Sabtu, 8 Mac 2014

PERJUANGAN PERLU PENGORBANAN...CUMA ADA YANG TAK FAHAM PENGORBANAN ORANG LAIN....MUNGKIN IA JUGA TERANGKAP OLEH MUSUHNYA SENDIRI...KERANA CETEK ILMU POLITIKNYA

Saturday, 8 March 2014


DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL PRESIDEN KEADILAN, DI NOBATKAN SEBAGAI TOKOH WANITA PAKATAN RAKYAT.



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinobat sebagai Tokoh Wanita Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.

Pengumuman khas itu dibuat pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam pagi ini.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Mumtaz Md. Nawi ketika membacakan biografi Wan Azizah berkata, perjalan hidup sebagai isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu penuh mencabar.

Ketabahan, kesabaran dan semangat luar biasa beliau yang lebih mesra dengan nama Kak Wan itu, menjadi inspirasi seluruh wanita di negara ini.
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat menzahirkan sokongan penuh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Setia City Convention Centre, hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.

"Mac penuh bersejarah apabila pada 3 Mac memberi kenangan pahit bagi umat Islam satu iaitu tamatnya sistem khalifah Islam bila pemerintahan Uthmaniyah tumbang pada 1924, yang sejak dari itu dunia ketiga dijajah secara menyeluruh.

"7 Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang  mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.

"Peristwa 8 Mac ini, dengan adanya konvensyen ini akan memperkuatkan lagi PR dan Kajang akan menjadi ukuran yang begitu besar dengan kejayaan pada 23 Mac nanti," tegas beliau ketika ucapan perasmian konvensyen, pagi ini.

Tambah Mohamad, kerajaan atau Umno boleh mengambil apa sahaja yang mereka inginkan, namun tidak boleh mengambil semangat rakyat yang bangkit bersama perjuangan Pakatan Rakyat.

Sokongan tersebut turut dizahirkan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai perancangan tersusun bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan Anwar supaya BN boleh terus merompak harta rakyat.

"Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat untuk bersedia denga  taktik kotor BN supaya lebih bersungguh-sungguh agar boleh merapatkan pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika berucap menyatakan bahawa kesedihan ini merupakan kesedihan sementara bagi meneruskan perjuangan menentang kezaliman.

"Walau sugul di hati, semangat di hati masih tinggi. Air mata ini akan mengalir sekejap sahaja, apabila dilap ia akan berhenti. Ia adalah ujian agar kita tidak lalai dan leka.

"Kita akan gilap semula, mengapa kita berada di sini. Hidup ini mesti dalam realiti, tetapi idealisme perjuangan itu memberi kita kekuatan," tegas beliau.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 diadakan di Setia City Convention Centre dengan tema Pakatan Membela Rakyat, disertai hampir 3000 peserta.
Like · · · 43 minutes ago ·

Tabah menghadapi dugaan ini
Air mata seorang isteri yang sangat setia pada suaminya. Moga kak Wan tabah menghadapi dugaan ini.
:::INDAHNYA PERSAHABATAN:::
:::KERANAMU SAHABAT:::

kerana sahabat ku sanggup berkorban
walau payah..
ku cuba lakukan yang terbaik

walau aku sendiri terluka..
aku sanggup menghadapinya
hanya ingin melihat kegembiraan diwajahnya

terbit dihati ini
tidak mahu menyusahkan teman
adakalanya ku mampu lakukan tanpa sahabat..
tetapi adakalanya ku tak mampu

walaupun aku sering terluka
kemaafanku dendam yang terindah yang kulakukan

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini mengulangi mereka tidak menyediakan bekalan air menerusi lori tangki di kawasan catuan kecuali bagi kawasan kritikal, kecemasan dan ada upacara tertentu.
  
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata ini kerana pelan catuan merupakan program bekalan air berjadual dan pengguna seharusnya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan pada hari tiada bekalan.
  
"Bekalan air melalui lori tangki akan dilakukan di kawasan kritikal atau ada kecemasan, kematian dan kenduri yang memerlukan air dalam kuantiti yang banyak," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
  
Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bekalan air termasuk merosakkan sistem paip agihan.
  
Mereka yang didapati terlibat dengan perbuatan itu berdepan dengan penalti tinggi menurut Akta Industri Pembekalan Air 2006, katanya.
  
Sementara itu, Syabas dalam satu kenyataan hari ini meminta orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang Pelan Catuan Bekalan Air termasuk kawasan yang terlibat dan jadual agihan agar melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau laman Facebook dan Twitter Syabas. – Bernama

KUALA LUMPUR: Dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, adakah Datuk Seri Najib mampu memulihkan semula hubungannya dengan Tun Mahathir dan Tun Daim yang semakin kerap mengkritiknya sejak kebelakangan ini?

Bagi penulis Shahbudin Husin, sekiranya hukumam terhadap  Anwar itu tidak juga berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Najib, malah mungkin membuatkan rakyat lebih kuat bangkit untuk melakukan perubahan, sekurang-kurangnya tempoh yang masih panjang sebelum PRU14 sambil Anwar dinafikan daripada berpaut dengan kuasa, boleh digunakan untuk memikir helah serta perancangan lain pula.

Menurutnya, dalam jangka pendek dan sederhana, Najib dan BN memang terlihat selamat dengan keputusan mahkamah itu tetapi ia bukanlah jaminan mutlak untuk membolehkan BN berkuasa selama-lamanya.

“Manusia merancang, Tuhan pun merancang tetapi perancangan Tuhanlah yang akhirnya menang,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tengah hari ini akan memutuskan calon pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Menurut Anwar, senarai akhir calon akan dibincang pada hari ini dan pengumuman calon akan dibuat pada masa terdekat.

Difahamkan, terdapat 12 nama yang disenarai pendek untuk menggantikan beliau.

"Pakatan Rakyat akan bermesyuarat sebentar lagi untuk menentukan calon kita di Kajang.

"Soal calon, kita ada calon muda, orang lama dan bergantung kepada sentimen orang Kajang dan kita akan bincangkan dalam mesyuarat," kata beliau pada sidang media di Setia City Convention Centre, dekat sini hari ini bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-5.

Beliau turut menegaskan, Umno BN sekali lagi menggunakan mahkamah untuk menghalang kemenangan Pakatan Rakyat di Kajang.

"Trend yang sama digunakan oleh Umno BN iaitu menggunakan mahkamah menghalang saya bertanding di Kajang kerana mereka tidak yakin akan menang di kajang," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi AWang kesal apabila undang-undang Islam tidak digunakan sepenuhnya di Malaysia.

"Mahkamah Syariah di Malaysia tidak boleh mengendalikan kes liwat, kes rasuah dan jenayah sebaliknya hanya mengendalikan kes nikah kahwin dan harta pusaka sahaja.

"Ini sangat mengecewakan kerana Islam merupakan agama yang hebat tetapi tidak ditonjolkan kehebatannya," tegasnya.

Beliau turut menyeru semua rakyat bersatu hati menegakkan keadilan di Malaysia.
kenangan.... Ya Allah, bantulah kami
Like · · · 39 minutes ago ·

Gambar-gambar akad nikah Syamsul Yusof - Puteri Sarah Liyana pagi tadi

Pengarah yang juga seorang pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, 10.30 pagi tadi..

Mereka telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin yang berjumlah sebanyak RM1,111 tunai.

Semoga berbahagia sehingga akhir hayat...

Saiful Bukhari Bersyukur Anwar Ibrahim Dijatuhi Hukuman Kerana Meliwatnya


Saiful Bukhari Azlan bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat beliau enam tahun lalu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu petang ini adalah satu kebenaran yang amat penting dan amat bermakna untuk diri dan keluarganya. 

Saiful Bukhari Bersyukur Anwar Ibrahim Dijatuhi Hukuman Kerana Meliwatnya
Saiful Bukhari Bersyukur Anwar Ibrahim Dijatuhi Hukuman Kerana Meliwatnya
“Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil. Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan mahkamah hari ini yang memihak pada saya.
“Saya dan keluarga menghormati keputusan mahkamah hari ini. Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya. Yang pasti, saya dan keluarga ke hadapan…

“Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya,” katanya dalam entri bertajuk ‘Benar Janji Allah’ di laman blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Saiful juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama beliau selama ni. 
“Allah sahaja mampu membalasnya. Kepada Allah saya berserah,” katanya.
Sumber : Bharian











Gajah Terbang rukun negara ke 7, sembah dah taatstia pada hhumngok VAVI!!!!

Tiada ulasan: