"Kami bukan hilang baju atau jam, kami mungkin hilang nyawa," Pak Selamat kecewa dengan MAS
T K Letchumy Tamboo | Kemas kini: Mac 20, 2014
SEPANG: Keluarga penumpang MH370 yang
ditempatkan di Hotel Everly sejak kehilangan pesawat tersebut dibenarkan
tinggal di hotel itu sehingga Jumaat ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang sukarelawan dari Malaysia Airlines (MAS) kepada pihak media di hotel berkenaan Rabu.
Sukarelawan itu berkata, bilik-bilik di Hotel Everly telah ditempah hanya sehingga Jumaat.
“Selepas itu, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan mengambil alih pembiayaan waris penumpang dan akan menentukan sekiranya mereka akan terus tinggal di hotel itu atau tidak.
“Kebanyakan daripada waris penumpang MH370 telah pun meninggalkan hotel ini dan balik ke rumah masing-masing,” kata sukarelawan tersebut.
Sementara itu Selamat Omar, ayah kepada Mohd Khairul Amri yang merupakan salah seorang penumpang di dalam pesawat itu, berkata mereka diberitahu tentang pengambil alihan itu pada Selasa.
“Ya, memang kami diberitahu kami akan tinggal di sini sehingga Jumaat dan selepas itu, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat keputusan jika kami masih boleh tinggal di sini,” katanya mengiyakan perkara itu.
Selamat melabelkan tindakan MAS memberi tugas pembiayaan kepada Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai sangat tidak bertanggungjawab.
“Semalam MAS berkata Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ambil alih pembiayaan dan penjagaan waris di Hotel Everly. Namun, tiada sebab diberikan.
“Bilik operasi MAS yang ada di hotel ini pun sudah tiada sejak hari ini. Saya rasa MAS tidak peka kepada keadaan waris.
“Kami bukannya hilang baju atau jam. Kami kemungkinan hilang nyawa. MAS perlu bertanggungjawab di saat-saat genting ini. Saya sungguh kecewa MAS serahkan beban tugas kepada pihak lain,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Selamat yang merupakan seorang peneroka Felda, tiada sehari pun beliau berputus asa bahawa anaknya akan kembali ke pangkuannya.
“Saya yakin kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari pesawat itu. Saya berharap ia akan dijumpai.
“Begitu juga dengan keluarga saya. Walaupun isteri saya dan isteri anak saya menangis sejak mendapat tahu tentang kehilangan pesawat itu, mereka semakin tabah,” katanya.
Walaubagaimanapun, MAS, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam berkata, penumpang dan krew di dalam pesawat MH370 serta keluarga mereka sentiasa dipentingkan.
“Selama ini, keluarga penumpang MH370 sentiasa diberi taklimat pertama tentang apa-apa perkembangan pesawat yang hilang itu.
“Namun, maklumat yang sering bercanggah dan spekulasi telah membawa keperitan dan kesusahan yang besar kepada keluarga penumpang.
“Keutamaan kami adalah memberikan segala bantuan kepada keluarga para penumpang dan anak kapal,” kata MAS.
Pesawat B777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan hilang daripada radar tidak sampai sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sejak hari kejadian, keluarga penumpang pesawat ditempatkan di dua buah hotel iaitu Hotel Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya bagi memudahkan Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat berkenaan.
Kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di hotel Cyberview Resort & Spa manakala lebih 100 anggota keluarga di Hotel Everly.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 08:12 (MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kami-bukan-hilang-baju-atau-jam-kami-mungkin-hilang-nyawa-pak-selamat-kecewa-dengan-mas-32134?cp
Luahan Hati Selamat Omar, ayah kepada Mohd Khairul Amri Yang Menaiki Pesawat MH370

1 in 3 women face urinary incontinence after giving birth. You can avoid this. Click here to find out more.
Menurut Selamat yang merupakan seorang peneroka Felda, tiada sehari pun beliau berputus asa bahawa anaknya akan kembali ke pangkuannya.
“Saya yakin kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari pesawat itu. Saya berharap ia akan dijumpai.
“Begitu juga dengan keluarga saya. Walaupun isteri saya dan isteri anak saya menangis sejak mendapat tahu tentang kehilangan pesawat itu, mereka semakin tabah,” katanya.
Walaubagaimanapun, MAS, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam berkata, penumpang dan krew di dalam pesawat MH370 serta keluarga mereka sentiasa dipentingkan.
“Selama ini, keluarga penumpang MH370 sentiasa diberi taklimat pertama tentang apa-apa perkembangan pesawat yang hilang itu.
“Namun, maklumat yang sering bercanggah dan spekulasi telah membawa keperitan dan kesusahan yang besar kepada keluarga penumpang.
“Keutamaan kami adalah memberikan segala bantuan kepada keluarga para penumpang dan anak kapal,” kata MAS.
Pesawat B777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan hilang daripada radar tidak sampai sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sejak hari kejadian, keluarga penumpang pesawat ditempatkan di dua buah hotel iaitu Hotel Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya bagi memudahkan Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat berkenaan.
Kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di hotel Cyberview Resort & Spa manakala lebih 100 anggota keluarga di Hotel Everly.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kami-bukan-hilang-baju-atau-jam-kami-mungkin-hilang-nyawa-pak-selamat-kecewa-dengan-mas-32134?cp
MH370 tidak melintasi Aceh Timur
Posted on Thursday, March 20 @ 07:02:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
JAKARTA - INDONESIA. Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro memaklumkan bahawa radar tentera negara itu di Sabang, Aceh tidak mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, melintas di sekitar wilayah tersebut.
"Saya dapat laporan, sistem radar pertahanan udara di Sabang sangat kuat dan tidak mendeteksi (mengesan) adanya pesawat," kata Purnomo di sini, Rabu, seperti dilapor agensi berita Antara, ketika ditanya tentang kemungkinan pesawat MH370 melintasi wilayah itu.
Beberapa nelayan di Aceh Timur dan Sumatera Utara, mendakwa melihat pesawat jatuh di perairan Aceh Timur pada 8 Mac lepas, hari kehilangan pesawat MAS ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Purnomo berkata, radar tentera lebih sensitif jika dibandingkan dengan radar awam dan ketepatannya mengesan sesuatu objek itu tidak perlu diragukan.
Namun, beliau berkata, pesawat MAS yang terbang ke arah utara Malaysia dan selatan Thailand itu, tidak berada dalam lingkungan radar tentera Indonesia.
Purnomo berkata, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menghubungi beliau pagi tadi untuk meminta bantuan Indonesia mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.
Purnomo berkata, beliau sudah menyampaikan permintaan bantuan tersebut kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan perkara itu akan dibahas dalam mesyuarat kabinet.
Beliau berkata, Indonesia komited untuk membantu Malaysia dalam usaha mencari pesawat tersebut. - Bernama
Penganalisis percaya MH370 mendarat
Posted on Thursday, March 20 @ 07:00:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.
Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.
Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.
"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.
Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.
Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .
Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.
Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.
- Bernama
MH370: 'Kita kena rahsia data satelit, radar negara lain'
Posted on Thursday, March 20 @ 06:58:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sepang: Malaysia sudah menerima data asal satelit dan radar dari sebuah negara di dua koridor pencarian pesawat MH370, namun maklumat data tidak boleh didedahkan kepada umum atas sebab keselamatan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata data yang diserahkan sangat sensitif kerana ia membabitkan maklumat radar negara berkenaan, dan hanya diberi untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370.
“Belum boleh lagi dedahkan (maklumat data). Tetapi saya boleh sahkan kerjasama dari negara yang dihubungi adalah petunjuk utama dalam operasi mencari pesawat ini, malah negara terbabit memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh.
Data diserah sangat sensitif
“Data yang mereka serah adalah sangat sensitif... kita tak boleh dedahkan,” katanya pada sidang media hariannya di sini, semalam.
Kelmarin, Tentera Thailand berkata radarnya mengesan sebuah pesawat yang berkemungkinan MH370 beberapa minit selepas komunikasi pesawat itu dikatakan terputus.
Laluan yang digambarkan jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marshal Udara, Montol Suchookorn membawa pesawat itu ke Selat Melaka di mana radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan MH370 pada awal pagi 8 Mac lalu.
Hishammuddin yakin maklumat data yang diperoleh mampu membantu dalam SAR membabitkan kawasan carian di dua koridor itu.
Diminta mengulas dakwaan radar tentera Thailand mengesan pesawat MH370, beliau berkata ia belum dapat disahkan lagi.
“Kawasan pencarian di koridor utara dan selatan sangat luas, tindakan kita adalah untuk mengecilkan kawasan pencarian.
“Untuk ini, kita meneliti satelit selain meminta data radar utama, data sekunder komersial dan tentera. Data yang diperoleh akan memutuskan bagaimana aset dikoordinasikan,” katanya.
Laporan tidak benar
Sementara itu, mengulas laporan media asing bahawa ada pesawat dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives, Hishammuddin berkata, laporan itu tidak benar.
“Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin sudah menghubungi rakan sejawatnya di Maldives yang mengesahkan laporan itu tidak benar,” katanya.
Hishammuddin juga memaklumkan beliau tahu ada spekulasi mengatakan maklumat laluan penerbangan (waypoints) ditambah kepada laluan asal MH370, tetapi mengesahkan pesawat itu terbang mengikut laluan ditetapkan sehingga Igari atau ruang udara sempadan Malaysia/Vietnam.- BH
MH370: Keluarga penumpang China serbu pusat media
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Mereka pada mulanya cuba memasuki bilik sidang media di hotel itu pada kira-kira 4.45 petang, hingga menimbulkan kekecohan dengan menangis dan menjerit. Mereka turut membawa kain rentang dalam tulisan Mandarin.
Para pegawai cuba memujuk mereka supaya meninggalkan tempat itu dan membawa mereka ke bilik urusetia media di aras yang sama, sambil media mula mengerumuni mereka.
Antara yang dilihat memasuki bilik sekretariat yang dikawal rapi polis itu ialah Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan beberapa pegawai pengurusan MAS dan Kementerian Pertahanan.
Kumpulan yang sama juga sekali lagi cuba menyerbu pusat media itu ketika sidang akhbar berlangsung.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya sedang memberi penerangan kepada pihak media ketika itu.
Hishammuddin yang dilihat terganggu seketika, berkata beliau faham akan kesedihan dan kebimbangan yang dirasai anggota keluarga penumpang itu.
"Ia amat memeritkan bagi saya juga. Saya berharap dan merayu kepada semua, kami memahami kebimbangan mereka dan kami sedang mencuba yang terbaik," katanya.
Terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya manakala lebih 100 anggota keluarga menginap di Hotel Everly, Putrajaya.
Mereka terus menaruh harapan bahawa anggota keluarga mereka dalam pesawat MH370 itu selamat walaupun kapal terbang itu hilang tanpa dapat dikesan sejak 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal. Sebanyak 154 penumpang ialah warga China. - Bernama
MH370: Dakwaan pesawat dilihat di Maldives tidak benar
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
"Saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera Malaysia telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang mengesahkan bahawa laporan (media) itu tidak benar," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Sebuah portal berita Maldive, Haveeru, melaporkan bahawa penduduk pulau Maldives mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, pada hari pesawat Boeing 777-200ER hilang. Haveeru melaporkan penduduk di pedalaman Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di kepulauan Maldives mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar.
Hishammuddin juga menafikan spekulasi bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu.
"Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI. Tiada titik laluan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing," katanya.- Bernama
India sambung semula pencarian MH370
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Para pegawai kerajaan berkata Malaysia telah membuat permohonan baharu untuk membantu dalam pencarian di kawasan baharu menjangkau 5,000 batu nautika ke arah selatan dari Jakarta, Indonesia.
"Sebuah pesawat P-8I telahpun diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di stesen udara Arakkonam di Tamil Nadu sementara sebuah lagi pesawat C-130J ditempatkan di Port Blair," kata seorang pegawai seperti dipetik oleh akhbar 'The Times of India'.
"Kedua-dua pesawat yang boleh terbang jarak jauh, boleh membuat imbasan di kawasan-kawasan tertentu menggunakan radar, elektro-optik dan peralatan penjejak infra-merah
Pesawat-pesawat itu kemungkinan memulakan operasi mulai pagi Khamis untuk melputi kawasan sepanjang 5,000 batu nautika dari Jakarta ke Antartika," katanya.
India sebelum ini menyertai misi pencarian oleh lebih 25 negara bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200ER dengan menggerakkan enam kapal perang dan beberapa buah pesawat untuk pencarian di kawasan meliputi lebih 250,000 km persegi di Laut Andaman dan Teluk Bengal.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi rakan sejawatannya dari India Manmohan Singh untuk memohon bantuan teknikal dan data radar bagi mengenai pasti laluan penerbangan yang kemungkinan pesawat MH370 terbang.
Pihak berkuasa tentera India menolak kemungkinan bahawa pesawat itu telah terbang melintasi ruang udara tanah besarnya selepas dilencongkan ke Kazakhstan-Turkmenistan di Asia Tengah seperti dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Inggeris itu sebelum ini.
Ini berlaku selepas Sabtu apabila mengumumkan bahawa perhubungan terakhir pesawat itu dengan satelit menunjukkan laluan pesawat mungkin sengaja dilencongkan ke dua koridor selepas alat transponder pesawat dimatikan.
Koridor utara dikenal pasti menjangkau dari utara Thailand ke Kazakhstan dan Turkmenistan sementara koridor selatan meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.
Pesawat itu sepatut mendarat di Beijing pada pukul; 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Aida Aida Mahusain commented on a link.
Tapi dah 10 hari ni...camno ek
MH370: Kebakaran kokpit mungkin punca?
Tarikh: March 20, 2014
SELEPAS pihak berkuasa mengumumkan kehilangan MH370 turut disiasat,
kemungkinan akibat perbuatan manusia seperti rampasan ataupun sabotaj,
pelbagai teori berkumandang daripada pakar-pakar dan mereka
berpengalaman dalam bidang berkaitan di seluruh dunia.
Chris Goodfellow yang ada pengalaman 20 tahun sebagai juruterbang berkata, isu kehilangan MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan," katanya.
Menurut Goodfellow, apabila melihat pusingan kiri dibuat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mahu menuju ke lapangan terbang.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat," kata Goodfellow.
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah jika berlaku kebakaran kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang," katanya.
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit," katanya yang yakin pesawat itu boleh ditemui di sepanjang laluan terakhir yang ditetapkan juruterbang.
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus," katanya.
Jika berlaku rampasan, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke kiri dan menuju ke arah Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
Apa yang ditulis Goodfellow, dan ramai lagi pakar di seluruh dunia, kekal menjadi spekulasi selagi MH370 tidak ditemui.

FBI bantu siasat data simulator milik Kapten Zaharie
pada 20-03-2014 09:03
SHAH ALAM: Malaysia menyerahkan data elektronik yang diperolehi dari
cakera keras simulator Kapten Zaharie dan juga media elektronik yang
digunakan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid kepada FBI bagi
membantu penyiasatan kehilangan MH370, awal bulan ini.
Seorang penguatkuasa undang-undang Amerika memberitahu FBI bagaimana
pun tidak dapat memberi jaminan untuk pihaknya menemui maklumat baru
daripada analisa data itu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata
dalam sidang media hariannya semalam, pakar tempatan dan antarabangsa
diminta membantu menyiasat simulator penerbangan itu.
"Sebahagian data dipadamkan daripada simulator itu, namun kerja
forensik sedang dijalankan untuk cuba mendapatkannya kembali," kata
Hishamuddin.
Katanya, siasatan ke atas simulator itu adalah sebahagian daripada
siasatan menyeluruh yang dibuat ke atas semua penumpang dan anak kapal
dalam pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
"Kami berkongsi semua maklumat berkaitan dengan semua agensi perisikan antarabangsa," kata menteri itu.
Penyiasat Amerika melahirkan rasa kecewa sejak beberapa hari lepas kerana pihak berkuasa Malaysia tidak meminta bantuan mereka.
FBI mempunyai pengalaman luas dalam penyiasatan tentang kapal terbang
yang terhempas, termasuk TWA 800 dan EgyptAir 990 daripada pantai timur
Amerika pada tahun 1990an dan Pan Am Pesawat 103 di Lockerbie, Scotland.
Dalam kes EgyptAir 990, FBI yang membantu penyiasat keselamatan udara
mengesahkan bahawa puncanya adalah tindakan bunuh diri pembantu
juruterbang, manakala dengan kes Pan Am 103, agensi itu bekerja dengan
British dan penyiasat Amerika terhadap kerja yang melibatkan kerajaan
Libya.
Dalam sidang medianya di Sepang semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar juga berkata data dari simulator itu dipadamkan pada 3
Februari.
"Pegawai forensik daripada unit jenayah siber, MAS dan pakar antarabangsa sedang cuba mengembalikan maklumat itu.
"Pakar sedang melihat apakah data yang dipadamkan," kata Khalid.
Dan
Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia
menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang
disegerakan matinya), dan ada pula di
antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah
(peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan
sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Kuasa.
(Al-Nahl 16:70) |
(Al-Nahl 16:70) |
Keluarga penumpang warga China MH370 berang, serbu auditorium sidang media
Menurut AFP, insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu.
Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dalam perjalanan ke Beijing.
Usaha mencari Mkini tertumpu di koridor utara dan selatan selepas pencarian di Laut Cina Selatan menemui kegagalan.
Koridor selatan berada di perairan Indonesia dan selatan Lautan Hindi, manakala koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand.
dalam menghadapi suasana ujian dari allah ni sepatut nya kerajaan jangan cuba mengalih kan isu dan menyalahkan pihak lain...ada usaha yg ke arah untuk mewnyalahkan pikah lain...sama seperti kes kehilangan injin jet dulu....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan