Selasa, 4 Mac 2014

DAH DAPAT TERBANG....MEMANDU PULA SAMPAI TERBANG

Hidangan patin dan kelah RM1400, ini jawapan pemilik restoran

Resit untuk hidangan 8 orang serta ikan kelah merah yang berharga RM200
Kalau ingin menikmati patin dan kelah, ingat-ingat tentang harga yang perlu  dibayar pelanggan.

Lihatlah resit di atas, itulah harga patin dan kelah setelah dipersetujui pelanggan, kata pemilik restoran. Berita dari Harian Metro tentang harga tersebut.
Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.

“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.

Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.

“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut. - HM
Adakah benar-benar harganya sedemikian atau telah berpeluang ditambah dengan harga 'semelih' kerana lokasi Temerloh yang terkenal dengan ikan mahal!!

Hubungan dengan Ku Nan: Penjelasan Erra Fazira

ku nan erraKUALA LUMPUR – “Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan,” ulas primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.
Peminat dikejutkan dengan berita hubungan Erra dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disiarkan menerusi sebuah akhbar, hari ini.
Erra berkata, berita yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, itu memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain yang bermula hari ini.

“Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun, lapor Hmetro.
“Masa untuk anak saya pula, Engku Aleesya, 5, hanya diperuntukkan dua kali seminggu. Jadi, mana saya ada masa untuk bercinta atau dating,” katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini.

‘Lepas ni adik tak makan dah…’ – Permintaan Terakhir Budak Lemas Di Kolam Renang

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut akibat lemas di dalam kolam renang sebuah pangsapuri di Mantin, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Nur Aina Faqihah Mohd Saiful Azha dipercayai tergelincir ketika mandi di dalam kolam berkenaan ketika mengikut ibu saudaranya menghadiri majlis anjuran sebuah agensi kerajaan di kawasan terbabit.
'Lepas ni adik tak makan dah...' - Permintaan Terakhir Budak Lemas Di Kolam Renang
‘Lepas ni adik tak makan dah…’ – Permintaan Terakhir Budak Lemas Di Kolam Renang
Ibu saudaranya yang enggan dikenali itu telah menjaga mangsa sejak kelmarin, dan mangsa yang membahasakan dirinya ‘adik’ dikatakan rapat dengan keluraga wanita berkenaan sehingga memanggilnya ‘ibu’.
Suami wanita berkenaan yang mahu dikenali Asngari berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa meminta kebenaran daripada isterinya untuk mandi di kolam itu bersama sepupunya.
“Ketika di kolam, dia kata nak mandi sekejap saja, nanti dia dah tak mandi dah. Namun, ketika isteri saya berpaling sebentar, dia sudahpun tergelincir dan lemas.
“Tak sangka, kata-kata itu rupa-rupanya tanda dia akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, semalam.
Menurutnya, sebelum ini, mangsa pernah bercakap dengan isterinya yang dia mahu makan banyak. 
“Dia kata, ibu, adik nak makan banyak,  lepas ini adik tak makan dah… Ini kali terakhir ibu jumpa adik, lepas ni dah tak jumpa,” katanya.
Sementara itu, isterinya berusia dalam lingkungan 40-an yang terlalu sedih dengan kejadian itu dilihat tidak berhenti menangis sambil memegang dan mencium berulang kali pakaian terakhir berwarna biru dipakai mangsa.
Adik wanita berkenaan, Zaidi Mohamad, 40, berkata, mangsa tinggal bersama datuk dan neneknya di Kampung Rembang Panas, Juasseh, Kuala Pilah, sejak kecil, manakala bapanya bekerja di Kedah.
“Jumaat lalu dia mahu datang ke rumah kakak saya di sini (Mantin). Menurut kakak, dia mula menunjukkan perubahan sikap malam tadi (kelmarin) apabila makan banyak sedangkan dia jenis susah untuk makan banyak.
“Ketika dalam perjalanan ke apartmen itu (tempat kejadian) pagi tadi (semalam), dia cakap itu perjumpaan terakhir mereka. Kakak saya tidak begitu memikirkannya sehinggalah kejadian itu berlaku,” katanya.
Mayat mangsa yang dibedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Juasseh, Kuala Pilah, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sumber : Sinar



Lesen terbang: Golongan muda jadikan kenderaan 'mesin membunuh'

PETALING JAYA: Tragedi kemalangan jalan raya masa kini boleh diibaratkan sebagai satu lumrah atau perkara biasa bagi pengguna kenderaan di negara ini.
Kemalangan kerap berlaku dihadapan mata dan dipertontonkan kepada umum di skrin televisyen hampir setiap hari. Ia seolah-olah seperti satu kisah 'pengembaraan' mencabar sebaik sahaja kita mula memasuki kenderaan, menunggu apa yang akan bakal berlaku atau terjadi seterusnya. 
Sehubungan itu, kita perlu mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin khususnya dalam usaha menangani tingkah laku atau tabiat buruk pemandu tidak menentu dan perlu berwaspada pada setiap masa.
Kadang kala, seperti tidak masuk akal apabila melihat telatah kebanyakan pemandu singkat pemikiran dan kurang cerdik memandu kenderaan ketika  di atas jalan raya hari ini. Ia membuatkan kita terfikir cara mereka mendapatkan lesen memandu?.
Baiklah, bagaimana jika kami memberitahu anda bahawa anda boleh mendapatkan lesen memandu dengan mudah? . Tidak perlu kemahiran dan menghadapi peperiksaan. Hanya bawa kad ATM anda bersedia untuk mendapatkan lesen baru anda . Semudah itu.
Seorang tenaga pengajar sekolah memandu memberitahu theantdaily bahawa lapan daripada 10 orang lepasan sekolah berminat untuk membayar mendapatkan lesen memandu tanpa perlu melalui ujian.
Ini merupakan satu keadaan yang serius. Bayangkan lapan daripada 10 anak muda di negara ini, pada hari ini memandu tanpa pernah mengambil ujian jalan raya. Mereka kini menukarkan kenderaan mereka sebagai mesin membunuh.
Sesetengah sekolah memandu sebenarnya menunjukkan kepada pemohon baru pilihan untuk membeli lesen memandu dengan pantas daripada membuang masa mereka mengambil peperiksaan dan hasil ujian menunjukkan kenyataan "anda akan gagal".
Malah, ada laporan bertanya harga melalui panggilan telefon, dan selebihnya dengan lebih berhati-hati akan memberitahu anda untuk mengadakan pertemuan secara bersemuka sebelum membincangkan wang.
Harga yang ditawarkan jaminan lesen memandu sekitar RM1,500 hingga RM2,000 dan lebih bergantung kepada permohonan dan jenis kerakyatan.
Seorang pemandu muda menjelaskan kepada theantdaily dalam masa mengambil ujian memandu, tenaga pengajar sekolah memandu akan memberitahu pada masa kini sukar untuk lulus tanpa membayar wang pendahuluan RM2,000 yang boleh diselesaikan di mana-mana pusat memandu di Petaling Jaya.
Apabila sekumpulan pelajar kolej telah disoal mengenai perkara itu, sambutan mereka ialah, "Itu menunjukkan cara senang boleh didapati dan diselesaikan di sini, bukan? Semua rakan-rakan kami telah melakukannya. Jika anda tidak membayar duit kopi atau rasuah, "anda sekadar membazirkan wang menduduki ujian berulang-ulang kali".
Apa yang dikesalkan bahawa tanggapan itu telah diserapkan ke dalam minda pelajar-pelajar dengan pengusaha sekolah-sekolah memandu berlesen yang tidak bertanggungjawab. Bukan sahaja mudah untuk mendapatkan wang rasuah.
Ia menyebabkan pemandu tidak mahir dan bersedia apabila dibenarkan memandu di jalan raya tetapi ia juga boleh meletakkan bebanan besar ke atas mereka iaitu pengguna kenderaan lain memperolehi lesen memandu yang sah. 
Selain 'lesen terbang', ada sindiket yang turut menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen memandu yang dikenali sebagai 'lesen gerenti lulus'.
Untuk mendapatkan 'lesen gerenti lulus' itu, calon bagi lesen ''L'' yang menghadiri ujian bertulis akan diberi slip jawapan atau jawapan telah ditandakan. Ada kes calon sebenarnya tidak perlu menghadiri ujian dan digantikan oleh orang lain.
Pada masa ini, JPJ menasihati sekurang-kurangnya 10 jam pelajaran memandu. Sebab-sebab mereka memberi nasihat begitu bahawa anda boleh memberikan diri anda peluang terbaik untuk menimba ilmu yang mencukupi untuk berkembang menjadi pemandu yang baik. 
Memandangkan senario itu, tidak menghairankan bahawa diatas jalan raya ini dipenuhi dengan pemandu mahir yang kurang pengetahuan asas keselamatan jalan raya semata-mata kerana mereka membeli lesen memandu mereka. 
Kita perlu serius menilai cara pemandu baru memperoleh lesen mereka dan membanteras rasuah. Sekiranya kita benar-benar mengambil berat tentang belia dan masa depan mereka, memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mereka perlukan sebelum mereka diberi lesen untuk memandu. Semoga kelak, mereka akan menjadi pengguna kenderaan mematuhi undang-undang sekaligus menghindarkan diri daripada kemalangan.

Nafsu buas 'guru disiplin' terbongkar

Fuh~ macam2 hal betul manusia zaman sekarang... dimanakah marush seorang guru kini yang asnggup menodai anak muridnya?? sedih HM bila membaac berita ni.. huhu.. teruskan membaca..

Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis sedang menyelesaikan laporan penderaan seksual dan fizikal yang mengejutkan di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Taman Abad di sini yang didaftarkan sebagai sebuah tadika tetapi beroperasi sebagai asrama.

Guru disiplin pusat tersebut, yang merupakan seorang lelaki Afrika dalam usia lingkungan 40-an dikatakan telah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berumur antara empat dan tujuh tahun.

Dua daripada kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di rumah itu juga didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang lebih muda.

M.Letchumy, 39, yang telah berhenti daripada berkhidmat sebagai pembantu di pusat itu baru-baru ini selepas bekerja di sana sejak November tahun lepas berkata 'guru disiplin' terbabit mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak perempuan apabila dia datang ke situ semasa waktu makan tengahari.

"Dia akan membawa mereka ke satu tempat, mencium bahagian bibir dan pipi dan menodai mereka," katanya sambil menambah dia telah membuat laporan polis pada 28 Februari lalu.

Katanya, dia melihat sesuatu yang tidak kena dengan kanak-kanak perempuan di situ pada Disember dan cuba mendekati mereka tetapi mereka enggan memberitahunya apa yang telah berlaku.

"Mereka hanya menceritakan perkara sebenar selepas berulang kali jaminan diberikan bahawa mereka tidak akan dihukum.

"Sesetengah daripada mereka memberitahu ibu bapa mereka bahawa guru terbabit telah mencium muka dan dada mereka serta menyentuh bahagian sulit mereka sehingga merah dan bengkak," tambahnya.

Letchumy mendakwa bahawa dua kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di rumah itu juga telah memaksa kanak-kanak di situ yang lebih muda melakukan seks oral ke atas mereka.

Pusat penjagaan kanak-kanak yang dikatakan menjadi tempat penderaan mental dan seksual terhadap kanak-kanak perempuan dan lelaki di Taman Abad, Johor Baru.

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang telah tinggal di rumah tersebut sebelum ini berkata dia telah diminta melakukan perbuatan seksual untuk mereka yang dipanggil 'abang yang lebih tua'.

"Penderaan ini berlaku dengan kerap. Mereka akan mengejut saya pada waktu tengah malam dan membawa saya ke tempat tidur mereka dan memaksa saya untuk melakukannya.

"Pada mulanya saya takut dan enggan tetapi mereka mengancam untuk memberitahu guru dan memberi amaran bahawa saya akan dirotan," katanya.

Saudara kandungnya yang berusia 11 tahun yang juga tinggal di rumah itu berkata kedua-dua kanak-kanak lelaki itu turut menyuruh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lebih muda mengikut kehendak mereka.

"Pada satu malam, saya melihat salah seorang daripada mereka membawa adik saya ke katilnya. Mereka melindungi diri dengan selimut. Apabila saya memberitahu guru pada keesokan hari, saya diminta untuk berdiam diri, jika tidak, saya akan dihukum," katanya.

Menurut Letchumy, kebanyakan ibu bapa kanak-kanak di situ bekerja di Singapura dan hanya datang melawat mereka pada hujung minggu.

Dia berkata ibu bapa membayar purata RM600 bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke situ yang telah didaftarkan sebagai sebuah tadika.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tiga kertas siasatan dibuka bagi siasatan kes itu.

"Laporan tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. Kami akan memberikan keutamaan kepada apa-apa yang melibatkan kebajikan dan penjagaan kanak-kanak," katanya.

mStar

Video: Jijik Apabia Pekerja Kencing Di Sinki Pizza Hut Terakam

Fuh! nak muntah HM bila teringat balik Pizza Hut yang HM telan semalam... apa tidaknya, tgk je foto ni.. pengotor betul.. nasib baiklah kejadian ni bukan berlaku kat Malaysia! saksikans elanjutnya...
Sungguh menjijikkan apabila terakamnya satu video seorang pekerja Pizza hut kencing di sinki restoran tersebut. Disebabkan oleh kejadian ini sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.

Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi. 
Ape macam macai

 ·
uesday, 4 March 2014
AHLI POLITIK SEORANG JANDA KETUA SAYAP PARTI DI TANGKAP KHALWAT ?!!

Inilah padahnya bila nafsu melebihi segalanya.. Kerana nafsu juga, tak kenal jawatan dan pangkat.. Itulah yang berlaku kepada seorang mak janda ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berumur 47 tahun..

Menurut laporan Mstar Online, janda berkenaan merupakan seorang ahli politik yang memegang jawatan ketua sayap sebuah parti.. Teringat pulak kisah ostat badrulamin dulu ketika ditangkap khalwat di Pahang.. Tak tahu apa kesudahan kes tu..

KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.

"Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh
medantempurkedah

gambar hiasan

Jangan sombong..

ﺃَ ﺗَﻌْﺮِﻑ ﻟِﻤَﺎﺫَﺍ ﻳَﻀْﺤَﻚ ﺍﻟﻄِﻔْﻞُ ﻋِﻨْﺪَﻣَﺎ ﺗَﻘْﺬﻓُﻪُ ﺇِﻟَﻰ
ﺍﻷَﻋْﻠَﻰ .. ؟؟

💫Tahukah anda, mengapa anak kecil
tertawa ketika anda lempar / ayunkan
ke atas ?😀

ﻷَِﻧَّـﻪُ ﻳَﻌْﺮِﻑ ﺃَﻧَّﻚَ ﺳَـﺘَﻠْﺘَﻘِﻄﻪُ ﻭَ ﻟَﻦْ ﺗَﺪَﻋﻪُ ﻳَﻘَﻊ

🐞🐝Karena ia tahu bawa anda pasti akan
menangkapnya dan tidak akan
membiarkannya jatuh !🐣🐝

ﺗِﻠْﻚَ ﻫِﻲَ ﺍﻟﺜِّـﻘﺔ
Itulah keyakinan !!

ﻭَ ﺗِﻠْﻚَ ﻫِﻲَ ﺛِﻘَﺘِﻲ ﺑِـﺮَﺑِّﻲ !! ﻓَﻠَﻮْ ﺭَﻣَﺘْـﻨِﻲ ﺍﻷَﻗْﺪَﺍﺭ .. ﻓَﺴَﻮْﻑَ
ﺗَﻠْﺘَﻘِﻄُﻨِﻲ ﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺭَﺑِّﻲ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺃَﻗَﻊ

Begitu pula keyakinanku kepada Allah!!
Walaupun keadaan buruk "melemparku"..
Aku yakin kasih sayang Allah pasti akan
"menangkapku" sebelum aku terjatuh.🌼

“Andai perjuangan ini mudah, pasti
ramai yang menyertainya.

Andai perjuangan ini singkat, pasti
ramai yang istiqomah.

🍒Andai perjuangan ini menjanjikan
kesenangan dunia, pasti ramai orang
yang tertarik padanya.

Tetapi hakikat perjuangan bukanlah
begitu, turun naiknya, sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tidak
terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula. Andai
terluka, ingatlah Janji-Nya"
(Hasan Al Banna)

Subhanallah Terharu
Syukran ya Ustaz Abdush Shomad.

HAKIKAT SEBUAH PERJUANGAN

Pray 4 Ummah.

Tiada ulasan: