Sabtu, 8 Mac 2014

KADANG2 KITA TINDAKAN RASA BETUL RANCANGAN KITA....TAPI MALANG MENAMBAH SUBUR PERJUANGAN MEREKA...MAKA KITA KIAN TERHIMPIT...KEBURUKAN KITA TERBONGKAR DAN TERBURAI....LAGI NAYA

PKR ada 12 nama yang sesuai untuk ganti Anwar pada PRK Kajang
pada 08-03-2014 01:03 Ditulis Oleh Shuhainiza Said
Post Pic
KAJANG: PKR telah menyenarai pendek 12 nama sebagai calon bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, sekiranya Ketua Pembangkang itu tidak dapat berbuat demikian.
Sesiapa pun yang bakal mewakili PKR kelak menurut Anwar, adalah calon yang sesuai untuk berkhidmat kepada rakyat Kajang.
"Jadi kita akan putuskan mungkin esok atau selewat-lewatnya Isnin untuk menamakan calon bagi mewakili semangat yang sama.
"Kita ada 12 nama,"ujar Anwar kepada pemberita dalam sidang media sempena pelancaran Bilik Gerakan Utama PRK Kajang," ujar Anwar.
Anwar, 67, dijatuhi hukuman selama lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan siang tadi di atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Hukuman itu hanya berkuatkuasa setelah pihak peguambela membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Semalam Anwar dibenarkan pulang dengan wang ikat jamin RM10,000.
Anwar dalam ceramahnya sebelum itu membayangkan kemungkinan yang beliau tidak dapat bertanding dalam PRK tersebut.
"Kemungkinan besar saya tak boleh bertanding walaupun masih diteliti undang-undang khas Selangor.. Tapi tak mengapa, saya bertanding atau tidak, isunya bukan isu Anwar seorang. 
"Isunya ialah perubahan yang dipentingkan. Cukuplah rasuah, cukuplah rasisme, cukuplah Umno-Barisan Nasional," katanya.
Anwar juga membidas Umno Barisan Nasional kerana menggunakan institusi kehakiman sebagai cara untuk menghalang beliau daripada bertanding dalam PRK tersebut.
Kata beliau, sabitan yang dikenakan terhadapnya, yang dilakukan secara tergesa-gesa, adalah semata-mata mahu memuaskan nafsu politik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Fitnah tak jalan, beli orang tak jalan, letak wanita MCA pun tak jalan..akhirnya guna hakim.. Mati-mati nak selesaikan sebelum Isnin ini.
"Peguam Karpal Singh dan pasukannya diberitahu supaya mengosongkan tarikh 7 hingga 10 April. Itu tarikh mahkamah rayuan yang sebenar.
"Sebab apa 7 Mac (tetapkan keputusan)? Sebab nak halang 11 Mac," katanya di hadapan kira-kira 1500 hadirin.
Dalam pada itu tambahnya, Langkah Kajang tetap akan diteruskan walaupun beliau tidak akan bergelar calon dalam PRK tersebut.
"Saya nak beritahu agendanya. Anwar masuk Kajang atau tak masuk Kajang, Anwar tetap main peranan untuk Selangor," katanya.
Beliau dalam pada itu turut menyeru orang ramai untuk turun ke Pusat Konvensyen Setia Alam pagi esok bagi menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan yang ditunjukkan kerajaan.


Semoga ALLAH Melaknat dan menurunkan BALA kpd manusia Barua ini. AMINN.

ALLAH AKAN MENOLONG SETIAP MAHKLUK CIPTAANYA YG DIZALIMI.. ITU JANJI ALLAH.. JANJI ALLAH ITU BENARR. Arsenalfc
Like · · · 47 seconds ago ·
Dato' Seri..

WE ALL SALUTE YOU..!
 
MASIHKAH ENGKAU INGAT DENGAN WANITA INI?
S. KALAICHELVI...SEORANG SURIRUMAH YANG DIHUKUM PENJARA 2 TAHUN OLEH MAHKAMAH KERANA MEMBUNUH ORANG YANG CUBA MEROGOLNYA...

Dia hanya seorang wanita...tapi dia tetap ada usaha untuk menentang orang yang cuba merenggut kehormatannya...walaupun natijahnya dia merengkok didalam penjara atas ketidakadilan mahkamah manusia...
Tapi disudut yang lain pula...seorang LELAKI yang bernama Saiful bukhari Azlan berumur 23 tahun (pada sebutan kes) tidak mampu atau lebih tepat lagi tidak melakukan apa2 tindakan untuk melawan SEORANG TUA yang pada masa itu berumur 61 TAHUN malah menghidap sakit tulang belakang yang beliau tuduh telah meliwatnya...

arw - buta sangat orang yang percaya kes liwat ni...kalau tak buta mata...buta hati...
Azmin bayangkan satu demonstrasi jalanan akan diadakan
pada 08-03-2014 01:03 Ditulis Oleh Shuhainiza Said
Post Pic
KAJANG: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberi gambaran satu demonstrasi jalanan akan diadakan sebagai tindak balas kepada keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat II, petang tadi.
Untuk itu katanya, satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada pagi esok bagi membincang tindakan seterusnya.
"Apa patut kita buat? Kita patut lawan.. Nak turun jalan raya? Orang yang zalim, yang rasuah, perompak penjenayah, tidak boleh dijatuhkan melalui Pilihan Raya. Ianya hanya boleh dijatuhkan dalam demo jalan raya. Kami akan buat keputusan esok.. 
"Da bersedia? Saya berikrar saya akan bekerja, lawan dan pastikan satu hari pun Anwar tak akan meringkuk dalam penjara. Saya perlukan bantuan anda," katanya di hadapan hampir 1500 hadirin sempena pelancaran Bilik Gerakan Utama Keadilan, di sini.
Turut hadir beberapa pimpinan Pakatan iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, Timbalan Pengarah PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin, Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin, Fariz Musa, Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Anthony Loke san Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau dalam pada itu mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 yang menyaksikan kebangkitan rakyat menentang kezaliman terhadap ketua pembangkang itu buat kali kedua.
"Saya minta anak muda kalau sebelum ini tak mengikuti apa yang berlaku pada tahun 1998, hari ini mereka mengulangi episod tersebut.
"Maka saya nak isytiharkan malam ini bermulanya Reformasi 2.0. Tidak Ada keadilan dalam negara kita. Hakim dipergunakan maka yang boleh menyelamatkan negara ini adalah rakyat," kata Azmin.
Anwar, 67, dijatuhi hukuman selama lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan semalam di atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. 
Hukuman itu hanya berkuatkuasa setelah pihak peguambela membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Semalam Anwar dibenarkan pulang dengan wang ikat jamin RM10,000.
Pada 1998, Anwar menghabiskan enam tahun di penjara atas tuduhan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar sebelum dibebaskan pada tahun 2004 setelah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Selain penganjuran himpunan rakyat bagi menunjukkan protes terhadap kerajaan di atas keputusan tersebut, Azmin turut meminta penduduk Kajang untuk tidak memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN), menjelang hari pembuangan undi kelak.
"Dan saya minta, kerana keputusan mahkamah hari ini (semalam), MCA bukan dikalahkan dengan kalah biasa. Saya minta orang Kajang bangkit beri mesej kepada Najib dengan hilangkan wang deposit calon BN," katanya lagi.

Mat Rempit Tak Perasaan Awek Sebenarnya Lelaki: Saya Dah 3 Kali Keluar Dengan Dia!


“Saya dah tiga kali keluar dengan dia bang,” keluh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dengan wajah merah padam menahan malu.
Remaja 19 tahun itu ditahan dalam satu operasi membanteras samseng jalanan di Stulang Laut, Johor Bahru awal pagi tadi.
Kira-kira jam 3 pagi tadi, remaja bermotosikal itu didapati tidak memiliki lesen memandu dan ketika ditahan didapati seorang remaja perempuan lengkap bertudung membonceng bersamanya.
Selepas dibawa ke Cawangan Trafik Ibupejabat Polis Daerah  Johor Bahru Selatan, remaja perempuan berkali-kali disoal anggota trafik akan nama serta dminta ditunjukkan kad pengenalannya untuk diperiksa.
“Adik, nama siapa? Cuba cakap nama. Keluarkan kad pengenalan,” pinta seorang anggota polis trafik kepada remaja perempuan itu namun gadis itu hanya menundukkan wajahnya, diam seribu bahasa.
Putus asa dengan tindakan gadis itu mendiamkan diri, anggota polis itu beredar dan seorang lagi anggota menghampirinya bagi mendapatkan kad pengenalan gadis itu.
Dia terus berdiam. Langsung tidak diangkatnya wajahnya. 
Tudung dipakai kemas bersama blouse berlengan pendek dipadankan dengan skirt panjang. Manis gadis ini kata aku.
Pada pandangan mata kasar, gadis ini dalam lingkungan belasan tahun. Mungkin 18 tahun. Aku cuba meneka.
Aku juga cuba bertanya dengan gadis ini, langsung tidak diendahkan. Sepatah pun tidak terkeluar dari mulutnya.
Dia hanya tertunduk dan ternampak bulu matanya yang panjang. Mesti minat Che Ta ni, detik hati aku. 
Sejam kemudian, seorang lelaki berusia lingkungan 40an tiba di perkarangan cawangan trafik IPD Johor Bahru Selatan ini.
Aku terlihat dia menghampiri seorang anggota Rela.
“Anak aku kena tahanlah,” katanya kepada anggota Rela itu.
Difahamkan, anggota Rela itu berjiran dengan lelaki itu.
“Mana ada anak kau. Bukan aku tak kenal semua anak kau. Mana ada. Kalau dia kena tahan mesti aku tahu,” sambut anggota Rela itu.
Aku terus beredar kerana ia satu pandangan biasa setiap kali operasi terhadap mat rempit dilakukan. Mulalah balai trafik dikerumuni ibubapa mencari anak-anak mereka.
Tak lama kemudian, terdengar jeritan suara lelaki seperti dalam kemarahan.
“Apa kau nak jadik ni? Bukak semua ni. Bukak. Kalau tahu mak kau, nahas kau. Bukak!” terdengar jeritan seorang lelaki.
Bila dijenguk, rupa-rupanya lelaki tadi yang datang ke balai mencari anaknya sedang merentap tudung seorang gadis.
Aku lihat semua mata tertumpu kepadanya.
Bila didekati, rupanya lelaki itu sudah menemui anaknya. Tetapi anaknya adalah lelaki. Yang ditemui, anaknya berpakaian seperti wanita. Siap bertudung.

Mat Rempit Tak Perasaan Awek Sebenarnya Lelaki: Saya Dah 3 Kali Keluar Dengan Dia!
Mat Rempit Tak Perasaan Awek Sebenarnya Lelaki: Saya Dah 3 Kali Keluar Dengan Dia!

Mat Rempit Tak Perasaan Awek Sebenarnya Lelaki: Saya Dah 3 Kali Keluar Dengan Dia!
Mat Rempit Tak Perasaan Awek Sebenarnya Lelaki: Saya Dah 3 Kali Keluar Dengan Dia!
Mat Rempit Tak Perasaan Awek Sebenarnya Lelaki: Saya Dah 3 Kali Keluar Dengan Dia!
Mat Rempit Tak Perasaan Awek Sebenarnya Lelaki: Saya Dah 3 Kali Keluar Dengan Dia!
“Umur dia 17 tahun, dah berhenti sekolah, kerja kat car wash,” jelas lelaki itu.
Sebaik ditarik tudung anaknya itu, kelihatan anak tudung hitam. 
“Ini anak tudung mak kau. Nahas kau kalau mak kau tahu ni,” terdengar jelas kekecewaan si bapa itu.
Semua yang berada di perkarangan balai itu terutama penunggang motosikal yang sudah ditahan ternganga seketika menonton drama kehidupan ini.
Seketika kemudian ada yang tak dapat menahan ketawa namun ditegur anggota sukarelawan polis.
“Dia ni encik, sejak dua tiga bulan lepas ni, asyik bercampur dengan pondan. Dulu tak macam ni. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Ini tudung mak dia,” kata bapa remaja ini.
Remaja yang menunggang motosikal bersama budak ini dipanggil.
Merah padam mukanya. Terbeliak matanya seperti baru melihat hantu. Tak lekang matanya ke arah remaja yang dibawanya sebelum ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis trafik. Tak tahu pandangannya itu geram marah atau geram sebab sudah dibuka ‘aurat’ ‘aweknya’ itu. Tak tahulah.
“Saya tak tahu dia lelaki kak, dah tiga kali saya keluar dengan dia,” keluh remaja itu kepada seorang anggota sukarelawan polis wanita.
“Takkanlah awak tak tahu sebab dia kan naik motor dengan awak,” tanya seorang anggota polis. 
Terdiam si remaja itu. 
Dilihat pada ‘gadis’ itu, mungkin dia memperdaya ‘teman lelakinya’ kerana ternampak tali bra tersingkap sedikit di bahu ‘gadis’ itu. Mungkin ketika remaja lelaki itu membrek, terasalah pakaian dalam ‘teman wanitanya’ itu. Mungkinlah.
“Patutlah bila saya telefon dia, suara dia berbisik macam cakap dalam kelambu,” kata si remaja lelaki yang sudah ditipu bulat-bulat ‘gadis’ yang diminatinya. Lain tonasi dia. Bunyi macam kecewa ada, bunyi macam marah pun ada. Perasaan dia mungkin keliru masa tu. 
‘Gadis’ ini bagaimanapun tidak terus ditahan dan dibenarkan pulang bersama bapanya. Semua yang berada di balai menghantar keduanya dengan pandangan. Bukan untuk melihat sama ada ‘gadis’ itu melenggok. Tidak. Semua masih kehairanan. 
Manakala si lelaki yang membawa keluar ‘gadis’ ini terus dikerumuni penunggang motosikal lain yang turut ditahan. Ada yang agak berani sikit, ketawa terbahak bahak. Nasib baik si lelaki tu masih cool. 
Apapun, bagaimanalah agaknya tidur dia selepas ini. Bagaimana agaknya cara dia melihat wanita selepas ini.
Macam manalah agaknya si remaja lelaki tu nak berdepan dengan kawan-kawannya selepas ini. 
“Bro, awek kau bertudung itu hari mana?”
Apa agaknya jawapan brader kita tu nanti. Kesian dia. Kita doakan dia mendapat jodoh dengan wanita sejati, segera.
Sumber : Hazrey.com

GAMBAR Majlis Pernikahan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana.. [GAMBAR]


Siapa sangka perkenalan antara pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya ke jinjang pelamin.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bergelar suami dan isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Majlis serba meriah itu menyaksikan kedua-dua mempelai memakai pakaian bertemakan warna putih dan diserikan lagi dengan kehadiran keluarga dan teman rapat.


Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.31 pagi.

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.

Manakala, pihak lelaki membalas tujuh dulang berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Pakaian pengantin ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain, antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.

Turut hadir, Datuk Yusuf Haslam dan isteri, ahli keluarga kedua-dua mempelai, dan sahabat handai termasuk rakan artis dan selebriti tanah air.

Namun, majlis resepsi dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul masih belum stabil.

Jom lihat beberapa keping foto yang dikongsikan oleh portal hiburan OhBulan sewaktu majlis pernikahan mereka. Jom tengok di bawah!












Tiada ulasan: