Khamis, 6 Mac 2014

SEMAKLAH....SEMUA PENGADILAN DIDUNIA ALLAH SEMAK....HAKIM2 JAGALAH......PENUAM2 JAGALAH....PEMERINTAH2 JAGALAH.....SEMUA JAGA2LAH

PUTRAJAYA: Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memfailkan permohonan agar Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya yang mendapati stesen televisyen itu bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membabitkan tweet beliau berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor.
  
Notis usul itu, yang disokong afidavit Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian TV Media Prima Berhad Datuk Mohd Ashraf Abdullah, difail di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini oleh Tetuan TH Liew & Partners.

Pada 25 Feb lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan Mohammad Nizar dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi selepas memutuskan TV3 bertanggungjawab memfitnah beliau.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 berhubung komen beliau berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibida pada jumlah RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.

Dalam saman itu, Mohammad Nizar menamakan TV3 dan penerbit Buletin Utama Rohani Ngah sebagai defendan.
  
Notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Feb lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum keranan seorang daripada anggota panel yang bersidang sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes berkenaan berikutan pembabitan serta hubungan beliau dengan parti PAS.
  
TV3 mendakwa kehadiran hakim berkenaan dalam panel itu menimbulkan kemungkinan terdapat bahaya berat sebelah.
  
Stesen televisyen berkenaan juga memohon agar rayuan itu didengar dan diputuskan semula oleh panel Mahkamah Rayuan lain. - Bernama

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Maaysia hari ini melancarkan Gerakan Suara Orang Kampung bagi memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Pelancaran gerakan tersebut dibuat dalam piket di hadapan bangunan Lembaga Getah Malaysia (LGM) Jalan Ampang, dekat sini tengah hari tadi.

Kira-kira 50 wakil petani, penternak dan nelayan bersama Pemuda PAS Malaysia berkumpul di hadapan Wisma Central sebelum berarak ke bangunan LGM.

Mereka berpakaian petani dan membawa basikal sambil memgang plakad bertulis 'Naik Harga Padi' 'Harga Padi Murah, Harga Beras Mahal', 'Orang Tengah Untung Atas Angin' dan beberapa sepanduk lain lagi.

Pengerusi Gerakan Suara Orang kampung, Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak dalam piket tersebut mengajak rakyat Malaysia turun ke Demonstrasi Baling 2.0 yang akan diadakan di Baling pada 5 April depan.

"Tujuan demonstrasi ini untuk membela nasib penoreh-penoreh getah yang sedang menghadapi kejatuhan harga getah.

"Penurunan harga getah beku di bawah paras harga kos pengeluaran RM3.21 sekilogram menyebabkan ramai penoreh menderita," katanya.

Selain isu harga getah, turut menjadi kebimbangan mereka adalah mengenai pesawah padi yang berada di bawah paras kemiskinan.

Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, ketiadaan sistem pengurusan bendang yang baik menyebabkan sebahagian daripada 172,230 pesawah padi berada di bawah paras kemiskinan.

"Pengeluaran padi negara masih rendah dengan purata 4.2 tan semusim, penggunaan tanah bendang untuk tujuan komersial dan pelbagai masalah tanaman padi menyebabkan beras sebagai food security negara berada dalam keadaan terancam," katanya.

Bagi penternak pula, mereka mengalami masalah kecurian banyak binatang ternakan akibat ketiadaaan sistem pengenalan binatang ternakan.

Penternak secara komersial menghadapi masalah tempat untuk membina ladang ternakan kerana tempat yang diluluskan kerajaan terhad.

Kos pengeluaran racun, baja, makanan ternakan, diesel, sewa jentera dan pula semakin meningkat.

Sementara itu, isu-isu bagi nelayan pula melibatkan pemberian subsidi diesel yang tidak mencukupi menyebabkan nelayan tidak mampu turun ke laut.

Penggunaan pukat hanyut daripada nelayan negara jiran menyebabkan ikan berkurangan serta masalah ruang penempatan bot nelayan di jeti yang tidak mencukupi.

Perkara-perkara ini disebabkan kelemahan agensi kerajaan yang berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan.

Jesteru, Pemuda PAS Malaysia sedia menerima sebarang aduan rakyat di talian 019-3940959.

Pemuda PAS juga akan melancarkan Gerakan Suara Orang Kampung ke seluruh negara mengikut jadual berikut:

1. Selangor - 11 Mac 2014
2. Perak - 19 Mac 2014
3. Pulau Pinang - 20 Mac 2014
4. Negeri Sembilan - 21 Mac 2014
5. Pahang - 22 Mac 2014
6. Melaka - 23 Mac 2014
7. Kelantan - 28 Mac 2014
8. Johor - 29 Mac 2014
9. Terengganu - 30 Mac 2014
10. Kedah dan Perlis - 5 April 2014

KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM800 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak memberi sebarang makna sekiranya hak istimewa bumiputera itu sendiri dipinggirkan pemerintah.

Biarpun peruntukan itu dikhabarkan kononnya untuk memperkukuhkan agenda ekonomi bumiputera, namun hakikatnya sikap Najib dilihat tidak bersungguh-sungguh membantu bumiputera seperti sikap bapanya, Almarhum Tun Abdul Razak.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Idris Ahmad, berkata lazimnya Najib akan mengaitkan apa yang dilakukan beliau sebagai penerusan usaha bapanya, namun ternyata ia berbeza dari segi prinsip dan urus tadbir negara.

"Bapanya memang seorang yang berhemah, yang benar-benar memperjuangkan hak bumiputera. Ditambah dengan cerita daripada adik Najib sendiri, Datuk Nazir Razak tentang permintaan mereka yang ditolak Tun Razak hanya kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat. Malahan, tidak membawa isterinya bersama ketika mendapatkan rawatan leukimia di luar negara.

"Hakikatnya, Najib tidak mencontohi bapanya dalam perkara sedemikian. Hak bumiputera semakin terhakis dan tidak terbela lebih-lebih lagi jika pemmpin bersikap diskriminasi kepartian," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga mempersoalkan bagaimana pembelaan terhadap melayu bumiputera ditekankan, sedangkan mereka terpinggir kerana perbezaan politik, selain berapa banyak tanah yang diterokai bumiputera dirampas oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa sebarang pembelaan daripada pemerintah.

Beliau berpandangan jika Najib ataupun pemimpin lain meneruskan sikap diskriminasi, agenda memperkukuhkan ekonomi bumiputera tidak akan maju biarpun gunung emas diperuntukkan bagi golongan bumiputera.
KOTA BHARU: “Kita hendaklah berpakat penyokong kerajaan dan pembangkang pergi jumpa Perdana Menteri untuk mendapat laluan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

“Kalau perkara kecil seperti royalti Menteri Besar boleh jumpa PM, mengapa tidak perkara lebih besar iaitu hudud tidak boleh dilakukan.

“Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno,” kata Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dun hari ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Muhammad V berkata, beliau bersedia menemui lagi perdana menteri bagi membincangkan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan hudud.

“Saya tidak pernah takut untuk berjumpa Perdana Menteri bagi mendapat sokongan pelaksanaan hudud di Kelantan,” ujarnya.

Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika menjelaskan panjang lebar usaha-usaha pelaksanaan hudud di Kelantan katanya, kerajaan negeri mewujudkan dua jawatankuasa berkaitan pelaksanaan hudud iaitu Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II dan Jawatankuasa Pra-Teknikal.

Kata beliau hasil perbincangan jawatankuasa berkenaan merumuskan empat halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan biar pun telah dilulus pada persidangan Dun sejak 1993.

Menurutnya halangan tersebut iaitu kerenah pemimpin politik, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah dan memperkasa pentadbiran syariah.

“Kerenah pemimpin politik dapat dilihat apabila Menteri Besar menerima surat amaran daripada Perdana Menteri ketika itu untuk mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan.

“Kita bukan takut kepada ugutan itu tetapi sekadar patuh kepada undang-undang. Sejarah masih kita ingat apabila kerajaan pusat mengisytiharkan Mageran di Kelantan pada 1977.

“Kes terbaru dapat dilihat apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dirampas bukan melalui cara demokrasi,” katanya menjawab soalan Mohd Alwi.

Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi ketika menerima hujah bertalu-talu Mohd Alwi akhirnya mengambil ketetapan bagi mendapat sokongan anggota-anggota Dewan untuk berjumpa Perdana Menteri untuk meminta sokongan pelaksanaan hudud.

“Adakah sekiranya Perdana Menteri menolak sokongan bagi mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan pembangkang di sini hendak keluar BN,” katanya.

Kemudian dijawab dengan lantang Mohd Alwi, “setuju”.

Sebelum itu Adun Kok Lanas tersebut berhujah kerajaan negeri sengaja mencari pelbagai alasan kerana tidak mahu melaksanakan hudud.

Namun selepas anggota Exco terbabit membuat ketetapan tersebut, Alwi tidak semena-mena menyatakan persetujuannya.

Menteri Besar juga memberitahu ketika berjumpa Perdana Menteri pada 28 November lepas isu hudud turut dibincangkan.

Katanya, hasil perjumpaan tersebut telah dipersetujui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan bagi melihat halangan-halangan pelaksanaan hudud.


 Liwat II: Ruang mahkamah penuh sesak
Posted on Thursday, March 06 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





PUTRAJAYA: Rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat di Mahkamah Rayuan, Putrajaya bermula pagi ini.

Sesi hari ini bermula dengan penghujahan oleh peguam Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Rayuan pihak pendakwaan hari ini didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balliah Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Terdahulu Anwar tiba di sini kira-kira jam 9 pagi ditemani isterinya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ibrahim serta dua anak beliau.

Ruang mahkamah penuh sesak dengan penyokong dan pemerhati tempatan dan antarabangsa.

Turut hadir kemudiannya anak sulung beliau Nurul Izzah. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilihat berdiri di ruang belakang mahkamah bersama suami.

Sementara itu, di bahagian luar bangunan, hampir 100 penyokong Anwar memenuhi ruang legar hadapan pintu masuk Istana Kehakiman.

Sekumpulan pihak polis turut mengawal kumpulan terbabit. Mereka memasang pita kuning bagi menghalang orang ramai memasuki perkarangan mahkamah.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis melarang penyokong Anwar dari berhimpun di hadapan pintu masuk Istana Kehakiman itu.

Bagaimanum keadaan kembali terkawal apabila polis membenarkan mereka berada di situ dengan syarat tidak menghalang laluan masuk.

SALMIYAH & MUHAMMAD FAIZAL
HARAKAHDAILY
inShare


 PDRM tak tahu beza antara Volvo dan Daihatsu?
Posted on Thursday, March 06 @ 22:04:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Apa guna ada sistem komputer yang serba canggih dan mahal-mahal?



6 Mac 2014 – Seorang suri rumah disaman kerana memandu melebihi had laju di KM 18.7 Jalan Senai, Johor Bahru pada 2 Februari lalu.

Namun yang menjadi persoalan, surat saman diterima Arinee Hama, 38, menunjukkan jenis kereta terbabit ialah Volvo, sedangkan dia memandu Daihatsu Charade, walaupun nombor pendaftaran kedua-duanya sama, BCP 4909.

"Saya risau jika pemilik kereta Volvo tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu, seterusnya melakukan jenayah dan sebagainya, jadi saya mohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Thursday, March 06 @ 22:04:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Patuhi Perjanjian Malaysia atau bebaskan Borneo, kata Jeffrey Kitingan
Posted on Thursday, March 06 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Kerajaan persekutuan perlu tunai janji dalam Perjanjian Malaysia 1963, kata Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Gambar fail.
Kerajaan persekutuan perlu tunai janji dalam Perjanjian Malaysia 1963, kata Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Ahli politik Sabah memberi amaran kepada Putrajaya supaya memenuhi Perjanjian Malaysia pada 1963 atau benarkan Sabah dan Sarawak berpisah daripada semenanjung Malaysia.


Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang termiskin dalam negara dan tidak mendapat peruntukan pembangunan yang banyak.
“Pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.

“Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah dan Sarawak selain peruntukan pembangunan yang kecil tidak lagi boleh dibiarkan.
“Walaupun pada masa amat diperlukan, rakyat Sabah dan Sarawak dilayan tidak sama adil dengan rakyat Malaysia di semenanjung,” katanya, mengulas tulisan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengenai peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.
Arifin menulis mengenai perkara itu dalam bukunya yang bertajuk Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak yang dilancarkan baru-baru ini.
“Perjanjian Malaysia perlu dilaksanakan dan dipenuhi.
“Bukan sahaja terma dan syarat pembentukan Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian 1963 dan beberapa dokumen serta jaminan lisan dan janji tidak dipenuhi, ada banyak pindaan perlembagaan yang dibuat menghakis hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata, pemimpin “dua negara perlu fokus dan bercakap dengan satu suara”.
Katanya, pendirian bersama negeri Borneo di Malaysia sepatutnya tidak diletakkan sebarang terma.
“Pendirian lain akan memberikan pemimpin persekutuan Malaya tanggapan yang salah dan andaian bahawa Sabah dan Sarawak tidak serius terhadap tuntutan untuk terma dalam pembentukan Malaysia dipenuhi.
“Mereka akan terus kekal selesa dalam pejabat mereka di Putrajaya dan tidak peduli kepada penduduk Sabah dan Sarawak hingga tiba waktu pilihan raya,” katanya.
Kitingan juga bercakap mengenai janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibuat kepada rakan gabungan Barisan Nasional (BN) di Sarawak bahawa akan ada rombakan Kabinet selepas Perhimpunan Agung Umno pada awal Disember 2013.
Rombakan itu adalah bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati ahli Parlimen dari Sarawak terhadap agihan jawatan menteri selepas pilihan raya umum lalu.
“Najib gagal melakukan rombakan Kabinet,” katanya.
Kitingan mencadangkan bahawa mungkin parti BN Sarawak dengan sokongan Yang Dipertua Negeri baharu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di belakangnya patut meninggalkan BN dan lihat apa yang akan berlaku memandangkan perdana menteri tidak melihat desakan untuk mempertimbangkan kepentingan parti BN di Borneo.
Beliau berkata, jika perkara itu berlaku, tidak mengejutkan jika perdana menteri, timbalan perdana menteri dan pemimpin tinggi di Umno termasuk bekas perdana menteri akan beratur ke Kuching untuk memujuk komponen BN di Sarawak dan gabenor jangan membuang BN.
Kitingan berkata, layanan buruk kepada rakyat Sabah dan Sarawak boleh dilihat menerusi bantuan banjir daripada persekutuan, baru-baru ini.
“Di semenanjung, bantuan tunai dan pelbagai lain dicurahkan daripada pelbagai kementerian dan pihak lain sementara Sabah dan Sarawak terima hampir tidak ada apa-apa daripada kerajaan persekutuan.
“Selepas 50 tahun dilihat sebagai tidak penting dan menjadi mangsa, Perjanjian Malaysia dan semua janji serta jaminan perlu dilaksanakan dan dipenuhi,” katanya.
Kitingan berkata, ada peruntukan untuk menyemak perjanjian itu selepas 10 tahun, tetapi selepas 40 tahun berlalu, tiada apa yang dilakukan.
“Usul untuk membincangkan perkara itu di Parlimen juga ditolak kerana ia dikatakan tidak penting dan tidak mendesak.
“Jika selepas 50 tahun, ia masih tidak mendesak, jangan harap rakyat Sabah dan Sarawak akan menunggu 50 tahun lagi untuk ia jadi penting,” katanya.
Kitingan memberi amaran bahawa rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak kini berada di penghujungnya dan ramai yang mahu Sabah dan Sarawak memilih keluar daripada Malaysia.
“Sentimen mereka kini dipanaskan lagi dengan mereka yang taksub terhadap ultra Melayu dan agama yang asyik berkeras menyatakan Malaysia adalah tanah untuk Melayu dan bangsa lain dihalau keluar,” katanya.
Kitingan berkata, jika Najib serius dengan rancangkan rekonsiliasi nasional, semakan dan pelaksanaan termas dan syarat pembentukan Malaysia perlu disertakan.
“Jika tidak, seperti Singapura pada 1965, pasti ada perpisahan secara persahabatan untuk negeri di Borneo,” katanya. – 6 Mac, 2014.

DESMOND DAVIDSON
ALAYSIAINSIDER


 Kenapa Rafizi Marah Sangat Kepada Khalid?
Posted on Thursday, March 06 @ 13:53:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Rafizi Ramli mengecam Khalid dalam isu air. Dulu kata harga air akan naik, rakyat terbeban. Kemudian Perjanjian air ini kononnya tidak menjaga kepentingan rakyat, Kecaman ini dilihat tidak sihat untuk PRK kajang tapi Anwar Ibrahim memberikan 'lampu hijau' dalam kenyataannya PKR tidak akan meminta sebarang pemimpin parti itu menutup mulut berkenaan isu penstrukturan semula air.

TSKI dalam kenyataan menyebut perjanjian air di tidak dimaklumkan kerana tidak mahu campur tangan dalam menentu harga

Kita kena tahu Perjanjian Air Selangor bukan sahaja melibatkan Kerajaan Selangor dengan Persekutuan tetapi melibatkan entiti lain seperti Splash, Abbas, Puncak Niaga dan Syabas. Setengahnya memang GLC kerajaan negeri (KDEB) ada stake, Gamuda, selain dari individu seperti Tan Sri Wan Azmi menerusi Sweet Water Alliance (30% dalam Splash) dan juga Tan Sri Rozali menerusi Syabas.

Saya mendapat maklumat yang tidak sedap didengar TSKI sendiri berhadapan dengan campur tangan Anwar yang membawa Tan Sri Wan Azmi bertemu TSKI bagi mendapatkan "deal" yang lebih baik kepada concessionare (at the extra of RM2 billion for Tan Sri Wan Azmi).

Saya melihat TSKI membuat pertimbangan yang wajar menyegerakan perkara ini tanpa pengetahuan Anwar Ibrahim kerana campur tangan ini.

Timbul pula persoalan adakah campur tangan ini untuk kepentingan Pakaran Rakyat? Jika ya kenapa kita membantah campur tangan ini dan kenapa pula Khalid Ibrahim membelakangi Anwar Ibrahim sedangkan Anwar Ibrahim adalah penasihat Kerajaan Selangor??

Banyak persoalan yang timbul. Ada yang menyebut TSKI berhadapan dengan situasi yang sangat komplek dan memerlukan satu tindakan yang bijak demi kepentingan rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat Khususnya.

Atas itu tindakan TSKI menyegerakan perjanjian adalah tindakan yang wajar dan tidak lain untuk kepentingan rakyat Selangor menyanggah kata-kata Rafizi yang TSKI membelakangi kepentingan rakyat.

TSKI menyegerakan "deal" dengan kerajaan Pusat kerana kegagalan  "willing seller willing buyer" yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat berakhir pada 31 Disember 2013 yang lalu. Mengelakkan campur tangan politik parti ini dan tekanan kepada TSKI untuk memberi "better deal for concessionare" akan menyebabkan rakyat Selangor menanggung beban RM 4 billion.

Ada maklumat yang rasanya sangat tak sedap diberitakan tentang wang RM50 juta dijanjikan kepada PKR atas urus niaga ektra RM2 billion.

Rafizi sebelum ini dikatatakan telah di'taja' oleh individu kaya berkenaan bagi meneruskan 'perjalanan politik'. Kalau tak ada sumber wang, macam mana nak bergerak?? itu pasal dia marah.

TSKI tak sebodoh itu untuk mengiyakan apa yang dibuat dan mengikut kerajaan Pusat tanpa sebarang pertimbangan. Track recordnya dalam banyak isu dengan kerajaan Pusat semuanya menunjukkan TSKI adalah seorang yang berpengalaman, bijak dan jujur dengan amanah yang diberikan serta tak ambil kesempatan untuk "kebas" duit rakyat.

Kerajaan Selangor tidak akan tertipu dengan kerajaan Pusat jika Kerajaan Pusat gagal menunaikan janji mereka dalam masa yang ditetapkan, kerajaan Selangor melalui Majlis Eksekutif dan Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kuasa di bawah undang-undang negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan untuk menafikan sebarang lesen kepada entiti Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bagi maksud projek Langat 2. Dengan kata lain, tanpa sebarang kelulusan tambahan, projek Langat 2 masih tidak boleh diteruskan.

Satu lagi kita kena faham MoU tidak bersifat mengikat atau 'binding' bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat.

Saya tak nampak melainkan kerana MONEY. Kerana money ada anak bunuh ibu sendiri, adik beradik bergaduh jadi tak hairan kalau TSKI dihentam depan belakang oleh rakan partinya sendiri.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com



Tiada ulasan: