Kisah Sebenar Di Sebalik Pendedahan Najib Berkenaan MH370 Terbongkar
Kisah Sebenar Di Sebalik Pendedahan Najib Berkenaan MH370 Terbongkar
Syarikat
satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak
terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir
di Lautan Hindi".
Pada
malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah
"berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit
Inmarsat.
Bagaimanapun,
pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang
China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut
ditemui.
Jurucakap
Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat
dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri,
laporan China Daily.
"Kami
menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka
menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita
tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan
daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.
"Kami
tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada
mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu
set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.
Sementara
itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China
telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di
Lautan Hindi.Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan
oren, kata Xinhua.
Manakala
Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatanbaru di pintu masuk
negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.
Imigresen
akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan
dilaksanakan pertengahan bulan Jun.Bagaimanapun beliau enggan menjawab
ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak
di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.
Mengenai
pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap
lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang
melibatkan Kementerian Pertahanan.
Katanya,
ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi
tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat
komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet
pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil. ~mk
Gambar Zhalif Hakim maki hamun anak ketua pramugara - Inilah gambar Zhalif Hakim pemilik akaun Twitter @Zhalif32 yang memaki hamun Maira Elizabeth Nari, anak kepada Andrew Nari, ketua pramugara pesawat MH370.
Motif Zhalif Hakim berbuat demikian tidak pula diketahui sesiapa namun kebanyakkan pengguna laman sosial Twitter mengecam status beliau itu malah ia turut dikongsikan ribuan pengguna laman sosial Facebook.
Pada penulis, kata-kata yang dilemparkan Zhalif kepada Maira Elizabeth memang amat kurang ajar dan tidak sensitif. Dia pun nak popular juga kot. - Ceritacinta
Baca selanjutnya di sini.
Shahirah dakwa pesawat MH370 tidak terhempas - Seorang pemilik akaun Facebook Shahirah Shamsudin mendakwa pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi tidak terhempas tetapi kini dikatakan sedang ditahan di Mongolia.
Benarkah dakwaan Shahirah ini? Lebih menarik, beliau turut mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja diberitahukan tentang rahsia tersebut termasuk dirinya.
Adakah kenyataan ini juga satu lagi teori tentang tragedi kehilangan pesawat MH370? Macam-macam andaian pula disebarkan di laman sosial sejak akhir-akhir ini.
Gambar Zhalif Hakim maki hamun anak ketua pramugara MH370

Rupanya MH370 Bukan Terhempas Di Lautan Hindi Tetapi Disorok?
Rupanya MH370 Bukan Terhempas Di Lautan Hindi Tetapi Disorok?
Saya
terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang
warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370.
Saya
tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan
kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya
artikel ini dikongsikan bersama.
Antaranya masej berbunyi..
"I
have been held hostage by unknown military personal after my flight was
hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my
cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the
rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I
think I have been drugged as well and cannot think clearly."Baca selanjutnya di sini.
Benarkah Ini Yang Berlaku Didalam Pesawat MH370?
Benarkah Ini Yang Berlaku Didalam Pesawat MH370?
Ahmad
Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie
Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana
katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian,
hari ini.
Ahmad
Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang
tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat
yang hilang pada 8 Mac itu.
Dalam
pertemuan 5 minit dengan wartawan akhbar itu, Ahmad Seth yang juga
pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah kolej swasta berkata, apa yang
dibacanya tidak meninggalkan kesan di hati kerana beliau lebih kenal
bapanya, berbanding orang lain.
“Apa
yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak
mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali
beliau berbanding orang lain.
“Walaupun
saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas,
kami memahami antara satu sama lain,” katanya seperti dilaporkan Berita
Harian.
Selepas
lebih seminggu pesawat itu hilang, siasatan terhadap juruterbang dan
anak kapal serta semua penumpang dijalankan dengan lebih giat.
Polis
turut memeriksa rumah Zaharie dan pembantu juruterbang, Pegawai Pertama
Fariq Abd Hamid serta merampas simulator penerbangan milik Zaharie
sebelum dipasang semula di balai polis untuk membantu siasatan.
Zaharie
juga dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dikatakan
sebagai pengikut fanatik ketua pembangkang itu dan turut berada di
mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung kes liwat Anwar, sehari
sebelum pesawat MH370 berlepas ke Beijing.
Bagaimanapun,
sehingga kini, hasil siasatan mendapati tiada motif dapat dikaitkan
antara Zaharie dengan tindakan merampas pesawat atau mematikan sistem
komunikasi dan transponder MH370.
Ahmad
Seth berkata, beliau tenang dan tidak terkejut ketika mendengar
pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat itu
yang berakhir di tengah Lautan Hindi.
“Saya
hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas
pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat.
Selagi tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya percaya ayah masih hidup,” katanya.
Berita
Harian melaporkan pencarian keluarga Zaharie sejak kehilangan MH370
hampir menemui jalan buntu selepas isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan
dan anaknya dikatakan keluar dari kediaman mereka di Seksyen 13, di
Shah Alam, selepas pesawat dilaporkan hilang.
Ahmad
Seth berkata, ibunya kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya.Beliau
berkata, aktiviti hariannya berjalan seperti biasa dan kelas tidak
terganggu kerana perkara itu.
“Saya lebih senang menghabiskan masa bersama rakan, tambahan pula kelas di universiti baru bermula.
Maaflah,
ada kawan di dalam, saya perlu melayan mereka,” katanya sebelum
mengakhiri pertemuan seperti dilaporkan akhbar itu.MH370 hilang daripada
radar pada 8 Mac lalu selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang bagi perjalanan ke Beijing dengan
membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pada
isnin, perdana menteri mengumumkan berdasarkan analisis data satelit
daripada Inmarsat, pesawat milik Malaysia Airlines itu mengakhiri
perjalanannya di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, dengan tiada
kawasan pendaratan yang berhampiran. ~tmi
Shahirah dakwa pesawat MH370 tidak terhempas tapi di Mongolia
Shahirah dakwa pesawat MH370 tidak terhempas tapi di Mongolia
Shahirah dakwa pesawat MH370 tidak terhempas - Seorang pemilik akaun Facebook Shahirah Shamsudin mendakwa pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi tidak terhempas tetapi kini dikatakan sedang ditahan di Mongolia.
Benarkah dakwaan Shahirah ini? Lebih menarik, beliau turut mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja diberitahukan tentang rahsia tersebut termasuk dirinya.
Adakah kenyataan ini juga satu lagi teori tentang tragedi kehilangan pesawat MH370? Macam-macam andaian pula disebarkan di laman sosial sejak akhir-akhir ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan