Selasa, 4 Mac 2014

SEDARLAH JEREBU ANUGERAH ALLAH....SATU HIKMAH....SATU PERINGATAN ATAU SATU BALA....ATAS PERBUATAN TANGAN2 KITA SENDIRI....MAKSIAT BERLAKU TERANGAN2AN TANPA SEGAN SILU

9:58AM - 4 Mar 2014

Jerebu: Lembah Klang diisytihar 'tidak sihat'


Hampir keseluruhan kawasan di Lembah Klang diisytihar sebagai kawasan tidak sihat ekoran jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera yang menyelubungi kawasan di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar dalam kenyataan jam 6 pagi ini menyatakan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah paras tidak sihat di Pelabuhan Klang (137), Banting (130), Shah Alam (125), Petaling Jaya (123), Kuala Selangor (110) – kesemuanya di Selangor – dan Batu Muda (112) di Kuala Lumpur serta Nilai (108) di Negeri Sembilan.

Menurut jabatan tersebut, bacaan API antara 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (amat tidak sihat); lebih 301 (berbahaya kepada kesihatan).6:23PM - 1 Mar 2014
Apa beza Syiah dgn Umno.??

1. Syiah hina sahabat nabi. Pemimpin UMNO hina janggut Nabi.
2. Syiah tidak tolak atau hina hudud. UMNO tolak dan hina hudud.
3. Syiah ada Rukun Iman yang lain dari pada Sunni. UMNO tolak satu dpd Rukun Iman, iaitu Percaya kpd Kitab-Kitab, UMNO tolak hudud, iaitu salah satu daripada isi kitab.
4. Syiah anjur pesta siksa diri sendiri pada 10 Muharram bagi merasai kesakitan yang ditanggung oleh Syaidina Ali; UMNO anjur dan promosi K-Pop dan menari separuh bogel lucah di Hari Belia.

Adakah Syiah lebih teruk daripada umno atau umno lebih teruk daripada Syiah?

Abu Hashim Jalal added a new photo.

Abu Hashim Jalal added a new photo.

Aktivis kecam penipuan murtad di Internet


Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan,  telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.

"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTAC jadi gereja!"9:27PM - 2 Mar 201410:16AM - 4 Mar 2014

Maut lepas makan lauk dari pasar malam


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia semalam akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di Kuala Terengganu, Sabtu lepas.

Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang semalam ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi.

Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.

"Kira-kira 7 pagi (semalam), mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.

"Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di Kuala Terengganu.

Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin masih lemah.

"Sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit," katanya.

Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu.

Pihaknya masih menunggu laporan daripada doktor berhubung kes itu dan jika berpunca daripada keracunan makanan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap peniaga terbabit, katanya ketika dihubungi semalam.

- Bernama

2 buah buah Masjid
didaerah Besut dipecah masuk dan Yasin, kitab serta Al Quran diserakkan dan dibuang kedalam lubang Tandas malam tadi..
Sebuah Masjid Kg Raja Besut dan sebuah masjid berhampiran iaitu Masjid di Kg Limbungan Besut Terengganu.
Kesan darah diatas lantai Masjid berserakan dipercayai darah individu yg menendang cermin Masjid bagi masuk dipercayai mahu mencuri barangan diatas Rumah Allah ini....
kerugian belum dapat dipastikan dan unit forensik dari Kuala Terengganu memenuhi kedua buah Rumah Allah ini.



Isu rampas suami: Hanez Suraya beri komen

HANE“Saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini. Nantikan sidang media yang akan saya adakan selewat-lewatnya Rabu ini. Saya mohon semua untuk bersabar. Saya bukan nak melarikan diri tapi buat masa ini saya memang tak mahu memberikan komen. Harap semua faham,” jelas Hanez Suraya ketika diminta untuk memberikan komen mengenai pendedahan yang dilakukan isteri kepada kekasih Hanez yang dikenali sebagai Mr. R.
Menerusi akhbar Berita Harian semalam, isteri Mr. R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya. Selain itu, Hanez juga didakwa merampas suaminya. Selepas pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.
“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah,” kata Hanez ketika dihubungi GUA.

“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya,” ujar pelakon ‘Sayangku Damia’ ini.
“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki,” tutur Hanez mengakhiri perbualan, lapor Gua.com
sesi mengutuk! silakan! SEKSi giler oit! SILA RAMPAS SUAMI ORANG JIKA LELAKI ITU PAKAI FERARI! kahkahkah

Jue Alyusuff Harun added 4 new photos.

7 sombong dilaknat ALLAH


Di mana kekayaan keluarga Taib?


Keluarga yang dipertua negeri Tan Sri Taib Mahmud mungkin menggunakan beberapa syarikat swasta yang dikecualikan (EPC) bagi menyembunyikan kekayaan daripada penelitian awam, menurut mingguan kewangan The Edge Malaysia.

Ini kerana EPC dikecualikan daripada mengemukakan kunci kira-kira ketika memfailkan pulangan tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kebiasaannya, menurut laporan, EPC yang dikaitkan dengan keluarga Taib akan melabur dengan syarikat lain, yang jumlahnya lebih 400 melibatkan pelbagai industri.

“Apabila EPC menerima dividen daripada daripada subsidiari... jejak wang itu hilang kerana EPC tidak diperlukan untuk memfailkan kewangannya,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, tidak menjadi kesalahan untuk menukar syarikat persendirian kepada EPC.

Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah.

Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.

Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar ummat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinople daripada Byzantin.

Kehebatan kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal. Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turki, telah ditubuhkan "The Young Turks" pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.

Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman.

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):

1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.

2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.

4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.

8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.

9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.

11. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.

12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.

13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.

Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis. Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektorsehingga memunculkan faham pan islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, Masyumi di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an-Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain.
3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.

Penulis ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat.
Abu Hashim Jalal added a new photo.

Credit to: Dewan Ulamak Pas Pusat
Kalam Murabbi

Tuesday, 4 March 2014


TUAN PUNYA RESTORAN DI TEMERLOH, PAHANG MEMBERI PENJELASAN MENGAPA DIA KENAKAN BAYARAN RM1415.00 UNTUK 8 ORANG MAKAN.



Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh
.
  “Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

   Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.

Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.

   “Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut.

SEORANG KENA CAJ LEBIH KURANG RM177.00 .... DAHSYAT ... SUDAH MELEBIHI TARAF RESTORAN 7 BINTANG.
LAIN KALI ADALAH LEBIH AFDAL DAN BAIK TANYA HARGA DULU .. BILA KEDUA-DUA BELAH PIHAK SETUJU MAKA TIDAK TIMBUL RASA TIDAK PUAS HATI.


Okayyy,Nora bagi 4 bintang pada Kutty...haha

Tiada ulasan: