Posted on Thursday, March 06 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air RM30.00, bayar duit rumah RM700.00 bayar duit kereta RM700.00, bil telephone suami dan isteri RM200.00, bill elektrik RM170.00, ansuran motor RM150.00 dan yuran tuisyen anak RM150.00... serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...
lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja... terus di sambut ngan isteri satu soalan "ari ni hari gaji abang kan??... jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yg bongsu "Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk "mintak kat ayah... ayah baru dapat gaji... sambil anak yg sulung pula mencelah... "ayah kakak pun nak duit RM 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni... Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong...
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00... Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM 250.00 untuk barang kering dan RM 50.00 untuk barang basah...
setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi...
Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi... suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50... manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu... si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00...
Sesampai di Jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan... suami pun keluarkan duit bayar... kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga RM15.00 sehelai... isteri pun selamba kata "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh... belikan diorg yg baru ni.murah jer RM15.00 hengget... suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama... tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm... sang ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi... Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah RM188.50.
Esok hari Ahad... isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi... suami modalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar... tinggallah duit gaji genap RM180.00... Malamnyer pulak beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat... serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??... .. selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung... suami katakan tidak. ada modal... lalu isteri menjawab dengan sinis" kalau ajak balik. kampung saya jer takder duit... klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit... mana pergi duit gaji abang selama ni... .. takkanlah seminggu gaji dah tak berduit... abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang... nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu... .. Uaaaaa Uaaaaa... isteri ku sayang.
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya... Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah... penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri... tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab... bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri... lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami...
Kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka?
Facebook Suhaizan Kayat
Hadis Empat Puluh - 6/40
Hadis Keenam
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. 'Kangkung Turun Harga! Kadar Baru Lesen Cybercafe Di Kedah Melonjak 200%
Posted on Thursday, March 06 @ 11:36:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KLIK
Kangkung turun harga ! Kadar baru lesen cybercafe di Kedah Melonjak 200% , satu PC RM550 setahun...BN menang rakyat senang baru ada akai !!!!......
Kadar baru lesen cybercafe di Kedah. Terima kasih BN sebab memahami bebanan kami semua para peniaga CC, kedai saya ada 12 pc, maknanya permulaan utk lesen saja dah RM6,600 (termasuk deposit), renew tahunan RM3600.
Karan naik, barang naik, lesen pun naik 200%. Nak boleh bagi mkn byk mana sangat kt anak bini?
Cerdik sungguh pemimpin zaman skrg ni.. lagi kita minta dikurangkan harga, lagi depa penaik.. baguih sungguh... meniaga dpt tak byk mana, habis nak kena bayar lesen.. memang terbaik.. inilah cara pemimpin kita tolong bangsa kita.
Aku tanya mana YB hangpa tuh...sebelum pilihanraya lepa dok janji manis...la neh baru hangpa ada akai......jangan kalut BR1M kan ada......
Kedahkini
Tawaran sumbangan bulanan untuk Madrasah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau
Posted on Thursday, March 06 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Madrasah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek Acheh, Rembau menyediakan 3 bentuk pengajian untuk pelajar yang belajar sepenuh masa iaitu :a) Pengajian Fardhu Ain (Ibtidai), b) Pengajian Bahasa Arab (I’dadi), c) Pengajian Menghafaz al-Quran (Tahfiz)
Pada masa akan datang, pihak madrasah juga bercadang untuk membuka bentuk pengajian yang sama kepada para pelajar perempuan, kerana buat masa ini, madrasah hanya boleh menerima pelajar lelaki sahaja kerana tempat yang terhad.
Di sini juga terdapat Sekolah Agama Rakyat untuk pembelajaran bagi anak-anak yang berumur antara 5 ke 12 tahun untuk mendalami pengajian al-Quran, Fardhu Ain, Jawi dan Bahasa Arab.
Alhamdulillah, madrasah ini terus mendapat sumbangan yang berterusan daripada masyarakat setempat, sama ada yang berbentuk bulanan atau derma bermusim.Sehingga kini, madrasah mendapat sumbangan berbentuk bulanan sekitar RM1,000 sebulan daripada para penderma tetap. Namun jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung kos pengurusan dan sebagainya yang dianggarkan sekitar RM10,000 sebulan.
Justeru itu, pihak madrasah, meminta jasa kepada mereka yang sudi untuk menyumbang atau menderma kepada pihak madrasah dalam bentuk bulanan.
Selain derma bulanan, pihak madrasah juga mengalukan apa jua bentuk sumbangan sama ada berbentuk barangan atau tenaga.
Segala pertanyaan dan kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan Mudir Madrasah iaitu Tuan Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff , tel 012-3752240.
Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim – no. Akaun : 8601034069 Akaun Semasa Bank CIMB Islamic – Cawangan REMBAU.
Maklumat lanjut di http://madrasahbongek.blogspot.com
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Thursday, March 06 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
P'raya kecil DUN Balingian pada 29 Mac
Posted on Thursday, March 06 @ 15:06:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Balingian pada 29 Mac, seminggu selepas pilihan raya kecil DUN Kajang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan, tarikh penamaan bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 17 Mac, yang memberi tempoh 12 hari untuk berkempen.
Parti Bumiputera Persaka Bersatu (PBB) yang dipimpin Taib sehingga kini masih belum menetapkan calon untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan bekas ketua menteri itu pada 28 Februari lalu.
PKR telah mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.
MALAYSIAKINI.COM
Niat Ikhlas Teresa Bersalam Dibalas Telur Busuk
Posted on Thursday, March 06 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PERMATANG PAUH, 6 MAC: Seorang lelaki tidak dikenali melakukan perbuatan khianat kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dengan memecahkan telur busuk ketika bersalam pada satu majlis ceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh, semalam.
Kejadian itu berlaku selepas Teresa selesai menyampaikan ucapan dalam ceramah berhubung isu ‘Onederful Malaysia’, tiba-tiba seorang lelaki datang mendekatinya untuk bersalam dengan menggenggam sebiji telur busuk.
“Lelaki itu kata dia mahu bersalam dengan saya. Jadi saya terus menghulurkan tangan dan mendapati dia menggenggam sebiji telur. Telur itu pecah ketika bersalam dan mengotorkan tangan serta sedikit percikannya mengenai baju saya,” katanya, dilaporkan Malaysiakini.
Mereka yang menyaksikan kejadian itu, kebanyakannya Melayu bertindak pantas mengepung dan menahan lelaki ketika cuba melarikan diri.
Berikutan itu pihak penganjur bertindak membawa Teresa Kok keluar daripada situ bagi mengelak berlakunya provokasi seterusnya.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu bagaimanapun menafikan beliau ditampar seperti yang dilaporkan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.
Kira-kira tengah malam semalam, Utusan menghantar kiriman berita SMS mengatakan Teresa Kok “ditampar individu tidak dikenali selepas majlis ceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh, kira-kira jam 11.30 malam.
Namun, Utusan kemudian menghantar SMS pembetulan mengatakan Teresa tidak ditampar, tetapi ‘diberikan’ sebiji telur busuk oleh seorang lelaki, yang kemudiannya pecah ketika mereka bersalam.
Pada majlis yang sama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon serta Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, masing-masing mengkritik politik perkauman yang dicetuskan penyokong UMNO Perkasa kebelakangan ini.
Video OneDerful Malaysia terbitan Teresa yang disiarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini menerima reaksi melampau pihak tertentu, termasuk menawarkan ganjaran wang kepada sesiapa yang dapat merakamkan aksi menampar ahli politik wanita berkenaan. –roketkini
Ancam Ketenteraman Awam, KDN Haramkan Buku 'Ultraman'
Posted on Thursday, March 06 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. – Bernama
....Sehingga kini masih tidak jelas apa kandungan buku berkenaan serta adakah ianya merujuk kepada watak adiwira Ultraman dicipta di Jepun atau ia merupakan sebuah buku berkaitan aspek lain.
Carian di internet juga tidak menunjukkan sebarang maklumat berkaitan syarikat penerbitan yang menghasilkan buku itu iaitu Resign Publication begitu juga syarikat yang mencetaknya iaitu Network Printers.
Mungkin sebab ni kot??
Atau ini...
AnakSgDerhaka
Khalid: Bukan baru orang tak senang dengan saya
Posted on Thursday, March 06 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
SHAH ALAM - "Bukan perkara baru orang tak senang dengan saya," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini juga tidak disenangi pihak tertentu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rasa tidak senang beberapa pihak terhadap tindakannya menandatangani MoU penstrukturan industri bekalan air Selangor, baru-baru ini.
"Saya rasa berdasarkan pengalaman bekerja berpuluh tahun, perkataan 'tidak senang' itu bukan baru hari ini (timbul).
"Saya ambil alih Guthrie juga ada yang tidak senang. Saya ambil alih ladang di Indonesia juga ada yang tidak senang.... tapi saya senang," katanya berseloroh dalam program Soal Jawab yang disiarkan di TV3, malam tadi.
Menjawab soalan lanjut mengenai pertikaian daripada pimpinan partinya sendiri, Abdul Khalid berkata dalam PR, semua ahli bebas menyuarakan pendapat.
"Anda kena faham. Parti kami parti reformis di mana semua orang bebas mengeluarkam buah fikiran.
"Kalau kita faham apa yang kita buat, kita boleh jawab semua (pertikaian) itu. Saya dan Datuk Panglima boleh jelaskan," katanya.
Menteri Tenaga Teknologi, Hijau, dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut menjadi tetamu dalam program tersebut.
Kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor 26 Februari lalu.
Sejak itu, pelbagai reaksi diberikan termasuk yang tidak bersetuju dengan MoU tersebut.
Raziatul Hanum A. Rajak
SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan