Memali: Kenapa Musa ingat tetapi Mahathir lupa?
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".
Bagi penulis Shahbudin Husin, memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.
“Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Bagaimanapun, katanya haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu.
Tambahnya, sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.
“Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?
“Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?” soal beliau.
Menurut Shahbudin lagi, ada pula yang berkata, Musa tidak mungkin berkata sesuatu yang beliau tidak pasti kerana dakwaannya bahawa Mahathir berada di dalam negara jika didapati tidak benar, akan membunuh reputasinya sendiri.
Justeru, tanya Shahbudin lagi, betulkah Mahathir tidak ingat di mana beliau berada ketika itu.
“Jika benar beliau berada di China ketika peritiwa Memali yang menggemparkan negara itu, logikkah beliau sudah lupa mengenainya?
“Jika benar Mahathir berada di dalam negara pula, benarkah juga beliau sudah lupa tentangnya?” tanya beliau.
Beliau menambah, sementara kebenaran yang sebenarnya diharap akan diketahui tidak lama lagi, rakyat mula berteka-teki - siapakah yang sebenarnya berbohong antara dua Tun ini. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Friday, 18 October 2013
APA KATA NOH GADUT DAN PERKASA MENGENAI KENYATAAN-KENYATAAN INI?????
Mahathir di luar negara semasa Memali - Aspan
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, tidak kiralah sama ada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya ke luar negara itu, tetapi yang beliau rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.
“Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya,” tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.
Isu Memali kembali menjadi perhatian selepas Tun Musa Hitam (TMH) bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada Dr Mahathir yang juga mengetuai kementerian dalam negeri, pada tahun tragedi itu berlaku. Isu ini pernah disebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang diberikan oleh TMH sekali dua dalam tempoh itu.
Saya tidak berniat untuk bercakap tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak mengulangi apa yang disebut oleh TMH semasa itu. Saya masih ingat dengan jelas penjelasan TMH bagi menjawab tuduhan setengah pihak di dalam dan luar UMNO semasa itu yang mengaitkan nama TMH dengan kejadian di Memali itu.
Kami pernah mendapat penerangan dari TMH apabila ada pihak dalam UMNO sendiri menjadikan isu Memali ini semasa pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu. TMH telah ke hadapan memberikan penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius yang memerlukan Dr Mahathir ada bersama dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.
TMH berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum memulakan lawatannya ke negara China itu. Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19hb November 1985 itu sehari sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau ke negara China semasa itu. Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana beliau tidak mahu menerima pujukan TMH untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang telah diuruskan terlebih awal.
TMH telah menyatakan yang Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun TMH merasakan yang lawatan itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab kepada negara China kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan. Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan TMH tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan beliau ke China itu. Inilah yang diberitahu oleh TMH jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang berkata beliau sudah lupa tentang di mana beliau berada semasa kejadian berdarah Memali itu berlaku.
Kenyataan TMH di Kota Baru yang Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.
Kalau tidak salah pendengaran saya semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh TMH dalam menjawab isu yang dimainkan oleh setengah pihak dalam UMNO semasa itu. Tetapi kita wajar juga mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.
Tentunya perkara ini akan timbul keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya tercatat.
Dr Mahathir telah berjanji untuk meneliti kesahihan kenyataan TMH itu, kerana beliau berkata kejadian itu terlalu lama untuk diingati dengan sepenuhnya. Mungkin TMH sendiri ada fakta yang beliau lupa kerana ia berlaku tiga puluh tahun dahulu.
Tetapi setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya ke luar negara itu, tetapi yang saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.
Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya.
Sidang media harian MH370 hari ini dibatalkan
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Petugas media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, seawal 8 pagi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh moderator sidang akhbar Jagjit Singh kira-kira 2 petang.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akaun twitternya turut memaklumkan tiada sidang media diadakan hari ini jika tiada sebarang perkembangan baharu mengenai kehilangan MH370.
"Tiada (sidang akhbar) jika tiada yang baharu atau besar walaupun saya ada temu bual dengan @jameschau of CCTV," katanya dalam tweet beliau sebagai respons kepada soalan pengikutnya "@SVM5619': Good morning H2O. Will there be a PC today?" (selamat pagi H20. ada sidang akhbar hari ini?)
Sementara itu, akaun twitter Hishammuddin terus dihujani dengan kata-kata semangat dan dorongan atas usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-23.
Walaupun sibuk dengan mesyuarat harian mengenai SAR, namun Hishammuddin tetap meluangkan masa membalas semua mesej yang ditweet kepada beliau.
Berikut pula antara mesej dikongsikan di laman Twitter Hishammuddin di Hishammuddin Hussein @HishammuddinH2O:
- Thank You so much "@tongliyap: H2O you have done a fantastic job. I followed your press conference. You have a heart. I have praised you to all my friends.Keep well."
- I am touched - Thank You "@Evelyn_Tai: H2O Good morning Datuk Seri. We're always praying for Malaysia and we will continue to pray for those affected by this tragedy."
- Iraq - Woh!! Salam and thank you so much "@Md_Hussein: H2O Good morning from Iraq Datuk Seri Hishamuddin. We feel what you going through. Prays."
- We will continue to do so-thank you so much "@golders: H2O Keep up the good work, we know you guys are trying your best in such a difficult situation."
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
10 pesawat sertai operasi mencari MH370 hari ini
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini berkata mengikut perancangan, 10 pesawat akan terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.
Lembaga itu juga berkata semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dikesan pesawat sejak dua hari lepas.
"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini, dengan hujan renyai dan awan rendah, tetapi operasi mencari dijangka diteruskan juga," katanya dalam satu kenyataan.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 itu berakhir di satu kawasaan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Menurut AMSA pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.
Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.
"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.
Kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.
"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual belayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA.
Sementara itu, ABC News melaporkan bekas ketua pasukan pertahanan Australia Angus Houston akan memainkan peranan utama untuk menyelaras usaha antarabangsa mencari pesawat berkenaan.
Bekas ketua marshal udara akan mengetuai pusat penyelarasan agensi bersama yang akan ditubuhkan di Perth bagi menyelaras usaha mencari secara besar-besaran pesawat itu, kata laporan berkenaan.
Peranan beliau adalah untuk memastikan wujudnya komunikasi yang jelas dalam kalangan semua rakan antarabangsa dan keluarga penumpang serta anak kapal terbabit, yang kebanyakan mereka dijangka pergi ke Australia ketika usaha mencari diadakan. - Bernama
"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini, dengan hujan renyai dan awan rendah, tetapi operasi mencari dijangka diteruskan juga," katanya dalam satu kenyataan.
Belum cadang bawa anak lawat ibu bapa di Sweden
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pada ketika ini keutamaan kementerian selaku pelindung keempat-empat anak pasangan itu adalah untuk memastikan mereka tidak merasa sedih atau tertekan dengan keputusan mahkamah.
"Syukur Alhamdullilah, dah selesai. Ibu bapa itu gembira kerana tahu anak-anak mereka ada bersama famili di sini, malah itulah kehendak mereka.
"Kami akan beri mereka (anak-anak itu) kaunseling yang intensif agar mereka tidak menyalahkan diri mereka," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Prudential Assurance Malaysia Berhad(PAMB), di sini semalam.
Kelmarin Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul Raheem Awaluddin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Sweden, manakala isterinya Shalwati Norshal dihukum penjara 14 bulan selepas didapati bersalah memukul anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.
Keempat-empat anak pasangan itu iaitu Aisyah Azizul Raheem, 14; Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7, kini dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah, Peringat di Kelantan. - Bernama
Azizah bertanding Presiden PKR jika Anwar dihalang
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding Presiden PKR pada pemilihan 2014 demi menjaga kepentingan dan masa depan parti.
Ini, jelas beliau sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat meneruskan pencalonan untuk jawatan itu.
Beliau yang juga Adun Kajang menyatakan demikian dalam satu kenyataan, semalam. Semalam adalah hari pencalonan bagi Pemilihan PKR 2014.
Katanya, keluarga besar PKR akan meraikan demokrasi dan menghidupkan erti Reformasi dalam memilih saf kepemimpinan PKR bagi penggal yang akan datang.
“Kita juga sedar bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah menyatakan hasrat beliau untuk bertanding jawatan Presiden PKR dan telahpun dicalonkan sedemikian.
“Namun rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa; tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding,” ujarnya.
Katanya lagi, kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan Presiden PKR secara sah.
Justeru, jelasnya dengan pemahaman dan pengamatan persada politik mutakhir ini, serta memahami kebijakan yang diperlukan dalam menghadapi musuh seperti Umno BN yang sering menggunakan taktik politik kotor, maka beliau telah menerima cadangan beberapa anggota parti untuk menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Presiden PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan