Posted on Friday, March 14 @ 21:27:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Hari ini genaplah 7 hari pesawat MH370 dilaporkan hilang. Kita semua bersedih dengan peristiwa yang berlaku. Kita semua turut sama mendoakan semoga mereka semua selamat dan akan dijumpai dalam tempoh terdekat. Seluruh negara, termasuk juga yang di luar negara bersama kita.
Namun kesedihan kita ini tidak seharusnya menghalang kita dari bertanya soalan dan mempertikaikan ketidak-cekapan yang jelas terserlah sejak dari hari pertama ianya berlaku. Janganlah kita menutup rentetan kelemahan ini di atas alasan kesedihan dan menghormati perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi kesedihan dan rasa hormat inilah yang sepatutnya mendorong kita untuk mempersoalkan kaedah yang telah digunapakai kerajaan serta pentadbirannya bertindak dalam menangani trajedi dan krisis ini. Mempersoalkan ini adalah sebahagian dari menghormati mereka yang terlibat kerana ia merupakan bukti bahawa nyawa dan keselamatan mereka benar-benar dihargai.
PERUMPAMAAN MUDAH
Bagi memperjelaskan sikap di atas dengan lebih jelas lagi, sehingga mampu difahami oleh segenap lapisan masyarakat, biarlah saya berikan perumpamaan yang mudah.
Seorang pesakit dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan sangat tenat pada jam 2.40 pagi dan dimasukkan kedalam wad. Selama hampir 5 jam pesakit meraung kesakitan tetapi tiada yang menjenguknya selain dari 2 orang jururawat yang kesana dan kemari. Tiba-tiba pesakit tersebut tidak sedar, pitam dan koma. Pada ketika itu, iaitu pada jam 7.30 pagi, pesakit dikejarkan ke ICU untuk mendapat rawatan yang lebih rapi. Pada ketika itu juga, secara tiba-tiba semua pihak menjadi kelam kabut dan tersangat prihatin. Pada jam 1 tengah hari pula, Pengarah hospital sendiri turun untuk melihat keadaannya dan bertemu keluarganya. Dia pun mengarahkan sekumpulan pakar terbaik untuk melihat keadaan pesakit tersebut. Sambil itu semua diarah mendirikan solat hajat dan mendoakan keselamatan pesakit tersebut.
Persoalannya sekerang, mengapakah dari jam 2.40 pagi hingga 7.30 pagi tiada apa-apa yang dilakukan? Adakah apabila kelewatan ini dipersoalkan maka ianya merupakan tindakan tidak hormat kepada keluarga pesakit berkenaan? Dimanakah barisan doktor pakar dan pengarah hospital pada ketika itu? Sebenarnya tindakan mendiamkan dan menyembunyikan ketidak-cekapan inilah yang tidak hormat pada pesakit dan keluarganya. Adakah apabila dipersoalkan kecekapan pihak hospital maka ia bermakna tidak redha dengan qada’ dan qadar? Sedangkan yang dipersoalkan adalah usaha manusia dan bukannya kerja Allah.
Bertambah rumit lagi apabila ditanya mengenai keadaan pesakit, bermacam maklumat yang bercanggah disampaikan. Ada doktor yang terlibat yang mengatakan tekanan darahnya tinggi yang mengakibatkan pesakit koma, ada pula doktor yang terlibat juga tapi mengatakan tekanan darah rendah. Ada yang kata suhunya telah naik sehingga 40 darjah dan ada juga yang kata suhunya biasa sahaja. Tidak berang?
PESAWAT MH370
Begitu jugalah dengan keadaan MH370! Saya telah membangkitkan isu ini semasa membahaskan titah diraja di dalam sidang parlimen minggu ini. Persoalan yang ditimbulkan ialah mengapa tiada tindakan pada seawal jam 2.40 pagi setelah segala hubungan dengan MH370 terputus? Ia hilang dari radar dan tidak lagi dapat dihubungi melalui radio tetapi MAS hanya mengesahkan terputusnya hubungan dan hilangnya MH370 pada jam 7 pagi!
Begitu juga mesyuarat dengan agensi penyelamat lain dilaporkan hanya diadakan pada jam 10 pagi dan pihak TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat hanya pada jam 10.30 pagi. Pada ketika itu, sudah hampir 5 jam semenjak peristiwa terputusnya segala hubungan dengan MH370.
Begitu juga dengan pengarahan Perdana Menteri supaya semua ajensi penyelamat melakukan apa juga yang perlu untuk mengesan dan menyelamat MH370. Arahan ini hanya dikeluarkan pada jam 1 tengah hari! Ini adalah hampir 12 jam setelah peristiwa terputusnya segala hubungan dengan MH370. Mengapa begitu lambat?
Tidak cukup dengan itu, suasana kelam kabut dan maklumat bercanggah bagaikan merupakan trademark operasi ini! Waktu terputus hubungan, DCA mengatakan 1.30 pagi, MAS pula kata 2.40 pagi! Maklumat berhubung di mana MH370 berada semasa terputus hubungan dan jumlah penumpang yang menggunakan passport curi, kesemuanya bercanggah satu sama lain dengan sebahagian maklumat hanya timbul selepas beberapa hari. Contoh yang klasik adalah kisah teori MH370 dikesan membuat u-turn didedahkan oleh pihak TUDM pada hari kedua peristiwa kehilangan MH370. Sepertimana juga soal penumpang yang menggunakan passport curi.
Keadaan menggelabah dan tidak teratur ini pasti merupakan sesuatu yang membinggungkan semua yang mengikuti peristiwa tragedi ini. Ia pasti juga menimbulkan kemarahan ramai pihak, lebih-lebih lagi bagi yang terlibat secara terus. Tidak hairan mengapa pegawai MAS dibaling botol air plastik dan dicaci sebagai penipu di Beijing oleh yang menunggu kepulangan ahli keluarga mereka di sana. Sedangkan pegawai-pegawai di sana hanya mangsa kelembaban pihak di sini.
Apa yang sepatutnya dilakukan ialah ditubuhkan satu jawatankuasa bersama yang terdiri dari semua pihak yang terlibat untuk menyelaraskan semua jawapan supaya ianya tidak bercanggah satu sama lain.
PASSPORT
Pihak Immigresen mengatakan semua pegawai immigresen telah mengikuti SOP seperti sepatutnya maka mereka tidak bersalah dalam kes ini. Namun dua orang yang menggunakan passport curi telah bolos! Kita bukan ingin mencari kesalahan sesiapa, tetapi kita perlu akui SOP yang telah ditetapkan telah gagal. Oleh itu kita tidak boleh lepas tangan dengan begitu sahaja dengan sekadar mengatakan SOP telah dipatuhi, kakitangan kami tidak bersalah.
Apa yang patut dilakukakan ialah pada mulanya mengakui kelemahan SOP yang telah membenarkan 2 orang itu bolos dan pada masa yang sama, menjanjikan perubahan terhadap SOP akan dilakukan untuk menjamin kelemahan ini diatasi. Sudah pasti, pada zaman sains dan teknologi ini, komputer mampu mengesan dan memberi amaran apabila nombor passport yang telah dilaporkan dicuri dimasukkan oleh pegawai immigresen dalam komputer mereka semasa memproses ketibaan atau pemergian seseorang penumpang. Ianya mampu diproses dalam masa hanya beberapa saat walaupun jumlah passport curi yang dilaporkan berjumlah 40 Juta sekalipun.
Agar kefahaman oleh semua pihak masih terjamin, maka sekali lagi saya ingin berikan perumpamaan mudah. Keadaan ini adalah sama seperti apabila Manchester United dibolosi Real Madrid 6-0 dan pengurus MU membuat kenyataan bahawa beliau berpuas-hati kerana pemain MU telah mengikut SOP yang telah ditetapkannya! Kalau tidak faham perumpamaan ini juga maka saya pun tidak mampu untuk kata apa lagi selain bersimpati.
SETELAH JATUH DIHINA PULA
Rakyat Malaysia seharusnya merasa terhina apabila secara mengejut telah datang pula sekumpulan bomoh yang entah dari mana membuat upacara khurafat dan syirik di khalayak ramai di KLIA. Dengan tikar terbang, teropong ajaib, tongkat sakti dan kelapa muda, mereka hanya menzahirkan betapa pihak berkuasa telah hilang punca dan menggelabah dalam menangani tragedi ini. Adalah menjadai harapan kita semua agar tindakan sebegini, yang hanya menghina Islam serta ummatnya dihentikan dengan segera dan tidak diulangi sama sekali. Pihak jabatan agama perlu mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat.
KESIMPULAN RINGKAS
Dalam masa yang sama, kita mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini. Apa yang dipersoalkan hanyalah kelewatan respon dan kekalutan yang berlaku diperingkat awal sehingga berlakunya percanggahan maklumat. Marilah juga kita bersama terus mendoakan keselamatan semua yang terlibat dan jangan berputus asa. Segala usaha wajib diteruskan namun kelemahan tetap perlu diakui supaya dipertingkatkan lagi khidmat pada masa akan datang. Walaupun kita mendoakan supaya tiada lagi peristiwa sebegini akan berlaku, namun persediakan kita untuk segala kemungkinan adalah perlu supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
khalidsamad.com
Ramai Media Mabuk Laut Ketika Ikut Operasi SAR
Posted on Friday, March 14 @ 21:18:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ramai wartawan, jurugambar dan kru televisyen yang mengikut Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi Mencari dan
Menyelamat (SAR), dilaporkan mengalami mabuk laut.
Mengikut laporan akhbar The Malay Mail, seramai 13 anggota media telah
dibawa menaiki bot menyusuri kira-kira 25 batu nautika lautan dari
pantai Tok Bali, Kelantan semalam.
Bagaimanapun baru 10 minit ikut serta, beberapa anggota media mula
berasa pening dan loya. Keadaan diburukkan lagi oleh gelombang kuat
disebabkan air pasang.
Tidak lama kemudian, sebilangannya mulai muntah ke dalam beg plastik.
Namun seorang jurugambar dikatakan terlalu lemah hingga termuntah ke
atas pakaiannya sendiri.
Melihat keadaan ini, wakil APMM segera memindahkan pihak media ke atas dek kapal.
Juru cakap APMM turut memberi tip, salah satu cara anggota maritim
mengelak mabuk laut adalah menyibukkan diri mereka di atas dek.
Sepanjang operasi yang memakan masa empat jam semalam, pihak media
telah didedahkan tentang cara bagaimana operasi SAR dijalankan di
lautan.
Antara yang ditunjukkan termasuklah penggunaan binokular bagi mengesan sebarang petanda berkaitan pesawat MH370.
Suasana dikatakan sempat kecoh seketika apabila salah seorang anggota
media mendakwa ternampak objek menyerupai rakit atau jaket keselamatan
namun selepas diperiksa, ia rupa-rupanya cuma kotak terbuang.
Sumber link
Sumber link
China akui ada perselisihan dengan AS
Posted on Friday, March 14 @ 21:13:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
BEIJING: Perdana Menteri China, Li Keqiang, semalam mengaku wujud perselisihan dengan Amerika Syarikat, dan dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu perlu menghormati kepentingan utama masing-masing.
Washington dan Beijing bertelagah berhubung pelbagai isu, termasuk hak asasi manusia, pencerobohan siber, pertikaian perdagangan dan aktiviti tentera China mengenai pemilikan laut dengan jirannya.
“Memang benar ada pergeseran timbul dalam mencapai kerjasama, tetapi ini adalah masalah dengan kerjasama. Sudah tentu kedua-dua negara, disebabkan sejarah dan latar belakang budaya berbeza, dan tahap pembangunan juga berbeza, ada perbezaan dalam sebahagian isu,” katanya pada sidang akhbar majlis penutupan sesi tahunan Parlimen semalam.
Li tidak menyebut isu tertentu dalam hubungan Amerika-China, tidak menyentuh isu dalaman sensitif dan antarabangsa yang dihadapi Parti Komunis.
Amerika tidak senang mengenai apa yang dilihat sebagai usaha China untuk mengawal perairan di rantau Asia Pasifik.
China berada di tengah pertikaian kedaulatan dengan sekutu Amerika, Jepun, berhubung gugusan pulau tidak berpenghuni di Laut China Timur.
Republik itu juga terbabit dalam tuntutan wilayah dengan Filipina, Vietnam, Taiwan, Malaysia dan Brunei terhadap perairan di Laut China Selatan yang menyediakan 10 peratus tangkapan ikan dunia.
Di pihaknya, Beijing meluahkan kebimbangan berhubung kedudukan tentera Amerika di Asia.
Di sebalik ketegangan itu, kedua-dua pihak mempunyai kepentingan utama dalam mengekalkan kestabilan ekonomi dunia.
“Selagi kami menghormati satu sama lain, menghormati kepentingan satu sama lain, mengawal perbezaan kami, mempunyai rundingan setara dan memberi tumpuan kepada meluaskan kepentingan, kami boleh meningkatkan tahap hubungan dua hala kami,” katanya. –Reuters
Kerajaan Malaysia perlu segera pulihkan keadaan
Posted on Friday, March 14 @ 20:11:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Setiap
anak adam(manusia) tidak pernah lari daripada kesalahan dan membuat
dosa, namun sebaik-baik orang yang bersalah dan berbuat dosa ialah
orang yang bertaubat." Hadith.
Kejadian
demi kejadian sedang menimpa negara Malaysia ketika ini. Bermula
dengan kenaikan harga barang, para pemimpin negara menggunakan
hujah-hujah yang tidak berasas untuk menipu rakyatnya sendiri.
Ketika
seluruh negara di Asia Tenggara sedang mengalami musim dingin, malah
di sesetengah tempat ada yang mengalami banjir, Malaysia diuji dengan
kemarau dan jerebu yang dahsyat. Itupun, kerajaan bergantung sepenuhnya
kepada pembenihan awan. Padahal Allah yang berhak menurunkan hujan.
Sistem
perundangan Malaysia pula diuji dengan tindakan zalim ke atas Dato'
Seri Anwar Ibrahim. Prosiding mahkamah yang terlalu jahat, bahkan hukum
qazaf juga tidak dipedulikan. Paling malang, tindakan zalim dan dosa
besar ini disokong malah menerima tepukan gemuruh daripada rakyat yang
terpedaya.
Lalu Allah
datangkan bala, kehilangan pesawat MH370. Malaysia menjadi tumpuan
dunia dengan persoalan yang masih menjadi misteri. Namun, kerajaan
masih tidak insaf, sehingga raja bomoh yang mengenakan baju yang
mempunyai logo 1Malaysia, dibenarkan melakukan upacara khurafat di
hadapan wartawan antarabangsa.
Kita
perlu insaf dan takut terhadap amaran daripada Allah, "Takutlah kamu
kepada ujian (bala) yang tidak hanya menimpa orang zalim dikalangan
kamu sahaja." Al-Quran.
Marilah
bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk benar-benar menyesali dosa
dan kesalahan yang kita lakukan. Pulihkan kembali aqidah umat islam di
Malaysia, kembali menerapkan nilai-nilai murni ajaran Islam, dengan
memerangi judi, hiburan yang melampau, kezaliman, rasuah dan
penindasan.
Kita jugalah yang seharusnya menegakkan syariat Allah, kerana ia adalah amanah yang telah Allah berikan kepada kita.
Semoga Allah mengampuni dosa kita dan menghindarkan kita semua, rakyat Malaysia umumnya daripada bahaya bala bencana.
Ust Hj Muhammad Ismi B Mohd Taib,
AJk Dewan Ulama' Pas.
AJk Dewan Ulama' Pas.
Radar: MH370 mungkin terbang ke Andaman
Posted on Friday, March 14 @ 19:30:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.
Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.
Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.
Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.
Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.
Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.
Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.
Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.
Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.
Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.
Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.
Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand. - MK
Posted on Friday, March 14 @ 19:30:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.
Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.
Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.
Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.
Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.
Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.
Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.
Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.
Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.
Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.
Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.
Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand. - MK
Saintis China kait gegaran dengan kehilangan MH370
Posted on Friday, March 14 @ 19:26:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 nampaknya berbalik semula ke kawasan antara timur dan barat Semenanjung Malaysia , ekoran maklumat terbaru dari saintis China mengenai kemungkinan pesawat itu mencetuskan gegaran apabila jatuh ke laut kira-kira 150km di selatan Vietnam.
Sekumpulan pakar seismologi di universiti terkemuka China berkata mereka mengesan gegaran (seismik) di dasar laut antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac yang mungkin akibat impak hentaman.
"Ia bukan zon seismik, oleh itu, apabila dilihat pada masa dan tempatnya, ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang itu," kata satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb Universiti Sains dan Teknologi China.
Ini juga telah dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post.
Kenyataan disiarkan ketika pegawai AS mula menumpukan pencarian mereka di Lautan Hindi selepas hampir seminggu usaha mencari pesawat di Laut China Selatan terus gagal, dengan menyatakan ada tanda-tanda pesawat itu mungkin berpatah balik selepas putus hubungan dan diterbangkan pada arah barat selama beberapa jam. - MK
Posted on Friday, March 14 @ 19:26:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 nampaknya berbalik semula ke kawasan antara timur dan barat Semenanjung Malaysia , ekoran maklumat terbaru dari saintis China mengenai kemungkinan pesawat itu mencetuskan gegaran apabila jatuh ke laut kira-kira 150km di selatan Vietnam.
Sekumpulan pakar seismologi di universiti terkemuka China berkata mereka mengesan gegaran (seismik) di dasar laut antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac yang mungkin akibat impak hentaman.
"Ia bukan zon seismik, oleh itu, apabila dilihat pada masa dan tempatnya, ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang itu," kata satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb Universiti Sains dan Teknologi China.
Ini juga telah dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post.
Kenyataan disiarkan ketika pegawai AS mula menumpukan pencarian mereka di Lautan Hindi selepas hampir seminggu usaha mencari pesawat di Laut China Selatan terus gagal, dengan menyatakan ada tanda-tanda pesawat itu mungkin berpatah balik selepas putus hubungan dan diterbangkan pada arah barat selama beberapa jam. - MK
Hanya perlu ‘tiga minit’ untuk MH370 hilang daripada radar
Posted on Friday, March 14 @ 19:23:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tiga minit. Itulah masa yang diperlukan untuk memadamkan transponder pesawat dan menghilangkan diri daripada radar tanpa menimbulkan syak wasangka jika mereka terbang di antara kawasan udara Malaysia dan Vietnam, kata seorang juruterbang.
Seorang juruterbang yang biasa
dengan laluan tersebut berkata, terdapat kawasan udara di IGARI di Laut
China Selatan di mana juruterbang komersial perlu menggunakan radio
untuk berkomunikasi dengan pengawal trafik udara kerana pesawat akan
keluar daripada jangkauan radar awam.Posted on Friday, March 14 @ 19:23:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tiga minit. Itulah masa yang diperlukan untuk memadamkan transponder pesawat dan menghilangkan diri daripada radar tanpa menimbulkan syak wasangka jika mereka terbang di antara kawasan udara Malaysia dan Vietnam, kata seorang juruterbang.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 orang hilang di kawasan IGARI, Sabtu lalu dalam perjalanan ke Beijing. Penerbangan itu tidak pernah sampai dan ia masih tidak dapat dikesan sejak tujuh hari lalu.
"Terdapat peluang tiga minit untuk ini dan transponder hanya boleh dimatikan secara manual," kata seorang juruterbang kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.
Beliau berkata, transponder memegang semua data tentang pesawat atau dikenali sebagai IDENT, altitut, lokasi dan data diperlukan pengawal trafik udara bagi memastikan pesawat terbang melalui koridor yang betul.
"Sebaik sahaja transponder dipadamkan, pesawat tidak dapat dikesan dengan radar awam," katanya dan menambah radar utama tentera tidak dapat mengesan data tersebut.
ABC News melaporkan hari ini Amerika Syarikat (AS) percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan.
Menurut laporan itu, dua pegawai AS berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar.
“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC. - 14 Mac, 2014.
Sistem komunikasi dimatikan secara 'manual'
Posted on Friday, March 14 @ 19:11:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sistem komunikasi pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang dari radar awam Sabtu lalu mungkin sengaja dimatikan, demikian menurut laporan yang memetik penyiasat Amerika Syarikat.
Pegawai AS itu percaya dua sistem komunikasi penerbangan itu telah "dimatikan secara sistematik", menunjukkan bahawa kehilangannya mungkin tidak disebabkan oleh kegagalan lain, lapor ABC News.
"Mereka percaya, sistem pelaporan data, telah dimatikan pada jam 1.07 pagi. Transponder - yang menghantar maklumat lokasi dan ketinggian - ditutup pada jam 1.21 pagi ," kata laporan itu.
Sementara itu, Washington Post juga memetik sumber AS sebagai berkata seseorang dalam kokpit mungkin telah mematikan transponder dengan sengaja, sebelum meneruskan penerbangan.
"Hakikat bahawa pesawat moden itu mungkin menukar haluan pada masa yang sama transponder dimatikan, membayangkan orang lan mengambil alih kapal terbang itu, seperti penceroboh atau salah seorang juruterbang," kata seorang pegawai AS yang pakar mengenai insiden nahas udara. - Malaysiakini
Kisah Pesawat Air France 447 Hilang Di Lautan Atlantik
Posted on Friday, March 14 @ 14:59:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Air France FLIGHT 447 adalah penerbangan komersil dari Rio de Janeiro, Brazil, ke Paris Perancis.Pesawat malang berkenaan dijumpai terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik. Seramai 228 disahkan meninggal dunia iaitu kesemua 12 anak kapal dan 216 penumpang.
Sisatan awal mendapati bahawa terdapat kesan Beku pada sensor pengawal kelajuan pada ruangan bawah kokpit menyebabkan bacaan laju udara yang salah dan bercelaru sehingga mengakibatkan kemalangan.
Pesawat Airbus A330-200 Air France itu berlepas pada 31 Mei 2009 jam 19:03 waktu tempatan (22:03 UTC) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro-Galeão, Brazil menuju ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis. Bagaimanapun ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.Selepas radar Brazil gagal mengesan pesawat malang berkenaan,Tentera Udara Brazil mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Kepulauan Fernando de Noronha.
Kapal terbang peninjau Perancis juga dihantar bagi mengesan pesawat berkenaan.Jurucakap Tentera Udara Brazil kolonel Henry Munhoz memberitahu TV Brazil bahawa radar telah mengesan kapal terbang itu di pulau Cape Verde .
Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil. Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.
Lihat video di bawah
Siasatan
Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.Tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem. Puncanya mungkin sekali dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara. Ribut tropika membawa angin selaju 160 kilometer sejam sering berlaku di laluan penerbangan itu.
Pengalisis lain menyatakan kemungkinan kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.Biro Analisis Penerbangan Civile (BEA) ditugaskan menjalankan siasatan rasmi. Pengerusi BEA Paul-Louis Arslanian menyatakan bahawa dia tidak optimistik mencari alat perakam kapal terbang kerana mungkin tenggelam 3,000 m di dasar lautan. Penyiasat berharap menemui ekor pesawat kerana perakam itu terletak di sana.Pada 1988, kontraktor bebas mampu memulihkan kotak hitam yang djumpai pada kapal terbang Penerbangan 295 Afrika Selatan di kedalaman 4,900 m . Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kedalaman Lautan Atlantik mencecah 7,000 meter.
Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan .Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil.
Menteri pertahanan Brazil Nelson Jobim menyatakan tiada sebarang letupan itu atau kebakaran yang mencetuskan bahan api jet setakat ini. Penyiasat telah menemui kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi , komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet . Zon serpihan terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis berkejar ke sana untuk misi mencari.
Tentera Udara Brazil menyatakan pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".Perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.Pesawat itu hilang 300 km timur laut pantai bandaraya Natal .
Symber LINK
‘Bomoh’ jadi trending seluruh dunia dengan 200,000 tweet, kata BBC3
Posted on Friday, March 14 @ 12:49:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tindakan kumpulan bomoh mengadakan upacara di KLIA memalukan Malaysia. Gambar fail.
Perkataan ‘bomoh’ menjadi trending seluruh dunia dan menerima retweet 200,000 kali dengan kebanyakannya mendakwa ia perbuatan yang memalukan, lapor BBC.
“Ia sangat memalukan ‘Malaysia’ dan ‘bomoh’ berada dalam satu ayat,” kata satu tweet.
“Bodoh, memalukan dan takbur,” kata tweet lain di BBC Trending.
Tweet berkenaan dihantar berikutan sekumpulan bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak dua kali mendakwa dijemput pemimpin kerajaan untuk membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.
Tetapi, mereka kemudian mengakui tindakan itu dilakukan atas inisiatif sendiri.
Dengan menggunakan kelapa, teropong buluh, pancing terbang dan tikar mengkuang, bomoh Ibrahim Mat Zin dilaporkan melakukan ritual dan membaca mentera yang kononnnya akan melemahkan roh jahat.
HASBULLAH AWANG CHIK
THE MALAYSIAN INSIDER- 14 Mac, 2014.
Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan
Posted on Friday, March 14 @ 12:46:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan.
Jika usaha mencari pesawat hilang MH370 gagal setelah memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak akan dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan.
Merujuk kepada nahas 1972 melibatkan pesawat Pan Alaska Airways, Sylvia Adcock menerusi laman sesawang CNN berkata, pesawat Cessna berlepas dari sempadan Anchorage ke Juneau dalam cuaca buruk namun pesawat itu tidak mendarat.
Pencarian pesawat itu diperluaskan mencakupi kawasan seluas 325,000 kaki persegi dengan 3,600 jam penerbangan untuk kerja pencarian. Namun usaha tersebut menemui jalan buntu setelah 39 hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Jika usaha mencari pesawat MH370 gagal setelah memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan. – Gambar Reuters, 14 Mac, 2014.
Berhubung pesawat Malaysia Airlines 777-200ER yang hilang pada Sabtu dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, Adcock berkata, satelit China dapat mengesan imej yang dikatakan kawasan nahas.
Namun pesawat Malaysia dan Vietnam yang melakukan kerja pencarian di Laut China Selatan semalam mendapati tiada tanda pesawat Boeing 777 berada di kawasan itu. – 14 Mac, 2014.
Sesuatu boleh berlaku di dalam kokpit
Posted on Friday, March 14 @ 12:16:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SHAH ALAM - Apa sebenarnya berlaku terhadap pesawat MAS MH370 yang hilang sejak enam hari lalu masih lagi menjadi misteri kepada dunia sehingga hari ini.
Pelbagai andaian dan teori dikemukakan banyak pihak sehingga ada yang mengatakan pesawat Boeing 777-200 itu dirampas, disabotaj atau pun meletup di udara.
Penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mohd Noor berpendapat, sesuatu mungkin berlaku di dalam kokpit pesawat sehingga sebarang komunikasi atau isyarat kecemasan tidak boleh dihantar ke menara kawalan.
"Mungkin berlaku letupan kecil dalam kokpit sehingga menyebabkan semua sistem terpadam selain juruterbang dan pembantunya tidak sedarkan diri, jika tidak masakan isyaratnya boleh hilang begitu sahaja.
"Saya berpendapat mustahil berlaku letupan besar di udara, kerana sekiranya ia berlaku sudah pastinya pasukan penyelamat sudah menemui serpihan pesawat itu bertaburan, tetapi apa yang berlaku usaha mencari MH370 masih lagi tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk di mana ia berada," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, kebarangkalian pesawat itu terjunam ke dalam laut dan tersekat di dasar laut adalah tidak mustahil berdasarkan kepada beberapa insiden kemalangan pesawat udara seperti mana yang berlaku terhadap pesawat Air France 447 yang jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009.
"Jika pesawat itu (MH370) masih belum ditemui, ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk ia 'membebaskan diri' bergantung kepada kadar pereputan badan pesawat dan juga arus di dasar laut," katanya.
Muhammad Fuad juga berkata, kebarangkalian pesawat itu dirampas adalah mustahil memandangkan tiada isyarat kecemasan dihantar oleh pesawat itu kepada menara kawalan udara.
Menurutnya, untuk melakukan rampasan pesawat di udara, si perampas terlebih dahulu terpaksa memecahkan pintu kokpit dari dalam pesawat dan pada ketika itu, juruterbang masih sempat untuk menghantarkan isyarat kecemasan ke menara kawalan.
"Isyarat MH370 tiba-tiba lenyap begitu sahaja, mustahil ia boleh dirampas tanpa juruterbang menghantar isyarat kecemasan. Kita juga sudah sedia maklum bahawa juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan juruterbang yang berpengalaman dan tahu bagaimana berdepan jika situasi seperti itu berlaku," katanya.
Katanya, sekiranya benar pesawat itu dirampas dan sistem transponder pesawat dimatikan dengan sengaja ia tidak mustahil boleh hilang dikesan radar pesawat komersial. Bagaimanapun pesawat itu tidak boleh lari daripada dikesan radar pertahanan udara.
Menurutnya, ada laporan kononnya radar pertahanan udara berjaya mengesan pesawat misteri yang merentasi Semenanjung Malaysia dari arah Laut China Selatan menuju ke Selat Melaka.
Muhammad Fuad bagaimanapun mempersoalkan sekiranya pesawat misteri itu dikesan mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menghantar pesawat tempurnya untuk memintas dan menyuruh pesawat misteri itu mendarat.
"Selain radar pertahanan udara TUDM, Thailand juga mempunyai sistem radar pertahanan udara mereka yang diletakkan di Phuket dan mereka juga menafikan wujud pesawat misteri yang dikatakan MH370 pada pagi ia hilang di udara.
SINAR HARIAN
Bomoh App From Google Play Store
Posted on Friday, March 14 @ 11:47:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
The shaman “Bomoh” who created a stir with his appearance for rescuing a missing plane from Black Garuda.
Dressed in lounge suits and carried out rituals with the use of “Zam-Zam” water, coconuts, and an “enchanted” walking stick and carpet.
Bomoh Rescue is a running game to rescue the passengers and crews to gain more points. Beware of the BLACK GARUDA to counter of the the bomoh along the run
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bomoh.rescue.run
Satelit kesan isyarat daripada pesawat MAS
Posted on Friday, March 14 @ 11:47:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
WASHINGTON 14 Mac - Satelit mengesan isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines selepas hilang Sabtu lalu, namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut semalam.
Bunyi `ping’ itu menunjukkan sistem penyelesai masalahnya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit dan bermakna pesawat membawa 239 orang tersebut sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas hilang daripada radar pusat kawalan trafik udara.
Sumber itu berkata, sistem itu mengeluarkan bunyi ping kira-kira sekali dalam tempoh sejam. Bagaimanapun, bunyi itu tidak menunjukkan pesawat berada di udara atau di darat. - Reuters
.........
'Satelit kesan bunyi pantulan elektronik dari MH370' Satelit komunikasi mengesan bunyi pantulan elektronik yang kabur dari pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas ia hilang Sabtu lalu, tetapi isyarat itu tidak memberi sebarang maklumat tentang nasib pesawat itu dan haluannya, demikian menurut dua sumber yang rapat dengan siasatan tersebut semalam.
Tetapi bunyi "pantulan" elektronik itu menunjukkan bahawa sistem penyelesaian masalah penyelenggaraan pesawat itu dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit, dan ia menunjukkan pesawat itu yang membawa 239 orang, sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara Malaysia.
Sistem itu menghantar bunyi pantulan elektronik itu kira-kira setiap
satu jam, demikian sumber-sumber itu, yang berkata lima atau enam daripadanya kedengaran. Bagaimanapun, pantulan elektronik itu sahaja bukan bukti bahawa pesawat itu berada di udara atau di darat.
Walaupun sistem penyelesaian itu berfungsi, tetapi tiada pautan data telah dibuka, kata sumber itu, kerana syarikat-syarikat yang terlibat tidak melanggan perkhidmatan dari operator satelit.
Boeing Co, pengeluar pesawat 777 yang hilang itu, dan Rolls-Royce, membekalkan enjin Trent itu, enggan mengulas.
Terdahulu, pegawai Malaysia menafikan laporan bahawa pesawat itu telah terus menghantar data teknikal dan berkata tidak ada bukti bahawa ia terbang selama beberapa jam selepas hilang hubungan dengan pengawal trafik udara pada awal pagi Sabtu selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat tersebut terus terbang selama lima, berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke daratan dari enjinnya sebagai sebahagian daripada program pengawasan standard.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan