Konvensyen PR: Ucapan pembukaan zahir kekecewaan kes Anwar
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang
berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam secara rasmi
bermula kira-kira jam 9.45 pagi ini.
Antara pimpinan utama
ketiga-tiga parti yang hadir adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu,
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP
Tan Kok Wai serta Ahli Jawatan Kuasa parti masing-masing.
Konvensyen
pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Konvensyen,
Iskandar Abdul Samad serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim selaku tuan rumah konvensyen kali ini.
Abdul Khalid dalam
ucapannya berkata, konvensyen kali ini berlangsung dalam suasana
ketidakadilan yang berlaku terhadap salah seorang pimpinan Pakatan
Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Konvensyen kita dipatahkan dengan keputusan mahkamah semalam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim.
"Saya ingatkan saudara di bawah keadan ini marilah kita bersatu utk memperjuang kedailan
"Mari
bersatu perjuang hak pimpinan kita Anwar Ibrahim yang dipergunakan Umno
BN untuk menyerkat kita mara ke Putrajaya," kata beliau.
Terdahulu,
ketiga-tiga pimpinan utama dibawa untuk melakukan pemeriksaan
perbarisan anggota Pemuda Pakatan Rakyat di luar pintu masuk dewan
konvensyen.
Mereka juga akan menyampaikan ucapan perasmian mewakili parti masing-masing.
Selain
ucapan pimpinan utama, Konvensyen bertemakan Pakatan Membela Rakyat ini
akan turut menampilkan wakil-wakil NGO mewakili petani (Belatani),
mahasiswa (Turun), media (Geramm), guru (Pendidik), Anti Korupsi (C4),
dan wakil Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Presiden PAS Datuk
Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka tiba jam 11 pagi ini.
Harakahdaily
difahamkan, sebelum menyertai konvensyen, mereka dijangka mengadakan
mesyuarat di kalangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ucapatama oleh ketiga-tiga mereka dijangka bermula jam 2 petang nanti.
Sebelum berakhirnya konvensyen ini pada jam 4.00 petang satu majlis menandatangani 'Tekad Muafakat Pakatan'akan diadakan.
Anwar didapati bersalah, rakyat ragui keputusan mahkamah
Posted on Saturday, March 08 @ 01:47:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PUTRAJAYA,
7 MAC: Menjelang empat hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil
(PRK) N25 Kajang, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan itu, Datuk
Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh mahkamah atas kes membabitkan
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sini, hari ini.
Tinjauan
Selangor Kini di laman Twitter mendapati orang ramai mempertikaikan
tindakan hakim dan pihak pendakwaan yang dilihat cuba menyegerakan kes
dan menjatuhkan hukuman secara tergesa-gesa.
Kebanyakan komen di
laman Twitter juga mempersoalkan kredibiliti Ketua Pendakwa, Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah yang disifatkan sebagai peguam ‘mesra’ Umno.
Anwar
PC 2Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim
mengumumkan keputusan sebulat suara membatalkan pembebasan Anwar oleh
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Januari 2012.
Hukuman dijangka
menyebabkan Anwar tidak lagi layak memegang sebarang jawatan politik
dan tidak boleh bertanding dalam PRK N25 Kajang, pada 23 Mac ini.-sk
“Hukuman Terhadap DS Anwar Ibrahim: Satu Lagi Episod Hitam Dlm Negara Kita”
Posted on Friday, March 07 @ 21:34:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kenyataan Media Presiden Pas
Parti
Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan
yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses
penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah
terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes
Sodomi II pada hari ini.
PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu
bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan
dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat
ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil
mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita
merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa
sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk
membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak
dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini
dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap
sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan
ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri
beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan
terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR,
serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke
Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman
dapat diruntuhkan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014
Facebook DPP Malaysis
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Konvensyen PR: Ucapan pembukaan zahir kekecewaan kes Anwar
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam secara rasmi bermula kira-kira jam 9.45 pagi ini.
Antara pimpinan utama ketiga-tiga parti yang hadir adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai serta Ahli Jawatan Kuasa parti masing-masing.
Konvensyen pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Konvensyen, Iskandar Abdul Samad serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku tuan rumah konvensyen kali ini.
Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, konvensyen kali ini berlangsung dalam suasana ketidakadilan yang berlaku terhadap salah seorang pimpinan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Konvensyen kita dipatahkan dengan keputusan mahkamah semalam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim.
"Saya ingatkan saudara di bawah keadan ini marilah kita bersatu utk memperjuang kedailan
"Mari bersatu perjuang hak pimpinan kita Anwar Ibrahim yang dipergunakan Umno BN untuk menyerkat kita mara ke Putrajaya," kata beliau.
Terdahulu, ketiga-tiga pimpinan utama dibawa untuk melakukan pemeriksaan perbarisan anggota Pemuda Pakatan Rakyat di luar pintu masuk dewan konvensyen.
Mereka juga akan menyampaikan ucapan perasmian mewakili parti masing-masing.
Selain ucapan pimpinan utama, Konvensyen bertemakan Pakatan Membela Rakyat ini akan turut menampilkan wakil-wakil NGO mewakili petani (Belatani), mahasiswa (Turun), media (Geramm), guru (Pendidik), Anti Korupsi (C4), dan wakil Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka tiba jam 11 pagi ini.
Harakahdaily difahamkan, sebelum menyertai konvensyen, mereka dijangka mengadakan mesyuarat di kalangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ucapatama oleh ketiga-tiga mereka dijangka bermula jam 2 petang nanti.
Sebelum berakhirnya konvensyen ini pada jam 4.00 petang satu majlis menandatangani 'Tekad Muafakat Pakatan'akan diadakan.
Anwar didapati bersalah, rakyat ragui keputusan mahkamah
Posted on Saturday, March 08 @ 01:47:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PUTRAJAYA, 7 MAC: Menjelang empat hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh mahkamah atas kes membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sini, hari ini.
Tinjauan Selangor Kini di laman Twitter mendapati orang ramai mempertikaikan tindakan hakim dan pihak pendakwaan yang dilihat cuba menyegerakan kes dan menjatuhkan hukuman secara tergesa-gesa.
Kebanyakan komen di laman Twitter juga mempersoalkan kredibiliti Ketua Pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang disifatkan sebagai peguam ‘mesra’ Umno.
Anwar PC 2Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim mengumumkan keputusan sebulat suara membatalkan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Januari 2012.
Hukuman dijangka menyebabkan Anwar tidak lagi layak memegang sebarang jawatan politik dan tidak boleh bertanding dalam PRK N25 Kajang, pada 23 Mac ini.-sk
“Hukuman Terhadap DS Anwar Ibrahim: Satu Lagi Episod Hitam Dlm Negara Kita”
Posted on Friday, March 07 @ 21:34:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kenyataan Media Presiden Pas
Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.
PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014
Facebook DPP Malaysis
[admin] Bak kata Almarhum Zainal Alam "boleh mengundi calun calun anda suka dan berkenan";
Tiada ulasan:
Catat Ulasan