Selasa, 25 Mac 2014

TAKZIAH UNTUK MH370

Salam Takziah, keluarga kru dan penumpang MH370.
Like · · · 2 minutes ago ·
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bahawa kedudukan terakhir pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.
Maklumat berhubung lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 17 hari lalu itu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu, umum Najib.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sehubungan itu, operasi mencari kini ditumpukan di koridor selatan, lokasi pesawat itu dipercayai terhempas.
 
Sidang media bagi menjelaskan penemuan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.
Tiada sesi soal jawab media diadakan sebaik Najib selesai membaca kenyataan ringkas.
Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Australia, China dan Perancis memaklumkan mengesan objek dipercayai cebisan pesawat MH730 yang menguatkan lagi keyakinan bahawa ia jatuh terhempas di lautan Hindi.

Kapten Zaharie adalah Wira yang Bertarung Selamatkan MH370 - Chris Goodfellow

Mohd Nawawi | 17:55
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.


Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. - Cheakak

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Australia mengesan dua objek di kawasan pencarian Australia, satu berbentuk bulat dan satu lagi segi empat tepat yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
  
Perkembangan ini merupakan petunjuk terbaharu di kawasan pencarian  Australia bagi menjejaki pesawat tersebut tetapi ia belum disahkan.
  
"Beberapa minit yang lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Australia,  Tony Abbott, memaklumkannya bahawa sebuah pesawat Australia mengesan kedua-dua objek itu di kawasan pencarian Australia," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangann terkini operasi mencari dan menyelamat MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
  
Katanya HMAS Success, kapal Tentera Laut Australia, berada di sekitar kawasan itu dan ada kemungkinan objek tersebut dapat diambil dalam tempoh beberapa jam atau mungkin seawal pagi esok.
  
Hishammuddin berkata dua objek berwarna oren berukuran sekitar satu meter panjang dan sebuah tong putih dikesan oleh pesawat berkenaan tetapi objek-objek tersebut belum dikenal pasti dan tiada bukti untuk mengaitkannya dengan MH370.

Beliau juga berkata, pagi tadi Malaysia menerima satu lagi set imej daripada satelit Perancis dan kali ini dirakam oleh kamera.
  
Beliau berkata imej itu dirakam semalam dan telah disalurkan kepada Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC).
  
Misi pencarian MH370 telah diperhebatkan di selatan Lautan Hindi selepas  Australia pada Khamis lepas berkata imej satelit mengesan objek yang menimbulkan kesangsian yang mungkin berkaitan dengan MH370 di kawasan perairan kira-kira 2,400 kilometer dari Perth.
  
Penerbangan MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing, dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi pada 8 Mac di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, 49 minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
  
Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
  
Mengenai operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), Hishammuddin berkata tiga kawasan pencarian, yang dianggarkan kira-kira 20,000 batu nautika persegi telah dikenal pasti untuk operasi hari ini.
  
"RCC Australia menjangka 10 pesawat akan digunakan dalam usaha pencarian," kata beliau.
  
Beliau juga berkata bahawa di koridor utara, Turkmenistan telah mengesahkan bahawa radar negara itu tidak mengesan apa-apa isyarat berhubung MH370.
  
Katanya setiap maklumat yang diterima daripada rakan-rakan di koridor utara membantu untuk mengecilkan saiz kawasan pencarian. - Bernama


Ini Dia Gambaran Pencarian MH370 di Lautan Hindi
Posted on Monday, March 24 @ 23:54:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Ramai yang mempersoalkan kenapa objek yang dilihat satelit tidak dijumpai di lautan Hindi. Lautan Hindi disebut sebagai lautan 'sunyi' dan sangat bergolara dengan kedalam boleh mencapai 7000 meter.

Pencari MH370 mengadai nyawa untuk ke sini. Bayangkan kalau datang dengan kapal terbang 4 jam perjalan pergi dan 4 jam balik dengan minyak yang hanya mampu 10 jam hanya tinggal baki 2 jam untuk mencari dengan keadaan yang lebih perjalanan.

Benarlah kata-kata mencari MH370 di Indian Ocean, umpana mencari jarum peniti di dalam padang bolasepak yang penuh dengan becak dan lalang.

#mh370 SAR Difficulty: The Depth Of Indian Ocean Was Ten Times More Than KLCC
#mh370 SAR Difficulty: The Depth Of Indian Ocean Was Ten Times More Than KLCC
 








Pasukan Cari MH370 Lapor Lebih Banyak Visual Objek Dilihat
Posted on Monday, March 24 @ 22:39:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



koridor selatan
KUALA LUMPUR: Pasukan mencari antarabangsa melaporkan lebih banyak visual objek dilihat di kawasan pencarian di koridor selatan, yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.


“Dua objek itu berwarna oren, kira-kira satu meter panjang, dan satu lagi berwarna putih dilihat oleh pesawat yang melakukan pencarian,” kata pemangku Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Objek itu tidak dikenal pasti dan masih belum lagi konklusif untuk dikaitkan dengan MH370.”
Beliau juga berkata, tentera laut Australia HMAS Success mengesan dua radar yang menyasarkan di kawasan pencarian, tetapi tidak dapat mengesan objek berkenaan.
Hishammuddin turut berkata, pesawat mencari dari China dilaporkan melihat objek dalam kawasan pencarian Australia.
Bagaimanapun, beliau berkata “objek-objek ini bukan di kawasan objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Australia pada minggu lepas”.
Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott , mengatakan bahawa pesawat carian mengesan dua objek di dalam kawasan pencarian Australia, iaitu satu empat segi panjang dan satu bulatan.
“HMAS Success berada di kawasan itu, dan objek itu mungkin boleh diambil dalam beberapa jam yang akan datang, atau paling lewat menjelang pagi esok,” katanya.
Sumber Mstar Online

Tiada ulasan: