Selasa, 4 Mac 2014

KITA DAH TUA2...BUATLAH PERKARA TAQWA....BUKAN LEKA DUNIA GILA PANGKAT DAN HARTA....BAGAIMANA HARTA KITA DIAKHIRAT DAH HIMPUNKE....ATAU MASIH CIPUT....MAKSIAT YANG BANYAK

Monday, 3 March 2014

MEMORENDUM PERSEFAHAMAN (MoU) PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR - RAFIZI RAMLI



Penstrukturan industri air di Selangor dan Lembah Klang bakal menjadi salah satu dari projek yang ditanggung dana awam yang terbesar dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sebagai seorang yang sebelum ini paling lantang mengkritik apabila perjanjian konsesi dan perjanjian kerajaan dirahsiakan, saya berhadapan dilemma besar apabila Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai penstrukturan air yang isi kandungannya dirahsiakan dari rakyat.

Pada masa yang sama, saya telah mendapat satu salinan softcopy MOU itu pada hari Khamis 27 Februari 2014. Salinan itu diperolehi melalui Puan Arfaezah Aziz, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Melalui beberapa sumber, saya telah mengesahkan bahawa MOU yang ditandatangani adalah MOU yang sama dengan salinan softcopy yang saya perolehi.

Oleh itu, atas dasar prinsip ketelusan dan kesedaran (a matter of conscience) saya telah membuat keputusan untuk mendedahkan MOU ini. Ada beberapa persoalan besar yang perlu diperjelaskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang bersabit dengan kepentingan awam.

Adalah menjadi harapan saya MOU dan komitmen yang dimeterai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini bolehlah dibahaskan dengan seobjektif mungkin demi menjamin kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.

Urusniaga Dibiayai Rakyat

Keseluruhan urusniaga jual beli aset air dan pajakan aset air yang terlibat di dalam penstrukturan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh dana rakyat.

Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) akan membeli aset air ini dari Kerajaan Negeri dan pemegang konsesi sedia ada. Pembelian oleh agensi Kerajaan Persekutuan ini akan dibiayai melalui penerbitan bon yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, ia samalah dengan Kerajaan Persekutuan berhutang untuk membayar pemegang konsesi sedia ada.

Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat.

PAAB kemudiannya akan memajak pula aset air ini (empangan, loji rawatan, sistem paip dan lain-lain) kepada syarikat baru yang dilantik sebagai operator selepas penstrukturan. PAAB akan mengenakan bayaran pajakan tahunan (annual lease charges) ke atas operator ini. Lebih tinggi pinjaman yang ditanggung PAAB (dijamin Kerajaan Persekutuan), maka lebih tinggilah bayaran pajakan tahunan yang dikenakan ke atas operator kerana PAAB perlu mengumpul dana untuk membayar balik hutang.

Lebih tinggi bayaran pajakan tahunan, maka lebih tinggi kos yang ditanggung operator. Ini bermakna operator tiada pilihan lain kecuali menaikkan tarif air di Selangor untuk menanggung kosnya termasuk bayaran pajakan tahunan kepada PAAB.

Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung kos pembinaan Projek Langat 2 melalui kaedah yang sama dan melibatkan dana awam, maka lebih tinggi kos Projek Langat 2 makin tinggilah hutang negara dan tarif air yang ditanggung rakyat.

Oleh itu, harga pampasan kepada pemegang konsesi sedia ada akan membawa kesan yang besar kepada rakyat melalui:

1. Hutang negara yang diambil oleh PAAB dan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan (ditanggung oleh rakyat)
2. Kenaikan tarif air akibat bayaran pajakan tahunan yang lebih tinggi (ditanggung oleh rakyat)

Kesan isi kandungan MOU


Saya khuatir isi kandungan MOU adalah berat sebelah yang berpihak kepada Kerajaan Persekutuan dalam beberapa aspek.

Projek Langat 2: Mengikat hanya di pihak Kerajaan Negeri


Pertama, keseluruhan dokumen itu adalah satu memorandum persefahaman sahaja yang tidak mengikat, kecualilah yang bersabit dengan kelulusan serta merta Projek Langat 2.

Rujuk Artikel 5(b) di dalam MOU yang secara jelas menyebut bahawa tanggungjawab Kerajaan Selangor ialah “memastikan bahawa semua kelulusan serta kebenaran yang berkaitan atau perlu (sama ada sedia ada dikenal pasti atau yang berbangkit atau susulan) berhubung pelaksanaan LRAL2 daripada Kerajaan Negeri Selangor atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah bersifat mengikat dan tidak boleh batal(binding and irrevocable) dan berkuat kuasa sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan tidak boleh ditarik balik, dibatalkan, digantung atau diubahsuai melainkan atas permohonan atau permintaan Kerajaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, semua tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanyalah satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang. Tidak ada satu artikel lain pun di dalam MOU itu yang dirujuk sebagai mengikat (binding and irrevocable) kecualilah Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2. Malah Artikel 5(b) ditulis khusus dalam konteks kelulusan Projek Langat 2.

Dari MOU itu, jelas bahawa Kerajaan Negeri telah pun memberi Kebenaran Merancang secara serta merta (rujuk Artikel 5(a)) dan semua kebenaran lain termasuklah pengambilan dan pendaftaran tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh MOU.

Ini bermakna, Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan.

Dengan lulusnya Projek Langat 2, kedudukan Kerajaan Selangor untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu penstrukturan air adalah tempang.

Tidak menyentuh mengenai pemegang konsesi sedia ada


Kedua, MOU itu langsung tidak merungkai masalah terbesar yang selama ini membantutkan rundingan penstrukturan air iaitu keengganan pemegang konsesi sedia ada terutamanya Puncak Niaga dan Syabas menerima harga tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Selangor.

Di dalam MOU, tidak ada satu artikel pun yang merujuk kepada persoalan ini. Ia hanya disebut secara tidak langsung di dalam Artikel 3 iaitu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memudahcara (facilitate) penstrukturan melalui peruntukan undang-undang, itu pun tidak mengikat kerana ia hanya satu persefahaman.

Ini bermakna, walaupun Projek Langat 2 telah diluluskan, status rundingan dengan pemegang konsesi adalah di takuk lama iaitu belum selesai. Tawaran yang dibuat Kerajaan Selangor perlu dijawab oleh pemegang konsesi menjelang 10 Mac 2013.

Jika pemegang konsesi bersetuju, rakyat perlu tahu secara terperinci harga tawaran akhir da nisi kandungan perjanjian untuk menilai kenapakah pemegang-pemegang konsesi ini tiba-tiba bersetuju kalau harga tawaran tetap sama, sedangkan mereka menentang selama ini.

Jika pemegang konsesi tidak bersetuju, maknanya Kerajaan Selangor terpaksa berunding dan mencari jalan baru kerana tidak ada komitmen yang mengikat di pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyempurnakan penstrukturan ini.

RM2 bilion tambahan untuk ambil alih ekuiti pemegang konsesi sedia ada


Ketiga, Artikel 4(iii) menyebut bahawa “ selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air.”

Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi selain dari tawaran sedia ada Kerajaan Selangor (melalui KDEB) yang berjumlah RM9.65 bilion itu. Artikel 4(iii) juga perlu dibaca bersama dengan Artikel 4(i) yang menyentuh mengenai tawaran asal dari KDEB berjumlah RM9.65 bilion.

Ringkasnya, Kerajaan Persekutuan memberi persefahaman bahawa untuk mendapatkan persetujuan dari pemegang konsesi sedia ada, peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion akan digunakan untuk mengambilalih ekuiti pemegang konsesi. Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi, menjadikan jumlah bayaran pampasan kepada pemegang konsesi bukanlah RM9.65 bilion tetapi RM11.65 bilion (termasuk RM2 bilion tambahan).

Proses kelulusan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


Keempat, kuasa yang ada mengikut Perlembagaan Negeri adalah dimandatkan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). Oleh kerana MOU ini tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan (seperti kenyataan Puan Faekah Hussin yang merundingkan MOU ini), maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO.

Tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini boleh dipersoalkan.

Empat perkara di atas adalah maklumbalas yang boleh menimbulkan spekulasi dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan rakyat tahu, seperti mana saya akan terus mendedahkan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan rakyat baik di pihak PR atau BN.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

3 Mac 2014


MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI BEKALAN AIR SELANGOR


MEMORANDUM PERSEFAHAMAN INI bertarikh hari bulan Februari 2014 antara KERAJAAN MALAYSIA (yang diwakili oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

A. MENGAMBIL MAKLUM akan pelaksanaan penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu keperluan yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor, serta mengambil kira perkhidmatan bekalan air yang lebih mampan dan efisyen bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

B. MENGAMBIL MAKLUM bahawa Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Skim Bekalan Air dari Pahang ke Selangor yang mempunyai dua komponen iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor, mengambil kira Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor mengenai pembekalan air mentah bertarikh 27 Mac 2001 dan Perjanjian Jual Beli Air Mentah antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 22 November 2007 dan lanjutan dari itu, Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (selepas ini dikenali sebagai “LRAL2”) merupakan satu langkah jangka panjang untuk menjamin bekalan air yang berterusan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

TERMA-TERMA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:


1. Dasar Kerajaan Persekutuan adalah bagi penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air seluruh negara dilaksanakan melalui pengambilalihan pinjaman berkaitan bekalan air yang dibuat oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri dan/atau syarikat-syarikat konsesi daripada Kerajaan Persekutuan dan institusi-institusi kewangan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”), syarikat milik penuh Menteri Kewangan

Diperbadankan. Sebagai balasan Kerajaan-Kerajaan Negeri akan menyerahkan aset dan tanah berkaitan dengan perkhidmatan air kepada PAAB yang akan membiayai kos modal pembiayaan bagi pembinaan aset air yang baru, membaik pulih dan menaik taraf aset air sedia ada. PAAB akan memajak semula tanah dan aset air kepada operator bekalan air negeri dengan sewa pajakan yang akan ditentukan antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan PAAB.

2. Kerajaan Persekutuan bersetuju membenarkan Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor melalui penggabungan (consolidation) di bawah suatu syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”). Syarikat-syarikat yang terlibat yang pada masa ini mengendalikan perkhidmatan bekalan air secara konsesi (“Syarikat-Syarikat Konsesi Air”) adalah seperti berikut:

(i) Syarikat Bekalan Air Selangor (M) Sdn. Bhd. (“SYABAS” atau “Syarikat Pengagihan Air”); dan
(ii) Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (“SPLASH”), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (“PNSB”) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (“ABASS”) (“Syarikat-Syarikat Rawatan Air”).

Terdapat juga sebuah lagi syarikat rawatan air iaitu Konsortium Air Selangor Berhad (“KASB”) yang berlesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

3. Kerajaan Persekutuan akan memudah cara (facilitate) penstrukturan semula tersebut melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta 655 dan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dan berkaitan.

4. Pelaksanaan penstrukturan semula industri air dan urusan pengambilalihan Syarikat-Syarikat Konsesi Air akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui—

(i) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) membuat tawaran kepada pemegang-pemegang saham Syarikat-Syarikat Konsesi Air pada harga indikatif sebanyak RM9.65 bilion. Pemegang-pemegang saham Syarikat-Syarikat Konsesi Air akan diberi tarikh akhir sehingga 10 Mac 2014 untuk menerima tawaran KDEB;

(ii) harga indikatif KDEB berjumlah RM9.65 bilion adalah terdiri daripada komponen yang berikut:

(a) nilai ekuiti ditambah dengan pulangan sebanyak 12% setahun, menyamai jumlah RM1.972 bilion pada 31 Disember 2012; dan
(b) pinjaman dan bon sedia-ada di bawah Syarikat-Syarikat Konsesi Air yang dianggarkan sebanyak RM7.68 bilion pada 31 Disember 2012;

(iii) selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air. Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan menyerahkan kepada PAAB “unencumbered” aset-aset air, atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB,(tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai RM2 billion;

(iv) serentak dengan pengambilalihan Syarikat-Syarikat Konsesi Air oleh KDEB, jumlah pinjaman dan bon sebanyak RM7.68 bilion akan diambilalih oleh PAAB sebagai bayaran (consideration) untuk pemindahan “unencumbered” aset-aset air,atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB (tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai yang sama di bawah Syarikat-Syarikat Konsesi Air;

(v) Apa-apa isu yang berbangkit dalam menentukan nilai aset di bawah perenggan (iii) dan (iv) yang tidak dipersetujui antara Kerajaan Negeri Selangor, KDEB dan PAAB hendaklah dirujuk kepada penimbangtara bebas yang bakal ditentukan secara bersama di antara semua pihak;

(vi) Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memberi kebenaran dan kelulusan berkenaan pengeluaran lesen perkhidmatan serta mana-mana kelulusan yang berkaitan dengan industri air di bawah Akta 655 kepada Kerajaan Negeri atau KDEB;

(vii) pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan sebagaimana amalan penstrukturan semula air di negeri-negeri yang terdahulu akan memberikan pelepasan ke atas duti setem yang berkaitan dengan sebarang perjanjian dan pemindahan aset-aset yang timbul daripada pelaksanaan penstrukturan semula industri bekalan air;

(viii) Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan suatu jawatankuasa yang akan turut dianggotai oleh wakil Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan pembangunan LRAL2; dan

(ix) Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti dan sedang melaksanakan projek-projek mitigasi yang bersesuaian bagi membantu menangani masalah bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga LRAL2 beroperasi. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan amaun sebanyak RM909 juta bagi maksud tersebut.

5. Sebagai balasan dan bagi maksud melaksanakan Perjanjian Jual Beli Air Mentah antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah—

(a) memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan atau perlu berhubung pembangunan LRAL2, termasuk kemudahan berkaitan sistem pengagihan bekalan air terawat dan kemudahan lain yang berkaitan, hendaklah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Kelulusan dan kebenaran yang dimaksudkan yang hendaklah termasuk dan tidak terhad kepada pengambilan dan pendaftaran tanah, permit penggunaan tanah rizab hutan diproses dan diluluskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Memorandum Persefahaman ini dan kebenaran merancang hendaklah dikeluarkan dan mula berkuat kuasa selewat-lewatnya pada tarikh Memorandum Persefahaman ini; dan

(b) memastikan bahawa semua kelulusan serta kebenaran yang berkaitan atau perlu (sama ada sedia ada dikenal pasti atau yang berbangkit atau susulan) berhubung pelaksanaan LRAL2 daripada Kerajaan Negeri Selangor atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah bersifat mengikat dan tidak boleh batal(binding and irrevocable) dan berkuat kuasa sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan tidak boleh ditarik balik, dibatalkan, digantung atau diubahsuai melainkan atas permohonan atau permintaan Kerajaan Persekutuan.

6. Tiada apa-apa dalam Memorandum Persefahaman ini boleh menjejaskan hak mana-mana pihak kepada Memorandum Persefahaman ini untuk mengambil tindakan yang perlu yang sewajarnya demi untuk melindungi kepentingannya menurut Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang yang berkaitan.

UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA
………………………………………….…………….
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus
Johnity Ongkili
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

……………………………….………..………….

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
 

Monday, 3 March 2014

SALAH SATU CONTOH APABILA PEMIMPIN UMNO BERTARAF TIMBALAN MENTERI MERANGKAP AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO BILA BERCAKAP BERTARAF KANGKUNG.


Inilah dinamakan bercakap pakai kepala lutut .. jenis ingat RM650 tu suatu jumlah yang amat besar sehingga boleh menyelesaikan pelbagai masalah untuk suatu keluarga.

Apa mamat Timbalan Menteri ini ingat dengan RM650 disimpan keseluruhannya boleh menyara kos pendidikan anak-anak yang masih bersekolah? .. Apa punya bangang bin bahalol punya kenyataan.




Syiah: Iran bertindak balas, Umno mengaku silap

KUALA LUMPUR: Iran dikatakan mula membuat tindakan balas ekoran serangan agresif Kerajaan BN terhadap Syiah yang dianuti majoriti rakyat negara itu, sehingga menjejaskan ekonomi negara Malaysia.

Malah tindakan itu juga telah menyebabkan seorang menteri BN menghubungi pemimpin PAS, meminta bantuan agar parti islam itu memulihkan hubungan dagangan kedua-dua negara.

Malah menurut satu sumber, menteri berkenaan turut mengakui serangan melampau Umno BN terhadap Syiah sebelum ini adalah langkah yang silap.

Ianya memuncak apabila Kerajaan Malaysia mengumumkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ekoran tindakan itu, Malaysia dilihat sebagai negara pertama di dunia mengharamkan Syiah.

Dakwaan menteri Umno menghubungi PAS itu turut disahkan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata beliau yang enggan menamakan menteri terbabit.

Iran kini didakwa tidak mahu lagi membeli minyak sawit dari Malayisa malah sudah mula mencari alternatif bekalan itu dari negara pengeluar yang lain.

Monday, 3 March 2014

AKHIRNYA TOMAHAN MENGATAKAN KERAJAAN PR SELANGOR MUNGKIR JANJI DAN ZALIM TERBUKTI TIDAK BENAR ... MAHKAMAH TINGGI TOLAK SAMAN KELAB REKREASI ULU KELANG (UKRC) TERHADAP MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ).



KUALA LUMPUR 3 Mac 2014 - Mahkamah Tinggi menolak saman Kelab Rekreasi Ulu Kelang (UKRC) terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berhubung tuntutan ke atas sebuah padang di Kuala Ampang, Hulu Kelang.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati tanah itu adalah milik kerajaan negeri Selangor.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata UKRC tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan ke atas tanah itu dan tidak boleh mengguna pakai peruntukan Seksyen 8(1) Akta Relif Spesifik 1950.

"Apabila Padang MPAJ Kuala Ampang diwartakan sebagai kawasan lapang pada tahun 2004, pihak UKRC tidak pernah membuat sebarang tuntutan di mahkamah berkaitan perkara itu," katanya.

Beliau berkata keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2003 juga memutuskan bahawa tanah itu digazet untuk tujuan awam.

Mahkamah turut memerintahkan UKRC membayar kos sebanyak RM20,000 kepada MPAJ.

Pada 21 Oktober 2013, UKRC memfailkan saman pemula terhadap MPAJ.

UKRC memohon suatu deklarasi bahawa tindakan MPAJ untuk mengambil semula padang di atas tanah Lot 3026, Kampung Kuala Ampang, Mukim Hulu Kelang, Selangor pada 1 Oktober 2013 adalah tanpa persetujuan kelab itu dan tidak mengikut perjalanan undang-undang.

Kelab itu turut memohon deklarasi bahawa tindakan MPAJ untuk mengambil semula kawasan padang berkenaan adalah bercanggah dengan Seksyen 8 Akta Relif Spesifik 1950 dan memohon suatu perintah padang tersebut dikembalikan kepadanya dengan serta-merta.

UKRC menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
SHAH ALAM, 12 APR 2012  : Hakmilik tanah seluas 5.27ekar di mukim Hulu Kelang yang turut menempatkan Kelab Rekreasi Ulu Klang (UKRC) disahkan sebagai milik tetap rakyat Selangor.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas berpuashati terhadap syor-syor yang dibuat oleh jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan kerajaan negeri.

Menurut Abdul Khalid, tanah tersebut menjadi pertikaian apabila UKRC tidak membenarkan orang ramai menggunakan kawasan lapang di situ bagi tujuan riadah.

Berdasarkan kepada syor-syor tersebut, kerajaan negeri berharap penduduk setempat menerima keputusan itu dengan terbuka kerana siasatan dilakukan dengan telus dan adil berdasarkan kepada peraturan dan bukti-bukti yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan.

“Jawatankuasa siasatan berpendapat bahawa tanah tersebut diwartakan sebagai tanah lapang pada 19 Oktober 2004 sekaligus menjadi bukti tambahan bahawa tanah tersebut tidak pernah dikeluarkan hakmilik kepada UKRC atau mana-mana pihak.

“Namun begitu, jawatankuasa mengesyorkan UKRC diberi hakmilik kepada tapak bangunan kerana ia memberi faedah kepada ahli kelab tersebut dan dibina menggunakan dana orang awam serta ahli-ahlinya,” katanya.

Jawatankuasa siasatan berkenaan dianggotai Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, Leong Khai Yan (peguam), bekas Pegawai Daerah Gombak, Abdul Rahim Salleh dan Dr Jagjit Singh dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Jawatankuasa tersebut bertindak membuat kajian awal dengan mengadakan pendengaran awam dan mengemukakan penemuan serta syor kepada pentadbiran negeri untuk tindakan selanjutnya.

Antara yang dipanggil memberi keterangan termasuklah ahli UKRC, pegawai kerajaan khususnya dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam.

Abdul Khalid berkata, jawatankuasa juga mengesyorkan UKRC untuk membayar premium mengikut kadar semasa termasuk tanah dan bangunan memandangkan mereka telah menggunakan premis tersebut tanpa membayar sewa atau cukai pintu kepada kerajaan negeri sejak tahun 1950-an.

Bagaimanapun sebagai alternatif untuk mengutamakan kepentingan orang ramai, kerajaan negeri akan membina dewan baru menggunakan premium yang dibayar UKRC bagi kegunaan penduduk setempat yang bukan ahli kelab tersebut.

“Dalam satu laporan yang diserahkan kepada kerajaan negeri pada 15 Mac lalu, jawatankuasa walaupun UKRC ada membuat permohonan untuk mendapat hakmilik terhadap tanah lapang tersebut kepada pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur pada 14 Februari 1958, tetapi tanah itu hanya diluluskan sebagai tanah lapang untuk Dewan Kelab Masyarakat (Club Community Hall) pada 12 Julai 1958.

“Jawatankuasa juga diberitahu bahawa nama asal UKRC ini ialah Dewan Masyarakat dan Kelab Rekreasi Kuala Ampang sebelum menukar nama kepada UKRC untuk diwartakan pada 6 November 2001 dan menggugurkan nama Dewan Masyarakat.

“Sejak itu, UKRC  mengenakan bayaran masuk dan yuran keahlian. UKRC juga tidak lagi membenarkan orang awam menggunakan premis tersebut tanpa kebenaran khas daripada pihak pengurusannya,” ujarnya.
KAJANG: Kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa penstrukturan industri air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya mencecah RM20 bilion, hanya suatu andaian.

“Saya ingat angka ini berpandu kepada andaian kerana ia tidak sama dengan angka yang kita buat bersama Suruhanjaya Pengurusan Aset Air Negara.

“Saya tidak mahu komen sekarang kerana selepas MoU akan timbul proses perjanjian antara kedua-dua pihak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, petang ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafizi yang mendakwa penstrukturan semula industri air dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan merugikan rakyat.

Rafizi pada sidang media pagi ini mendakwa penstrukturan dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan anggaran awal RM9.65 bilion.

Sehubungan itu, Abdul Khalid merancang beberapa siri penerangan terbuka mengenai memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan itu diadakan bagi memberi lebih penjelasan.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Kajang, beliau berkata, ia perlu bagi mengelak lebih banyak spekulasi tidak tepat, timbul.

Untuk itu, Abdul Khalid, berkata Kerajaan Selangor akan meminta kelulusan Kerajaan Pusat untuk melepaskan dokumen perjanjian kepada umum melalui pertemuan esok.

“Kebenaran itu perlu kerana dokumen berkenaan milikan bersama. Kalau itu milikan negeri sahaja, maka kita ada kuasa untuk sebar kepada umum tetapi ia melibatkan (perjanjian) dua pihak.
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga dilihat terkena sindrom '10 peratus' sebagaimana menteri terdahulu, Datuk Dr. Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sindrom berkenaan dilihat berdasarkan kenyataan Tengku Adnan yang mengatakan tidak sampai 10 peratus pemilik hartanah di Wilayah Persekutuan yang membantah kenaikan cukai taksiran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, berkata statistik 10 peratus yang dikatakan Ku Nan itu mengingatkannya tentang kenyataan Nong Chik berkaitan hanya 10 peratus penduduk Kampung Baru menentang pembangunan semula kawasan itu.

"Apabila saya membaca kenyataan Ku Nan tentang 10 peratus itu, saya teringat Raja Nong Chik yang turut memberikan statistik serupa ketika isu bantahan ke atas pembangunan semula Kampung Baru. Agaknya, menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan ini memang memiliki sindrom 10 peratus," tegas beliau dalam nada sinis kepada Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan Ku Nan itu, Zamri mempersoalkan bagaimana Ku Nan mendapat angka berkenaan, sedangkan ketika ini sesi pendengaran atau bantahan awam mengenai kenaikan cukai taksiran itu masih belum selesai.

Katanya, untuk meletakkan sesuatu angka mahupun statistik berkenaan sesuatu perkara itu memerlukan semua prosedur dimuktamadkan terlebih dahulu.

"Difahamkan, bantahan awam atau pendengaran itu akan berakhir 31 Mac ini. Masih banyak penduduk yang belum dipanggil untuk mendengar dan mendapatkan penjelasan daripada DBKL berkaitan kadar tersebut. Jelas, proses itu belum selesai. Bagaimana beliau dapat angka 10 peratus itu?" soal Zamri.

Sementara itu, alasan tiada sebarang semakan kenaikan kadar cukai dilakukan DBKL sejak 21 tahun yang kononnya mewajarkan kenaikan itu dilakukan tahun ini, Zamri berkata kegagalan itu bukan salah rakyat, sebaliknya DBKL yang membiarkannya tiada semakan hingga menyebabkan ia tertangguh.

Jelas beliau, ekoran kegagalan kerajaan membuat semakan terhadap kadar cukai secara berperingkat, menyebabkan kenaikan yang dicadangkan tahun ini begitu mendadak dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.

"Kita faham memang sudah lama semakan tidak dilakukan, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan kadar cukai hingga melebihi 100 peratus. Jika kenaikan itu dilakukan secara berperingkat, ia tidak begitu membebankan rakyat, lebih-lebih lagi pada tahun 2014 yang disifatkan tahun keperitan rakyat" tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Zamri menyeru warga kota Wilayah Persekutuan untuk terus peka dengan perkembangan isu ini, khususnya berkaitan bantahan awam yang dianjurkan DBKL itu.

Katanya, jika penduduk tidak menghadiri bantahan tersebut, kerajaan akan beranggapan rakyat bersetuju serta menggazetkan kenaikan tersebut dan seterusnya rakyat terpaksa membayar kadar cukai baru untuk pertengahan tahun kedua ini.

Lebih malang lagi, tambah Zamri rakyat terpaksa membayar kenaikan mendadak cukai tersebut dalam keadaan wan tersebut tidak tahu disalurkan ke mana.

"Peruntukan untuk DBKL sudah besar dari kutipan cukai daripada pihak komersial yang bagai cendawan tumbuh. Tapi kewangan tersebut tidak tahu ke mana, sedangkan Wilayah Persekutuan masih menghadapi masalah asas seperti masalah longkang yang tersumbat, dan sebagainya," tegas beliau.

Ku Nan, dalam kenyataannya semalam menegaskan tidak sampai 10 peratus daripada 166,000 pemilik hartanah yang membantah kenaikan cukai taksiran hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu

Beliau dilaporkan berkata walaupun DBKL telah mengambil inisiatif mengadakan sesi tersebut yang memberi ruang kepada orang ramai menyatakan pendapat mereka, namun jumlah yang hadir adalah sedikit.
KOTA BHARU: Kerja-Kerja pembinaan Fasa 1B Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai sejauh 7 kilometer di Kelantan membabitkan kos RM168.5 juta dijangka bermula April depan.
  
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat telahpun mengeluarkan surat melaksanakan projek fasa 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, kepada sebuah syarikat tempatan.
  
"Masih terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan dan saya dimaklumkan bahawa syarikat berkenaan akan memasuki tapak pada 7 April ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok (Wisbar) di sini semalam.
    
Mustapa, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
  
Beliau berkata pihaknya akan berusaha mempercepat proses fasa 2A iaitu pembinaan lebuh raya dari Kadok ke Ketereh, sejauh 6.4 kilometer.

"Kita tengah berusaha supaya tender dapat dikeluarkan lebih awal kerana kita tahu yang walaupun tender dikeluarkan awal, tetapi keputusan mungkin tahun depan," katanya.
  
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata pihaknya akan mencari jalan bagi membina lebuh raya itu, keseluruhannya sepanjang 74 kilometer, yang menghubungkan negeri Terengganu.
  
"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh kerana kita tahu yang lebuh raya ini merupakan projek yang penting dan setakat ini ada dua fasa, projek ini tidak berakhir di sini sahaja," katanya.
  
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha, Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher dan Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan Datuk Mazlan Lazim. - Bernama

Anwar ada sifat-sifat dajal – Hasan Ali


PRK_KajangSebelum ini NGO Suara Pondok kata haram undi Anwar di Kajang
Hari ini Hasan Ali, Presiden Jati dan NGO Islam (katanya) mengemukakan 20 alasan syarie untuk pengundi DUN Kajang menolak Anwar Ibrahim pada PRK 23 Mac ini, lapor Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR 3 Mac – Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mengemukakan 20 alasan syarie untukpengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di DUN itu pada 23 Mac ini.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang membacakan kenyataan akhbar, menyatakan NGO-NGO Islam berpendapat, Anwar tidak memenuhi kriteria untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan terutama apabila menonjolkan diri untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Antara 20 alasan syarie NGO Islam menolak Anwar antaranya, Ketua Umum PKR itu didakwa berpegang pada fahaman pluralisme dengan menganggap status Islam sama sahaja dengan agama-agama lain.
Anwar juga, kata Dr Hasan, dikaitkan dengan persoalan murtad apabila didakwa bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak indidivu apabila seseorang telah mencapai satu tahap umur.
Anwar juga didakwa menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dan bertentangan dengan titah Sultan Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri, katanya.
Hasan Ali berkata, alasan syarie bagi menolak Anwar termasuk didakwa mempamerkan sikap liberal dan menyokong alasan songsang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta didakwa terlibat dengan gerakan Yahudi antarabangsa.
“Kami membayangkan bencana dan malapetaka sekiranya Anwar menang dan menyebabkan pertembungan antara rakyat di Selangor dan merebak ke seluruh negara.
“NGO-NGO Islam juga meramalkan berlaku pertembungan antara Islam dan bukan Islam kerana fahaman yang dibawa oleh Anwar,”kata Hasan Ali dalm satu sidang akhbar di sini hari ini.
Serentak itu, NGO-NGO Islam akan turun ke DUN Kajang bagi mengajak rakyat menolak Anwar sebaik sahaja proses penamaan calon selesai pada 11 Mac sehingga hari pengundian.
Turut hadir pada sidang akbar yang berlangsung di rumah Hasan Ali di Taman Tun Dr. Ismail itu adalah Pengerusi Yayasan Murni Akidah, Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Pembela, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Pengerusi Muslim UPRo, Azril Mohd. Amin.- Utusan Malaysia
Katanya NGO Islam, tetapi memfitnah nombor wahid. Lihatlah keratan UM di atas yang katanya dari NGO Islam.
Anwar nk bertanding DUN je, meroyan satu negara, mengelabah semua pejuang MELAYU. Agaknya dah xde benda lain nak dikaji juak ‪#‎kangkung‬ ni.. Eh, Juak ‪#‎katak‬ pun ada lah.. Siang malam x lain x bukan hanya nama Anwar Ibrahim.. Entah apa yg ditakut sangat dgn anwar tu aku pun x faham lah!

Rakyat Malaysia kena ingat disaat ini la NGO kepala bana ni nak cari duit.. Melacur dalam kancah politik gunakan agama Islam! Melalak melolong akhir sekali duit dapat.. Nasib kalau baik senator jugak dapat.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Sudah2 la Hasan Ali oi.. Kasim Ahmad hang diam.. Mai Anwar hang menyalak lak... Ajaran islam x mengajar kita supaya senang2 mendajalkan org. Kesian betul.. X payah la guna nama NGO Islam. Buat malu org islam je. Kenapa kau tak dedahkan KEDAJJALAN Kassim Ahmad.. Tun M.. Ust. Hj Che Lah guru pondok.. Rosak habis bangsa dan agama kalau ada NGO ISLAM macam ni.. Puiiiii la... Ini politik pilihanraya semua, wayang je lebeeeehh!!

X payah cakap banyak lah! Dasar perjuangan bangsa (a'sobiah) yang dibawa oleh UMNO itu sendiri menyebabkan ia terkeluar dari Islam kerana Nabi saw tidak mengaku umat.

Wakakakakakakaka.. Dah habis modal cerita seks ke?? Modal baru dajjal pulak? Agaknya mungkin hassan ali nak bagi signal yg dia ni "Imam Mahadi" kononnya nak lawan "Dajjal". Lawak Pecah Perut, Jom Ketawa! Muahahahaha !!!!
Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

(QS. Al-Ankabut: 57)

Ya Allah....
Semoga Yang Like & Share Status Ini, Meninggal Dalam Keadaan Khusnul Khatimah.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Tiada ulasan: