada kotak hitam milik MH370 dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
"Fokus kita untuk mencari pesawat. Kita melakukan operasi di Laut China Selatan dan Selatan Melaka.," katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 12 negara menyertai misi SAR pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei.
Beliau berkata Malaysia juga amat mengalu-alukan lebih ramai pakar dalam bidang penerbangan tampil membantu operasi SAR.
"Sehingga kini 39 pesawat, 42 kapal dan 12 negara bersama dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 ini," katanya lagi.
Manakala, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberitahu, pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefly Mohd Zin berkata, untuk tidak mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan.
"Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Sabtu mengarahkan supaya kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan, kami (ATM) melihat kawasan yang akan diperluaskan.
"Kita kaji semula rakaman daripada radar dan kami mendapati ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, semalam.
Manakala Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud mendedahkan satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu.
Rodzali berkata pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadualkan ke Beijing.
“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya.
Beliau menjelaskan, pesawat misteri itu dikesan pada 2.15 pagi waktu tempatan pada Sabtu, kira-kira 45 minit selepas pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin kawalan trafik udara antara pantai timur Malaysia dan Vietnam.
Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.
Sehingga semalam, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ada tanda-tanda akan ditemui.
Hari kelima, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Tun Hussein berkata pihaknya belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu.
"Tidak ada apa-apa kesan ditemui, tidak ada kotak hitam milik MH370 dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
"Fokus kita untuk mencari pesawat. Kita melakukan operasi di Laut China Selatan dan Selatan Melaka.," katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 12 negara menyertai misi SAR pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei.
Beliau berkata Malaysia juga amat mengalu-alukan lebih ramai pakar dalam bidang penerbangan tampil membantu operasi SAR.
"Sehingga kini 39 pesawat, 42 kapal dan 12 negara bersama dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 ini," katanya lagi.
Manakala, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberitahu, pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefly Mohd Zin berkata, untuk tidak mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan.
"Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Sabtu mengarahkan supaya kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan, kami (ATM) melihat kawasan yang akan diperluaskan.
"Kita kaji semula rakaman daripada radar dan kami mendapati ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, semalam.
Manakala Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud mendedahkan satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu.
Rodzali berkata pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadualkan ke Beijing.
“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya.
Beliau menjelaskan, pesawat misteri itu dikesan pada 2.15 pagi waktu tempatan pada Sabtu, kira-kira 45 minit selepas pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin kawalan trafik udara antara pantai timur Malaysia dan Vietnam.
Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-hari-keenam-kehilangan-pesawat-terus-jadi-misteri-31737?cp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan