“SELEPAS dia (Nurliyana Abd Manan) mengeluarkan kenyataan kepada media, saya dan keluarga dihina oleh masyarakat. Apatah lagi, ramai yang mengenali saya dan ia secara tidak langsung menjejaskan imej saya. Jadi saya harap dia membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan nama saya” ujar Hanez Suraya dalam satu sidang media di One World Hotel, petang semalam.

Menurut Hanez, segala dakwaan wanita terbabit yang mengatakan Hanez sebagai  punca keretakan rumahtangga dia dan suaminya yang dikenali sebagai Mr R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha langsung tidak benar kerana Hanez hanya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu.

“Saya baru dua bulan mengenali Romie, sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lepas. Malah, dia juga sudah memfailkan penceraian pada Oktober, dua bulan sebelum saya mengenali Romie.

“Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ,” katanya.

Dalam sidang media tertutup itu, Hanez turut hadir bersama peguamnya,  Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala Romie, 34, turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, isteri kepada Romie, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka selepas Hanez dan Romie didakwa menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu.

Nurliyana bertambah berang apabila Hanez memuat naik di laman Istagram gambar diri bersama kedua-dua anaknya.

Tindakan Hanez itu dianggap sebagai sengaja mengeksploitasi anak-anak Nurliyana dan tidak menghormati wanita itu sebagai ibu kanak-kanak berkenaan.

Malah, Hanez dan Romie juga didakwa bercuti ke Bangkok tahun lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.

Hanez berkata, dia bagaimanapun sudah meminta maaf sebelum ini kerana mendakwa Romie sebagai duda.

“Tentang isu duda, saya sekali lagi memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ada salah faham mengenai hal itu,” katanya.

 Polis mahu dakwa pihak anjur tampar MP
Posted on Thursday, March 06 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Polis mengesyorkan agar individu yang menawarkan ganjaran untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.

Laporan The Star Online yang memetik kenyataan ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng menyebut, Pejabat Peguam Negara bagaimanapun telah memulangkan semula kertas siasatan mereka.

“Kertas siasatan itu dikembalikan oleh Peguam Negara kerana ada beberapa butiran yang perlu dibereskan,” kata Gan seperti dipetik dalam laporan itu.

Satu gabungan NGO Islam yang dikenali sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' pada 6 Februari lalu menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Tawaran tersebut dibuat dalam satu perhimpunan yang membantah penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Keesokannya, tawaran tersebutnya dinaikkan ke RM1200.

Tawaran luar biasa itu dipercayai adalah reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, March 06 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Ambil Cermin Dan Cermin Dulu Muka lu tu Beb... Kah Kah Kah!
Posted on Thursday, March 06 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Kalau tengok sekali Pandang memang lah bila lu Cermin Muka lu ianya macam nampak BAGUS SANGAT beb, itu pada Rakyat yang TAK KENAL lu dan apa Parti yang lu ANUTI, tapi pada yang sudah Kenal Siapa lu dan Apa Parti ANUTAN lu dia orang akan kata macam ni... Hakkkkkk Tuihhhhhh lu tahu tak beb.

Siapa lu yang nak KOMEM apa yang Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR katakan terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan AIR tu beb... kah kah kah!.

Lu dan Parti lu tu Ibarat seperti HAMPASSS kepada Rakyat Negeri Selangor lu tahu tak, lu kenal tak apa itu Hampasss, kalau lu tak tak tahu dan kenal apa itu Hampasss lu pergi tanya dengan dengan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar. Atas sebab beliau berada di Kawasan Penanaman Kepala, Kepala Sawit, Padi dan lagi Menarik beliau adalah PENGUSHA Ternakan Udang yang BERJAYA. Dimana semua benda-benda tersebut akan mempunyai Hampasss... kah kah kah!.

Kalau dah nama nya Hampass apa yang boleh dibuat selain dari dijadikan Makanan kepada LEMBU NFC lu tahu tak beb, sebab itu Lembu NFC duduk di Kondominium kerana Harga nya yang cukup BERNILAI bagi Lembu NFC. Tapi buat lu yang gua panggil Hampasss hanya lah mampu MENYALAK macam ORANG GILA terkenal SAWAN LEMBU. Apa lu orang tak rasa MALU ke hendak MENYIBUK perkara yang menjadikan KRONI-KRONI lu orang KAYA RAYA sampai MAMPOS... kah kah kah!.

Memang patut lah bila ada yang mengatakan bahawa Spicies lu orang ni mempunyai MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI, sudah lah semasa menjadi Pemerintah di Negeri Selangor selama hampir 50 Tahun Usahkan 20m3 AIR PERCUMA lu orang nak bagi kat Rakyat Negeri Selangor, dimasa kerajaan Negeri yang sedia ada MEMULANGKAN BALIK apa yang sepatutnya DIDAPATI oleh Rakyat lagi lu orang banyak SONGGEH... Hakkkkkkk Tuihhhhhhhh... kah kah kah!. sumber klik sini


hemmmmm..... minta maaf lah kepada penyokong tan sri khalid ibrahim, beliau tu dalam cedik ada jugak bodoh nya beb... nanti lah selepas prk n.25 kajang gua ulas kerja bodoh beliau tu ok... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Thursday, March 06 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


KURANG2 DAH 402 ORANG TELAH BERZINA....MANA HUDUD....KATA JAGA KESUCIAN ISLAM....SEMBANG JE

 201 Kelahiran Bayi Direkod Di Sekolah Harapan
Posted on Thursday, March 06 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



MELAKA: Pusat perlindungan remaja hamil, Sekolah Harapan di Jasin mencatatkan sebanyak 201 kelahiran bayi sejak penubuhannya pada September 2010.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata sehingga kini seramai 216 remaja hamil dari seluruh negara ditempatkan di sekolah berkenaan dengan mencatatkan 14 penghuni pada 2010; 2011 (84); 2012 (51); 2013 (61) dan enam penghuni bagi dua bulan pertama tahun ini. 
   
"Perbelanjaan keseluruhan sekolah adalah ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan pengisian keagamaan dijalankan pada sesi pagi manakala sesi petang diisi dengan pelajaran akademik," katanya ketika menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai perkembangan pusat perlindungan itu pada persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.
   
Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 28 penghuni mengambil peperiksaan awam dengan 21 orang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (7).
   
Dalam sidang akhbar selepas itu, Latipah berkata bayi berkenaan kebanyakannya dijaga oleh ibu kandung mereka selain ada yang diserah kepada keluarga angkat.
   
Katanya pihak Sekolah Harapan turut melakukan pemantauan berkala terhadap remaja terbabit yang kembali kepada keluarga masing-masing setelah habis tempoh berpantang.
   
"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan mengenai kes pengabaian bayi dan juga tiada laporan mengenai berulangnya kes hamil di luar nikah," katanya.–bernama