Posted on Saturday, March 08 @ 01:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Para pemimpin PAS yang lain mungkin menganggap rayuan kes liwat 2 terhadap Anwar Ibrahim sesuatu yang remeh namun tidak bagi Tuan Guru Nik Aziz. Dalam keadaan dirinya yang tidak begitu mengizinkan, beliau tetap hadir di mahkamah Putrajaya bagi mengikuti dan memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim yang pernah suatu ketika disifatkan beliau sebagai seorang 'budak bijak yang dicemburui umno"
Tuan Guru Nik Aziz sejak akhir-akhir ini sering keluar masuk pusat perubatan kerana masalah kesihatan beliau. Dengan usia yang demikian keuzuran adalah perkara biasa. Semangat setia kawan yang ditunjukkan beliau tidak ada tolok bandingnya.
Lihatlah betapa bersahaja Anwar Ibrahim melayan para pemberita walaupun baharu sahaja dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh mahkamah rayuan Putrajaya.
Kredit gambar kepada malaysia kini dan the malaysian insider
Gendang Perang
PKR isytihar Reformasi 2.0, gesa kejatuhan BN
Posted on Saturday, March 08 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas tuduhan liwat dan dijatuhkan lima tahun penjara, para penyokongnya berhimpun di Kajang menggesa kejatuhan BN.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan 500 orang di pusat gerakan pilihan raya parti itu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.
Beliau bertanya kepada hadiran sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau turun ke jalanan, dan mereka bersorak tanda bersetuju.
"Walaupun kita menang dengan 52 peratus undi, tapi mereka masih berkuasa," katanya.
Azmin berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membuat keputusan esok sama ada untuk turun ke jalanan.
"Jika kita umumkan esok jam 9 malam di Dataran Merdeka, adakah anda bersedia? Jika kita umumkan esok jam 3 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, adakah anda bersedia?" tanya Azmin dengan disambut oleh hadirin.-mk
Pemimpin No:2 Dunia Paling Boros Kata Kepentingan Negara Diutamakan dari Popular
Posted on Saturday, March 08 @ 01:30:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Gua CAYA sama lu lah Datuk Seri Haji Najib, memang betul apa yang lu katakan bahawa selama ini lu MENGUTAMAKAN Kepentingan Negara dari POPULARITI lu yang SABAN HARI semakin MENJUNAM, memang tak ada Pemimpin Negara didalam Dunia ni yang seperti lu beb.
Jadi kepada Penyokong Pakatan Rakyat (PR) lu orang jangan IRI HATI dengan Ulul Amri Umno yang Wassstiyah, Maqasid Syariah dan Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW... kah kah kah!.
Sebab itu beliau MEMPERKENALKAN GST (Good Service Tax) demi Kepentingan Negara walaupun Populariti beliau seperti Tercampak ditepi LONGKANG tempat yang KANGKONG selalu Tumbuh, semua nya itu adalah demi untuk Kepentingan Negara beb. Selalu nya gua nampak lu orang Penyokong PR KURANG CERDIK berbanding Penyokong Umno, yang selama ini CUKUP CERDIK dalam MENILAI segala TINDAK TANDUK yang dilaksanakan oleh Pemimpin dia orang... kah kah kah!.
Sebab itu dia orang tidak mengatakan yang sesuatu Kenaikan Harga Barangan baik apa sekali pun adalah satu Kenaikan tapi ia nya adalah satu PENURUNAN HARGA. Harga Minyak Naik bukan nya Naik tapi SUBSIDI DIKURANGKAN, Harga Gula Naik adalah satu PENGORNBANAN demi bagi MEMBANTU PENGUSHA GULA yang juga seorang Melayu Islam dan yang terakhir ialah Kenaikan Tarif Lektrik yang dikatakan Menguntungkan Pengguna walaupun Tarif Naik... kah kah kah!.
Sudah-sudah lah tu Penyokong PR, jangan lu orang jadi Manusia yang tidak BERSYUKUR beb. lu orang kena AKUI yang Ulul Amri Umno tersebut adalah Pemimpin yang Wassatiyah, Maqasid Syariah serta Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW. Itu semua adalah BENAR dan bukan satu PENIPUAN, selain dari itu semua nya adalah FITNAH yang lu orang Penyokong PR WAR-WARKAN. Sedih gua Mengenangkan Nasib Ulul Amri Umno yang lu orang Penyokong PR Fitnah setiap hari... kah kah kah!.
Lu orang tak ada HATI PERUT ke beb, lu orang tengok aje lah Nasib Bini Najib (BN) Datin Hajjah Rosmah Mansor sampaikan HOBI beliau untuk bermain Bandminton dengan Datuk Lee Chang Wei pun sudah tiada, kerana apa kerana Masa beliau telah diambil oleh Rakyat dengan membantu Rakyat. Walaupun beliau hanya lah seorang SURI RUMAH TANGGA. Tak kan lu orang tak kesian ke dengan BN tu beb, KASIHANI lah beliau jangan terlalu KERAS HATI beb... kah kah kah!.
Jangan lu orang Penyokong PR jadi macam seorang Perempuan yang juga bernama ROSMAH tu... macam mana lah orang kata beliau tapi beliau tetap dengan cara beliau yang seperti menjadi Penyokong Kuat kepada Kassim Ahmad Anti Hadis. Tapi yang BN tu adalah Manusia yang BERBEZA dari Perempuan yang bernama ROSMAH tu beb, itu lah antara GAMBARAN yang dapat gua BAYANGAKAN kepada lu orang Penyokong PR betapa Ulul Amri Umno tidak Mementingkan Populariti beliau...kah kah kah!.
Oiii Najib... kalau ya pun lu TEMBERANG Agak-Agaknya lah Najib, jangan nanti ada orang panggil lu MUNAFIK sudah lah, lu kena ikut macam MANTAN Ulul Amri Umno yang bernama Tun Mahathir tu. Lu tengok lah beliau bila bercakap mana ada PUTAR SANA PUTAR SINI, kalau ada pun itu disebabkan Faktor Umur beliau. Kalau bercakap akan Berterus Terang tanpa Selindung-Selindung, hingga mengatakan yang Kassim Ahmad Anti Hadis tu adalah BETUL pun beliau sanggup lu tahu tak Najib... kah kah kah!. sumber klik sini
hemmmmm..... manusia memang bukan nya sempurna, tetapi dengan mengaku diri tu bagus lah sangat dalam dunia ada dua bangsa aje beb, satu bangsa yahudi dan satu lagi adalah bangsat umno... kah kah kah... A B U."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Saturday, March 08 @ 01:30:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen
Posted on Friday, March 07 @ 23:13:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.
Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.
Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.
Persoalan yang timbul kini, ialah siapakah yang bakal dipertaruhkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.
Nama dua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang dilaksanakan pada 23 Mac nanti manakala penamaan calon pula pada 11 Mac.-astroawani
SPR kaji kelayakan Anwar bertanding PRK Kajang
Posted on Friday, March 07 @ 21:44:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti peruntukan undang-undang berhubung kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hari ini didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata memandangkan ia kes pertama seumpamanya berlaku, kajian terperinci harus dilakukan bagi mengelakkan sebarang implikasi.
Kajian akan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, katanya.
Mahkamah Rayuan hari ini mendapati Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Abdul Aziz berkata mengikut undang-undang, sepatutnya jika dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda lebih dari RM2,000, secara automatik hilang kelayakan bertanding.
"Namun kita akan mengkaji adakah rayuan Anwar, jika dibuat, untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan boleh diguna pakai untuk beliau bertanding," katanya.
Abdul Aziz berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang SPR mengenai perkara tersebut.
Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Penamaan calon bagi PRK DUN Kajang ditetapkan Selasa ini dan pengundian pada 23 Mac. – Bernama, 7 Mac, 2014.-tmi
Sejarah kejam berulang, Wan Azizah dan anak-anak menitis air mata
Posted on Friday, March 07 @ 21:18:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
5.15pm: Penyokong Anwar semakin ramai berkumpulan di perkarangan pintu belakang. Kalangan penyokong itu melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar!" beberapa kali ketika Tian Chua dan Azmin Ali tiba.
Kira-kira 40 orang penyokong berkumpul manakala anggota polis kawal ketat laluan masuk pintu belakang itu.
5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata.
Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.
"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya.
5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.”
Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.”
5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.
“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.
5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh.
5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan.
4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.
“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.
“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.
"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.
Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.
“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”
Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.
“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”.
4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah.-paspb
Dalam Komanwel, tiada peguam PM jadi pendakwa
Posted on Friday, March 07 @ 22:00:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PUTRAJAYA: Peguam N Surendran menegaskan tiada sebab yang membolehkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam tuduhan liwat.
Jelas beliau, mahkamah mesti membebaskan Anwar dan menolak rayuan pihak pendakwa yang diketuai oleh peguam peribadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
"Dalam sejarah Komanwel tidak pernah ada peguam peribadi Perdana Menteri yang terlibat di dalam kes digunakan sebagai pendakwa seperti mana berlaku sekarang.
"Ini telah memalukan negara apabila Shafie dibenarkan menjadi pendakwa dan mendakwa dalam kes ini.
"Imej kehakiman dan mahkamah negara terjejas kerana membenarkan peguam peribadi Perdana Menteri itu mengetuai pihak pendakwaan walaupun beberapa bantahan dibuat untuk menghalang beliau," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai kepada media, semalam.
Beliau turut memberitahu keterangan yang berlangsung semalam tidak mempunyai asas yang kukuh untuk kerajaan membuat rayuan terhadap Anwar.
Menurutnya lagi, persoalan turut timbul apabila hakim cuba mempercepatkan kes itu.
"Kita tidak bersetuju bila hakim cuba mempercepatkan kes ini, kita harap peluang sepenuhnya diberikan kepada peguam bela untuk berhujah dengan lebih rapi.
"Apa yang penting sekali, sekiranya kalau kerajaan serta Peguam Negara mempunyai integriti mereka perlu menarik balik rayuan tersebut dan mengembalikan imej kehakiman negara.
"Hari ini (semalam) yang dibicara bukan Anwar tetapi yang dibicara adalah sistem kehakiman negara," sambung beliau.
Naib Presiden PKR itu juga tidak menolak jika Anwar disabitkan kesalahan, beliau akan hilang kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
"Keputusan kita tidak tahu bila sama ada esok (hari ini) atau Isnin, jika beliau (Anwar) disabitkan bersalah, maka dia akan hilang kelayakan untuk bertanding," jelas beliau.
Rayuan bagi kes liwat II pada hari pertama yang selesai pada jam 6 petang semalam akan bersambung pagi ini.
Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.-hd
Ayob Hussin shared Milo Kosong Koww's photo.
Mana
dah geng2 binatang babi umnopig dan geng2 muka serupa anjing
bndog..tlg jawab ni babi..knapa sampai skrg geng2 babi kamu tk panggil
makluk ini sebagai saksi dlm kes liwat
dsai?sdangkan makluk inilah saksi yg paling penting yg mengambil sampel
drp budak babi berkepala anjing,saipul pemuja jubor..jwblah babi..
Khairul Hilmi Che Ali shared Milo Kosong Koww's photo.
Kezaliman
terhadap dsai patut dibela..perosak kpd undang2 patut diajar dan
dihumbang dr bumi msia..Kajang tempat bermula segala2..Kajang tempat
bermulanya Kebangkitan Semula
Rakyat..Kajang pembuka kunci ke Putrajaya..Kamu mampu penjarakan dsai
tapi kamu tak mampu utk penjarakan pejuang2 yg menuntut Keadilan Dan
Keamanan..Kajang perintih kpd kehancuran Kerajaan Zalim Umnobn dlm PRU
14...Bangkit sahabat2ku..pastikan kemenangan PR di dun Kajang..Pastikan
geng2 zalim BN diberi T.K.O dlm prk Kajang..-PERJUANGAN DSAI WAJIB DITERUSKAN..
-PERJUANGAN RAKYAT PATUT DIUTAMAKAN..
-JADIKAN PRK DUN KAJANG LAMBANG KEMUSNAHAN REGIM2 UMNOBN YG KEKAL ABADI..
-KEKALKAN KEAMANAN...
-jika anda bersetuju,jom sama2 like
Penjarakan Anwar, Najib isytihar ‘perang’ kepada Pakatan
Posted on Friday, March 07 @ 21:02:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 7 MAC: Pimpinan KEADILAN mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan pimpinan perdana menteri itu membangkitkan kemarahan rakyat dan merupakan satu pengisytiharan ‘perang’ terhadap Pakatan.
“Najib penjarakan Anwar lima tahun- rakyat akan jatuhkan Najib dalam masa lima bulan, saya janji kepada kamu!
“Najib isytihar perang kepada Pakatan Rakyat, rakyat sedia untuk bangkit!,” tulisnya di laman Twitter.
Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli berkata, beliau sudah menjangka keputusan mahkamah dan menyifatkan ia keputusan yang tidak adil.
“Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini,” tulisnya di Twitter.
Mahkamah Putrajaya
Keadaan di luar Mahkamah Persekutuan Putrajaya selepas keputusan dibacakan hakim.
Katanya, BN akan tetap melakukan ketidakadilan terhadap Anwar walaupun tanpa Pilihan Raya Kecil Kajang, yang sepatutnya akan ditandingi ketua pembangkang itu tidak lama lagi.
Sementara itu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata keputusan hakim Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar sebelum ini, adalah mengejutkan.
“Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?” tulisnya di Twitter.
Sementara itu, Timbalan Pengarah, Bahagian Asia, Human Rights Watch Phil Robertson berkata, perbicaraan terhadap Anwar merupakan penghakiman politik dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk mempastikan ia berlaku.
“Anwar dan keluarga beliau nampaknya terperangkap dalam mimpi ngeri yang tidak ada penghujung dalam karier politiknya, di mana mahkamah telah digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman politik.
“Memang benar, hari gelap kepada kehakiman di Malaysia yang menunjukkan diri mereka sendiri tidak mampu berdiri tegap bila isu politik dimainkan di depan mereka.
Kes yang dihadapi Anwar tidak sepatutnya dipertimbangkan sebagai jenayah sejak awal-awal lagi,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.
Terdahulu, Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim mengumumkan keputusan sebulat suara membatalkan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Januari 2012.
Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Hukuman dijangka menyebabkan Anwar tidak lagi layak memegang sebarang jawatan politik dan tidak boleh bertanding dalam PRK N25 Kajang, pada 23 Mac ini.
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.-kd
:')
Iwa Chenta Indie II and Yang Zie were tagged in Jasin Hebat's photo.
Iwa Chenta Indie II was tagged in Mistor Suarez's photo.
BILA
MACAI MEMPERTIKAIKAN ISU DSAI DIBENARKAN BEBAS TANPA BAYARAN JAMINAN
(HANYA AKAN DILAKUKAN PADA ISNIN) SETELAH HUKUMAN DIJATUHKAN..BUKANLAH
PELIK SANGATPUN. WAHAI MACAI.MASIH
INGATKAH KES KHIR TOYOL ?? WALAUPUN SUDAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA
SELAMA SETAHUN, MALAHAN TELAH MELEPASI SETAHUN SUDAH JANGKA WAKTUNYA
UNTUK MENUNGGU RAYUAN KENAPA TOYOL MASIH DIBENARKAN BEBAS TANPA
DIPENJARA???..MASIH TAK PUASHATI LAGI...MEMANG BADIOL..TAHUKAH MACAI
HAKIM YANG DIUPAH PASTI DAPAT ARAHAN DARI PIHAK ATASAN SUPAYA DILEPASKAN
SEMENTARA DSAI, KERANA MEREKA JUGA TAKUT SITUASI NEGARA PASTI
KELAMKABUT ...Saturday, 8 March 2014
ANGIN BERTIUP KENCANG CALON KEADILAN/PR PRK DUN N25 KAJANG GANTI DSAI IALAH SAIFUDDIN NASUTION!!!!!
Jika ini menjadi kenyataan maka sudah pasti membawa khabar buruk mimpi ngeri amat paling kepada UMNO/BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan