Pesawat Mas ke Beijing dilapor hilang
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.
Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.
Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA
38 warga Malaysia berada di dalam pesawat MAS
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa penerbangan MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang membawa 227 penumpang dari 14 negara yang berbeza.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:
China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang
Ahmad Jauhari berkata juruterbang pesawat tersebut adalah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.
“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 1981. First officer pesawat tersebut adalah Fariq Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.
“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa
penerbangan sebanyak 2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia
Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media.
Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.
Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi
Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada
pukul 6.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan
memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur
pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul
6.30 pagi tadi.
“Malaysia Airlines sedang berkerjasama
dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan
menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu, lapor
Astro Awani.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
BONGKAR!! Pusat penyembelihan ular di Indonesia, cukup menggerikan [SAKSIKAN..]
Posted on Friday, March 07 @ 21:07:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
BONGKAR !!! Pusat penyembelihan ular di Indonesia, cukup menggerikan | Terasa kasihan apabila melihat ular-ular ini disembelih.
Di sebuah kampung di Kapetakan, Indonesia, terdapat sebuah kilang penyembelihan ular yang dikenali sebagai Boss Cobra. Kilang ini menghasilkan beratus-ratus meter kulit ular yang kemudian dijual kepada pembuat barangan kulit berasaskan ular.
Dagingnya pula tidak dibazirkan. Ia dijual dan dipercayai boleh menjadi ubat kepada penyakit kulit, asma, dan meningkatkan prestasi ketika asmara. Wallahualam. Di bawah merupakan gambar-gambar proses pembuatan kulit ular sawa.
Cuba anda lihat Gambar-gambar Dibawah, ianya sungguh kejam dan mengerikan...
[Lihat gambar seterusnya...]"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Posted on Friday, March 07 @ 21:07:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Posted on Friday, March 07 @ 21:07:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
BONGKAR !!! Pusat penyembelihan ular di Indonesia, cukup menggerikan | Terasa kasihan apabila melihat ular-ular ini disembelih.
Di sebuah kampung di Kapetakan, Indonesia, terdapat sebuah kilang penyembelihan ular yang dikenali sebagai Boss Cobra. Kilang ini menghasilkan beratus-ratus meter kulit ular yang kemudian dijual kepada pembuat barangan kulit berasaskan ular.
Dagingnya pula tidak dibazirkan. Ia dijual dan dipercayai boleh menjadi ubat kepada penyakit kulit, asma, dan meningkatkan prestasi ketika asmara. Wallahualam. Di bawah merupakan gambar-gambar proses pembuatan kulit ular sawa.
Cuba anda lihat Gambar-gambar Dibawah, ianya sungguh kejam dan mengerikan...
[Lihat gambar seterusnya...]"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Posted on Friday, March 07 @ 21:07:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pakatan akan bincang calon alternatif PRK Kajang
- Mar 07, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
JERANTUT: Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya didapati tidak layak bertanding berikutan keputusan Mahkamah Rayuan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau menjangkakan mesyuarat tersebut akan diadakan selepas Konvensyen PR esok memandangkan masa yang agak suntuk.
Katanya, beliau sedih dengan berita Anwar didapati bersalah.
“Sebab itu kita nyatakan ini sesuatu yang dirancang, konspirasi halus yang pentingnya bagi mereka menghalang untuk PR membuat satu lonjakan di Kajang untuk kita sampai ke Putrajaya.
“Jadi kita mungkin akan bincang sesiapa yang akan bertanding di Kajang bagi menggantikan Anwar Ibrahim, seandainya sesuatu terjadi pada hari penamaan calon seperti diisytiharkan hilang kelayakan,” katanya pada majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti PAS Jerantut di sini petang tadi.
Turut hadir dan berucap ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Md Jusoh Darus, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHHPP) negeri, Balasubramaniam dan Yang Dipertua PAS Jerantut, Yohanis Ahmad.
Mnegenai Pusat Khidmat Komuniti, Salahuddin berharap, di samping memberikan khidmat dan kebajikan, apa yang penting untuk dilaksanakan oleh PAS Jerantut ialah memberikan pendidikan politik kepada orang Melayu.
Katanya, itu penting kerana selagi orang Melayu tidak digerakkan ke arah perubahan maka selagi itulah PAS sukar untuk menang di kawasan luar bandar dan Felda.
Bunuh pegawai Jaip: 2 lagi pengikut 'Tuhan Harun' didakwa
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Mereka ialah Shamsinar Abdul Halim dan Jefferi Safar. Kedua-duanya berusia 37 tahun.
Shamsinar dituduh bersama-sama Sumustapha Suradi, 40, dan seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli di Lorong IM2/29 Bandar Indera Mahkota di sini pada 10 Nov lalu.
Jefferi pula pula dituduh bersama-sama ketua ajaran itu Harun Mat Saat, 48, isterinya Azida Mohd Zol, 31, dan pemandu, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, melakukan konspirasi jenayah iaitu bersetuju antara satu sama lain dengan niat membunuh Ahmad Raffli.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (1) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.
Sumustapha, Harun, Azida dan Shaizral Edie masing-masing telah didakwa atas pertuduhan berkenaan pada 16 Dis tahun lepas.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah memohon kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuantan.
Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan kes disebut semula di Mahkamah Tinggi pada 17 Mac ini. – Bernama
Apabila Kebenaran dizahirkan , lenyaplah kebatilan
Kisah Yahudi Yang Menjadi Ahli Syurga
Kisah Yahudi Yang Menjadi Ahli Syurga | Pada suatu hari, al-Hashin ibn Salam duduk sambil membaca Taurat, Perjanjian Lama,
kitab suci kaum Yahudi. Ia termasuk salah seorang pemuka agama Yahudi
dari Bani Qaynuqa yang tinggal di bahagian timur Madinah. Sebagai
seorang Yahudi, al-Hashin mengetahui, menjalankan ajaran agamanyadengan
baik, dan mengikuti segala perintah Tuhan yang dituliskan dalam
lembar-lembar yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. di Bukit Hawarib.
Al-Hashin mengamati salah satu ayat dalam Taurat yang berbunyi, “Dan Tuhan dari Sinai, terbit dan muncul di Sair, kemudian bercahaya di Gunung Faran.”
Al-Hashin ibn Salam menyedari kurnia dan
anugerah dari Allah yang telah memberinya hidayah dan keimanan. Ia
sering merenung dan berfikir serius. Dia antaranya ia memikirkan bahawa
Allah telah mengutus Nabi Musa a.s. sebagai nabi dan utusan-Nya yang
menyeru manusia ke jalan Tuhan. Setelah datangnya Nabi Isa a.s yang
diutus di Palestin. Kini, seorang nabi lain diutus.
Namun, ia tidak diutus untuk tidak dan
berasal dari kalangan Bani Israil seperti nabi-nabi sebelumnya, termasuk
Nabi Daud, Sulaiman, Ishak, Yaakub, bahkan hingga Nabi Zakaria dan Isa
a.s. Semuanya berasal daripada Bani Israil. Nabi yang baru ini berasal
dari garis keturunan Ismail. Ia pun tidak muncul di Palestin, tetapi di
Faran, tempat yang kini disebut Mekah. Nabi baru itu akan berhijrah ke
Yastrib – yang kelak disebut Madinah al-Munawwarah.
Melalui pemikiran dan perenungannya yang jernih, al-Hashin sampai pada kesimpulan yang benar dan mencapai hakikat sejati. Kerana
itu, ia sering berdoa kepada Tuhan agar memanjangkan umurnya sehingga
dapat bertemu dengan nabi baru itu dan mengikuti ajarannya.
Al-Hashin menyibukkan dirinya
dalam berbagai-bagai aktiviti sosial serta keagamaan, kerana ia termasuk
ulama Yahudi, yang harus menasihati kaumnya. Akidah sebahagian mereka
telah rosak dan sesat; mereka tidak lagi mengimani Tuhan dan melupakan
ajaran-ajaran-Nya. Jiwa mereka cacat dan dinodai kejahatan, kebencian,
dan kedengkian. Mereka mencampuradukkan antara kebaikan dan keburukan,
antara yang hak dan yang batil dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Meskipun demikian, keburukan dan
kerosakan akhlak sebahagian kaumnya tidak membuatnya beralih dari jalan
yang benar. Ia tetap kukuh dalam keyakinannya kepada Tuhan, seraya
menunggu datangnya khabar tentang nabi baru.
Akhirnya, al-Hashin mendengar khabar
tentang seorang bernama Muhammad ibn Abdullah yang mendakwahkan agama
baru dan mengajak manusia menyembah kepada Tuhan Yang Esa serta
meninggalkan penyembahan berhala. Orang itu mengaku sebagai nabi dan
utusan Tuhan. Kini, ia semakin yakin bahawa nabi yang dikhabarkan dalam
Taurat itu telah datang. Semakin besar pula keinginan untuk bertemu dan
bercengkerama dengannya.
Apakah ia belum mendengar khabar tentang datangnya seorang utusan Muhammad untuk penduduk Yastrib iaitu Mush’ab ibn Umair?
Pada suatu hari, Ketika sinar matahari
mulai meredup dan beranjak menuju peraduannya, al-Hashin baru saja
selesai mengerjakan kerja sehari-harinya di kebun kurma. Kelelahan, ia
duduk di bawah pohon Kurma seraya menikmati semilir angin yang sejuk
membelai tubuhnya. Kenikmatan suasana itu memberati kelopak matanya
sehingga lama-kelamaan ia tertidur di bawah naungan pohon kurma itu.
Dalam tidurnya, ia bermimpi cukup aneh…
Dalam mimpinya itu ia berjalan-jalan
dengan kepayahan melewati jalan setapak yang sempit. Di kiri kanannya
banyak tumbuh semak-semak berduri yang menggoreskan luka-luka kecil pada
kakinya. Ada banyak lubang dan bebatuan yang semakin membuatnya sulit
berjalan. Ia banyak berhenti untuk menghela nafas, baru kemudian
melanjutkan perjalanan.
Tiba-tiba, setelah lama berjala, ia
melihat di sebelah kanannya sebuah jalan yang mulus, tidak berbatu, dan
tanpa duri terpampang di hadapannya … jalan itu begitu mulus dan lapang.
Di kiri kanannya tumbuh pepohon yang rimbun menaungi para pejalan.
Segera ia beralih ke jalan itu dan merasakan kenikmatan serta kenyamanan
… hatinya pun merasa tenang dan bahagia setelah kelelahan sekian lama.
Namun, belum lagi lama berjalan, ia
telah terbangun dari tidurnya. Al-Hashin bangkit dengan fikiran masih
dipenuhi bayangan mimpinya. Ia putar ulang mimpinya itu dan merenung:
makna apakah yang dikandung mimpinya? Ia bertekad untuk menceritakan
mimpinya itu kepada kaumnya.
Apakah mimpinya itu merupakan petanda mengenai kehidupan yang akan dijalani al-Hashin?
Al-Hashin pun tidak mengetahui
jawapannya. Kerap kali ia putar ulang mimpi itu dalam kepalanya.
Sementara itu, ayat Taurat yang selama ini menyibukkan fikirannya pun
selalu terbayang dalam benaknya.
Tidak menunggu lama dalam peristiwa itu,
al-Hashin mendengar khabar gembira bahawa orang yang dinantikannya itu,
Muhammad putra Abdullah sang utusan Tuhan akan tiba di Yatsrib, sebagai
Muhajirin bersama sahabatnya.
Nabi Muhammad s.a.w datang ke Yatsrub
dan penduduk di sana menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan
penghormatan. Dengan gembira menyambut kedatangan Muhammad, setiap orang
mempersiapkan diri dan tampil dengan pakaian yang terbaik. Anak-anak
dan kaum wanita melantunkan nyanyi puji-puji mengagungkan Muhammad.
Setiap lelaki berusaha mengiringi langkah Muhammad dan sahabatnya Abu
Bakar sejak memasuki Yastrib seraya berharap bahawa tamu agung itu
berkenan singgah dan menjadi tamu di rumah mereka.
Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar
berjalan melintasi jalanan Yastrib diringi oleh semua orang yang
berjalan di belakangnya dengan sukacita hingga mereka tiba di perumahan
keluarga Amir ibn Auf.
Pada saat itu, al-Hashin tengah berada di puncak salah satu pohon kurmanya untuk membersihnya pelepah-pelepah yang kering. Ketika melihat kedatangan Rasulullah dan sahabatnya itu, ia berseru gembira, “Allahu Akbar!”
Sementara itu, di bawahnya berdiri
Khalidah bint al-Harits yang, mendengar teriakan al-Hashin, lansung
bertanya kepadanya, “Demi Allah, mendengar teriakaknmu, seakan-akan aku
mendengar khabar kedatangan Musa ibn Imran. Anak saudaraku, mengapa kau
berteriak seperti itu?”
Dengan rona muka yang bahagia al-Hashin
segera turun dari pohon itu dan berkata pada bibirnya, “Bibi, ia memang
saudaranya Musa, yang diutus oleh zat yang juga mengutus Musa. Itulah
yang dikatakan Taurat.” Khalidah berkata lagi, “Anak saudaraku, apakah
ia nabi yang dikhabarkan dalam Taurat, dan ia diutus saat ini, sekarang
ini?”
“Benar.”
Al-Hashin ibn Salam segera bergabung
dengan penduduk Yastrib lainnya menyambut kedatangan Nabi Muhammad saw.
dengan perasaan bahagia kerana mendapatkan limpahan dan kurnia kebaikan
dari Allah. Al-Hashin sendiri tidak henti-hentinya bersyukur kerana
doanya dikabulkan sehingga dapat bertemu dengan Sang Nabi.
Kedatangannya Nabi s.a.w ke Yatsrib
semakin menggelorakan hasrat al-Hashin untuk menemuinya. Ia segera pergi
dan bergabung di majlis Nabi s.a.w, dan mendengar beliau menyeru
orang-orang, “Wahai manusia, sebarkanlah salam kedamaian, berikanlah
makanan, dan sambungkanlah tali kasih sayang (silaturrahim), dan
solatlah di malam hari ketika orang-orang tidur nyenyak.”
Sungguh kalimat yang baik, murni, dan
suci, kalimat yang bersumber dari hati yang tulus dan murni, hati yang
memancarkan rasa aman, damai, dan cinta.
Al-Hashin merasa sangat berbahagia.
Ketika memerhatikan wajah baginda Nabi saw., semakin ia yakin bahawa
seruan yang didakwahkannya itu benar. Kalimat-kalimat semacam itu hanya
akan keluar dari lisan seorang nabi, yang diutus membawa risalah
daripada Allah.
Orang-orang yang hadir di sana berebut
dan saling berdesakan agar mendapatkan kesempatan untuk menyatakan
syahadat dan keislamannya di hadapan Nabi saw. Al-Hashin berhasil
mendapat kesempatan bagus untuk masuk dan mengadap kepada Rasulullah,
dan lansung menyatakan keimanannya kepada Allah dan Rasullah.
Lautan kebahagiaan lansung
memenuhi dan menggelorakan jiwa al-Hashin. Berkali-kali ia ucapkan
kalimat syahadat. Rasulullah menanyakan namanya, dan ia menjawab,
“Hashin.”
Namun Rasulullah segera mencelah, “Bukan, tetapi Abdullah.”
Sejak hari itu, al-Hashin berubah menjadi Abdullah ibn Salam. Ia tak lagi seorang Yahudi. Kini, ia adalah seorang Muslim tulen.
Abdullah ibn Salam kembali pulang ke
rumahnya, menemui keluarganya dan mengajak mereka kepada Islam. Mereka
semua menyatakan keislaman mereka, termasuk bibinya, Khalidah bint
al-Harits.
Abdullah ibn Salam tetap merahsiakan
keislamannya itu dari kalangan Yahudi lainnya, kerana ia telah mengenal
baik karekter mereka dan keburukan akhlak mereka. Pergaulannya yang lama
dengan kaum Yahudi dan kedudukan dirinya sebagai ulama Yahudi
membuatnya sangat memahami karakter dan sifat mereka.
Sifat dan perilaku buruk itu mereka
dapatkan sebagai kesan daripada keburukan dan seksaan yang mereka alami
di masa Firaun, serta kekejaman yang ditimpakan oleh Nebukadnezar
al-Kaldani, juga kekejaman penguasa Romawi. Kerana itulah kaum Yahudi
dikenal sebagai bangsa yang pendendam, pendengki, dan selalu
berprasangka buruk kepada pihak lain, bahkan kepada nabi-nabi mereka.
Maksudnya: “Maka (Kami laknatkan
mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan
mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula
membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka
juga mengatakan: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad)”. (Sebenarnya hati mereka tidak
tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan
kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja
(di antaranya).” (an-Nisa: 155)
Sejarah juga mencatat akan usaha mereka
membunuh nabi mereka sendiri, iaitu Nabi Arami. Mereka juga membunuh
Nabi Zakaria. Al-Hashin atau Abdullah ibn Salam mengetahui betul
karakter dan sejarah kaum Yahudi, sejarah kebodohan dan kebengalan
mereka.
Pada suatu hari Abdullah ibn Salam
menghadap kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
kaum Yahudi adalah kaum yang bengal. Dusta dan pembangkangan mereka
telah dikenal luas, begitupun upaya mereka menyimpangkan manusia dari
kebenaran. Seandainya mereka tahu aku telah masuk Islam, tentu mereka
akan mencela dan memusuhiku.”
Abdullah ibn Salam meminta kepada
Rasulullah untuk menyembunyikan di sebuah bilik, kemudian mengabarkan
keislamannya kepada kaum Yahudi. Ia ingin tahu bagaimana reaksi kaum
Yahudi ketika mengetahui bahawa ia telah masuk Islam, bahawa ia telah
menempuh jalan hakikat.
Kemudian Abdullah ibn Salam bersembunyi
di sebuah kamar dan Rasulullah mengundang beberapa pemimpin Yahudi ke
rumahnya. Setelah mereka tiba, Rasulullah bertanya, “Apakah di antara
kalian ada yang bernama al-Hashin ibn Salam?”
Mereka menjawab yakin, “Ia tuan kami, dan anak tuan kami. Ia adalah pemuka agama kami dan seorang alim di antara kami.”
Tidak lama kemudian, Abdullah ibn Salam
keluar dari bilik dan menemui mereka. Tentu saja para pembesar Yahudi
itu terkejut bukan kepalang. Mereka menarik ucapan mereka dan berkata,
“Kami salah, lelaki ini bukan golongan kami, dan bukan pemimpin kami.”
Orang-orang Yahudi itu saling
berpandangan di antara mereka, tanpa dapat berkata apa-apa. Ketika
mereka masih diliputi keraguan dan ketakjuban, Abdullah ibn Salam
menyempurnakan ucapannya, “Sedangkan aku, saksikanlah, aku bersaksi
bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Dakwahnya adalah kebenaran.
Tidakkah kalian berislam?”
Kaum Yahudi itu masih diliputi
ketakjuban dan rasa tak percaya. Mereka murka sekaligus tak percaya
bahawa guru mereka ternyata telah berubah dan menjadi pengikut Muhammad.
Akhirnya mereka pulang seraya berkata mencela Ibn Salam, “Engkau
pendusta. Sungguh kau adalah kejahatan di antara kami dan anak
kejahatan. Engkau adalah kebodohan dan anak kebodohan.”
Peristiwa ini menunjukkan dusta
kaum Yahudi dan kebodohan mereka. Ibn Salam berkata kepada Rasulullah
saw., “Wahai Rasulullah, seperti telah kukatakan, kaum Yahudi adalah
kaum pembangkang yang bengal. Tidak ada keimanan sejati dalam diri
mereka. Dan mereka sama sekali tidak boleh dipercaya. Mereka tak pernah
memegang teguh janji mereka.”
Tidak lama menunggu, Allah menurunkan ayat al-Quran yang bermaksud:
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad
dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka
sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan
kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang
demikian).” (al-Baqarah: 146)
Mendengar ayat itu dibacakan di
hadapannya, dan melihat bagaimana Rasulullah mendapatkan wahyu itu,
Abdullah ibn Salam merasa sangat bahagia. Kecerian dan kesenangan
memenuhi jiwanya lalu memancar ke seluruh tubuhnya. Ayat Allah itu
meneguhkan hakikat yang telah diketahui dan dipegang teguh oleh Ibn
Salam, hakikat yang diingkari oleh kaum Yahudi lainnya. Mereka telah
mendusta, mendustakan, dan bersikap membangkang terhadap kebenaran.
Sebelum pulang, Abdullah ibn Salam berkata kepada Rasulullah, “Demi
Allah, aku mengenalmu lebih banyak dan lebih dalam ketimbang anak-anak
dan keluargaku.”
Sejak saat itu dimulailah diskusi, perdebatan, dan perbincangan yang seru antara kaum Yahudi dan kaum muslim.
Kehidupan Abdullah ibn Salam berlangsung
sebagaimana biasanya. Ia tinggal di Madinah sebagai sebahagian dari
umat Islam. Ia bahagia dengan keislamannya. Baginya, tinggal di sisi
Rasulullah untuk membela dan membantu dakwahnya adalah kebahagian yang
tak berbanding. Ia selalu duduk paling depan di antara sahabat-sahabat
lainnya ketika Rasulullah menggelar majlis ilmu.
Tidak ditemui catatan yang jelas tentang
keterlibatan Abdullah ibn Salam dalam peperangan yang disertai umat
Islam, baik menghadapi kaum Quraisy mahupun ketika mengepung dan
mengusir kaum Yahudi, atau ketika mereka menghadapi kedua-dua musuh itu
yang bersekutu menyerang kaum Muslim.
Namun yang pasti, ia merasa bahagia
mendengar khabar kemenangan kaum muslim melawan musuh-musuhnya. Ia
senang melihat cahaya Islam semakin jauh menyinari orang-orang dari
kawasan yang berbeza-beza di sekitar jazurah Arab. Ia bahagia dengan
semakin luasnya wilayah negara Islam sehingga menyentuh kawasan Iraq,
Syria, dan Mesir … ia bahagia dengan kemenangan Islam dan Rom dan Parsi.
Ibn Salam banyak terlibat dalam berbagai peristiwa historis umat Islam.
Ketika Rasulullah wafat, baginda
digantikan oleh Abu Bakar yang menjadi khalifah, pemimpin umat Islam.
Kemudian Umar menggantikannya, kemudian Uthman ibn Affan. Mereka semua
selalu menghormati Abdullah ibn Salam, mengingat kedudukannya dan
kesolehannya.
Pada suatu hari, para sahabat Rasulullah
sedang duduk di Masjid Nabi. Di tengah-tengah mereka duduk seorang
lelaki tua. Aura wajahnya tampak mengesankan dan memikat setiap orang
yang memandangnya. Ia tengah berbicara kepada hadirin menyampaikan
nasihat dan ajaran-ajaran keagamaan. Dialah Abdullah ibn Salam.
Ia berbicara kepada orang-orang di
sekitarnya dengan gaya tutur yang santun. Lembut, dan berwibawa.
Orang-orang duduk mendengarkan dengan khusyuk. Setelah majlis ilmu itu
selesai, Abdullah ibn Salam keluar dari majlis untuk berjalan sesuai
dengan kehendak hatinya.
Ketika ia keluar masjid, seseorang yang
ikut mendengarkan ceramahnya berkata, “Siapa saja yang suka melihat
wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki itu.” (yang dimaksudkannya
adalah Ibn Salam).
Seorang sahabat yang bernama Khursyah
ibn al-Hurr, yang ikut menghadiri majlis ini, berkata kepada dirinya
sendiri, “Demi Allah, aku akan mengikutinya hingga aku mengetahui
rumahnya.”
Khursyah mengikuti Abdullah ibn Salam.
Namun di tengah perjalanan Abdullah memanggilnya dan bertanya, “Apa
keperluanmu, wahai saudaraku?”
Khursyah menjawab, “Aku mendengar
orang-orang berbicara tentangmu ketika engkau keluar dari masjid, “Siap
saja yang suka melihat wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki
itu’. Itulah yang mendorongku untuk mengikutimu.”
Abdullah ibn Salam berkata, “Hanya Allah
yang mengetahui tentang ahli syurga. Aku akan bercerita kepadamu
tentang hadis yang mereka bicarakan.”
Kemudian Abdullah ibn Salam mulai
menceritakan kisahnya. Ketika aku tidur, aku bermimpi. Seorang lelaki
mendatangiku dan berkata kepadaku, “Bangkitlah.” Kemudian ia memegang
tanganku. Dan aku pun pergi bersamanya. Kami tiba di hadapan
persimpangan. Aku mencuba berjalan ke arah kiri, namun laki-laki itu
menahanku dan berkata, “Jangan ambil jalan yang kiri, kerana jalan itu
adalah jalan golongan kiri.”
Lalu aku melihat ke jalan sebelah kanan, dan lelaki itu berkata, “Ambillah jalan ini.”
Kemudian kami berjalan hingga tiba di
sebuah tiang yang sangat tinggi. Dasarnya tertanam di bumi dan puncaknya
menyentuh angkasa. Dari puncak tiang itu tergantung seutas tali. Lelaki
itu berkata, “Panjatlah tiang ini.”
“Bagaimana boleh memanjat tiang ini sedangkan puncaknya menembus cakerawala?”
“Bagaimana boleh memanjat tiang ini sedangkan puncaknya menembus cakerawala?”
Ia memegang tanganku dan tiba-tiba saja aku telah bergantung pada tali itu berusaha memanjat tiang.
Entah apa yang terjadi berikutnya kerana
fajar membangunkanku. Keesokan paginya aku menemui Rasulullah dan
menceritakan mimpiku. Rasulullah bersabda,
“Jalan yang kau lihat di sebelah kirimu adalah golongan kiri. Jalan yang ada di sebelah kananmu adalah jalan golongan kanan. Sedangkan mengenai gunung, itu adalah tempat para syuhada. Kau tidak akan mendatanginya. Dan tiang tinggi yang puncaknya di angkasa dan dasarnya di bumi adalah tiang Islam. Tali yang kau gunakan untuk memanjat adalah tali Islam. Kau akan terus memegangnya hingga akhir hayatmu.”
“Jalan yang kau lihat di sebelah kirimu adalah golongan kiri. Jalan yang ada di sebelah kananmu adalah jalan golongan kanan. Sedangkan mengenai gunung, itu adalah tempat para syuhada. Kau tidak akan mendatanginya. Dan tiang tinggi yang puncaknya di angkasa dan dasarnya di bumi adalah tiang Islam. Tali yang kau gunakan untuk memanjat adalah tali Islam. Kau akan terus memegangnya hingga akhir hayatmu.”
Khursyah senang mendengar kisah itu dan berharap semoga dirinya termasuk ke dalam golongan ahli syurga.
Keadaan berlangsung di Madinah selari
dengan harapan semua kaum Muslim. Mereka hidup bahagia dan dipenuhi
harapan yang indah mengenai kemajuan agama mereka. Kini, cahaya Islam
telah tersebar ke wilayah yang jauh lebih luas. Pasukan Muslim berjaya
menewaskan pasukan Parsi di timur dan bersiap-siap menakluk Mesir.
Muaz ibn Jabal termasuk pasukan tentera
Muslim yang turut serta dalam misi penaklukan Syria. Namun, ia diserang
wabak penyakit di sana. Ia pulang ke Madinah dalam keadaan sakit yang
teruk.
Dengan hikmah yang dimilikinya, Abdullah
ibn Salam mengetahui apa yang dideritai Muaz ibn Jabal dan menyedari
bahawa ajalnya tidak lama lagi. Kerana itu, ia berkata kepada Muaz,
“Wahai Muaz, berilah kami wasiat.”
Muaz, yang telah meraih hakikat, berkata
kepada para sahabat yang hadir di sekitarnya, “Carikanlah ilmu dari Abu
Darda, Salman, Ibn Mas ‘ud, dan Abdullah ibn Salam, seorang Yahudi yang
masuk Islam. Aku mendengar Rasulullah bersabda tentangny, ‘Sesungguhnya
ia termasuk dari sepuluh ahli syurga.”
Wasiat itu merupakan persaksian yang
jelas mengenai kedudukan dan keutamaan Abdullah ibn Salam. Kehidupan
Abdullah ibn Salam berlangsung dengan tenang. Ia diselamatkan daripada
konflik sosial-politik yang berlaku di masa-masa akhir kekhalifahan
Uthman ibn Affan serta konflik antara Ali ibn Abu Talib dengan Muawiyah
ibn Abu Sufyan.
Ketika mengetahui bahawa Ali ibn Abu
Talib berniat menghantar pasukan tentera ke Iraq untuk menyerang para
pembemrontak, Abdullah ibn Salam memberi nasihat, “Wahai Ali, tetaplah
bertahan pada mimbar Rasulullah s.a.w. Jika kau meninggalkannya, kau
tidak akan kembali ke sana.”
Tetapi Ali tidak mengikuti nasihat Ibn Salam dan berkata, “Abdullah ibn Salam adalah lelaki yang soleh.”
Dan terjadilah apa yang telah terjadi ke atas diri Ali ibn Abu Talib. Abdullah ibn Salam meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah.
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya
kepada Abdullah ibn Salam, kerana Dia telah menunjukinya kepada Islam
dan berjuang dengan tulus ikhlas membantu dakwah Rasulullah sehingga
Rasulullah memberikannya khabar gembira sebagai salah seorang ahli
syurga.
Seram! Najis Dan Ulat Keluar Dari Mulut Jenazah
Seram! Najis Dan Ulat Keluar Dari Mulut Jenazah
| Setiap orang harus memikirkan bagaimana pengakhiran hidup kita sama
ada dalam keadaan baik ataupun tidak. Sudah banyak cerita yang kita
dengar tentang keaiban jenazah ketika diuruskan. Namun ia sememangnya terkandung seribu hikmah yang membolehkan kita sentiasa bermuhasabah diri. KisahBest.My ingin berkongsi satu cerita yang mana ia dipercayai kisah benar telah berlaku di sebuah bandar di Jawa Timur. Ikuti kisah di bawah ini.
Gambar sekadar hiasan
Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur.
Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik
jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi
hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.
Kisah ini diceritakan langsung oleh
seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur,
selengkapnya ceritanya begini :
Saya terlibat dalam pengurusan jenazah
lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam
jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya
tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit
jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu
jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat
kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.
Sebagai Modin tetap di kampung, saya
diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke
rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.
Baunya cukup memualkan perut dan
menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya
bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti dirundung
oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya
seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang
dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu
ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau
pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi selama memandikan mayat
itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca,
apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit
dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang
tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi,
pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini
memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya
mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT
berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran
(belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan
waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah
menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti terkejut. Mungkin malu,
terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya
tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka,”Inilah ujian
Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada
pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada dasarnya seorang yang
beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki.
Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika
semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya
tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa
mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.
Sepatutnya sebagai anak, mereka yang
lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya
bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk
menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin panik.
Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia
biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang
lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan
saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.
Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan
tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang
terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi.
Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan
hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya
dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak
ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap
semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung
di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi
sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada
Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah
sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”
Selepas itu saya beri taklimat tentang
solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat
dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil
ambulance.
Saya hubungi kelurahan, pusat Islam,
masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa
tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu
kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.
Tapi ketika dia sedang mencari tempat
untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya
keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini
digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak
pernah mengizinkan kita naik keretanya.”
Renungkanlah kalau tidak ada
apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata
demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali
vannya.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki
menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia
meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam
jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam
keadaan basah dibasuh.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya
lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke
pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.
Saya berpesan kepada dua pembantu
tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan
jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya
tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya
takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat
memilukan.
Sesampainya Jenazah tiba di tanah
pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan
tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana
datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak
almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan
hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau
telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk
mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun
kubur tersebut.
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya
mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh
menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak.
Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang
busuk itu.
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan
anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan
lobang kubur 1/4 meter.
Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya Allah, dalam sejarah peristiwa
seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk
selesaikan penguburan secepat mungkin.
Sejak lama terlibat dalam penguburan
jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan
doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan
mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah
yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan
mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon
rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum
menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum
merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang
beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan
seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan
kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya
kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.
Kepada kita semua pembaca setia renungan
Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan
peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita
atau kaum keluarga kita ?
Renungkanlah…
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do’a: “Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu.“
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do’a: “Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu.“
Wassalamu’alaikum.
Untuk saudara-saudaraku yang kucintai
kerana Allah…kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain
untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan
dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang
Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan